…sekadar untuk berkongsi tentang apa yang aku rasa, tatkala bait-bait ayat tercerna di minda…



..:: dIrIkU ::..

Wan Amalyn
June 20
Gemini
USJ Subang Jaya

][amalynputri@gmail.com][



..:: notice board ::..


Terbaru daripada
Jemari Seni




Judul: Bintang Ke Syurga
Penulis: Xarine
Terbitan: Jemari Seni
Harga: RM19.00
untuk tempahan, sila hubungi:
] Jemari Seni [


Light Pink Flower Strand Images




Judul: Dame Zoete Sarah
Penulis: Khairyn Othman
Terbitan: Jemari Seni
Harga: RM18.00
untuk tempahan, sila hubungi:
] Jemari Seni [


Light Pink Flower Strand Images




Judul: Sigaraning
Penulis: Imaen
Terbitan: Jemari Seni
Harga: RM
untuk tempahan, sila hubungi:
] Jemari Seni [

Light Pink Flower Strand Images





Happy Birthday June


myspace layouts


20 Jun ~ =)
27 Jun ~ JiD



Light Pink Flower Strand Images







..:: uB CluB ::..




..:: jom sembang2 ::..






..:: cHiT-cHaT kat sInI ::..







*HUGS* TOTAL!
give wanAmalyn more *HUGS*
Get hugs of your own



..:: bObaE kat sInI ::..


   

calendar

<< April 2007 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30

categories




..:: koleksi buku dirak ::..

~ Malaysia ~
][Noor Suraya][
*Keranamu Ain*
*Biru Ungu Cinta*
*Tanah Andriana*
*Rindunya Kian Membara*
*Nyanyian Tanjung Sepi*
*Surat Ungu Untuk Nuha*
*Hati Andriyana (Gurindam Jiwa)*
*Panggil Aku Dahlia*
*Kebun Mimpi*
*Rumah Di Ujung Padang (Pelangi)*
*Jaja & Din*
*Yang Jauh Di Pulau (Damai)*
*Langsir Biji Remia*
*Gadisku Wan Adnin*
*Cintaku Luruh di Oxford*

][John Norafizan][
*Tunjukkan Aku Satu Bintang*
*Sempadan Tanpa Seri*
*Cinderella Cinta*
*Garis-Garis DejaVu*
*Odisi Bulan Biru*
*Coklat (Yang Manis)*

][Imaen][
*Vendeta (Gurindam Jiwa)*
*Labyrinth*
*Bohemian*
*Sigaraning*
*Seikat Kembang Merah*
*Blues Retro*
*Urusan Cinta Belum Selesai*

][Norhayati Berahim][
*Seindah Derita*
*Sentuhan Kasih*
*Pesanan Terakhir Seorang Lelaki*
*Teguh*
*...Lewat Musim Itu*
*Hanya Kerana Cinta*
*Air Mata Kasih*
*Cinta Pertama*
*Egois*
*Nota Cinta Buatmu*
*Sayang Tak Terucap*
*Terima Kasih Kekasih*
*Bunga Kasih*
*Dia Lebih Mengerti*
*Cinta Jangan Kau Pergi*
*Setulus Cinta*
*Andai Semalamku Miliki*
*Tiada Batasan Sayang*
*Biarkan Aku Menangis*
*Kasih Yang Tercalar*
*Hati Seorang Wanita*
*Sakitnya Sayang*
*Harum Chempaka*
*Kembalikan Cintaku*
*Chinta*
*Setiap Jumaat*
*Aku Bukan Billy Milligan*
*Ranting Cinta Si Plato*
*Layang2 Bertali Kaca*
*...dan Hujanpun Menari*
*Dari Kerana Mata*

][Anis Ayuni][
*Suara Hati*
*Yang Terindah*
*Manisnya Cinta*
*Gemersik Kalbu*
*Kau Kekasihku*
*Bayangan Rindu*
*Seribu Kali Sayang*
*Sungguh Aku Cinta*
*Saat Kau Bilang Cinta*

][Aisya Sofea][
*Jauh*
*Jendela Hati*
*Kau Untukku*
*Sehangat Asmara*
*Gelora Jiwa*
*Adam & Hawa*
*Buatmu Kekasih*
*Selagi Ada Dia*
*Yang Sebenarnya*
*Masih Setia*

][Ramlee Awang Murshid][
*Adam*
*Tombiruo Terakhir*
*Rahsia Perindu*
*Bagaikan Puteri*
*Hatiku Di Harajuku*
*Anugerah Pertama*
*Cinta Sang Ratu*
*Ungu Karmila*
*Hijab Sang Pencinta*
*Mikail*
*9 Nyawa*
*Cinta Sufi*
*Rayyan Fantasi*
*Cinta Sufi*
*Sutera Bidadari*
*Sunan Musafir*
*Mandat[O]ri*
*Fiksyen 302*
*Magis*

][Sharifah Abu Salem][
*Tak Semanis Impian*
*Gerimis Dihati*
*Salam Taj Mahal*
*Pesona Rindu*
*Tiada Lagi Mimpi*

][Aina Emir][
*Sesuci Cinta*
*Seharum Kasih*
*Setulus Janji*
*Aura Kasih*
*Semalam Ku Bermimpi*
*Kau Laksana Bulan*

][Najwa Aiman][
*Danur Kasih*
*Untuk Kau Dan Aku*
*Antara Kau Dan Dia*
*Kasih Kita*
*Bahang Selatan*

][Damya Hanna][
*Bicara Hati*
*Sepi Tanpa Cinta*
*Saat Cinta Bersemi*
*Relaku Menanti*
*Ilham Hati*

][Norzailina Nordin][
*Arca Kasih*
*Arjuna Hati*
*Getaran Rindu*
*Impian Terindah*
*Menanti Kasih*
*Konflik Terakhir*
*Cuma Dia*
*Cintamu Nadiku*

][Ma Lee Chuswan][
*Lamaran Kedua*
*Permata Hati*
*Selamat Tinggal Sayang*

][Shamsiah Mohd Nor][
*Tangisan Bulan Madu*
*Tangisan Bulan Madu 2*
*Tangisan Bulan Madu 3*
*Tangisan Bulan Madu 4*
*Bulan Berbisik*

][Abdul Talib Hassan][
*Saga*
*Saga 2*
*Saga 3*
*Warisan*
*Pelarian*
*Jerebu*

][Siti Hasneza Abd Hamid][
*Mimpi Kita Serupa*
*Cemburu Seorang Perempuan*
*Angin Dingin Dari Utara*
*Setulus Setia Seindah Nama*
*Sonata Kasihku*

][Abdul Rahim Awang][
*Konspirasi*
*Orang Ketiga*
*Jaguh*
*Zamrud*
*Verdict*
*Generasi Yang Hilang*
*Jejak-Jejak Songsang*
*Ego*
*Bara*
*Pulang*

][Elias Hj Idris][
*Kehilangan*
*Pilihan Kedua*
*Anak Perempuan Kabaret*

][Nia Azalea][
*Seredup Kasihmu*
*Hati Yang Terusik*

][Fauziah Ashari][
*Ombak Rindu*
*Setia Menanti*
*Duri*

][Syamimi Aminolah][
*Dalam Dakapan Kasihmu*
*Air Mata Kasih*
*Andai Ku Miliki Semalam*
*Air Mata Kasih 2*

][Sabariah Aruar][
*Jalur-Jalur Jingga*
*Buat Yang Terakhir*

][Nass Alina Noah][
*Aku Menyayangimu*
*Asmara Yang Pertama*

][Siti Rozilah][
*Kuburkan Kasihmu*
*Putus Sudah Kasih Sayang*
*Intan Delaila*

][Rozita Abd Wahab][
*Permata Asmara*
*Kasih Bersemi*
*Setelah Kau Pergi*
*Setulus Hati*
*Ruang Rindu*
*Kasih Bersulam Cinta*
*Setelah Hati Dimiliki*
*Dia Hanya Untukku*

][Amaruszati Nor Rahim][
*Bila Sena Kembali Berbunga*
*Bila Sena Kembali Berbunga 2*
*Episod Cinta Di Tanah Hijrah*

][Salina Ibrahim][
*Mahligai*
*Anjung Warisan*
*Atas Nama Kasih*
*Syurga Dihati*
*Bukan Yang Pertama*
*Setenang Cahaya Hati*
*Tiada Khatimah Cinta*

][Faisal Tehrani][
*Cinta Hari-Hari Rusuhan*
*Advancer Si Peniup Ney*
*Tunggu Teduh Dulu*
*Karbala*

][Norhisham Mustaffa][
*Leraian Novella*
*Persinggahan*
*Sayangku Aini Sofea*
*Kompilasi Kasih Orang Terbuang*

][SN Dato' A. Samad Said][
*Kail Panjang Sejengkal*
*Patah Sayap Terbang Jua*
*Bulan Tak Bemadu Di Fatehpur Sikri*
*Salina*
*Ilham Tasik*
*Keledang*
*Cinta Fansuri*
*Rindu Ibu*
*68 Soneta*

][Hasanuddin Md Isa][
*Sentuhan*
*Mereka Yang Tertewas 2*

][Siti Zabeha][
*Di Usik Sayang*
*Yang Tercinta*

][Zaharah Muhammad][
*Maafkanlah Aku*
*Hatiku Milikmu*
*Mencari Kekasih*
*Kerana Kau Lelakiku*
*Izinkan Mimpi Berulang*

][Puteri Andalas][
*Rindu Semalam*
*Jalinan Kasih*
*Tanpamu Disisi*
*Cinta Seindah Madah*

][Liana Afiera Malik][
*Janji Assila*

][Abdullah Hussain][
*Imam*
*Interlok*

][Khadijah Hashim][
*Trilogi Khadijah Hashim*
*Badai Semalam*

][Fatinilam Sari Ahmad][
*Antara Dua Hati*

][Faranina Zulfar][
*Sutera Demi Aishah*

][Izzul Izzati][
*Bukan Cinta Biasa*
*Kuseru Kasihmu*
*Kelat-kelat Sayang*

][Ruby Hazri][
*Percayalah*
*Kopi Susu Sepatu Biru*
*Percayalah...Akhirnya*
*Mr Right Buat Ann*

][Rnysa][
*Relevankan Aku Dihatimu*

][Hlovate][
*Shubert Serenade (Gurindam Jiwa)*
*5 Tahun 5 Bulan*
*aA+bB*
*Tunas*
*Rooftop Rant*
*Versus*
*Contengan Jalanan*
*Anthem*

][Eita Asyhta][
*Kasih Seharum Lavender*

][Iffa Irdina ][
*Menyemai Cinta*
*Hanya Kau Yang Satu*
*Bahtera Cinta*

][Abu Hassan Morad][
*Natasya, Julia, Cinta Madinah*
*Suu Phea*

][Faizura Mansur][
*Bersinarkah Lagi Kejora*

][Sri Diah][
*Jangan Ada Dusta*

][Pitteriah Abdullah][
*Hadirnya Cinta*

][Liza Zahira][
*Impian Kasih*
*Kau Tetap Dihati*

][Azilawati Mat Angsar][
*Selaut Kasih*

][Eka Fahara][
*Kabus Kasih*
*Jawapan Yang Pasti*

][Mimie Afnie][
*Masih Ada Rindu*
*Tinggallah Pujaan*
*Aku, Dia dan Bintang*

][Mohammad Nazir Saad][
*Naluri*

][Mohd Hizam Hj Ali][
*Sinar Kasihmu*

][Habibah Rahmat][
*Merisik Pilu*

][Nazifah Halmi][
*Lukisan Hati*

][Suhaniza Sulaiman][
*Belaianmu*

][Kamariah Kamaruddin][
*Sebuah Syakirah*

][Maizura Mohd Ederis][
*Kiranya Kau Berbohong*

][Mohd Nazmi Yaakub][
*Lambaian Huda*

][Azizi Hj. Abdullah][
*Ayahanda*
*Tuk Cai*
*Zikir Rindu*

][Lamia Aimal][
*Tiga Wajah*
*Donia*
*Titian Usang*
*Waja*

][Azian Zahra][
*Mahligai Impian*

][Sarimah Ayob][
*Pelayaran Cinta*

][Siti Rohayah Atan][
*Cinderela, Romeo & Juliet*

][Haron Md Dom][
*Jerat*

][Ruhana Md Zaki][
*Semusim Cinta*

][Abdul Rahman Daud][
*Priya*

][Ujang][
*Jibam*

][Zetty Zahira][
*Sangkar Asmara*

][Nor Hazriana Abdullah/Ryana Adrina][
*Hadirnya Cinta*
*Tautan Kasih*
*Percaya Ada Cinta*

][Annur Puteri][
*Cinta Dimana ?*

][Ashadi Zain][
*Dari Kepala Batas ke New Heaven*

][Majidah Mat Jusoh][
*Dua Dunia*
*Dunia Jam 10*

][Azira Ahmad][
*Biarlah Rindu Ini Berguguran*
*Rindu Rinduan*

][Izza Aripin][
*...dan mimpipun bersatu*
*Kerana Dia Cinta*
*Srikandi Vs Arjuna*
*Tolong Pikat Hatinya*

][Dina Najat][
*Cinta Lukisan Jiwa*
*Seteguh Kasih Aina Najihah*

][Mina Manahie][
*Seindah Gubahan Kasih*

][Arena Wati][
*Sakura Mengorak Kelopak*

][Ahadiat Akashah][
*Bila Lagi Mentari Melimpah Sinar*

][H.M.H Al Hamid Al Husaini][
*Rumahtangga Nabi Muhammad S.A.W*

][Ebriza Aminnudin][
*Hati Ini Milik Siapa*
*Kau Yang Tak Mengerti*
*Mahakarya Cinta*

][Amir Husaini][
*Ombak Senja*
*Transgenesis*

][Aziz Afkar][
*Putik*

][Hendan Yahya/Nureen Mirza][
*Nabila*
*Nabila 2*
*Aku Yang Kau Tinggalkan*
*Kugapai Kasihmu*
*Asam Pedas Untuk Dia*
*Di Hatiku Kau Di Situ*

][Zara Juita][
*Erti Rindu Ini*

][Nor Rafishah Md. Hassan][
*Luka Sekeping Hati*
*Kau Yang Tercinta*
*Cinta Di Hati*

][Dhiya Zafira][
*KuDamba Bahagia*

][Meor Shariman][
*Cinta Gadis Pontianak*

][Nurul Syahida][
*Soalnya Hati*
*Plain Jane*
*Akukan Novelis!*
*Valentina Nervosa*

][Nisah Haron][
*Mencari Locus Standi*
*Lentera Mustika*

][Lynn Dayana][
*Jika Benar Cinta*
**

][Marwati Wahab / Aleeya Aneesa][
*Untukmu Sayang*
*Janjiku Bersamamu*
*Segalanya Untukmu*

][Rabiatul Adawiyah][
*Airmata Cinta*

][Maya Adelia/Adileah][
*Cinta Sang Pari-Pari*
*Pada Angin Aku Berpesan*
*Menunggu Hujan*
*Jula-Juli Bintang Tujuh*

][Khairyn Othman][
*Zahrah de Tigris*
*Dame Zoete Sarah*
*Nuansa Kota Merah*

][Aminah Mokhtar][
*Kuusir Lara Ini*

][Haslina Kamaluddin][
*Asmara Asrama*

][Hani Sofea][
*Gerhana Hati Lara*

][Kamsiah Abu][
*Menggamit Syurga Firdaus*

][Emma Maizura][
*Ada Cinta Di Hati*
*Dan Mimpipun Bersatu*

][Lia Azira][
*Salju Cinta*

][Hafirda Afiela][
*Kalimah Cintamu*

][Ramlah Rashid][
*Takku Duga*
*Sara Kirana*
*Qaseh Qaisy*
*Aku Cinta Kyra*
*Seharum Cinta Lestary*
*Lara Di Jiwa Ajym*
*Biarkan Indah Berlalu*


][Antasya Balkis][
*Citra Cinta*
*Bila Hati Berbicara*
*Suatu Penantian*

][Rose Harissa/Nora Ismail][
*Cinta Mekar Dihati*
*Serasi Dihati*
*Mulanya Satu Cinta*
*Tuhan Lebih Tahu*
*Wasilah Cinta Weera*
*...dan Cintapun Tersenyum*

][Nor Erny Othman][
*Untuk Semua Lelaki Yang Pernah Kucintai*

][Zuraidah Othman][
*Suci Wajah Rindu*

][Nura Zulaikha][
*Cahaya*

][Azhan Kamal][
*Sebening Rindu*

][Manjlara][
*Persis Sebutir Pasir*
*Suka Saya Ya? Suka Saya Tidak?*

][Nazurah Aisyah][
*Lili Buat Najah*
*Rahsia Hati Sofea*
*Melur Bunga Ivy*
*Bening Merah Jingga*
*Bukan Hanya Ada Kita*

][Norzilinawati Alias][
*Restuilah Kasih*

][syud][
*Tentang... Dhiya*
*Tas Merah Jambu (Kebun Mimpi)*
*Pelangi (Pelangi)*
*Langit.. Tetap Biru (Damai)*
*Untuk Awak Teja Aulia*
*Baju Melayu Hijau Serindit*

][Puteri Imaneisya][
*Ungkapan Rahsia Hati*

][Abdul Latip Talib][
*Salahudin Penakluk Jerusalem*
*Ikramah Penentang Jadi Pembela*

][Zaid Akhtar][
*Salju Sakinah*

][Maya Iris][
*Curahan Cinta Niagara*
*Kuseru Namamu Kekasih*

][Aidil Khalid][
*Bila Nysrah Kata Tak Mahu*

][Hani Fazuha][
*Mengukir Bahagia*
*Bebunga Kasih*
*Harga Sebuah Cinta*
*Hati Kala Cinta*
*Pergi Tanpa Alasan*

][Bahruddin Bekri][
*Dunia Ini Sederhana Kecil*
*Doa Untuk Aku*
*Detektif Bertudung Hitam*
*Adi Gempa*
*Puisi Nadina*
*Terang Bulan*

][Serunai Faqir][
*Lagukan Senandung Itu*
*Mantera Hitam*

][Aida Adriani][
*Kerana Terluka*

][Anita Aruszi][
*Bunga Syurga*
*Hujan Rindu*
*Rembulan Berdarah*
*Sakti Cinta*
*Tiada Sepertimu*
**

][Mazni Aznita][
*Street Vendetta*
*Sayangku Casper*
*Venom Suria*
*Kasihku Arina*
*Alamak Lagi-lagi Dia*

][Pingu Toha][
*L.U.V.E.*
*1.4.3.*
*Epik Cinta Dari Agia*

][Miz Mia][
*Hujan Gula-Gula*

][Iejay Zakaria][
*Lagu Cinta*
*Resepi Cinta*

][Zuliana Abuas][
*Viva Sakura*

][Lily Haslina Nasir][
*Aku Ada Kamu*
*Menunggu Cinta Tuhan*
*Tuhan Masih Menyintaimu*

][Iman Xara][
*Tanya Pada Hati*
*Rumput Masih Hijau*
*Kau Curi Hatiku*
*Seadanya Kamu*
*Sijil Layak Berteman*

][Nazawati][
*Teluki Itu Untuk Aku*

][Xarine/Khairi Mohd][
*Bintang-Bintang Ke Syurga*
*Yuda di Padang Maya*
*AdaMaryam*
*Kasyaf*

][Saidatul Saffaa][
*Kemilau Mutiara Raudhah*
*Damai (Damai)*
*Quartet*
*Busana Nana*

][Mazni Darwisa][
*Samudera Indah Nian*

][Nasron Sira Rahim][
*Nama Atas Kertas*
*Enigma*

][Nur Azzahra][
*Bidadari Hujan*

][Nirrosette][
*Ikhlas, A.K!*
*Nah, Untuk Awak!*
*Tunggu Aira Di Bandung*

][Ika Madera][
*Jet Jonah*
*Dapur Wawa*

][Nasz][
*Sweet Sour*
*Lazuardi*

][Faziela][
*Si Mangkuk Tingkat*
*Sandal Bunga-Bunga*

][RodieR][
*Nyanyian Hati*
**

][Aishah Madadiy][
*Velvet Di Durham*
*Akrilik Atas Kanvas*

][Aidah Bakri][
*Mencari Taman Dihati*
*Dandelion Ditiup Angin*

][Nisyah][
*3 Jantung Hati*
*Bawah Pohon Sena*

][*_*][
*XX*
**



~ Indonesia ~
][Prof Hamka][
*Tenggelamnya Kapal Van Der Vick*
*Di Bawah Lindungan Kaabah*
*Merantau Ke Deli*

][Andrei Aksana][
*Abadilah Cinta*
*Sebagai Pengganti Dirimu*
*Cinta Penuh Air Mata*
*Kerana Aku Menyintaimu*
*Lelaki Terindah*
*Pretty Prita*
*Cinta 24 Jam*
*Men 2 Love*
*Janda-Janda Kosmopolitan*

][Marga T][
*Karmila*
*Setangkai Edelweiss*
*Sepagi Itu Kita Berpisah*
*Tesa*

][Habiburrahman El Shirazy][
*Ayat-Ayat Cinta*
*Pudarnya Pesona Cleopatra*
*Dalam Mihrab Cinta*
*Ketika Cinta Bertasbih*
*Ketika Cinta Bertasbih 2*
*Ketika Cinta Berbuah Surga*

][Andrea Hirata][
*Laskar Pelangi*
*Sang Pemimpi*
*Edensor*
*Maryamah Karpov*

][Tere liye][
*Hafalan Shalat Delisa*
*Moga Bunda Disayang Allah*
*Bidadari Bidadari Surga*
*Rembulan Tenggelam Di Wajahmu*
*Burlian*
*Pukat*

][Sendutu Meitulan][
*Cintaku Antara Jakarta & Kuala Lumpur*
*Mimpi-Mimpi Si Patah Hati*

][Dewie Sekar][
*Zona@Tsunami*
*Perang Bintang*
*Zona@Last*
*Langit Penuh Daya*

][Esti Kinasih][
*Fairish*

][Dianing Widya Yudhistira][
*Perempuan Mencari Tuhan*

][K. Usman][
*Rahasia Cinta Gadis Jelita*

][Abdulkarim Khiratullah][
*Mencari Cinta Yang Hilang*

][Jurie G Jarian][
*Opik Sok Cool Nih!*

][Mira W][
*Cinta Berkalang Noda*

][Maria A Sardjono][
*Pewaris Cinta*
*Melati Di Musim Kemarau*
*Ketika Flamboyan Berbunga*
*Musim Bunga Telah Berlalu*
*Seikat Mawar Putih*
*Merambah Bukit Wadas*
*Hujan Di Akhir Kemarau*
*Telaga Hati*
*Pengantin Kecilku*
*Daun-Daun Yang Gugur*
*Tiga Orang Perempuan*
*Lembayung Di Langit Lembayung Di Mataku*
*Sepatu Emas Untukmu*
*Bintang Dini Hari*
*Gaun Sutra Warna Biru*
*Cinta Yang Biru*
*Sayap-Sayap Cinta*
*Menjolok Rembulan*
*Langit Di Atas Merapi*

][Luna Torashyngu][
*Lovasket*
*Dua Rembulan*

][Alexandra Leirissa][
*12 Pendar Bintang*

][Sitta Karina][
*Seluas Langit Biru*



~ Singapura ~
][Norisah A. Bakar][
*Takdir*
*Rinduku Di Angin Lalu*
*Hati Seorang Wanita*
*Kasih Antara Kita*
*Kerana Kau*
*Inche' Jamil Menantu Mithali*

][Manaf Hamzah][
*Dedaun Hijau Di Angin Lalu*
*Anggerik Di Tangkai Mawar*
*Aylana*
*Sekeras Waja Selembut Sutera*
*Dalam Kehangatan Dakapan Senja*
*Hujan Gerimis Dihiasi Pelangi*
*Suzan*

][Isa Kamari][
*Atas Nama Cinta*
*Tassawul*

][Rohani Din][
*Diari Bonda*





..:: berkongsi rasa ::..

][ Galau Di Hati Seri ][
][ Suka Saya Ya? Suka Saya Tidak? ][
][ Yuda di Padang Maya][
][ 1 4 3 ][
][ Jaja & Din ][
][ Menunggu Cinta Tuhan ][
][ Bebunga Kasih ][
][ Kemilau Mutiara Raudhah ][
][ Bintang-Bintang Ke Syurga ][
][ Tuhan Lebih Tahu ][
][ Ketika Cinta Berbuah Surga ][
][ Dame Zoete Sarah ][
][ Teluki Itu Untuk Aku ][
][ Dalam Kehangatan Dakapan Senja ][
][ Setiap Jumaat ][
][ Sigaraning ][
][ Bidadari-Bidadari Syurga ][
][ Odisi Bulan Biru ][
][ Rooftop Rant ][
][ Kuseru Namamu Kekasih ][
][ Chinta ][
][ Ombak Bukan Biru ][
][ Doa Untuk Aku ][
][ L.U.V.E. ][
][ Bunga Syurga ][
][ Secantik Anugerah ][
][ Dunia Ini Sederhana Kecil ][
][ Transgenesis: Bisikan Rimba ][
][ Kasih Antara Kita ][
][ Kugapai Kasihmu ][
][ Mengukir Bahagia ][
][ Bukan Terlarang ][
][ Bohemian ][
][ Dari Beirut Ke Jerusalem ][
][ Sang Pemimpi & Edensor ][
][ Plain Jane ][
][ Cinta Seindah Madah ][
][ Lili Buat Najah ][
][ Tentang... Dhiya ][
][ Laskar Pelangi ][
][ Garis-Garis Dejavu ][
][ Persis Sebutir Pasir ][
][ Sekeras Waja Selembut Sutera ][
][ Sara Kirana ][
][ Qaseh Qaisy ][
][ Suci Wajah Rindu ][
][ Ada Cinta Di Hati ][
][ aA + bB ][
][ Menggamit Syurga Firdaus ][
][ Aku Yang Kau Tinggalkan ][
][ Kopi Susu Sepatu Biru ][
][ Bila Cinta Itu Jadi Milikku ][
][ Air Mata Kasih 2 ][
][ Lamaran Kedua ][
][ Bahtera Cinta ][
][ Zahrah de Tigris ][
][ Cinta Sang Pari-Pari ][
][ Kerana Kau Lelakiku...][
][ Maafkanlah Aku ][
][ Mencari Locus Standi ][
][ Kau Yang Tercinta ][
][ Luka Sekeping Hati ][
][ Ombak Senja ][
][ Kuseru Kasihmu ][
][ Labyrinth ][
][ Ayat-Ayat Cinta ][
][ Pudarnya Pesona Cleopatra ][
][ Putik ][
][ Pulang ][
][ Cinderella Cinta ][
][ Gurindam Jiwa ][
][ Bayangan Rindu ][
][ Kerana Dia Cinta ][
][ Hati Seorang Wanita ][
][ Surat Ungu Untuk Nuha ][
][ Perempuan Tanpa Dosa ][
][ Imam ][
][ Fairish ][
][ Untuk Tiga Hari ][
][ Semarak ][
][ Atas Nama Cinta ][
][ 5 Tahun 5 Bulan ][
][ Setulus Setia Seindah Nama ][
][ Kasih Seharum Lavender ][
][ RADHA ][
][ Percayalah ][
][ Setelah Kau Pergi ][
][ Duri ][
][ Biarkan Aku Menangis ][
][ Hadirnya Cinta ][
][ Menyemai Cinta ][
][ Kau Laksana Bulan ][
][ Jejak-Jejak Songsang ][
][ Sutera Demi Aishah ][
][Bila Sena Kembali Berbunga 2][
][ Aylana ][
][ Tanah Andriyana ][
][ Takdir ][
][ Belaian Jiwa ][
][ Takagi Sayang ][
][ Angin Dingin Dari Utara ][
][ Anggerik Di Tangkai Mawar ][
][ Mimpi Kita Serupa ][
][ Priya ][
][ Semalamku Bermimpi ][
][ Dedaun Hijau Di Angin Lalu ][
][ Berikan ku Bahagia ][
][ Maafkanku Sayang ][
][ Kasih Bersemi ][
][ Bara ][



..:: tukang ulas buku ::..

][ CarrieKirana ][
][ Antubuku ][
][ 1001 Malam ][
][ Ulas Buku ][
][ Forum Buku ][
][ Dunia Novel ][
][ Ulas & Kupas ][
][ dunia-novel ][
][ ketika membaca ][
][ kicap's review ][
][ My Kingdom of Books ][


..:: teratak teman ::..




..:: e-novel ::..




..:: gedung buku ::..

][ Creative ][
][ Alaf21 ][
][ Jemari Seni ][
][ Kaki Novel ][
][ KarnaDya ][
][ NB Kara ][
][ MPH ][
][ Utusan Publication ][
][ Fajar ][
][ Dawama ][
][ Ujana Ilmu ][
][ PTS ][
][ Pustaka Islamiyah ][
][ Pekan Ilmu Publications ][

][ Pustaka Republika ][
][ Gramedia ][
][ MyLibrary ][
][ Kamus Dewan ][
][ Kamus Dewan 2 ][

..:: terima kasih kerana menjadi tamu ::..

Free Web Counter
hit Counter


..:: ini aku ::..

...::duniAku::..


..:: music ::..






..:: pendapat anda ::..

Perlu ataupun tidak saya meneruskan 'tugasan' saya berkongsi rasa dengan anda..??
Perlu... kerana (alasan anda - postkan di 'guestbook')
Tidak perlu... kerana tidak membantu sama sekali.
Tidak kisah... mana2pun boleh.
  
pollcode.com free polls

Guestbook



..:: iklan ::..

contact


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:

cReditS

Blogdrive




Thursday, April 12, 2007
SURAT UNGU UNTUK NUHA

Pengarang       : Noor Suraya

Halaman         : 484

Tahun             : 2007

Terbitan          : Jemari Seni

Harga             : RM20.00


Surat undangan ungu

Hati ku bertambah pilu…

 

layang-layang bertali benang

putus benang disambung belati

 

hatimu mengunci seluruh rasa

hatiku belum berhenti berharap

 

jadi untuk apa rindu ini

jika sayapnya tidak bisa terbang jauh

 

adakah desir angin padang

mendengar keluhan hati ku ?

 

jantungku terus membeku

lidah ku terus membisu

 

jangan untuk menyapamu

untuk menoleh pun aku enggan

 

sebutir cintaku yang hilang

sedihnya tertambak di dada

 

kelip-kelip kusangka api

kalau api  mana sumbunya?

 

kalau ungu warna pilu

cinta tentu biru warnanya

 

kalau biru warna cinta

rindu apa pula warnanya

 

ingin sekali aku menyambut pagi

dengan membuang seluruh sepi

 

telah aku ciptakan sebuah puisi

namun kau tetap tidak mengerti

 

depan kelabu dan pedih memilu

waktu-waktu bukan lagi teman ku

 

mengapa untuk mengagungkan cinta

selalu harus ditebus  dengan duka lara

 

tiada lafaz yang ku rindui

selain kalimah cinta mu

 

dingin malam membungkus rindu

hangat siang menebar resah

 

menunggu hujan berhenti

berharap badai segera usai

 

benarkah tiada lagi

ruang di hatimu untukku?

 

ku terlena dalam pelukan angin

ku dakap sukma mu dalam mimpi

 

ku bertanya kepada mu :

"Mimpi, indahkah kau malam tadi?"

 

setiap waktu engkau tersenyum

sudut matamu memancarkan rasa

 

kalau benci puan memandang

keratlah saya dengan pedang

 

aku bawa hati mu dalam hati ku

aku bawanya ke mana-mana

 

aku rindukan kehadiran mu

meskipun hanya lewat mimpi

 

berjalan merentasi gelap malam

berlari mengharung dingin pagi

 

bercerita tentang sepasang burung

yang berpacaran di atas bibir kali

 

rindu itu tetap bergayut di dada

resah itu tetap melekat di hati

 

sinar di mata mu senyum di bibir mu

melakar beribu rasa

 

menunggu matahari bangun dari tidur

menanti rembulan mewarnai malam

 

ingin ku gengam hati mu

ingin ku simpan untuk selamanya

 

bila kau senyum ku gembira

bila kau sedih ku menangis

 

mengapa hanya pada mu

tercurah seluruh rasa

 

anak-anak angsa putih berlari

menyapa dengan warna jernih

 

kaki-kaki burung berdansa

putih-putih kembang menyanyi

 

kekerasan mu mulai ku rindu

sikap-sikap mu semalam ku mengerti

 

yang terucap dalam bahasa yang terindah

"Aku sayang kamu…."

 

wajah ku masih yang kelmarin

dan sepi itu masih bergayut

 

menyeberangi laut menjelajah awan

menembusi langit dan bintang-bintang

 

mata mu tetap membisu

hati mu mengunci seluruh rasa

 

kalau cinta itu ada sayapnya

singgahlah di pinggir hatiku

 

tuangkan rasa cinta itu

tuangkan sejujur-jujurnya

 

mengapa hanya pada mu

tercurah seluruh rasa ?

 

cinta yang selembut awan

manis tersimpan dalam hati

 

bulan bagaikan malu-malu

mengintai bintang di sebalik awan

 

bagaikan angin dingin

cinta jua sejuk tak berwarna

 

kasih yang ku kirimkan

hanya untuk dia 

 

biru itu warna cintamu

ungu itu warna luka ku

 

bagaikan angin dingin

cinta jua sejuk tak berwarna

 

kalau takut luka di tangan

jangan memetik bunga di taman

 

dalam kelam mata ini

duka ku panas terbakar

 

mengapa kau menutup hatimu

pabila cinta itu singgah di kalbu?

 

Kukikis sisa wajahmu

yang melekat di jantung

 

lembutnya bagai sutera

bersinar bak mutiara

 

kembalilah kasih bersama cinta ku

kembalilah sayang bersama rindu ku

 

aku ingin jadi mimpi

indah dalam tidurmu

 

andai esok aku menjadi tanah

sudikah engkau  menjadi bunga

 

kau hamparkan sebuah rindu

dari pesona cinta sejati

 

terpedaya kerana rindu sendu

cinta lara jadi tangisan hati

 

telah ku siapkan satu daerah paling sunyi

dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri

 

andai kau menjadi puisi

biar aku jadi iramanya

 

di matamu cerminkan rindu

aku tenggelam di lautan kasihmu

 

andai ku menjadi rembulan

sudikah kau menjadi kejora ?

 

berbisiklah tentang rasaku

rasaku yang satu pada mu

 

 

Saya abadikan  bait-bait INDAH ini sebagai ulasan untuk Surat Ungu Untuk Nuha kerna keINDAHANnya itu tak terulas dek bibir terpesona dikalbu, terpahat di jiwa. Selami bait-bait  INDAH ini untuk kita nikmati bersama. Bait-bait kata ini dipetik dari setiap tajuk bab dalam Surat Ungu Untuk Nuha.

Cerita ini unik sangat, perasaan anda terbuai seolah anda berada di kayangan menikmati keindahan rasa, akan tetapi watak dan persekitarannya adalah realiti dan hakikat kehidupan nyata. Inilah kehebatan penulisan Noor Suraya dalam 'Surat Ungu Untuk Nuha'.

5 Bintang untuk karya hebat Noor Suraya ini. 


Posted at 10:18 am by nawwir
(6) dah komen  

Monday, April 09, 2007
Tayangan Perdana...

DIPERSEMBAHKAN...!!!

TELAH BERPINDAH KE

SINI


Posted at 11:50 pm by wanAmalyn
(8) dah komen  

Tuesday, March 27, 2007
Perempuan Tanpa Dosa

Pengarang       : Fatinilam Sari Ahmad

Halaman         : 286

Tahun             : Cetakan Pertama (2000), Cetakan ketiga (2003)

Terbitan          : Creative Enterprise

Harga             : RM15.90


Sinopsis Belakang Kulit:

 

Andai perkahwinan itu suatu perkongsian, dia ingin berkongsi segalanya bersama perempuan itu. Isteri, kasih ini tidak mungkin berubah walau hitam sejarah silam bisa membuahkan parut kelukaan.  Kerana lafaz janji sebuah perkahwinan, kebahagiaan hari ini dan akan datang.  Bukan luka pedih cerita-cerita semalam.

 

***

 

Bagaimana yea aku nak review buku ini..?? aku tak tahu nak mula dari mana..? Pada aku, aku lebih menyukai Cenderawasih & Kesturi berbanding dengan buku ini.  Mungkin sebab aku dah terlalu banyak baca novel yang mengutarakan jalan cerita yang sebegini… atau aku yang terlewat menatap naskah ini..??

 

Perkahwinan paksa yang akhirnya membibitkan perasaan cinta antara teruna dan dara. Selain pihak ketiga yang terpaksa berkorban lantaran cintanya tidak bersambut. Berkorban membuang perasaan cintanya agar si teruna bahagia disamping isteri.

 

Lily yang hidupnya sebebas burung telah tersungkur ke bumi yang jatuhnya bersama maruah diri yang tidak mungkin dapat diubah lagi. Takdir hidupnya yang begitu perit bersama kandungan yang tidak disah taraf telah menjerut dirinya dan memaksa dia menerima Rizal. Rizal yang terasa diri dipergunakan, telah memperjudikan ikatan perkahwinan ini. Adakah nilai sebanyak itu berbaloi untuk sebuah ikatan perkahwinan tanpa rela itu..??

 

Namun tidak dapat dinafikan Fatinilam Sari Ahmad (FSA) pandai bermain dengan perasaan pembaca. Ada ketikanya aku jadi kasihan pada Usu Sakinah & di masa yang sama aku jadi kasihan pada Lily. Aku tak tahu nak salahkan siapa. Pada Lily yang telah me'rampas' kasih Rizal lantaran keadaan diri yang memaksanya. Atau pada takdir Usu yang sedari awal telah ditinggalkan oleh ibu kandung dan menumpang kasih keluarga angkat dan menyimpan perasaan cinta pada abang angkatnya.

 

Apa-apapun bagi penggemar FSA, novel ini tetap tidak menghampakan.

 

[ thanks to kak yah sbb beri pinjam novel ni ]

 


Posted at 03:46 pm by wanAmalyn
(4) dah komen  

Tuesday, March 20, 2007
Imam

Pengarang              : Abdullah Hussain

Halaman                 : 705

Cetakan Pertama    : 1995

Cetakan Terbaru    : 2005

Terbitan                 : Utusan Publication & Distributors S/B


"Pendekatan pengarang bukan sahaja mementingkan jalan cerita tetapi setiap episod yang dikemukakan adalah berdwi-fungsi..."

 

" Gayanya pula menggunakan kombinasi antara yang konvensional dengan cara baharu yang tidak biasa dilakukan pengarang-pengarang sebelum ini..."

 

"... walaupun melakukan perubahan itu penuh liku dan cabaran, perubahan itu sendiri tidak dapat ditahan-tahan, seperti kata Haji Mihad, ia laksana cahaya yang terkurung yang akan mencari jalan merembas keluar melalui rongga atau retak biar seseni apa sekalipun."

 

"... novel ini lebih daripada sekadar menghiburkan."

~ Laporan Panel Hakim

*****

Novel yang telah memenangi anugerah hadiah pertama 'Hadiah Novel Nasional' Utusan Melayu tahun 1992/94 ini adalah buah tangan Abdullah Hussain yang juga telah dinobatkan sebagai Sasterawan Negara pada tahun 1996. Novel ini antara novel terbaik yang pernah saya baca.

 

Novel yang berlandaskan dakwah dan Islam ini pertama kali saya baca kalau tak silap saya sekitar tahun 1996 yang pada awalnya saya pinjam dari kakak kawan saya. Tamat membaca, saya bertekad untuk memilikinya sebagai koleksi peribadi saya. Sehinggalah di pesta buku tahun 2004 saya berjaya memilikinya. Novel yang telah beberapa kali saya ulang baca ini tetap mendapat tempat di hati saya yang ternyata ia berada di kelasnya yang tersendiri.

 

Imam mengisahkan tentang perjuangan seorang imam yang ingin membawa perubahan dan pembaharuan di kampungnya sendiri. Namun usaha beliau mendapat tentangan dari sebahagian penduduk kampung yang seagama dan sebangsa malah dari saudara-maranya sendiri. Betapa sukarnya dikikis amalan dan perbuatan yang telah berakar umbi.

 

Dari sini timbullah perbezaan pendapat dan fahaman di antara kaum tua dan kaum muda dalam menegakkan syiar islam. Imam Hj Mihad didakwa membawa ajaran baru yang agak asing bagi kampung itu sehingga mendapat perhatian pihak Majlis Agama. Sementelah beliau sebelum ini menetap di Indonesia yang terlalu banyak pegangan dan fahaman agama.

 

Ekoran ketidakpuasan hati sesetengah golongan yang merasakan kepentingan mereka tergugat, membuat aduan ke pihak Majlis Agama yang menjadi rentetan kepada penghantaran orang Majlis sebagai 'pengintip' mengikuti setiap kali solat jumaat berlangsung semata-mata untuk menyelidik tentang dakwaan Imam Haji Mihad yang menyeleweng serta tidak menggunakan khutbah yang disediakan oleh Majlis Agama sebagaimana biasa.

 

Novel ini sarat dengan pengisian. Pendekatan yang digunakan oleh penulis amat berkesan di hati saya terutamanya bahagian soal jawab antara Imam Hj Mihad dengan pegawai dari Pejabat agama. Saya umpama membaca sebuah buku ilmiah.

 

Melihatkan senarai buku dan kitab yang dirujuk di bahagian bibliografi, saya begitu kagum terhadap penulis apatah lagi bila membaca biodata SN Abdullah Hussainyang tidak pernah mendapat latihan formal dalam bidang agama. Betapa penulis telah membuat rujukan yang banyak dan sangat teliti bila menyampaikan hujah-hujah dari sumber-sumber yang sahih.

 

Memang suatu perubahan selalunya membawa korban dan korban perubahan yang datang ke Anggerik Desa terlalu mahal harganya. Tetapi insya-Allah, perubahan itu tetap akan berlaku dan tidak ada kuasa, selain kuasa Allah yang dapat menahannya dan seperti kata Haji Mihad, ia laksana cahaya yang terkurung yang akan mencari jalan merembas keluar melalui rongga atau retak biar seseni apa sekalipun – ms/687

 

Namun kisah tragis di akhir Novel ini, menjadi lambang keangkuhan manusia yang sanggup melakukan apa saja demi keuntungan material dan kesenangan dunia. Moga-moga ianya menjadi iktibar kepada kita.


Posted at 07:32 pm by wanAmalyn
(3) dah komen  

Wednesday, March 07, 2007
Fairish

Pengarang        : Esti Kinasih

Halaman          : 308

Tahun             : 2004

Terbitan           : Topic Enterprise Sdn Bhd

Harga              : RM16.90


Sinopsis Belakang Kulit:

 

"Kau pura-pura jadi kekasih aku ya, Rish? Biar aku tak dikerumuni oleh perempuan-perempuan gatal tu." Pinta David

"Tapi… akibatnya, Dav," ujarnya Irish perlahan.

"Kau ada teman lelaki?" Kali ini David pula yang tersentak terkejut.  "Atau… ada yang kau suka?"

Irish cepat-cepat menggelengkan kepala.  "Bukan macam tu.  Nanti dia orang ingat kita betul-betul berpasangan…"

"Biar saja. Elok lah kalau macam tu!" David menggenggam kedua-dua tangan Irish.

 

Akhirnya Irish bersetuju membantu David walaupun dengan separuh hati. Tetapi setelah beberapa ketika, Irish merasa gembira kerana menjadi satu-satunya gadis yang paling rapat dengan David, walaupun hanya untuk sementara dan tanpa ikatan apa-apa.

Irish memang tidak secantik Penelope Cruz. Dia hanya gadis biasa, di sekolah pun dia sama sekali tidak popular. Oleh sebab itu David merasa selesa, masalahnya dia merasa tidak akan menyukai Irish.  Tetapi apabila hadir lelaki lain yang membuatkan Irish terpikat, mengapa David menjadi tidak rela kehilangan Irish, ya?

 

***

 

Sebenarnya, pada saya buku ini tak ada apa2 yang menarikpun apatah lagi bila di baca sinopsisnya. Fairish, sebuah karya biasa, tentang cinta remaja yang kita boleh agak penamatnya.

 

Kenapa saya baca jugak buku ini..?? Padahal banyak lagi buku yang dah saya beli tapi tak baca.!! Sebabnya saya dah gian nak baca novel tapi saya perlukan buku yang ringan… buku yang tidak memerlukan saya menumpukan sepenuh perhatian atau dengan kata lain, saya tidak perlu serius..!!

 

Fairish merupakan karya terjemahan dari seberang. Kisah tentang anak2 remaja di peringkat menengah yang begitu teruja apabila seorang pelajar lelaki, Davidio Daniel Dharmawan berpindah ke sekolah mereka. Pelbagai usaha yang dilakukan untuk menarik perhatian David. Tetapi David yang dingin, hanya memilih untuk berkongsi meja dengan Irish, si gadis yang tidak peduli siapa David. Bermula cerita..!!

 

Lagi indah seandainya saya dapat membaca karya ini dalam bahasa asalnya, kerana terdapat beberapa kelemahan dari segi terjemahan bahasa dari bahasa Indonesia ke bahasa melayu yang boleh diperbaiki lagi, sedikit sebanyak mengganggu konsentrasi saya.

 

Namun karya ini tetap mampu membuatkan saya turut tersenyum sama.  Apabila sepatutnya pasukan cheerleader untuk pasukan bola kerajang yang salah seorang pemainnya adalah David, di upah agar memboikot & tidak hadir memberi sokongan di hari penentuan kerana tidak setuju dengan 'percintaan' antara David & Irish.  Namun muncul pasukan cheerleader gantian yang membuatkan saya tergelak sama..!!

 

Mungkin terdapat beberapa bahagian yang tidak sesuai dengan adat dan budaya kita sebagai seorang muslim [kerana terdapat watak terutamanya 'hero' digambarkan sebagai penganut kristian]. Tetapi bagi saya yang hanya mencari kepuasan dalam pembacaan, terpulang pada kita untuk menimbangkan perkara yang baik & buruk dengan akal fikiran kita yang waras.

 

Usai membaca… apa yang dapat saya simpulkan… bolehlah untuk bacaan santai dengan cerita yang biasa2 namun saya tetap enjoy kerana terselit kelucuan yang boleh membuatkan saya tersenyum sama.

 

 


Posted at 03:49 pm by wanAmalyn
apa pula komen anda?  

Next Page