calendar
<< April 2008 >> | ||||||
Sun | Mon | Tue | Wed | Thu | Fri | Sat |
01 | 02 | 03 | 04 | 05 | ||
06 | 07 | 08 | 09 | 10 | 11 | 12 |
13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 |
20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 |
27 | 28 | 29 | 30 |
categories
contact
cReditS
Pengarang : Andrea Hirata
Halaman : 447
Tahun : 2007
Terbitan : PTS Litera Utama Sdn Bhd
(versi terjemahan)
Harga : RM 28.00
Blurb:
Pelbagai peristiwa menakjubkan terjadi pada zaman para anggota Laskar Pelangi masih kecil. Sebelas orang anak Melayu Belitong yang luar biasa ini tidak menyerah kalah walau keadaan tidak selalu menyebelahi mereka.
Lintang, si miskin cilik yang genius dengan senang hati berbasikal berulang alik sejauh 20 kilometer untuk menuntut ilmu meskipun kadang-kadang hanya sempat menyanyikan lagu Padamu Negeri pada akhir waktu sekolah. Mahar, selain bersekolah dia turut memarut kelapa untuk biaya keluarganya adalah seniman yang imaginatif dan kreatif meskipun dia sering dipersendakan sahabat-sahabatnya. Tetapi dia berjaya mengangkat darjat Sekolah Muhammadiyah di kampung mereka. Begitu juga kisah sembilan orang Laskar Pelangi lain yang bersemangat dalam menjalani kehidupan dan berjuang meraih cita-cita.
Selamilah kehidupan mereka, kejujuran pemikiran, dan indahnya pengembaraan mereka. Anda akan tertawa, menangis dan tersentuh menghayati gelagat mereka. Novel ini dipersembahkan untuk mereka yang meyakini the magic of childhood memories, dan untuk mereka yang masih percaya akan adanya pintu keajaiban lain untuk mengubah dunia pendidikan.
* * * * * *
Laskar Pelangi merupakan novel pertama dari siri Tetralogi Laskar Pelangi (diikuti Sang Pemimpi, Edensor dan Maryamah Karpov - belum diterbitkan lagi).
Membaca novel ini, sesungguhnya banyak ilmu yang aku kutip. Selain semangat yang ditunjukkan oleh setiap ahli Laskar Pelangi dalam mengharungi pelbagai dugaan pahit manis semata-mata untuk menimba ilmu.
Walaupun Sekolah Muhammadiyah iaitu sekolah tertua di Belitong amat daif dan hampir ditutup kerana kekurangan murid, jika dibandingkan dengan Sekolah PN yang 'kaya & mewah', namun tidak sedikitpun mematahkan semangat juang mereka untuk mengaku kalah. Betapa semangat yang ditunjukkan oleh mereka benar-benar membuatkan aku terpaku. Betapa hebatnya mereka dalam darjah mereka yang tersendiri.
'Pengembaraan' mereka penuh dengan keajaiban. Kecintaan mereka pada ilmu, keunggulan nilai persahabatan mereka dalam menempuh kesukaran hidup, kemurnian prinsip mereka, sesungguhnya menyuntik satu semangat baru dalam 'dunia pendidikan' mereka. Mereka belajar bukan sahaja dalam bilik darjah yang sungguh daif, tapi pada mereka dunia ini merupakan 'bilik darjah' bagi mereka. Tempat di mana mereka 'belajar' untuk hidup selain belajar untuk pandai. Mereka belajar ilmu kehidupan.
Moral of the story, kemiskinan bukanlah satu simbol kebodohan dan kekayaan bukanlah penentu kecerdikan. Tapi mereka -anggota Laskar Pelangi- menjadikan kemiskinan mereka sebagai peniup semangat untuk merubah 'dunia' mereka iaitu dengan menjadi manusia yang bijak dan berilmu walau dalam keadaan apa, walau dengan apa cara sekalipun.!
Aku nak anda baca buku ini dan alami sendiri pahit manis suka duka mereka -anggota Laskar Pelangi- berjuang untuk menimba ilmu walaupun dalam keadaan hidup yang serba kekurangan, dan ada kalanya mereka harus akur pada ketentuan yang maha Esa. Tapi aku pasti anda akan terhibur dengan gelagat mereka, walaupun di masa yang sama hati anda menangis hiba mengenangkan nasib yang menimpa mereka.
Dan aku yakin anda juga akan berkata pada diri anda sebagaimana aku kata pada diri aku sendiri "Betapa bertuahnya aku dapat belajar dengan tenang tanpa perlu memikirkan perkara lain selain belajar". Tetapi tidak pada mereka.!
Bacalah.. dan alami sendiri pengalaman mereka, kerana sesungguhnya Laskar Pelangi ini merupakan simbol kemenangan pada mereka yang mengerti akan erti kesusahan hidup yang sebenar-benarnya.!!
"Dalam laut dapat ku kira... Dalamnya dusta siapa yang sangka?" ~ms 154
Pengarang : John Norafizan
Halaman : 636
Tahun : 2008
Terbitan : Jemari Seni Publishing
Harga : RM22.00
Kata Rumi:
pasangan yang bercinta bukan bertemu di satu tempat akhirnya
mereka sudah bersama sejak dari azali lagi
Inilah sebuah cerita cinta yang ditulis dalam nada yang berbeza.
Dua benua. Tiga negara. Empat nyawa.
Dan satu takdir yang tersimpul mati!
Sebuah episod pengembaraan yang merentasi garis-garis deja vu
Suatu pelarian tanpa noktah
dan rentetan pertemuan-pertemuan aneh seorang Damien.
Kenapa setelah sepuluh tahun berselang
Ashraf harus mencari Laila yang hilang
sedangkan isterinya, Nini ditinggalkannya pergi?
Dan begitu mahalkah harga cinta, sehinggakan Suraya meninggalkan-Nya demi dia?
+ + + + +
Sebuah lagi karya segar daripada JOHN NORAFIZAN, seorang jurutera yang mahir menyusun peristiwa-peristiwa cerita; pengarang yang sentiasa mendaulatkan bahasa ibunda pada setiap karya-karyanya.
---***---
Garis-Garis Dejavu (GGD) merupakan novel ke-4 John Norafizan dan pertama terbitan Jemari Seni. GGD masih lagi menyengat jika ingin dibandingkan dengan novel-novelnya sebelum ini. Malah pada aku GGD ini lebih berbisa jika dibandingkan dengan Cinderella Cinta (ini hanya pendapat aku!! kerana aku suka GGD ini lebih dari CC).
Garis-Garis Dejavu adalah tentang pengembaraan mencari cinta.
GGD tentang Ashraf yang kehilangan cintanya dan nekad untuk menjejaki cinta semalam. Lalu ditinggalkan isteri yang sedang mengandung. Pelbagai onak dan duri rela diharungi asalkan dia dapat bertemu kembali dengan 'Laila'nya itu. Namun, kembara Ashraf adalah kembara yang tak pasti… kembara menjejak masa silam yang pudar.
GGD tentang Suraya yang telah sesat!. Dia manusia yang sanggup berpaling tadah pada agama dan asal usul keturunan semata-mata kerana CINTA. Namun cintalah yang telah menipu dan mengkhianati kepercayaannya hingga dia lupa dan sekaligus hidup dalam kesesatan tanpa agama. Dia ATHEIS – manusia yang tidak punya kepercayaan dan pegangan agama. Namun kejadian demi kejadian, insiden demi insiden malah isyarat demi isyarat yang berlaku di depan mata seolah petanda dan petunjuk untuk dia kembali pada agama yang suci. Agama yang satu – Islam.
GGD tentang Damien, budak lelaki berusia 10 tahun yang harus menjadi dewasa sebelum waktunya. Dia ditinggalkan oleh Baba ketika Umi sedang terlantar koma. Hanya dengan sepucuk surat beserta wang 2000 pound sebagai bekal, Damien harus mengemudi hidupnya sendirian. Tambah malang, duit itu dicuri oleh Jenny 'penyangak' sekolah. Namun tanpa sedar, dia ditemani si 'gagak putih' yang memberi panduan.
GGD juga tentang Nini yang penasaran ditinggalkan oleh si suami tatkala diri disahkan mengandung. Dia nekad untuk menyusul jejak sang suami. Berpandukan pada sekeping poskad yang dikirim dari Jordan dan bertemankan Sedek, Nini meneruskan pengembaraannya dengan harapan agar dapat bertemu dengan suaminya untuk memohon keampunan dan sekaligus membawanya pulang ke tanahair. Namun segalanya berantakan apabila pesawat yang dinaikinya telah dirampas oleh pejuang Palestine. Sedek ditembak mati dan Nini dijadikan tebusan.
Berjayakah Ashraf menemui kembali cinta lalunya..?? Terbukakah hijab untuk Suraya kembali pada nur Islam ini?? Mampukah Damien harungi hidupnya sendirian tanpa kedua ibubapanya?? Dan Nini, berhasilkah segala usahanya dan kenapa dia sanggup mencari suaminya sedangkan dia yang ditinggalkan?? Semuanya akan terjawab pabila anda membaca GGD ini.
Mungkin aku bias, kerana sesungguhnya aku memang penggemar setiap karya/tulisan John Norafizan, jadi aku tidak nampak di mana kekurangan GGD ini.
Aku suka dengan apa yang cuba diketengahkan oleh penulis. Setiap watak 'utama' diceritakan berdasarkan 'bab'. Ini menyebabkan aku perlu membaca keseluruhan cerita ini tanpa berhenti (sebab ingin tahu apa kesinambungannya). Selain dari itu, John juga berjaya menimbulkan unsur-unsur suspen dan penuh tanda tanya... menjadikan aku tidak sabar ingin tahu what happen next & who's who.?? and how they relate to each other.??
Cuma satu... John suka menjadikan Manchester sebagai salah satu latar tempat untuk setiap karyanya. Mungkin John perlu fikirkan tempat lain selain Manchester. Atau John ingin jadikan Manchester sebagai trademark beliau?? hehehe Manchester is John & John is Manchester.!!
Harus diingatkan sekali lagi… ini hanya sekadar apa yang aku rasa… & aku yakin tak semua yang aku suka, anda juga akan menyukainya. Tapi aku ingin anda membacanya...!!
Pengarang : Manjlara
Halaman : 636
Tahun : 2008
Terbitan : Jemari Seni
Harga : RM22.00
Blurb:
Aku ingin jadi bintang... biarpun kerdil, tidak sebesar dan secantik bulan namun bintang tetap punya ceritanya yang tersendiri.
Jika tidak kerana bintang
masihkah ada insan yang sudi menatap pekatnya warna malam?
Jika tidak kerana kerdipannya yang berkilau cantik
mungkinkah ada yang edan mengira butir-butirnya yang halus gemerlap?
Jika tidak ditemani bintang
mahukah bulan muncul bersendirian di dada langit?
...aku hanya ingin jadi bintang, kerana ceritera bintang lebih banyak berbanding bulan nan satu...
WIDYA
Inikah takdir yang diumpamakan sebagai 'sijil' buat Kasih? 'Sijil' yang tidak mungkin dipadamkan faktanya, ditokok atau ditambah isinya, Wan?
IRWAN ZAHIR
Kasih, betapa jerih kita berusaha untuk terus bersama... ada saja halangan yang melanda. Setelah semua peluang itu tertutup untuk kita, tiba-tiba ada 'jalan' lain pula yang ingin menghubungkan kita semula... lalu harus bagaimanakah aku, Kasih?
Sesungguhnya setiap insan di dunia ini setaraf! Semuanya sama saja mengusung takdir yang tertulis. Masing-masing berjalan dengan ceritera takdir yang tersendiri.
~~O~~
Sebuah cerita yang begitu indah susunan bahasanya; penuh debar dan sarat teladan... daripada tulisan seorang MANJLARA tentang Widya, tentang Persis Sebutir Pasir.
~~***~~
Persis Sebutir Pasir (PSP), adalah karya sulung Manjlara yang diterbitkan. Sebuah kisah yang sarat dengan teladan, sarat dengan pedoman untuk dijadikan panduan.
PSP satu karya yang pada aku sungguh 'sempurna'. Menatap PSP aku jadi kagum pada penulis kerana walaupun takdir hidup Widya tidak se'sempurna' yang kita bayangkan, tetapi ditangan Manjlara, ia tetap sempurna pada pandangan dan fikiran aku.!! Dengan susunan ayat dan penggunaan bahasa yang sungguh indah dan puitis, dengan jalan cerita yang penuh debar serta sarat dengan teladan, aku menghabiskan bacaan aku dengan hati yang puas.!
Apa yang menarik pada aku adalah kerana penulis berjaya membuatkan segala telahan atau prediction aku tidak tepat.!! Sedari awal mukasurat lagi apa yang aku 'agak' rupanya... oo bukan macam itu lah..
Satu lagi, aku nak ingatkan pada pembaca yang punyai jiwa yang lembut dan sensitive, nasihat aku… sediakan tisu kat sebelah anda.!! kerana Manjlara telah membuatkan airmata aku merambu-rambu keluar… huhuhu!! Sedih beb!! Sedih giler!!
Oklah aku tak nak tulis panjang lebar, sebab aku nak korang semua beli, baca dan alami sendiri perasaan yang aku rasa.!! RUGI kalau kamu tak baca.!!
Note: salah satu part yang aku paling suka (sebenarnya banyak part), antaranya... di mana Widya berutus email dengan JG.!! Sungguh berkesan pada jiwa aku… tahniah Lara!! Kalau boleh aku nak hadiahkan seluruh bintang di langit sana buat kamu..!!
Request by kakAnim... dedicate to ManjLara
Pengarang : Manaf Hamzah
Halaman : 639
Tahun : 2007
Terbitan : Pustaka Nasional
Harga : RM38.00
Blurb:
Sekeras Waja
Begitulah hati seorang nakhoda muda dari Turki. Hatinya didewasakan oleh pengalaman pahit. Dia berikrar untuk kembali ke kota Istanbul demi membersihkan namanya dan yakin bahawa tiada yang boleh menggugatnya. Namun dia tidak menjangka badai yang bakal dia lalui apabila bertemu dengan seorang gadis misteri.
Selembut Sutera
Begitulah pula hati si gadis yang tertanya-tanya siapa dirinya sebenar. Sungguhpun hilang daya ingatan, dia berjuang untuk berdikari dan menerangi hidup dengan keceriaan dan harapan. Cuma nampaknya hidupnya sering terkait dengan seorang nakhoda muda berhati keras.
Waja &Sutera
Takdir menemukan Nakhoda Demir dengan Abi. Dua insan yang mencari hala tujuan dan semacam harapan di hujung pelangi. Sambil kedua-duanya menangkis cabaran daripada musuh-musuh, mereka pelajari yang mereka saling memerlukan. Di kota Istanbul, cabaran terhebat menanti mereka… dan hanya keteguhan cinta mereka yang menentukan menang atau kalah.
******
Sekeras Waja Selembut Sutera (SWSS) kisah tentang Nakhoda Demir yang dituduh melakukan jenayah dan dihukum buang negeri. Nakhoda Demir menjadi pelayar dan pedagang sepanjang tempuh hukuman berlangsung. Sepanjang pelayarannya beliau sering menjadi buruan musuh yang bertujuan untuk menghapuskannya. Dalam pelayarannya juga Nakhoda Demir bertemu dengan Abi yang hilang ingatan. Dari situ bermula kisah mereka yang menyimpan pelbagai rahsia yang perlu disingkapkan.
Karya terbaru dari penulis seberang tambak ini amat-amat aku nantikan. Masih lagi mengekalkan gaya bahasa yang ala-ala bahasa zaman dolu-dolu namun terselit jua bunga-bunga bahasa nan indah.
Apa yang buat aku tertarik dengan karya Manaf Hamzah adalah tentang kelainan yang terdapat dalam setiap karya beliau. Selain pengunaan bahasanya yang berbeza dari penulis lain, adalah pada latar ceritanya yang ala-ala Prirates of The Carribean tapi ini bukan cerita lanun yea… walaupun terselit juga kisah lanun!!. Mungkin kerana penulis adalah lelaki, gambaran tentang watak hero dapat aku rasai betapa maskulinnya Demir walaupun dengan wajah yang berparut… ahaks!
Selain dari itu, latar lokasi di Istanbul dan kawasan sekelilingnya, mengingatkan aku tentang sejarah kegemilangan Empayar Rom dibawah pemerintahan kerajaan Uthmaniah dalam menakluk dan memperkembangkan Islam sehinggalah pada penaklukan Constantinople (yang kemudiannya ditukar menjadi Istanbul). Aku bagaikan dibawa mengembara ke negara yang mempunyai dua benua itu.
Bagi mereka yang TIDAK gemarkan kisah Lanun… kisah tentang pelayaran… takpun cerita-cerita fiksyen (dah namanya fiksyen pastilah ada yang tak logik dek akal)… ini BUKAN bacaan mereka. Satu lagi yang aku nak ingatkan… andai ada yang berniat nak bagi anak dara mereka yang di bawah umur baca, aku sarankan agar fikir dua-tiga kali dulu sebelum beri kerana terdapat unsur-unsur 18SX.
Note:- tak sabar aku nak tunggu novel akan datang beliau yang berjudul Dalam Kehangatan Dakapan Senja.
Pengarang : Ramlah Rasyid
Halaman : 434
Tahun : 2007
Terbitan : Buku Prima Sdn Bhd
Harga : RM17.90
Blurb:
Soal hati sukar untuk dimengertikan. Sayang bukan bererti cinta, kasih bukan bererti sayang. Maisarah seorang isteri yang taat dan patuh kepada suaminya, Zulfakar. Namun tanpa sebab yang kukuh dia telah diceraikan. Melayari kehidupan rumah tangga bersama Zulfakar membuatkan Maisarah bahagia dengan caranya walaupun Zulfakar tidak menghargainya sebagai seorang isteri.
Zahrin, adik Zulfakar telah membantu Maisarah kerana tiada siapa lagi yang boleh diharapkan. Di saat Maisarah memerlukan Zahrin tiba-tiba Zahrin telah pergi melanjutkan pelajaran ke luar Negara. Bertolak dari rasa kecewa akibat diceraikan, Maisarah bangkit semula sebagai Sara Kirana, seorang penulis novel yang disegani.
Dalam meniti hari-hari yang mendatang, Zahrin muncul menagih cinta Maisarah. Sebenarnya Zahrin telah mencintai Maisarah sebelum dia bergelar isteri Zulfakar. Namun percintaan mereka mendapat tentangan dari bekas mentua Maisarah. Puan Zulaikha dan Haji Salam tidak bersetuju kerana dianggap kurang manismemandangkan Zulfakar masih hidup. Kerana sayangkan anak, akhirnya mereka menerima Maisarah sekali lagi menjadi menantu.
Selepas mereka berkahwin, Zulfakar cuba mendekati Maisarah kembali. Perkahwinan barunya dengan Elly tidak bahagia. Zahrin mula cemburu akan abangnya. Malang tidak berbau, tiba-tiba Zahrin ditimpa kemalangan di tempat kerja dan terlantar koma berbulan-bulan.
Apakah yang terjadi kepada Maisarah setelah mengetahui Zahrin koma? Dapatkah dia menerima kembali cinta Zulfakar? Dan apa pula tindakan Elly setelah mengetahui Zulfakar cuba memikat Maisarah?
******
Sara Kirana – kisah tentang ketabahan seorang wanita yang diceraikan tanpa sebarang alasan hanya kerana si suami jatuh cinta dengan bekas teman wanita yang dikenali semasa mereka di universiti.
Maisarah, si isteri yang meletakkan taraf seorang suami sebagai manusia yang harus dipatuhi setiap kata-kata dan tindakan tanpa sebarang bantahan. Baginya suami harus ditaati, layanan terhadap suami haruslah tanpa berbelah bahagi. Namun apa yang dia dapat?? Nothing!! Bahkan diceraikan pulak tanpa sebarang alasan.
Namun keperitan ditinggalkan si suami tidak mematahkan semangat Maisarah… malah dijadikan sebagai semangat juang untuk hidup yang lebih bermakna dan dihargai di masa depan… buktinya lahir Sara Kirana yang dikenali dan diminati ramai. Bahkan hasil karya dan kreadibilitinya sebagai penulis diiktiraf. Dan Maisarah berubah menjadi Sara Kirana yang baru… yang lebih berani, lebih bersemangat dan lebih berkeyakinan dalam mendepani hari muka.
Sekali lagi aku membaca Sara Kirana kerana ia hasil karya Ramlah Rasyid. Sebagaimana yang sedia maklum, dengan gaya bahasa yang mudah dihadam aku terhibur dengan plot cerita yang digarap oleh penulis. Secara peribadinya, aku lebih menggemari Sara Kirana berbanding dengan Qaseh Qaisy. Mungkin sebab cerita Sara Kirana lebih kepada realiti kehidupan orang biasa macam aku… tidak kepada golongan kerabat yang dipaparkan dalam Qaseh Qaisy. Apa-apapun… terpulang pada selera pembaca masing-masing, tepuk dada tanya minda yang mana yang lebih digemari.
Next Page |