calendar
<< November 2007 >> | ||||||
Sun | Mon | Tue | Wed | Thu | Fri | Sat |
01 | 02 | 03 | ||||
04 | 05 | 06 | 07 | 08 | 09 | 10 |
11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 |
18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 |
25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
categories
contact
cReditS
Pengarang: Malee Chuswan
Halaman : 323
Tahun : Cetakan Pertama:1998; Cetakan kelima:2004
Terbitan : CESB
Harga : RM19.90
Blurp:
Dia sudah terdesak, demi cinta dia rela…
Tatkala rindu sudah sampai ke penghujung, impian berkocak duka. Kasih yang berlorek indah kiranya hanya seperti pelangi senja… satu, satu pergi dan hilang.
******
Buku ini entah kali yang keberapa aku baca… akupun sudah tak pasti!! Kali ini aku baca, semata2 kerana ada seorang pembaca yang menghantar email padaku bertanyakan tentang jumlah mukasurat untuk novel Malee Chuswan yang ini. Sudahnya, pada awalnya aku yang hanya inginkan jawapan terus terpaku hingga ke mukasurat terakhir 323.
Lamaran Kedua (LK) adalah berkisah tentang Nina yang ditunangkan dengan Jefri sepupunya sebelum Jefri terbang ke luar negara meneruskan pengajian. Nina tinggal bersama seribu harapan dan impian untuk hidup bersama Jefri. Namun setelah 4 tahun di luar negara, Jefri pulang bersama Nur Ayu, menyebabkan Nina kecewa dah hilang kepercayaan terhadap Jefri.
Nina mengambil keputusan untuk berhijrah ke
Pelbagai dugaan dan cabaran yang terpaksa Nina hadapi, dengan karenah teman serumah yang hidup sebebas sang burung, bersama lamaran cinta dari Tengku Zulhan pemilik syarikat tempat di mana dia mencari rezeki, di samping kata-kata cinta dari mereka yang
Namun sampai bila Nina mampu bertahan?, sampai bila Jefri sanggup untuk terus memujuk Nina, bila sidia miliki hati sebeku ais? Dan pabila ikatan sudah terpatri, mengapa ada badai yang terus melanda? Semuanya hanya terjawap apabila anda membaca LK ini.
Membaca LK ini walaupun berulang kali, masih lagi membuatkan hati aku tidak tenang, tidak sabar… malah kadang-kala geram dengan segala salah faham yang berlaku. Malee Chuswan telah berjaya membuatkan hati aku terbuku sama dengan setiap kejadian demi kejadian yang menimpa samada pada Nina mahupun Jefri.
Malee Chuswan merupakan salah seorang penulis yang aku nanti-nantikan karya terbaru darinya selain Permata Hati dan Selamat Tinggal Sayang.
Pengarang: Iffa Irdina
Halaman : 554
Tahun : 2007
Terbitan : Nylea Publishing
Harga : RM 21.90
Sinopsis belakang kulit:
Rindu dan benci ini bersatu…
Lalu membawa aku jauh darimu…
Kita dipertemukan ketika hati ini terluka parah. Kau datang bersama sekeping hati lalu menawarkan janji setia walaupun aku tidak pernah percaya. Hati ini terlalu sakit dan pedih. Tapi pujuk dan rayumu membuat aku kalah. Namun di saat aku
Bahtera Cinta (BC) adalah karya ke-3 Iffa Irdina bersama Nylea Publishing. Berkisahkan tentang Ridwana yang kecewa pabila gagal mempertahankan hubungan cintanya bersama Saiful apabila jejaka itu berpaling pada wanita lain. Ridwana yang berkali-kali menyimpul kembali ikatan percintaan mereka nekad untuk melupakan Saiful dan sekaligus menutup kejap pintu hatinya pada sebarang kata cinta oleh sesiapa jua.
Bekerja sambilan sebagai penggubah barangan hantaran untuk majlis perkahwinan telah menemukan 2 sahabat yang terpisah lama. Pertemuan yang membawa kepada terjalinnya ikatan yang erat antara Ridwana & ahli keluarga Hadina sementelah pula Ridwana yang ceria telah berjaya mengikat hati Puan Zawiyah & Tuan Hasyim dan sekaligus mengangkat taraf Ridwana sebagai anak angkat mereka. Hadina mempunyai 2 orang abang iaitu abang sulungnya - Azmin yang kematian isteri hidup dalam awang2an sementara abang keduanya – Adiputra pula terkenal sebagai playboy yang tidak pernah puas dengan seorang wanita.
Pertemuan demi pertemuan… pertelingkahan demi pertelingkahan bak anjing dengan kucing tatkala bersua muka tidak memungkinkan mereka jatuh hati… apatah lagi Ridwana yang seakan serik pada lelaki yang rutin hidupnya tidak 'sah' tanpa perempuan. Dan Adiputra yang 'bebas' tidak mungkin memilih Ridwana, si gadis bertudung sebagai pasangan 'meleser'nya. Sehinggalah pada suatu malam… apabila Adiputra terpandang pada dia - si'sleeping beauty' telah menyebabkan hatinya bagaikan mendapat panahan si dewa cupid.
Ekorannya, Adiputra cuba memikat hati si gadis yang jinak-jinak merpati… tetapi ada aral yang menghalang. Tanpa pengetahuan Adi, kedua orang tua mereka telah memilih Ridwana sebagai pasangan Azmin, sementelah Azmin pula, mula membuka ruang hati & mahu menerima Ridwana sebagai pengganti arwah isterinya dan sekali gus ibu kepada anak 'istimewa'nya.
Berjayakah Adiputra memikat hati Ridwana yang sedari awal lagi dia akur dan sedar tentang masa silam Adi yang penuh noda dan dosa. Bersediakan Ridwana menerima Azmin sebagai suaminya dan sekaligus mengambilalih tempat arwah isterinya sedangkan hatinya mula diterjah oleh satu rasa yang aneh pada Adi. Segala-galanya akan terjawap apabila anda membaca karya ini.
Pengarang : Khairyn Othman
Halaman : 501
Tahun : 2007
Terbitan : Jemari Seni Publishing
Harga : RM20.00
Sinopsis Belakang Kulit:
Zahrah de Tigris… adalah Khairunnisa Si Kembang Tigris…
Anak gadis dari
Nisa pasrah menerokai sebuah
Menjadi guru dan jurubahasa, membuatnya mudah memahami budaya orang-orang di Lembah
Hayatilah sebuah novel adventure-spiritual daripada penulis yang pernah menjadi Wartawan Terbaik Bahasa Inggeris 2003. Sebuah cerita, yang harus dihayati oleh siapa sahaja yang cintakan kemanusiaan sejagat.
******
Pertama kali aku membaca Zahrah de Tigris… aku telah jatuh hati.!! Aku jatuh hati pada Khairunnisa yang 'keras', jatuh hati pada Khairunnisa yang tegar dan berhati waja.
Zahrah de Tigris (ZdT) adalah cerita tentang keperitan hidup saudara seagama kita di bumi
Nisa – pada aku adalah srikandi zaman moden. Seorang gadis yang sanggup meninggalkan segala kesenangan dan keselesaan hidup semata-mata untuk membantu kanak-kanak yang menjadi mangsa perang di Lembah
Namun hakikat… sejauh mana kita melangkah… setinggi mana kita terbang… adakalanya kita jatuh tersungkur menyembah bumi. Begitu juga dengan Nisa… sekuat mana dia mengeraskan hati… serapat mana dia memejamkan mata dari memandang tragedi demi tragedi ngeri yang merobek hati… dia harus akur… dia juga manusia biasa. Kematian dan kehilangan teman baik telah membawa Nisa kembali pada realiti yang dia masih punya keluarga di bumi
Kepulangannya ke
ZdT membuatkan aku insaf ! Aku benar-benar bersyukur dilahirkan di bumi bertuah
Tanpa ayat yang mendayu-dayu… airmataku tetap mengalir di pipi tanpa aku sedar. Tangis sedih mereka yang menjadi mangsa perang telah membuatkan aku turut hiba sama. Pada anda para pembaca… bacalah andai anda ingin turut sama merasai derita mereka – saudara seagama kita.
Tahniah pada Khairyn yang telah berjaya menambahkan lagi senarai penulis yang akan aku nanti-nantikan buah fikirannya yang terbaru...
Pengarang : Maya Adelia
Halaman : 372
Tahun : 2007
Terbitan : Nylea Publishing
Harga : RM19.90
Sinopsis Belakang Kulit:
Bukan mudah menggapai bintang di langit. Tinggi... tidak tergapai dek tangan. Dia tidak pernah putus asa, malah langsung tidak mahu mengalah dengan nasib yang diatur untuknya. Biarlah sebesar mana pun dugaan yang datang, dia tetap mahu berdiri di situ... menghitung bintang di langit kerana baginya, hidup dan mati adalah kurniaan yang Maha Esa.
Hadirnya bagai hembusan angin yang menderu tetapi lembut dan mendamaikan. Ia tidak wujud di mata kasar... namun ia boleh dirasai oleh naluri kewanitaan yang dimilikinya. Biar dia tidak mempunyai suara namun pandangan matanya bisa menghuraikan. Bagai sang pari-pari yang berterbangan bebas. Berbumbungkan dada langit, berbantalkan awan gemawan, berlantaikan
Kirimkanlah aku satu rasa…
Agar aku bisa dekat padanya…
******
Cinta Sang Pari-Pari (CSPP) adalah buah tangan sulung Maya Adelia. Cerita yang bermula di ruang maya, kini bernoktah di alam nyata. CSPP adalah kisah tentang Darin yang kecewa ditinggalkan tunang tersayang di hari pernikahannya. Hanya kiriman SMS pengganti diri "Darin, maaf saya tak dapat nak teruskan pernikahan ini" yang tiba tatkala diri telah siap sedia didandan bak ratu sehari. Akibat kecewa, Darin nekad membawa diri ke 'ceruk benua' dengan alasan untuk mengubat hati yang lara.
Bekerja sebagai PA kepada Zafryl yang berhati beku… yang digelar sebagai singa jadian ekoran perangai yang sukar ditebak… menjadikan Darin berubah menjadi si hati batu. Sebagai PA, Darin belajar erti kesabaran. Dibalik perangainya yang suka melawan 'bos' Darin menjadi seorang wanita yang kental… tak rela hatinya disakiti lagi.!!
Tapi sampai bila? tiap kali hanya salah dan silapnya yang dicari. Darin nekad meletak jawatan sebagai PA kepada Zafryl yang berhati beku itu. Walaupun berat hati… dia harus meninggalkan tempat yang telah membuatkannya jatuh hati pada kedamaian yang dirasai.
Disebalik hati yang beku, Zafryl
Namun berjayakah dia melembutkan hati 'Si Pari-Pari' yang sekeras batu itu? Dan Darin… sudikan menyambut huluran kasih 'Sang Singa Jadian' yang selalu menyakitkan hatinya?? Dan masih bersisakah cinta milik Si Pari-Pari setelah seluruh hatinya diranap oleh kekecewaan lalu ?? segalanya hanya bila anda menatap CSPP.
Sebagai penulis baru, Maya Adelia telah membuatkan hati aku terpaku pada bait2 kata yang tertulis. Pelbagai rasa teradun dalam CSPP. Kadang-kala aku terikut sama jadi geram apabila Darin diperlakukan sedemikian oleh Zafryl… di masa yang sama aku jatuh 'chenta' dengan Zafryl yang suka 'mendera' Darin dengan kerja-kerja yang tak sepatutnya… huhuhu sooo cute..!! pendek kata sebagai karya sulung… aku salute pada penulis. Walaupun terdapat
Syabas buat penulis… teruskan usaha tingkatkan mutu… moga bisa seiring dengan penulis yang telah menempa nama… kerana bukan mudah tanpa usaha dan kerja keras yang berterusan.!! Aku akan senantiasa akan menyokong ANDA - penulis2 yang berbakat besar diluar sana.!!
Pengarang : Teja Aufi Nasrul
Halaman : 495
Tahun : Cetakan Kedua – September 2006
Terbitan : Nylea Publishing
Harga : RM 21.90
Sinopsis Belakang Kulit:
Seorang Umairah terlalu mencintai Penciptanya. Amat takut akan azabNya. Dialah hamba yang
******
Kerana Kau Lelakiku…. (KKL) adalah kisah tentang persahabatan, kisah tentang nilai persaudaraan antara kaum keluarga & sahabat handai, ia juga kisah tentang pengorbanan.
Umairah, seorang remaja sering tertanya-tanya kenapa harus ada persengketaan sesama saudara. Rupanya ada cerita disebalik segala sengketa yang berlaku antara keluarga Umairah dan keluarga Izan. Antara mereka 'haram' berbaik. Namun naluri remaja, apa yang ditegah… itulah yang mereka lakukan. Tanpa pengetahuan keluarga – ye ker? rasanya keluarga mereka tahu cuma buat2 tak tahu – Umairah & Izan menjadi sahabat yang paling akrab… walaupun terpaksa menyembunyikan hakikat persahabatan mereka ke pengetahuan keluarga.
Segala-galanya berubah apabila Long Sulaiman – bapa Umairah – kemalangan di lautan dan mewasiatkan segala harta yang dimilikinya kepada Mak Nah – Ibu Izan – andai itu bisa menyambungkan kembali ikatan persaudaraan antara mereka. Kehilangan bapa tersayang tatkala diri sedang bergelut untuk menduduki peperiksaan SPM, memberi impak yang besar kepada Umairah.
Abang Umairah yang terkilan dengan tindakan arwah bapanya mengambil keputusan membawa Umairah dan ibunya ke bandar, kerana baginya tiada apa lagi yang tinggal untuk mereka di kampung itu. Umairah yang masih lagi dalam kesedihan hanya menurut… tinggallah kawan… tinggallah kasih…
Aku suka dengan KKL ini. Ia adalah sebuah kisah tentang 'perjuangan'. Bukan sekadar sebuah kisah remaja dalam meniti perjuangan menentukan arah tuju masa depan, tapi ia adalah tentang perjuangan Umairah untuk merapatkan kembali ikatan silaturrahim antara keluarga demi wasiat arwah bapanya. Ia juga tentang perjuangan Umairah dalam mendidik diri dalam konflik hati dan perasaannya pabila dia sedar bahawa dia telah jatuh hati pada Yassir, rakan sekelasnya.
KKL juga adalah tentang pengorbanan. Pengorbanan Umairah apabila dia sedar dan insaf hati Yassir telah dahulu terpikat pada orang lain. Dia harus berkorban hati dan perasaan serta belajar redha dengan ujian Allah pada dirinya. Jua tentang pengorbanan Umairah terhadap ahli keluarganya - dalam membangunkan bisnes keluarga.
Apa yang lebih menarik, Teja Aufi Nasrul, mampu membuatkan aku tersengih 'menyaksikan' gelagat dan tingkah Umairah berdepan dengan situasi tegang - kantoi dalam bilik air, kantoi ketika panjat tingkap, sekadar menyebut beberapa insiden lucu - aku benar-benar terhibur.!!
Dan apa yang pasti Teja, telah berjaya membuatkan mataku terpaku hingga ke titik noktah terakhir bersama kepuasan dihati. Di samping pelbagai ilmu dan kata-kata hikmah yang berguna sebagai panduan dan pedoman.
Buat Teja... syabas..!! satu lagi hasil karya yang indah dan menginsafkan diri ini..!!
Next Page |