…sekadar untuk berkongsi tentang apa yang aku rasa, tatkala bait-bait ayat tercerna di minda…



..:: dIrIkU ::..

Wan Amalyn
June 20
Gemini
USJ Subang Jaya

][amalynputri@gmail.com][



..:: notice board ::..


Terbaru daripada
Jemari Seni




Judul: Bintang Ke Syurga
Penulis: Xarine
Terbitan: Jemari Seni
Harga: RM19.00
untuk tempahan, sila hubungi:
] Jemari Seni [


Light Pink Flower Strand Images




Judul: Dame Zoete Sarah
Penulis: Khairyn Othman
Terbitan: Jemari Seni
Harga: RM18.00
untuk tempahan, sila hubungi:
] Jemari Seni [


Light Pink Flower Strand Images




Judul: Sigaraning
Penulis: Imaen
Terbitan: Jemari Seni
Harga: RM
untuk tempahan, sila hubungi:
] Jemari Seni [

Light Pink Flower Strand Images





Happy Birthday June


myspace layouts


20 Jun ~ =)
27 Jun ~ JiD



Light Pink Flower Strand Images







..:: uB CluB ::..




..:: jom sembang2 ::..






..:: cHiT-cHaT kat sInI ::..







*HUGS* TOTAL!
give wanAmalyn more *HUGS*
Get hugs of your own



..:: bObaE kat sInI ::..


   

calendar

<< December 2007 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31

categories




..:: koleksi buku dirak ::..

~ Malaysia ~
][Noor Suraya][
*Keranamu Ain*
*Biru Ungu Cinta*
*Tanah Andriana*
*Rindunya Kian Membara*
*Nyanyian Tanjung Sepi*
*Surat Ungu Untuk Nuha*
*Hati Andriyana (Gurindam Jiwa)*
*Panggil Aku Dahlia*
*Kebun Mimpi*
*Rumah Di Ujung Padang (Pelangi)*
*Jaja & Din*
*Yang Jauh Di Pulau (Damai)*
*Langsir Biji Remia*
*Gadisku Wan Adnin*
*Cintaku Luruh di Oxford*

][John Norafizan][
*Tunjukkan Aku Satu Bintang*
*Sempadan Tanpa Seri*
*Cinderella Cinta*
*Garis-Garis DejaVu*
*Odisi Bulan Biru*
*Coklat (Yang Manis)*

][Imaen][
*Vendeta (Gurindam Jiwa)*
*Labyrinth*
*Bohemian*
*Sigaraning*
*Seikat Kembang Merah*
*Blues Retro*
*Urusan Cinta Belum Selesai*

][Norhayati Berahim][
*Seindah Derita*
*Sentuhan Kasih*
*Pesanan Terakhir Seorang Lelaki*
*Teguh*
*...Lewat Musim Itu*
*Hanya Kerana Cinta*
*Air Mata Kasih*
*Cinta Pertama*
*Egois*
*Nota Cinta Buatmu*
*Sayang Tak Terucap*
*Terima Kasih Kekasih*
*Bunga Kasih*
*Dia Lebih Mengerti*
*Cinta Jangan Kau Pergi*
*Setulus Cinta*
*Andai Semalamku Miliki*
*Tiada Batasan Sayang*
*Biarkan Aku Menangis*
*Kasih Yang Tercalar*
*Hati Seorang Wanita*
*Sakitnya Sayang*
*Harum Chempaka*
*Kembalikan Cintaku*
*Chinta*
*Setiap Jumaat*
*Aku Bukan Billy Milligan*
*Ranting Cinta Si Plato*
*Layang2 Bertali Kaca*
*...dan Hujanpun Menari*
*Dari Kerana Mata*

][Anis Ayuni][
*Suara Hati*
*Yang Terindah*
*Manisnya Cinta*
*Gemersik Kalbu*
*Kau Kekasihku*
*Bayangan Rindu*
*Seribu Kali Sayang*
*Sungguh Aku Cinta*
*Saat Kau Bilang Cinta*

][Aisya Sofea][
*Jauh*
*Jendela Hati*
*Kau Untukku*
*Sehangat Asmara*
*Gelora Jiwa*
*Adam & Hawa*
*Buatmu Kekasih*
*Selagi Ada Dia*
*Yang Sebenarnya*
*Masih Setia*

][Ramlee Awang Murshid][
*Adam*
*Tombiruo Terakhir*
*Rahsia Perindu*
*Bagaikan Puteri*
*Hatiku Di Harajuku*
*Anugerah Pertama*
*Cinta Sang Ratu*
*Ungu Karmila*
*Hijab Sang Pencinta*
*Mikail*
*9 Nyawa*
*Cinta Sufi*
*Rayyan Fantasi*
*Cinta Sufi*
*Sutera Bidadari*
*Sunan Musafir*
*Mandat[O]ri*
*Fiksyen 302*
*Magis*

][Sharifah Abu Salem][
*Tak Semanis Impian*
*Gerimis Dihati*
*Salam Taj Mahal*
*Pesona Rindu*
*Tiada Lagi Mimpi*

][Aina Emir][
*Sesuci Cinta*
*Seharum Kasih*
*Setulus Janji*
*Aura Kasih*
*Semalam Ku Bermimpi*
*Kau Laksana Bulan*

][Najwa Aiman][
*Danur Kasih*
*Untuk Kau Dan Aku*
*Antara Kau Dan Dia*
*Kasih Kita*
*Bahang Selatan*

][Damya Hanna][
*Bicara Hati*
*Sepi Tanpa Cinta*
*Saat Cinta Bersemi*
*Relaku Menanti*
*Ilham Hati*

][Norzailina Nordin][
*Arca Kasih*
*Arjuna Hati*
*Getaran Rindu*
*Impian Terindah*
*Menanti Kasih*
*Konflik Terakhir*
*Cuma Dia*
*Cintamu Nadiku*

][Ma Lee Chuswan][
*Lamaran Kedua*
*Permata Hati*
*Selamat Tinggal Sayang*

][Shamsiah Mohd Nor][
*Tangisan Bulan Madu*
*Tangisan Bulan Madu 2*
*Tangisan Bulan Madu 3*
*Tangisan Bulan Madu 4*
*Bulan Berbisik*

][Abdul Talib Hassan][
*Saga*
*Saga 2*
*Saga 3*
*Warisan*
*Pelarian*
*Jerebu*

][Siti Hasneza Abd Hamid][
*Mimpi Kita Serupa*
*Cemburu Seorang Perempuan*
*Angin Dingin Dari Utara*
*Setulus Setia Seindah Nama*
*Sonata Kasihku*

][Abdul Rahim Awang][
*Konspirasi*
*Orang Ketiga*
*Jaguh*
*Zamrud*
*Verdict*
*Generasi Yang Hilang*
*Jejak-Jejak Songsang*
*Ego*
*Bara*
*Pulang*

][Elias Hj Idris][
*Kehilangan*
*Pilihan Kedua*
*Anak Perempuan Kabaret*

][Nia Azalea][
*Seredup Kasihmu*
*Hati Yang Terusik*

][Fauziah Ashari][
*Ombak Rindu*
*Setia Menanti*
*Duri*

][Syamimi Aminolah][
*Dalam Dakapan Kasihmu*
*Air Mata Kasih*
*Andai Ku Miliki Semalam*
*Air Mata Kasih 2*

][Sabariah Aruar][
*Jalur-Jalur Jingga*
*Buat Yang Terakhir*

][Nass Alina Noah][
*Aku Menyayangimu*
*Asmara Yang Pertama*

][Siti Rozilah][
*Kuburkan Kasihmu*
*Putus Sudah Kasih Sayang*
*Intan Delaila*

][Rozita Abd Wahab][
*Permata Asmara*
*Kasih Bersemi*
*Setelah Kau Pergi*
*Setulus Hati*
*Ruang Rindu*
*Kasih Bersulam Cinta*
*Setelah Hati Dimiliki*
*Dia Hanya Untukku*

][Amaruszati Nor Rahim][
*Bila Sena Kembali Berbunga*
*Bila Sena Kembali Berbunga 2*
*Episod Cinta Di Tanah Hijrah*

][Salina Ibrahim][
*Mahligai*
*Anjung Warisan*
*Atas Nama Kasih*
*Syurga Dihati*
*Bukan Yang Pertama*
*Setenang Cahaya Hati*
*Tiada Khatimah Cinta*

][Faisal Tehrani][
*Cinta Hari-Hari Rusuhan*
*Advancer Si Peniup Ney*
*Tunggu Teduh Dulu*
*Karbala*

][Norhisham Mustaffa][
*Leraian Novella*
*Persinggahan*
*Sayangku Aini Sofea*
*Kompilasi Kasih Orang Terbuang*

][SN Dato' A. Samad Said][
*Kail Panjang Sejengkal*
*Patah Sayap Terbang Jua*
*Bulan Tak Bemadu Di Fatehpur Sikri*
*Salina*
*Ilham Tasik*
*Keledang*
*Cinta Fansuri*
*Rindu Ibu*
*68 Soneta*

][Hasanuddin Md Isa][
*Sentuhan*
*Mereka Yang Tertewas 2*

][Siti Zabeha][
*Di Usik Sayang*
*Yang Tercinta*

][Zaharah Muhammad][
*Maafkanlah Aku*
*Hatiku Milikmu*
*Mencari Kekasih*
*Kerana Kau Lelakiku*
*Izinkan Mimpi Berulang*

][Puteri Andalas][
*Rindu Semalam*
*Jalinan Kasih*
*Tanpamu Disisi*
*Cinta Seindah Madah*

][Liana Afiera Malik][
*Janji Assila*

][Abdullah Hussain][
*Imam*
*Interlok*

][Khadijah Hashim][
*Trilogi Khadijah Hashim*
*Badai Semalam*

][Fatinilam Sari Ahmad][
*Antara Dua Hati*

][Faranina Zulfar][
*Sutera Demi Aishah*

][Izzul Izzati][
*Bukan Cinta Biasa*
*Kuseru Kasihmu*
*Kelat-kelat Sayang*

][Ruby Hazri][
*Percayalah*
*Kopi Susu Sepatu Biru*
*Percayalah...Akhirnya*
*Mr Right Buat Ann*

][Rnysa][
*Relevankan Aku Dihatimu*

][Hlovate][
*Shubert Serenade (Gurindam Jiwa)*
*5 Tahun 5 Bulan*
*aA+bB*
*Tunas*
*Rooftop Rant*
*Versus*
*Contengan Jalanan*
*Anthem*

][Eita Asyhta][
*Kasih Seharum Lavender*

][Iffa Irdina ][
*Menyemai Cinta*
*Hanya Kau Yang Satu*
*Bahtera Cinta*

][Abu Hassan Morad][
*Natasya, Julia, Cinta Madinah*
*Suu Phea*

][Faizura Mansur][
*Bersinarkah Lagi Kejora*

][Sri Diah][
*Jangan Ada Dusta*

][Pitteriah Abdullah][
*Hadirnya Cinta*

][Liza Zahira][
*Impian Kasih*
*Kau Tetap Dihati*

][Azilawati Mat Angsar][
*Selaut Kasih*

][Eka Fahara][
*Kabus Kasih*
*Jawapan Yang Pasti*

][Mimie Afnie][
*Masih Ada Rindu*
*Tinggallah Pujaan*
*Aku, Dia dan Bintang*

][Mohammad Nazir Saad][
*Naluri*

][Mohd Hizam Hj Ali][
*Sinar Kasihmu*

][Habibah Rahmat][
*Merisik Pilu*

][Nazifah Halmi][
*Lukisan Hati*

][Suhaniza Sulaiman][
*Belaianmu*

][Kamariah Kamaruddin][
*Sebuah Syakirah*

][Maizura Mohd Ederis][
*Kiranya Kau Berbohong*

][Mohd Nazmi Yaakub][
*Lambaian Huda*

][Azizi Hj. Abdullah][
*Ayahanda*
*Tuk Cai*
*Zikir Rindu*

][Lamia Aimal][
*Tiga Wajah*
*Donia*
*Titian Usang*
*Waja*

][Azian Zahra][
*Mahligai Impian*

][Sarimah Ayob][
*Pelayaran Cinta*

][Siti Rohayah Atan][
*Cinderela, Romeo & Juliet*

][Haron Md Dom][
*Jerat*

][Ruhana Md Zaki][
*Semusim Cinta*

][Abdul Rahman Daud][
*Priya*

][Ujang][
*Jibam*

][Zetty Zahira][
*Sangkar Asmara*

][Nor Hazriana Abdullah/Ryana Adrina][
*Hadirnya Cinta*
*Tautan Kasih*
*Percaya Ada Cinta*

][Annur Puteri][
*Cinta Dimana ?*

][Ashadi Zain][
*Dari Kepala Batas ke New Heaven*

][Majidah Mat Jusoh][
*Dua Dunia*
*Dunia Jam 10*

][Azira Ahmad][
*Biarlah Rindu Ini Berguguran*
*Rindu Rinduan*

][Izza Aripin][
*...dan mimpipun bersatu*
*Kerana Dia Cinta*
*Srikandi Vs Arjuna*
*Tolong Pikat Hatinya*

][Dina Najat][
*Cinta Lukisan Jiwa*
*Seteguh Kasih Aina Najihah*

][Mina Manahie][
*Seindah Gubahan Kasih*

][Arena Wati][
*Sakura Mengorak Kelopak*

][Ahadiat Akashah][
*Bila Lagi Mentari Melimpah Sinar*

][H.M.H Al Hamid Al Husaini][
*Rumahtangga Nabi Muhammad S.A.W*

][Ebriza Aminnudin][
*Hati Ini Milik Siapa*
*Kau Yang Tak Mengerti*
*Mahakarya Cinta*

][Amir Husaini][
*Ombak Senja*
*Transgenesis*

][Aziz Afkar][
*Putik*

][Hendan Yahya/Nureen Mirza][
*Nabila*
*Nabila 2*
*Aku Yang Kau Tinggalkan*
*Kugapai Kasihmu*
*Asam Pedas Untuk Dia*
*Di Hatiku Kau Di Situ*

][Zara Juita][
*Erti Rindu Ini*

][Nor Rafishah Md. Hassan][
*Luka Sekeping Hati*
*Kau Yang Tercinta*
*Cinta Di Hati*

][Dhiya Zafira][
*KuDamba Bahagia*

][Meor Shariman][
*Cinta Gadis Pontianak*

][Nurul Syahida][
*Soalnya Hati*
*Plain Jane*
*Akukan Novelis!*
*Valentina Nervosa*

][Nisah Haron][
*Mencari Locus Standi*
*Lentera Mustika*

][Lynn Dayana][
*Jika Benar Cinta*
**

][Marwati Wahab / Aleeya Aneesa][
*Untukmu Sayang*
*Janjiku Bersamamu*
*Segalanya Untukmu*

][Rabiatul Adawiyah][
*Airmata Cinta*

][Maya Adelia/Adileah][
*Cinta Sang Pari-Pari*
*Pada Angin Aku Berpesan*
*Menunggu Hujan*
*Jula-Juli Bintang Tujuh*

][Khairyn Othman][
*Zahrah de Tigris*
*Dame Zoete Sarah*
*Nuansa Kota Merah*

][Aminah Mokhtar][
*Kuusir Lara Ini*

][Haslina Kamaluddin][
*Asmara Asrama*

][Hani Sofea][
*Gerhana Hati Lara*

][Kamsiah Abu][
*Menggamit Syurga Firdaus*

][Emma Maizura][
*Ada Cinta Di Hati*
*Dan Mimpipun Bersatu*

][Lia Azira][
*Salju Cinta*

][Hafirda Afiela][
*Kalimah Cintamu*

][Ramlah Rashid][
*Takku Duga*
*Sara Kirana*
*Qaseh Qaisy*
*Aku Cinta Kyra*
*Seharum Cinta Lestary*
*Lara Di Jiwa Ajym*
*Biarkan Indah Berlalu*


][Antasya Balkis][
*Citra Cinta*
*Bila Hati Berbicara*
*Suatu Penantian*

][Rose Harissa/Nora Ismail][
*Cinta Mekar Dihati*
*Serasi Dihati*
*Mulanya Satu Cinta*
*Tuhan Lebih Tahu*
*Wasilah Cinta Weera*
*...dan Cintapun Tersenyum*

][Nor Erny Othman][
*Untuk Semua Lelaki Yang Pernah Kucintai*

][Zuraidah Othman][
*Suci Wajah Rindu*

][Nura Zulaikha][
*Cahaya*

][Azhan Kamal][
*Sebening Rindu*

][Manjlara][
*Persis Sebutir Pasir*
*Suka Saya Ya? Suka Saya Tidak?*

][Nazurah Aisyah][
*Lili Buat Najah*
*Rahsia Hati Sofea*
*Melur Bunga Ivy*
*Bening Merah Jingga*
*Bukan Hanya Ada Kita*

][Norzilinawati Alias][
*Restuilah Kasih*

][syud][
*Tentang... Dhiya*
*Tas Merah Jambu (Kebun Mimpi)*
*Pelangi (Pelangi)*
*Langit.. Tetap Biru (Damai)*
*Untuk Awak Teja Aulia*
*Baju Melayu Hijau Serindit*

][Puteri Imaneisya][
*Ungkapan Rahsia Hati*

][Abdul Latip Talib][
*Salahudin Penakluk Jerusalem*
*Ikramah Penentang Jadi Pembela*

][Zaid Akhtar][
*Salju Sakinah*

][Maya Iris][
*Curahan Cinta Niagara*
*Kuseru Namamu Kekasih*

][Aidil Khalid][
*Bila Nysrah Kata Tak Mahu*

][Hani Fazuha][
*Mengukir Bahagia*
*Bebunga Kasih*
*Harga Sebuah Cinta*
*Hati Kala Cinta*
*Pergi Tanpa Alasan*

][Bahruddin Bekri][
*Dunia Ini Sederhana Kecil*
*Doa Untuk Aku*
*Detektif Bertudung Hitam*
*Adi Gempa*
*Puisi Nadina*
*Terang Bulan*

][Serunai Faqir][
*Lagukan Senandung Itu*
*Mantera Hitam*

][Aida Adriani][
*Kerana Terluka*

][Anita Aruszi][
*Bunga Syurga*
*Hujan Rindu*
*Rembulan Berdarah*
*Sakti Cinta*
*Tiada Sepertimu*
**

][Mazni Aznita][
*Street Vendetta*
*Sayangku Casper*
*Venom Suria*
*Kasihku Arina*
*Alamak Lagi-lagi Dia*

][Pingu Toha][
*L.U.V.E.*
*1.4.3.*
*Epik Cinta Dari Agia*

][Miz Mia][
*Hujan Gula-Gula*

][Iejay Zakaria][
*Lagu Cinta*
*Resepi Cinta*

][Zuliana Abuas][
*Viva Sakura*

][Lily Haslina Nasir][
*Aku Ada Kamu*
*Menunggu Cinta Tuhan*
*Tuhan Masih Menyintaimu*

][Iman Xara][
*Tanya Pada Hati*
*Rumput Masih Hijau*
*Kau Curi Hatiku*
*Seadanya Kamu*
*Sijil Layak Berteman*

][Nazawati][
*Teluki Itu Untuk Aku*

][Xarine/Khairi Mohd][
*Bintang-Bintang Ke Syurga*
*Yuda di Padang Maya*
*AdaMaryam*
*Kasyaf*

][Saidatul Saffaa][
*Kemilau Mutiara Raudhah*
*Damai (Damai)*
*Quartet*
*Busana Nana*

][Mazni Darwisa][
*Samudera Indah Nian*

][Nasron Sira Rahim][
*Nama Atas Kertas*
*Enigma*

][Nur Azzahra][
*Bidadari Hujan*

][Nirrosette][
*Ikhlas, A.K!*
*Nah, Untuk Awak!*
*Tunggu Aira Di Bandung*

][Ika Madera][
*Jet Jonah*
*Dapur Wawa*

][Nasz][
*Sweet Sour*
*Lazuardi*

][Faziela][
*Si Mangkuk Tingkat*
*Sandal Bunga-Bunga*

][RodieR][
*Nyanyian Hati*
**

][Aishah Madadiy][
*Velvet Di Durham*
*Akrilik Atas Kanvas*

][Aidah Bakri][
*Mencari Taman Dihati*
*Dandelion Ditiup Angin*

][Nisyah][
*3 Jantung Hati*
*Bawah Pohon Sena*

][*_*][
*XX*
**



~ Indonesia ~
][Prof Hamka][
*Tenggelamnya Kapal Van Der Vick*
*Di Bawah Lindungan Kaabah*
*Merantau Ke Deli*

][Andrei Aksana][
*Abadilah Cinta*
*Sebagai Pengganti Dirimu*
*Cinta Penuh Air Mata*
*Kerana Aku Menyintaimu*
*Lelaki Terindah*
*Pretty Prita*
*Cinta 24 Jam*
*Men 2 Love*
*Janda-Janda Kosmopolitan*

][Marga T][
*Karmila*
*Setangkai Edelweiss*
*Sepagi Itu Kita Berpisah*
*Tesa*

][Habiburrahman El Shirazy][
*Ayat-Ayat Cinta*
*Pudarnya Pesona Cleopatra*
*Dalam Mihrab Cinta*
*Ketika Cinta Bertasbih*
*Ketika Cinta Bertasbih 2*
*Ketika Cinta Berbuah Surga*

][Andrea Hirata][
*Laskar Pelangi*
*Sang Pemimpi*
*Edensor*
*Maryamah Karpov*

][Tere liye][
*Hafalan Shalat Delisa*
*Moga Bunda Disayang Allah*
*Bidadari Bidadari Surga*
*Rembulan Tenggelam Di Wajahmu*
*Burlian*
*Pukat*

][Sendutu Meitulan][
*Cintaku Antara Jakarta & Kuala Lumpur*
*Mimpi-Mimpi Si Patah Hati*

][Dewie Sekar][
*Zona@Tsunami*
*Perang Bintang*
*Zona@Last*
*Langit Penuh Daya*

][Esti Kinasih][
*Fairish*

][Dianing Widya Yudhistira][
*Perempuan Mencari Tuhan*

][K. Usman][
*Rahasia Cinta Gadis Jelita*

][Abdulkarim Khiratullah][
*Mencari Cinta Yang Hilang*

][Jurie G Jarian][
*Opik Sok Cool Nih!*

][Mira W][
*Cinta Berkalang Noda*

][Maria A Sardjono][
*Pewaris Cinta*
*Melati Di Musim Kemarau*
*Ketika Flamboyan Berbunga*
*Musim Bunga Telah Berlalu*
*Seikat Mawar Putih*
*Merambah Bukit Wadas*
*Hujan Di Akhir Kemarau*
*Telaga Hati*
*Pengantin Kecilku*
*Daun-Daun Yang Gugur*
*Tiga Orang Perempuan*
*Lembayung Di Langit Lembayung Di Mataku*
*Sepatu Emas Untukmu*
*Bintang Dini Hari*
*Gaun Sutra Warna Biru*
*Cinta Yang Biru*
*Sayap-Sayap Cinta*
*Menjolok Rembulan*
*Langit Di Atas Merapi*

][Luna Torashyngu][
*Lovasket*
*Dua Rembulan*

][Alexandra Leirissa][
*12 Pendar Bintang*

][Sitta Karina][
*Seluas Langit Biru*



~ Singapura ~
][Norisah A. Bakar][
*Takdir*
*Rinduku Di Angin Lalu*
*Hati Seorang Wanita*
*Kasih Antara Kita*
*Kerana Kau*
*Inche' Jamil Menantu Mithali*

][Manaf Hamzah][
*Dedaun Hijau Di Angin Lalu*
*Anggerik Di Tangkai Mawar*
*Aylana*
*Sekeras Waja Selembut Sutera*
*Dalam Kehangatan Dakapan Senja*
*Hujan Gerimis Dihiasi Pelangi*
*Suzan*

][Isa Kamari][
*Atas Nama Cinta*
*Tassawul*

][Rohani Din][
*Diari Bonda*





..:: berkongsi rasa ::..

][ Galau Di Hati Seri ][
][ Suka Saya Ya? Suka Saya Tidak? ][
][ Yuda di Padang Maya][
][ 1 4 3 ][
][ Jaja & Din ][
][ Menunggu Cinta Tuhan ][
][ Bebunga Kasih ][
][ Kemilau Mutiara Raudhah ][
][ Bintang-Bintang Ke Syurga ][
][ Tuhan Lebih Tahu ][
][ Ketika Cinta Berbuah Surga ][
][ Dame Zoete Sarah ][
][ Teluki Itu Untuk Aku ][
][ Dalam Kehangatan Dakapan Senja ][
][ Setiap Jumaat ][
][ Sigaraning ][
][ Bidadari-Bidadari Syurga ][
][ Odisi Bulan Biru ][
][ Rooftop Rant ][
][ Kuseru Namamu Kekasih ][
][ Chinta ][
][ Ombak Bukan Biru ][
][ Doa Untuk Aku ][
][ L.U.V.E. ][
][ Bunga Syurga ][
][ Secantik Anugerah ][
][ Dunia Ini Sederhana Kecil ][
][ Transgenesis: Bisikan Rimba ][
][ Kasih Antara Kita ][
][ Kugapai Kasihmu ][
][ Mengukir Bahagia ][
][ Bukan Terlarang ][
][ Bohemian ][
][ Dari Beirut Ke Jerusalem ][
][ Sang Pemimpi & Edensor ][
][ Plain Jane ][
][ Cinta Seindah Madah ][
][ Lili Buat Najah ][
][ Tentang... Dhiya ][
][ Laskar Pelangi ][
][ Garis-Garis Dejavu ][
][ Persis Sebutir Pasir ][
][ Sekeras Waja Selembut Sutera ][
][ Sara Kirana ][
][ Qaseh Qaisy ][
][ Suci Wajah Rindu ][
][ Ada Cinta Di Hati ][
][ aA + bB ][
][ Menggamit Syurga Firdaus ][
][ Aku Yang Kau Tinggalkan ][
][ Kopi Susu Sepatu Biru ][
][ Bila Cinta Itu Jadi Milikku ][
][ Air Mata Kasih 2 ][
][ Lamaran Kedua ][
][ Bahtera Cinta ][
][ Zahrah de Tigris ][
][ Cinta Sang Pari-Pari ][
][ Kerana Kau Lelakiku...][
][ Maafkanlah Aku ][
][ Mencari Locus Standi ][
][ Kau Yang Tercinta ][
][ Luka Sekeping Hati ][
][ Ombak Senja ][
][ Kuseru Kasihmu ][
][ Labyrinth ][
][ Ayat-Ayat Cinta ][
][ Pudarnya Pesona Cleopatra ][
][ Putik ][
][ Pulang ][
][ Cinderella Cinta ][
][ Gurindam Jiwa ][
][ Bayangan Rindu ][
][ Kerana Dia Cinta ][
][ Hati Seorang Wanita ][
][ Surat Ungu Untuk Nuha ][
][ Perempuan Tanpa Dosa ][
][ Imam ][
][ Fairish ][
][ Untuk Tiga Hari ][
][ Semarak ][
][ Atas Nama Cinta ][
][ 5 Tahun 5 Bulan ][
][ Setulus Setia Seindah Nama ][
][ Kasih Seharum Lavender ][
][ RADHA ][
][ Percayalah ][
][ Setelah Kau Pergi ][
][ Duri ][
][ Biarkan Aku Menangis ][
][ Hadirnya Cinta ][
][ Menyemai Cinta ][
][ Kau Laksana Bulan ][
][ Jejak-Jejak Songsang ][
][ Sutera Demi Aishah ][
][Bila Sena Kembali Berbunga 2][
][ Aylana ][
][ Tanah Andriyana ][
][ Takdir ][
][ Belaian Jiwa ][
][ Takagi Sayang ][
][ Angin Dingin Dari Utara ][
][ Anggerik Di Tangkai Mawar ][
][ Mimpi Kita Serupa ][
][ Priya ][
][ Semalamku Bermimpi ][
][ Dedaun Hijau Di Angin Lalu ][
][ Berikan ku Bahagia ][
][ Maafkanku Sayang ][
][ Kasih Bersemi ][
][ Bara ][



..:: tukang ulas buku ::..

][ CarrieKirana ][
][ Antubuku ][
][ 1001 Malam ][
][ Ulas Buku ][
][ Forum Buku ][
][ Dunia Novel ][
][ Ulas & Kupas ][
][ dunia-novel ][
][ ketika membaca ][
][ kicap's review ][
][ My Kingdom of Books ][


..:: teratak teman ::..




..:: e-novel ::..




..:: gedung buku ::..

][ Creative ][
][ Alaf21 ][
][ Jemari Seni ][
][ Kaki Novel ][
][ KarnaDya ][
][ NB Kara ][
][ MPH ][
][ Utusan Publication ][
][ Fajar ][
][ Dawama ][
][ Ujana Ilmu ][
][ PTS ][
][ Pustaka Islamiyah ][
][ Pekan Ilmu Publications ][

][ Pustaka Republika ][
][ Gramedia ][
][ MyLibrary ][
][ Kamus Dewan ][
][ Kamus Dewan 2 ][

..:: terima kasih kerana menjadi tamu ::..

Free Web Counter
hit Counter


..:: ini aku ::..

...::duniAku::..


..:: music ::..






..:: pendapat anda ::..

Perlu ataupun tidak saya meneruskan 'tugasan' saya berkongsi rasa dengan anda..??
Perlu... kerana (alasan anda - postkan di 'guestbook')
Tidak perlu... kerana tidak membantu sama sekali.
Tidak kisah... mana2pun boleh.
  
pollcode.com free polls

Guestbook



..:: iklan ::..

contact


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:

cReditS

Blogdrive




Friday, November 23, 2007
Bila Cinta Itu Jadi Milikku

Pengarang : Nor Erny Othman

Halaman   : 735

Tahun       : 2007

Terbitan   : Roket Kertas Sdn Bhd

Harga       : RM 24.90


Bila Cinta Itu Jadi Milikku kisah tentang Nurul Fitri yang kecewa dalam pelajaran. Tatkala kawan-kawan bergembira dengan tawaran yang diterima dari Pusat Pengajian Tinggi masing-masing, Fitri hanya menahan hati yang kecewa. Tambahan pula kekasih hati – Ipan - juga mendapat tawaran belajar di UUM Sintok, meletakkan dirinya bertambah sedih. Harapan untuk mengikut jejak langkah kakaknya Sakinah juga tidak kesampaian.

 

Namun, langit tidak selamanya mendung… tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 datang bersama dengan tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke ITM dalam jurusan kesetiausahaan.  Fitri nekad ke Jengka untuk meneruskan hasrat hati yang hampir terbengkalai, bersama azam dan tekad untuk menebus kegagalan lalu.

 

Perjalanan hidupnya di bumi Jengka penuh warna-warni, pahit manis, suka duka… semuanya diharungi dengan tabah dan sabar demi memperjuangkan nasib dan masa depannya dan keluarga. Dalam menghadapi pelbagai karenah teman-teman sebilik mahupun teman satu kursus Fitri terus tabah, apatah lagi kekasih hati yang jauh di bumi sintok terus meniupkan semangat juangnya.

 

Namun tidak semua yang dia impi dan angan-angankan dengan mudah dicapai. Ada kalanya dia lelah sendirian… menghadapi karenah adik-adik, menghadapi kemelut keluarga, sementelah pula dengan masalah kewangan yang dihadapi oleh keluarganya. Apatah lagi Sakinah, kakaknya juga masih menuntut di UIA yang sudah pastinya memerlukan belanja yang banyak. Namun Fitri bersyukur, kerana Pian sahabat baiknya tetap setia disisi memberi sokongan moral yang amat-amat dia perlukan.

Dapatkan Fitri terus bertahan… apabila satu demi satu masalah membelenggu hidupnya.?? Masalah kewangan… masalah dengan hubungannya dan Ipan kekasih hatinya… malah masalahnya bersama teman seperjuangan… bahkan dilema yang dihadapinya tatkala terasa diri diketepikan oleh kedua orang tuanya… terus-terusan menekan hati dan perasaannya.

******

Karya terbaru Nor Erny ini pada aku tidak menghampakan.  Tatkala menatap baris demi baris, ayat demi ayat, terasa begitu dekat dihatiku. Bahkan aku seakan tenggelam dalam diri Nurul Fitri. Nurul Fitri yang digambarkan sebagai seorang gadis yang biasa-biasa saja, tidak terlalu lawa, tidak terlalu pandai, bahkan keluarganyapun hanya 'orang biasa' yang hidup di tanah felda. Cara hidup mereka yang kadang-kala 'baik', tapi adakalanya 'sempit'… semuanya pernah aku alami. Aku seakan membaca kisah hidup aku… yang bezanya aku bukan anak peneroka tetapi cara hidupnya mengingatkan aku waktu aku nak mengenal hidup di 'zaman' susah dahulu. 

 

Begitu juga dengan 'kehidupan' di kampus… semuanya mengingatkan aku zaman Uitm yang dulunya aku kenali dan mesrainya sebagai ITM. Semuanya membuatkan kenangan demi kenangan terimbau di layar ingatanku. Hehehe… aku dok terbayangkan nacha & mar sebagai 'rakan' sekursus ngan Fitri. Lagi satu, kalau kat ITM Manjung (sekarang dah pindah ke Sri Iskandar) – SS ni course yang paling glamour…

 

Cuma, sayang seribu kali sayang, suntingan karya ini tidak begitu kemas sehingga sedikit sebanyak menjejaskan pembacaan aku. Di samping itu terdapat juga kesilapan printing ~ms:224~  membuatkan tumpuan aku terganggu.

Pendek kata aku memang suka dengan Bila Cinta Itu Jadi Milikku ini. Walaupun ceritanya hanya cerita2 biasa sahaja… tapi pada aku ia tetap istimewa.!! Tahniah buat penulis.!!

 


Posted at 09:11 am by wanAmalyn
(2) dah komen  

Tuesday, November 20, 2007
Air Mata Kasih 2

Pengarang : Syamimi Aminolah

Halaman   : 554

Tahun      : 2007

Terbitan   : Creative

Harga       : RM 28.90


Blurb:

 

Semakin kita berlari, semakin ia mengejarnya. 

Semakin kuat keinginan untuk melupakan, semakin kuat perasaan ingin memilikinya semula.

 

Sesungguhnya Ain tidak mampu memadamkannya dari ingatan.  Bagaimana mahu melupakan kerana semua ingatan tentang kita bagaikan tayangan filem yang ditayang berkali-kali !  Kisah kita yang bermula dengan perasaan benci tetapi akhirnya membuahkan kemesraan yang bukan sedikit. Dan waktu yang memisahkan kita untuk selama-lamanya.  Kalaulah semuanya terbentang di hadapan mata apa yang bakal berlaku, tidak ingin rasanya pergi dari sisi walaupun hati diduga umpama belati yang merobek kejam.  Dan andai dimiliki semalam, ingin sahaja diubah menjadi hari esok kerana semalam amat menyakitkan !

******

Air Mata Kasih 2 (AMK-2) adalah kesinambungan dari karya Syamimi yang terdahulu. Kisah tentang Ain yang masih lagi belum mampu mengusir bayangan Iman Haqimi dari hidupnya walaupun Abang Qimi telah 6 tahun meninggalkan dunia fana ini.

 

Ain yang masih dibelenggu momen indah bersama Qimi, nekad untuk 'beralih angin' bekerja di sebuah hotel di Tanah Tinggi dengan harapan untuk memulakan hidup baru, bertemu teman baru dan dengan harapan agar dapat dipadamkan kenangan-kenangan indah bersama Iman Haqimi.

 

Tapi harapan hanya tinggal harapan, di tempat baru… Ain dipertemukan dengan Nazmin Haqimi yang mengingatkan Ain akan Iman Haqimi yang cuba dilupakan.  Ber'bos'kan Nazmin Haqimi, Ain sekali lagi dihantui oleh kenangan demi kenangan yang cuba dibenamkan jauh ke dasar hati. Semakin cuba dilupakan, semakin segar di ingatan. Ain lelah sendirian.!!

 

Tatkala hati cuba dibuka untuk menerima cinta baru, Ain sekali lagi diuji dengan lamaran cinta dari Nazmin Haqimi. Ain tidak sanggup untuk menerima Nazmin Haqimi hanya kerana 'rindu'kan Iman Haqimi. Kehadiran Mirzan yang masih lagi menagih cinta dari Ain, serta Sakito si 'Pengembara Jepun' meletakkan Ain dalam dilema… sedangkan dalam hatinya telah disambut huluran kasih Nazmin Haqimi, namun hanya hati yang mampu mengiakan sedangkan mulutnya masih ragu-ragu untuk melafazkan.

 

Bagaimanakah Ain menangani segala beban yang beraja dihati? Siapakah Nazmin Haqimi yang cuba dijauhi oleh Ain?

 

Usai membaca AMK-2… aku menarik nafas lega..!! Entah ya… mungkin 'rasa' yang terus membelenggu aku tatkala usai membaca Air Mata Kasih dulu masih terus-menerus menapak dihati aku. Sebagaimana Ain yang tidak sempat untuk meluahkan rasa cintanya pada Iman Haqimi… yang terus-terusan membuatkan Ain kesal tak sudah… begitu jugaklah perasaan yang terbuku di hati aku nih… rasa ralat pada ending yang sebegitu.!!

 

Cuma aku rasa 'perjalanan' AMK-2 agak perlahan sedikit. Umpama aku dibawa melalui jalan panjang sedangkan jalan pendek ada di depan mata. Kadang-kala aku jadi penat nak 'mendengar' keluh-kesah Ain, tangis hiba Ain malah rindu dendam Ain pada Abang Qiminya. Adakalanya penggunaan ayat yang berulang-kali menyebabkan aku rasa terganggu.!! Tapi apa-apapun, puas hati jugak ler dengan penamatnya… walaupun nyaris2 nak terlepas lagi…!! hehehe

 

 


Posted at 03:02 pm by wanAmalyn
(2) dah komen  

Tuesday, November 13, 2007
Lamaran Kedua

Pengarang: Malee Chuswan

Halaman   : 323

Tahun       : Cetakan Pertama:1998; Cetakan kelima:2004

Terbitan    : CESB

Harga        : RM19.90


Blurp:

 

Dia sudah terdesak, demi cinta dia rela…

 

Tatkala rindu sudah sampai ke penghujung, impian berkocak duka. Kasih yang berlorek indah kiranya hanya seperti pelangi senja… satu, satu pergi dan hilang.

 

******

 

Buku ini entah kali yang keberapa aku baca… akupun sudah tak pasti!! Kali ini aku baca, semata2 kerana ada seorang pembaca yang menghantar email padaku bertanyakan tentang jumlah mukasurat untuk novel Malee Chuswan yang ini. Sudahnya, pada awalnya aku yang hanya inginkan jawapan terus terpaku hingga ke mukasurat terakhir 323.

 

Lamaran Kedua (LK) adalah berkisah tentang Nina yang ditunangkan dengan Jefri sepupunya sebelum Jefri terbang ke luar negara meneruskan pengajian. Nina tinggal bersama seribu harapan dan impian untuk hidup bersama Jefri. Namun setelah 4 tahun di luar negara, Jefri pulang bersama Nur Ayu, menyebabkan Nina kecewa dah hilang kepercayaan terhadap Jefri.

 

Nina mengambil keputusan untuk berhijrah ke kota metropolitan KL untuk mengubati kelukaan hatinya. Bekerja sebagai executive di sebuah syarikat pengiklanan di samping sebagai model sambilan, berjaya membekukan hatinya pada setiap pujuk rayu dan kata maaf Jefri yang inginkan mereka kembali bersama walaupun ada kalanya hampir goyah.

 

Pelbagai dugaan dan cabaran yang terpaksa Nina hadapi, dengan karenah teman serumah yang hidup sebebas sang burung, bersama lamaran cinta dari Tengku Zulhan pemilik syarikat tempat di mana dia mencari rezeki, di samping kata-kata cinta dari mereka yang cuba memikat Nina si jelitawan, di samping pujuk rayu Jefri untuk kembali menjalinkan ikatan, menyebabkan kadang-kala Nina lelah sendirian.

 

Namun sampai bila Nina mampu bertahan?, sampai bila Jefri sanggup untuk terus memujuk Nina, bila sidia miliki hati sebeku ais? Dan pabila ikatan sudah terpatri, mengapa ada badai yang terus melanda? Semuanya hanya terjawap apabila anda membaca LK ini.

 

Membaca LK ini walaupun berulang kali, masih lagi membuatkan hati aku tidak tenang, tidak sabar… malah kadang-kala geram dengan segala salah faham yang berlaku. Malee Chuswan telah berjaya membuatkan hati aku terbuku sama dengan setiap kejadian demi kejadian yang menimpa samada pada Nina mahupun Jefri.

 

Malee Chuswan merupakan salah seorang penulis yang aku nanti-nantikan karya terbaru darinya selain Permata Hati dan Selamat Tinggal Sayang. Ada tak sesiapa yang tahu samada dia masih lagi aktif menulis ataupun tidak.

 


Posted at 05:25 pm by wanAmalyn
(13) dah komen  

Tuesday, November 06, 2007
Bahtera Cinta

Pengarang: Iffa Irdina

Halaman  : 554

Tahun     : 2007

Terbitan  : Nylea Publishing

Harga     : RM 21.90


Sinopsis belakang kulit:

 

Rindu dan benci ini bersatu…

Lalu membawa aku jauh darimu…

 

Kita dipertemukan ketika hati ini terluka parah. Kau datang bersama sekeping hati lalu menawarkan janji setia walaupun aku tidak pernah percaya. Hati ini terlalu sakit dan pedih. Tapi pujuk dan rayumu membuat aku kalah. Namun di saat aku cuba mencorak bahagia dan menganyam buih-buih di lautan, bahtera cinta kita dilambung badai. Aku tidak tega membiarkan bahtera cinta kita ini tenggelam namun apalah dayaku… Kisah silammu yang hitam membuat aku kehilangan diriku. Aku redha melangkah pergi tetapi rindu ini akan merantai kuat kakiku. Sayang, berikan aku fatwa… agar cukup kuat alasan untuk aku terus setia mempertahankan bahtera cinta kita ini…

 

******

 

Bahtera Cinta (BC) adalah karya ke-3 Iffa Irdina bersama Nylea Publishing. Berkisahkan tentang Ridwana yang kecewa pabila gagal mempertahankan hubungan cintanya bersama Saiful apabila jejaka itu berpaling pada wanita lain. Ridwana yang berkali-kali menyimpul kembali ikatan percintaan mereka nekad untuk melupakan Saiful dan sekaligus menutup kejap pintu hatinya pada sebarang kata cinta oleh sesiapa jua.

 

Bekerja sambilan sebagai penggubah barangan hantaran untuk majlis perkahwinan telah menemukan 2 sahabat yang terpisah lama. Pertemuan yang membawa kepada terjalinnya ikatan yang erat antara Ridwana & ahli keluarga Hadina sementelah pula Ridwana yang ceria telah berjaya mengikat hati Puan Zawiyah & Tuan Hasyim dan sekaligus mengangkat taraf Ridwana sebagai anak angkat mereka. Hadina mempunyai 2 orang abang iaitu abang sulungnya - Azmin yang kematian isteri hidup dalam awang2an sementara abang keduanya – Adiputra pula terkenal sebagai playboy yang tidak pernah puas dengan seorang wanita.

 

Pertemuan demi pertemuan… pertelingkahan demi pertelingkahan bak anjing dengan kucing tatkala bersua muka tidak memungkinkan mereka jatuh hati… apatah lagi Ridwana yang seakan serik pada lelaki yang rutin hidupnya tidak 'sah' tanpa perempuan. Dan Adiputra yang 'bebas' tidak mungkin memilih Ridwana, si gadis bertudung sebagai pasangan 'meleser'nya.  Sehinggalah pada suatu malam… apabila Adiputra terpandang pada dia - si'sleeping beauty' telah menyebabkan hatinya bagaikan mendapat panahan si dewa cupid.

 

Ekorannya, Adiputra cuba memikat hati si gadis yang jinak-jinak merpati… tetapi ada aral yang menghalang. Tanpa pengetahuan Adi, kedua orang tua mereka telah memilih Ridwana sebagai pasangan Azmin, sementelah Azmin pula, mula membuka ruang hati & mahu menerima Ridwana sebagai pengganti arwah isterinya dan sekali gus ibu kepada anak 'istimewa'nya.

 

Berjayakah Adiputra memikat hati Ridwana yang sedari awal lagi dia akur dan sedar tentang masa silam Adi yang penuh noda dan dosa. Bersediakan Ridwana menerima Azmin sebagai suaminya dan sekaligus mengambilalih tempat arwah isterinya sedangkan hatinya mula diterjah oleh satu rasa yang aneh pada Adi.  Segala-galanya akan terjawap apabila anda membaca karya ini.

 

Membaca BC tatkala aku sedang dalam 'mood malas nak mengadap novel' telah berjaya membuatkan aku terpaku hingga ke noktah yang terakhir. Ya… Bahtera Cinta telah berjaya menarik kembali mood membaca aku. Sebuah cerita yang tidak terlalu berat, walaupun ada ketikanya aku turut sama menahan debar dengan nasib Adi & Wana. Tapi… yaay..!! aku berjaya menghabiskannya dalam masa satu hari… non-stop!!

 


Posted at 04:18 pm by wanAmalyn
(9) dah komen  

Thursday, October 25, 2007
Zahrah de Tigris

Pengarang  : Khairyn Othman

Halaman     : 501

Tahun        : 2007

Terbitan    : Jemari Seni Publishing

Harga         : RM20.00


Sinopsis Belakang Kulit:

 

Zahrah de Tigris… adalah Khairunnisa Si Kembang Tigris… 

Anak gadis dari Malaysia yang menuntut di Tanah Ratu ini, memang degil orangnya. Dilarang makin keras, dirayu pula makin tegar. Dia berkelana bersendirian  mencari sebuah cinta. Cinta yang paling hakiki: cinta Rabbul Izzati.  

 

Nisa pasrah menerokai sebuah kota yang pernah menjadi puncak peradaban Islam suatu waktu dulu. Kota Baghdad yang pernah terkenal dari masyrik ke maghrib itu sedang berantakan: dihamburi mortar dan peluru. Cerita pilu, Kota Negeri Seribu Satu Malam itu menjadi Kota Ngeri Seribu Satu Malam.  

 

Menjadi guru dan jurubahasa, membuatnya mudah memahami budaya orang-orang di Lembah Tigris. Begitu sudah di situ lain pula ujiannya; dia terpaksa keraskan jiwa, kuatkan semangat tetapi perlahan-lahan hati perempuannya diketuk jua. Namun cinta mereka tak mungkin bersatu kerana Doktor Patrick Devereux, seorang ateis.  

 

Hayatilah sebuah novel adventure-spiritual daripada penulis yang pernah menjadi Wartawan Terbaik Bahasa Inggeris 2003. Sebuah cerita, yang harus dihayati oleh siapa sahaja yang cintakan kemanusiaan sejagat.

 

******

 

Pertama kali aku membaca Zahrah de Tigris… aku telah jatuh hati.!! Aku jatuh hati pada Khairunnisa yang 'keras', jatuh hati pada Khairunnisa yang tegar dan berhati waja.

 

Zahrah de Tigris (ZdT) adalah cerita tentang keperitan hidup saudara seagama kita di bumi Baghdad. Bumi yang saban hari, saban malam bertemankan bedilan mortar dan dentuman bom. Melalui Nisa, kita disajikan dengan kesengsaraan dan perjuangan mereka – penduduk di Lembah Tigris – untuk terus bernafas di bumi yang tidak menjanjikan hidup hingga esok hari. Bila-bila masa, tanpa amaran… nyawa mereka bisa melayang. Namun mereka tegar… demi sebuah erti kebebasan, mereka sanggup berjuang hatta dengan nyawa sebagai galang ganti. Hanya berperisaikan tubuh badan dan batu-batu kecil sebagai senjata… mereka bangkit.

 

Nisa – pada aku adalah srikandi zaman moden. Seorang gadis yang sanggup meninggalkan segala kesenangan dan keselesaan hidup semata-mata untuk membantu kanak-kanak yang menjadi mangsa perang di Lembah Tigris. Walaupun pada awalnya pemergiannya ke sana didorong oleh faktor wang. Seorang gadis yang sanggup mempertaruhkan nyawanya demi melihat saudara seagama tidak tercicir dalam menimba ilmu. Atas tiket sebagai pendidik… Nisa berjuang untuk membela nasib anak-anak malang itu. Pabila bangunan yang dijadikan sekolah menjadi mangsa ledakan bom, Nisa beralih pada tugas sebagai jurubahasa di hospital yang merawat mangsa peluru tak bermata.

 

Namun hakikat… sejauh mana kita melangkah… setinggi mana kita terbang… adakalanya kita jatuh tersungkur menyembah bumi. Begitu juga dengan Nisa… sekuat mana dia mengeraskan hati… serapat mana dia memejamkan mata dari memandang tragedi demi tragedi ngeri yang merobek hati… dia harus akur… dia juga manusia biasa. Kematian dan kehilangan teman baik telah membawa Nisa kembali pada realiti yang dia masih punya keluarga di bumi Malaysia. Dia harus kembali…!! Kembali ke pangkuan keluarga yang setiap saat setiap detik diselubungi kekhuatiran akan keselamatan dan kesejahteraan dirinya di bumi yang sering disimbahi dengan darah.

 

Kepulangannya ke Malaysia diharap dapat mengubat kesedihan hati… namun hanya jasad yang bernyawa sedangkan 'roh'nya terbang mencari arah tujuan yang hilang dibawa angin peperangan.

 

ZdT membuatkan aku insaf ! Aku benar-benar bersyukur dilahirkan di bumi bertuah Malaysia yang jauh dari peperangan (mudah-mudahan!!). ZdT pada aku adalah tentang semangat perjuangan. Tentang erti kebebasan yang sebenar-benarnya. ZdT  juga tentang 'sejarah' yang diharapkan dapat menjadi iktibar, panduan dan pedoman. Jua tentang kerakusan manusia tanpa ada 'ruh' belas kasihan demi mengaut kekayaan yang bukan milik mereka. Pendek kata ZdT adalah tentang 'kita' yang insaf akan hakikat kejadian kita di muka bumi ini… sebagai Khalifah… sebagai pemimpin… sebagai pembimbing.!!

 

Tanpa ayat yang mendayu-dayu… airmataku tetap mengalir di pipi tanpa aku sedar. Tangis sedih mereka yang menjadi mangsa perang telah membuatkan aku turut hiba sama. Pada anda para pembaca… bacalah andai anda ingin turut sama merasai derita mereka – saudara seagama kita.

 

Tahniah pada Khairyn yang telah berjaya menambahkan lagi senarai penulis yang akan aku nanti-nantikan buah fikirannya yang terbaru...

 


Posted at 12:28 pm by wanAmalyn
(6) dah komen  

Next Page