…sekadar untuk berkongsi tentang apa yang aku rasa, tatkala bait-bait ayat tercerna di minda…



..:: dIrIkU ::..

Wan Amalyn
June 20
Gemini
USJ Subang Jaya

][amalynputri@gmail.com][



..:: notice board ::..


Terbaru daripada
Jemari Seni




Judul: Bintang Ke Syurga
Penulis: Xarine
Terbitan: Jemari Seni
Harga: RM19.00
untuk tempahan, sila hubungi:
] Jemari Seni [


Light Pink Flower Strand Images




Judul: Dame Zoete Sarah
Penulis: Khairyn Othman
Terbitan: Jemari Seni
Harga: RM18.00
untuk tempahan, sila hubungi:
] Jemari Seni [


Light Pink Flower Strand Images




Judul: Sigaraning
Penulis: Imaen
Terbitan: Jemari Seni
Harga: RM
untuk tempahan, sila hubungi:
] Jemari Seni [

Light Pink Flower Strand Images





Happy Birthday June


myspace layouts


20 Jun ~ =)
27 Jun ~ JiD



Light Pink Flower Strand Images







..:: uB CluB ::..




..:: jom sembang2 ::..






..:: cHiT-cHaT kat sInI ::..







*HUGS* TOTAL!
give wanAmalyn more *HUGS*
Get hugs of your own



..:: bObaE kat sInI ::..


   

calendar

<< July 2007 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31

categories




..:: koleksi buku dirak ::..

~ Malaysia ~
][Noor Suraya][
*Keranamu Ain*
*Biru Ungu Cinta*
*Tanah Andriana*
*Rindunya Kian Membara*
*Nyanyian Tanjung Sepi*
*Surat Ungu Untuk Nuha*
*Hati Andriyana (Gurindam Jiwa)*
*Panggil Aku Dahlia*
*Kebun Mimpi*
*Rumah Di Ujung Padang (Pelangi)*
*Jaja & Din*
*Yang Jauh Di Pulau (Damai)*
*Langsir Biji Remia*
*Gadisku Wan Adnin*
*Cintaku Luruh di Oxford*

][John Norafizan][
*Tunjukkan Aku Satu Bintang*
*Sempadan Tanpa Seri*
*Cinderella Cinta*
*Garis-Garis DejaVu*
*Odisi Bulan Biru*
*Coklat (Yang Manis)*

][Imaen][
*Vendeta (Gurindam Jiwa)*
*Labyrinth*
*Bohemian*
*Sigaraning*
*Seikat Kembang Merah*
*Blues Retro*
*Urusan Cinta Belum Selesai*

][Norhayati Berahim][
*Seindah Derita*
*Sentuhan Kasih*
*Pesanan Terakhir Seorang Lelaki*
*Teguh*
*...Lewat Musim Itu*
*Hanya Kerana Cinta*
*Air Mata Kasih*
*Cinta Pertama*
*Egois*
*Nota Cinta Buatmu*
*Sayang Tak Terucap*
*Terima Kasih Kekasih*
*Bunga Kasih*
*Dia Lebih Mengerti*
*Cinta Jangan Kau Pergi*
*Setulus Cinta*
*Andai Semalamku Miliki*
*Tiada Batasan Sayang*
*Biarkan Aku Menangis*
*Kasih Yang Tercalar*
*Hati Seorang Wanita*
*Sakitnya Sayang*
*Harum Chempaka*
*Kembalikan Cintaku*
*Chinta*
*Setiap Jumaat*
*Aku Bukan Billy Milligan*
*Ranting Cinta Si Plato*
*Layang2 Bertali Kaca*
*...dan Hujanpun Menari*
*Dari Kerana Mata*

][Anis Ayuni][
*Suara Hati*
*Yang Terindah*
*Manisnya Cinta*
*Gemersik Kalbu*
*Kau Kekasihku*
*Bayangan Rindu*
*Seribu Kali Sayang*
*Sungguh Aku Cinta*
*Saat Kau Bilang Cinta*

][Aisya Sofea][
*Jauh*
*Jendela Hati*
*Kau Untukku*
*Sehangat Asmara*
*Gelora Jiwa*
*Adam & Hawa*
*Buatmu Kekasih*
*Selagi Ada Dia*
*Yang Sebenarnya*
*Masih Setia*

][Ramlee Awang Murshid][
*Adam*
*Tombiruo Terakhir*
*Rahsia Perindu*
*Bagaikan Puteri*
*Hatiku Di Harajuku*
*Anugerah Pertama*
*Cinta Sang Ratu*
*Ungu Karmila*
*Hijab Sang Pencinta*
*Mikail*
*9 Nyawa*
*Cinta Sufi*
*Rayyan Fantasi*
*Cinta Sufi*
*Sutera Bidadari*
*Sunan Musafir*
*Mandat[O]ri*
*Fiksyen 302*
*Magis*

][Sharifah Abu Salem][
*Tak Semanis Impian*
*Gerimis Dihati*
*Salam Taj Mahal*
*Pesona Rindu*
*Tiada Lagi Mimpi*

][Aina Emir][
*Sesuci Cinta*
*Seharum Kasih*
*Setulus Janji*
*Aura Kasih*
*Semalam Ku Bermimpi*
*Kau Laksana Bulan*

][Najwa Aiman][
*Danur Kasih*
*Untuk Kau Dan Aku*
*Antara Kau Dan Dia*
*Kasih Kita*
*Bahang Selatan*

][Damya Hanna][
*Bicara Hati*
*Sepi Tanpa Cinta*
*Saat Cinta Bersemi*
*Relaku Menanti*
*Ilham Hati*

][Norzailina Nordin][
*Arca Kasih*
*Arjuna Hati*
*Getaran Rindu*
*Impian Terindah*
*Menanti Kasih*
*Konflik Terakhir*
*Cuma Dia*
*Cintamu Nadiku*

][Ma Lee Chuswan][
*Lamaran Kedua*
*Permata Hati*
*Selamat Tinggal Sayang*

][Shamsiah Mohd Nor][
*Tangisan Bulan Madu*
*Tangisan Bulan Madu 2*
*Tangisan Bulan Madu 3*
*Tangisan Bulan Madu 4*
*Bulan Berbisik*

][Abdul Talib Hassan][
*Saga*
*Saga 2*
*Saga 3*
*Warisan*
*Pelarian*
*Jerebu*

][Siti Hasneza Abd Hamid][
*Mimpi Kita Serupa*
*Cemburu Seorang Perempuan*
*Angin Dingin Dari Utara*
*Setulus Setia Seindah Nama*
*Sonata Kasihku*

][Abdul Rahim Awang][
*Konspirasi*
*Orang Ketiga*
*Jaguh*
*Zamrud*
*Verdict*
*Generasi Yang Hilang*
*Jejak-Jejak Songsang*
*Ego*
*Bara*
*Pulang*

][Elias Hj Idris][
*Kehilangan*
*Pilihan Kedua*
*Anak Perempuan Kabaret*

][Nia Azalea][
*Seredup Kasihmu*
*Hati Yang Terusik*

][Fauziah Ashari][
*Ombak Rindu*
*Setia Menanti*
*Duri*

][Syamimi Aminolah][
*Dalam Dakapan Kasihmu*
*Air Mata Kasih*
*Andai Ku Miliki Semalam*
*Air Mata Kasih 2*

][Sabariah Aruar][
*Jalur-Jalur Jingga*
*Buat Yang Terakhir*

][Nass Alina Noah][
*Aku Menyayangimu*
*Asmara Yang Pertama*

][Siti Rozilah][
*Kuburkan Kasihmu*
*Putus Sudah Kasih Sayang*
*Intan Delaila*

][Rozita Abd Wahab][
*Permata Asmara*
*Kasih Bersemi*
*Setelah Kau Pergi*
*Setulus Hati*
*Ruang Rindu*
*Kasih Bersulam Cinta*
*Setelah Hati Dimiliki*
*Dia Hanya Untukku*

][Amaruszati Nor Rahim][
*Bila Sena Kembali Berbunga*
*Bila Sena Kembali Berbunga 2*
*Episod Cinta Di Tanah Hijrah*

][Salina Ibrahim][
*Mahligai*
*Anjung Warisan*
*Atas Nama Kasih*
*Syurga Dihati*
*Bukan Yang Pertama*
*Setenang Cahaya Hati*
*Tiada Khatimah Cinta*

][Faisal Tehrani][
*Cinta Hari-Hari Rusuhan*
*Advancer Si Peniup Ney*
*Tunggu Teduh Dulu*
*Karbala*

][Norhisham Mustaffa][
*Leraian Novella*
*Persinggahan*
*Sayangku Aini Sofea*
*Kompilasi Kasih Orang Terbuang*

][SN Dato' A. Samad Said][
*Kail Panjang Sejengkal*
*Patah Sayap Terbang Jua*
*Bulan Tak Bemadu Di Fatehpur Sikri*
*Salina*
*Ilham Tasik*
*Keledang*
*Cinta Fansuri*
*Rindu Ibu*
*68 Soneta*

][Hasanuddin Md Isa][
*Sentuhan*
*Mereka Yang Tertewas 2*

][Siti Zabeha][
*Di Usik Sayang*
*Yang Tercinta*

][Zaharah Muhammad][
*Maafkanlah Aku*
*Hatiku Milikmu*
*Mencari Kekasih*
*Kerana Kau Lelakiku*
*Izinkan Mimpi Berulang*

][Puteri Andalas][
*Rindu Semalam*
*Jalinan Kasih*
*Tanpamu Disisi*
*Cinta Seindah Madah*

][Liana Afiera Malik][
*Janji Assila*

][Abdullah Hussain][
*Imam*
*Interlok*

][Khadijah Hashim][
*Trilogi Khadijah Hashim*
*Badai Semalam*

][Fatinilam Sari Ahmad][
*Antara Dua Hati*

][Faranina Zulfar][
*Sutera Demi Aishah*

][Izzul Izzati][
*Bukan Cinta Biasa*
*Kuseru Kasihmu*
*Kelat-kelat Sayang*

][Ruby Hazri][
*Percayalah*
*Kopi Susu Sepatu Biru*
*Percayalah...Akhirnya*
*Mr Right Buat Ann*

][Rnysa][
*Relevankan Aku Dihatimu*

][Hlovate][
*Shubert Serenade (Gurindam Jiwa)*
*5 Tahun 5 Bulan*
*aA+bB*
*Tunas*
*Rooftop Rant*
*Versus*
*Contengan Jalanan*
*Anthem*

][Eita Asyhta][
*Kasih Seharum Lavender*

][Iffa Irdina ][
*Menyemai Cinta*
*Hanya Kau Yang Satu*
*Bahtera Cinta*

][Abu Hassan Morad][
*Natasya, Julia, Cinta Madinah*
*Suu Phea*

][Faizura Mansur][
*Bersinarkah Lagi Kejora*

][Sri Diah][
*Jangan Ada Dusta*

][Pitteriah Abdullah][
*Hadirnya Cinta*

][Liza Zahira][
*Impian Kasih*
*Kau Tetap Dihati*

][Azilawati Mat Angsar][
*Selaut Kasih*

][Eka Fahara][
*Kabus Kasih*
*Jawapan Yang Pasti*

][Mimie Afnie][
*Masih Ada Rindu*
*Tinggallah Pujaan*
*Aku, Dia dan Bintang*

][Mohammad Nazir Saad][
*Naluri*

][Mohd Hizam Hj Ali][
*Sinar Kasihmu*

][Habibah Rahmat][
*Merisik Pilu*

][Nazifah Halmi][
*Lukisan Hati*

][Suhaniza Sulaiman][
*Belaianmu*

][Kamariah Kamaruddin][
*Sebuah Syakirah*

][Maizura Mohd Ederis][
*Kiranya Kau Berbohong*

][Mohd Nazmi Yaakub][
*Lambaian Huda*

][Azizi Hj. Abdullah][
*Ayahanda*
*Tuk Cai*
*Zikir Rindu*

][Lamia Aimal][
*Tiga Wajah*
*Donia*
*Titian Usang*
*Waja*

][Azian Zahra][
*Mahligai Impian*

][Sarimah Ayob][
*Pelayaran Cinta*

][Siti Rohayah Atan][
*Cinderela, Romeo & Juliet*

][Haron Md Dom][
*Jerat*

][Ruhana Md Zaki][
*Semusim Cinta*

][Abdul Rahman Daud][
*Priya*

][Ujang][
*Jibam*

][Zetty Zahira][
*Sangkar Asmara*

][Nor Hazriana Abdullah/Ryana Adrina][
*Hadirnya Cinta*
*Tautan Kasih*
*Percaya Ada Cinta*

][Annur Puteri][
*Cinta Dimana ?*

][Ashadi Zain][
*Dari Kepala Batas ke New Heaven*

][Majidah Mat Jusoh][
*Dua Dunia*
*Dunia Jam 10*

][Azira Ahmad][
*Biarlah Rindu Ini Berguguran*
*Rindu Rinduan*

][Izza Aripin][
*...dan mimpipun bersatu*
*Kerana Dia Cinta*
*Srikandi Vs Arjuna*
*Tolong Pikat Hatinya*

][Dina Najat][
*Cinta Lukisan Jiwa*
*Seteguh Kasih Aina Najihah*

][Mina Manahie][
*Seindah Gubahan Kasih*

][Arena Wati][
*Sakura Mengorak Kelopak*

][Ahadiat Akashah][
*Bila Lagi Mentari Melimpah Sinar*

][H.M.H Al Hamid Al Husaini][
*Rumahtangga Nabi Muhammad S.A.W*

][Ebriza Aminnudin][
*Hati Ini Milik Siapa*
*Kau Yang Tak Mengerti*
*Mahakarya Cinta*

][Amir Husaini][
*Ombak Senja*
*Transgenesis*

][Aziz Afkar][
*Putik*

][Hendan Yahya/Nureen Mirza][
*Nabila*
*Nabila 2*
*Aku Yang Kau Tinggalkan*
*Kugapai Kasihmu*
*Asam Pedas Untuk Dia*
*Di Hatiku Kau Di Situ*

][Zara Juita][
*Erti Rindu Ini*

][Nor Rafishah Md. Hassan][
*Luka Sekeping Hati*
*Kau Yang Tercinta*
*Cinta Di Hati*

][Dhiya Zafira][
*KuDamba Bahagia*

][Meor Shariman][
*Cinta Gadis Pontianak*

][Nurul Syahida][
*Soalnya Hati*
*Plain Jane*
*Akukan Novelis!*
*Valentina Nervosa*

][Nisah Haron][
*Mencari Locus Standi*
*Lentera Mustika*

][Lynn Dayana][
*Jika Benar Cinta*
**

][Marwati Wahab / Aleeya Aneesa][
*Untukmu Sayang*
*Janjiku Bersamamu*
*Segalanya Untukmu*

][Rabiatul Adawiyah][
*Airmata Cinta*

][Maya Adelia/Adileah][
*Cinta Sang Pari-Pari*
*Pada Angin Aku Berpesan*
*Menunggu Hujan*
*Jula-Juli Bintang Tujuh*

][Khairyn Othman][
*Zahrah de Tigris*
*Dame Zoete Sarah*
*Nuansa Kota Merah*

][Aminah Mokhtar][
*Kuusir Lara Ini*

][Haslina Kamaluddin][
*Asmara Asrama*

][Hani Sofea][
*Gerhana Hati Lara*

][Kamsiah Abu][
*Menggamit Syurga Firdaus*

][Emma Maizura][
*Ada Cinta Di Hati*
*Dan Mimpipun Bersatu*

][Lia Azira][
*Salju Cinta*

][Hafirda Afiela][
*Kalimah Cintamu*

][Ramlah Rashid][
*Takku Duga*
*Sara Kirana*
*Qaseh Qaisy*
*Aku Cinta Kyra*
*Seharum Cinta Lestary*
*Lara Di Jiwa Ajym*
*Biarkan Indah Berlalu*


][Antasya Balkis][
*Citra Cinta*
*Bila Hati Berbicara*
*Suatu Penantian*

][Rose Harissa/Nora Ismail][
*Cinta Mekar Dihati*
*Serasi Dihati*
*Mulanya Satu Cinta*
*Tuhan Lebih Tahu*
*Wasilah Cinta Weera*
*...dan Cintapun Tersenyum*

][Nor Erny Othman][
*Untuk Semua Lelaki Yang Pernah Kucintai*

][Zuraidah Othman][
*Suci Wajah Rindu*

][Nura Zulaikha][
*Cahaya*

][Azhan Kamal][
*Sebening Rindu*

][Manjlara][
*Persis Sebutir Pasir*
*Suka Saya Ya? Suka Saya Tidak?*

][Nazurah Aisyah][
*Lili Buat Najah*
*Rahsia Hati Sofea*
*Melur Bunga Ivy*
*Bening Merah Jingga*
*Bukan Hanya Ada Kita*

][Norzilinawati Alias][
*Restuilah Kasih*

][syud][
*Tentang... Dhiya*
*Tas Merah Jambu (Kebun Mimpi)*
*Pelangi (Pelangi)*
*Langit.. Tetap Biru (Damai)*
*Untuk Awak Teja Aulia*
*Baju Melayu Hijau Serindit*

][Puteri Imaneisya][
*Ungkapan Rahsia Hati*

][Abdul Latip Talib][
*Salahudin Penakluk Jerusalem*
*Ikramah Penentang Jadi Pembela*

][Zaid Akhtar][
*Salju Sakinah*

][Maya Iris][
*Curahan Cinta Niagara*
*Kuseru Namamu Kekasih*

][Aidil Khalid][
*Bila Nysrah Kata Tak Mahu*

][Hani Fazuha][
*Mengukir Bahagia*
*Bebunga Kasih*
*Harga Sebuah Cinta*
*Hati Kala Cinta*
*Pergi Tanpa Alasan*

][Bahruddin Bekri][
*Dunia Ini Sederhana Kecil*
*Doa Untuk Aku*
*Detektif Bertudung Hitam*
*Adi Gempa*
*Puisi Nadina*
*Terang Bulan*

][Serunai Faqir][
*Lagukan Senandung Itu*
*Mantera Hitam*

][Aida Adriani][
*Kerana Terluka*

][Anita Aruszi][
*Bunga Syurga*
*Hujan Rindu*
*Rembulan Berdarah*
*Sakti Cinta*
*Tiada Sepertimu*
**

][Mazni Aznita][
*Street Vendetta*
*Sayangku Casper*
*Venom Suria*
*Kasihku Arina*
*Alamak Lagi-lagi Dia*

][Pingu Toha][
*L.U.V.E.*
*1.4.3.*
*Epik Cinta Dari Agia*

][Miz Mia][
*Hujan Gula-Gula*

][Iejay Zakaria][
*Lagu Cinta*
*Resepi Cinta*

][Zuliana Abuas][
*Viva Sakura*

][Lily Haslina Nasir][
*Aku Ada Kamu*
*Menunggu Cinta Tuhan*
*Tuhan Masih Menyintaimu*

][Iman Xara][
*Tanya Pada Hati*
*Rumput Masih Hijau*
*Kau Curi Hatiku*
*Seadanya Kamu*
*Sijil Layak Berteman*

][Nazawati][
*Teluki Itu Untuk Aku*

][Xarine/Khairi Mohd][
*Bintang-Bintang Ke Syurga*
*Yuda di Padang Maya*
*AdaMaryam*
*Kasyaf*

][Saidatul Saffaa][
*Kemilau Mutiara Raudhah*
*Damai (Damai)*
*Quartet*
*Busana Nana*

][Mazni Darwisa][
*Samudera Indah Nian*

][Nasron Sira Rahim][
*Nama Atas Kertas*
*Enigma*

][Nur Azzahra][
*Bidadari Hujan*

][Nirrosette][
*Ikhlas, A.K!*
*Nah, Untuk Awak!*
*Tunggu Aira Di Bandung*

][Ika Madera][
*Jet Jonah*
*Dapur Wawa*

][Nasz][
*Sweet Sour*
*Lazuardi*

][Faziela][
*Si Mangkuk Tingkat*
*Sandal Bunga-Bunga*

][RodieR][
*Nyanyian Hati*
**

][Aishah Madadiy][
*Velvet Di Durham*
*Akrilik Atas Kanvas*

][Aidah Bakri][
*Mencari Taman Dihati*
*Dandelion Ditiup Angin*

][Nisyah][
*3 Jantung Hati*
*Bawah Pohon Sena*

][*_*][
*XX*
**



~ Indonesia ~
][Prof Hamka][
*Tenggelamnya Kapal Van Der Vick*
*Di Bawah Lindungan Kaabah*
*Merantau Ke Deli*

][Andrei Aksana][
*Abadilah Cinta*
*Sebagai Pengganti Dirimu*
*Cinta Penuh Air Mata*
*Kerana Aku Menyintaimu*
*Lelaki Terindah*
*Pretty Prita*
*Cinta 24 Jam*
*Men 2 Love*
*Janda-Janda Kosmopolitan*

][Marga T][
*Karmila*
*Setangkai Edelweiss*
*Sepagi Itu Kita Berpisah*
*Tesa*

][Habiburrahman El Shirazy][
*Ayat-Ayat Cinta*
*Pudarnya Pesona Cleopatra*
*Dalam Mihrab Cinta*
*Ketika Cinta Bertasbih*
*Ketika Cinta Bertasbih 2*
*Ketika Cinta Berbuah Surga*

][Andrea Hirata][
*Laskar Pelangi*
*Sang Pemimpi*
*Edensor*
*Maryamah Karpov*

][Tere liye][
*Hafalan Shalat Delisa*
*Moga Bunda Disayang Allah*
*Bidadari Bidadari Surga*
*Rembulan Tenggelam Di Wajahmu*
*Burlian*
*Pukat*

][Sendutu Meitulan][
*Cintaku Antara Jakarta & Kuala Lumpur*
*Mimpi-Mimpi Si Patah Hati*

][Dewie Sekar][
*Zona@Tsunami*
*Perang Bintang*
*Zona@Last*
*Langit Penuh Daya*

][Esti Kinasih][
*Fairish*

][Dianing Widya Yudhistira][
*Perempuan Mencari Tuhan*

][K. Usman][
*Rahasia Cinta Gadis Jelita*

][Abdulkarim Khiratullah][
*Mencari Cinta Yang Hilang*

][Jurie G Jarian][
*Opik Sok Cool Nih!*

][Mira W][
*Cinta Berkalang Noda*

][Maria A Sardjono][
*Pewaris Cinta*
*Melati Di Musim Kemarau*
*Ketika Flamboyan Berbunga*
*Musim Bunga Telah Berlalu*
*Seikat Mawar Putih*
*Merambah Bukit Wadas*
*Hujan Di Akhir Kemarau*
*Telaga Hati*
*Pengantin Kecilku*
*Daun-Daun Yang Gugur*
*Tiga Orang Perempuan*
*Lembayung Di Langit Lembayung Di Mataku*
*Sepatu Emas Untukmu*
*Bintang Dini Hari*
*Gaun Sutra Warna Biru*
*Cinta Yang Biru*
*Sayap-Sayap Cinta*
*Menjolok Rembulan*
*Langit Di Atas Merapi*

][Luna Torashyngu][
*Lovasket*
*Dua Rembulan*

][Alexandra Leirissa][
*12 Pendar Bintang*

][Sitta Karina][
*Seluas Langit Biru*



~ Singapura ~
][Norisah A. Bakar][
*Takdir*
*Rinduku Di Angin Lalu*
*Hati Seorang Wanita*
*Kasih Antara Kita*
*Kerana Kau*
*Inche' Jamil Menantu Mithali*

][Manaf Hamzah][
*Dedaun Hijau Di Angin Lalu*
*Anggerik Di Tangkai Mawar*
*Aylana*
*Sekeras Waja Selembut Sutera*
*Dalam Kehangatan Dakapan Senja*
*Hujan Gerimis Dihiasi Pelangi*
*Suzan*

][Isa Kamari][
*Atas Nama Cinta*
*Tassawul*

][Rohani Din][
*Diari Bonda*





..:: berkongsi rasa ::..

][ Galau Di Hati Seri ][
][ Suka Saya Ya? Suka Saya Tidak? ][
][ Yuda di Padang Maya][
][ 1 4 3 ][
][ Jaja & Din ][
][ Menunggu Cinta Tuhan ][
][ Bebunga Kasih ][
][ Kemilau Mutiara Raudhah ][
][ Bintang-Bintang Ke Syurga ][
][ Tuhan Lebih Tahu ][
][ Ketika Cinta Berbuah Surga ][
][ Dame Zoete Sarah ][
][ Teluki Itu Untuk Aku ][
][ Dalam Kehangatan Dakapan Senja ][
][ Setiap Jumaat ][
][ Sigaraning ][
][ Bidadari-Bidadari Syurga ][
][ Odisi Bulan Biru ][
][ Rooftop Rant ][
][ Kuseru Namamu Kekasih ][
][ Chinta ][
][ Ombak Bukan Biru ][
][ Doa Untuk Aku ][
][ L.U.V.E. ][
][ Bunga Syurga ][
][ Secantik Anugerah ][
][ Dunia Ini Sederhana Kecil ][
][ Transgenesis: Bisikan Rimba ][
][ Kasih Antara Kita ][
][ Kugapai Kasihmu ][
][ Mengukir Bahagia ][
][ Bukan Terlarang ][
][ Bohemian ][
][ Dari Beirut Ke Jerusalem ][
][ Sang Pemimpi & Edensor ][
][ Plain Jane ][
][ Cinta Seindah Madah ][
][ Lili Buat Najah ][
][ Tentang... Dhiya ][
][ Laskar Pelangi ][
][ Garis-Garis Dejavu ][
][ Persis Sebutir Pasir ][
][ Sekeras Waja Selembut Sutera ][
][ Sara Kirana ][
][ Qaseh Qaisy ][
][ Suci Wajah Rindu ][
][ Ada Cinta Di Hati ][
][ aA + bB ][
][ Menggamit Syurga Firdaus ][
][ Aku Yang Kau Tinggalkan ][
][ Kopi Susu Sepatu Biru ][
][ Bila Cinta Itu Jadi Milikku ][
][ Air Mata Kasih 2 ][
][ Lamaran Kedua ][
][ Bahtera Cinta ][
][ Zahrah de Tigris ][
][ Cinta Sang Pari-Pari ][
][ Kerana Kau Lelakiku...][
][ Maafkanlah Aku ][
][ Mencari Locus Standi ][
][ Kau Yang Tercinta ][
][ Luka Sekeping Hati ][
][ Ombak Senja ][
][ Kuseru Kasihmu ][
][ Labyrinth ][
][ Ayat-Ayat Cinta ][
][ Pudarnya Pesona Cleopatra ][
][ Putik ][
][ Pulang ][
][ Cinderella Cinta ][
][ Gurindam Jiwa ][
][ Bayangan Rindu ][
][ Kerana Dia Cinta ][
][ Hati Seorang Wanita ][
][ Surat Ungu Untuk Nuha ][
][ Perempuan Tanpa Dosa ][
][ Imam ][
][ Fairish ][
][ Untuk Tiga Hari ][
][ Semarak ][
][ Atas Nama Cinta ][
][ 5 Tahun 5 Bulan ][
][ Setulus Setia Seindah Nama ][
][ Kasih Seharum Lavender ][
][ RADHA ][
][ Percayalah ][
][ Setelah Kau Pergi ][
][ Duri ][
][ Biarkan Aku Menangis ][
][ Hadirnya Cinta ][
][ Menyemai Cinta ][
][ Kau Laksana Bulan ][
][ Jejak-Jejak Songsang ][
][ Sutera Demi Aishah ][
][Bila Sena Kembali Berbunga 2][
][ Aylana ][
][ Tanah Andriyana ][
][ Takdir ][
][ Belaian Jiwa ][
][ Takagi Sayang ][
][ Angin Dingin Dari Utara ][
][ Anggerik Di Tangkai Mawar ][
][ Mimpi Kita Serupa ][
][ Priya ][
][ Semalamku Bermimpi ][
][ Dedaun Hijau Di Angin Lalu ][
][ Berikan ku Bahagia ][
][ Maafkanku Sayang ][
][ Kasih Bersemi ][
][ Bara ][



..:: tukang ulas buku ::..

][ CarrieKirana ][
][ Antubuku ][
][ 1001 Malam ][
][ Ulas Buku ][
][ Forum Buku ][
][ Dunia Novel ][
][ Ulas & Kupas ][
][ dunia-novel ][
][ ketika membaca ][
][ kicap's review ][
][ My Kingdom of Books ][


..:: teratak teman ::..




..:: e-novel ::..




..:: gedung buku ::..

][ Creative ][
][ Alaf21 ][
][ Jemari Seni ][
][ Kaki Novel ][
][ KarnaDya ][
][ NB Kara ][
][ MPH ][
][ Utusan Publication ][
][ Fajar ][
][ Dawama ][
][ Ujana Ilmu ][
][ PTS ][
][ Pustaka Islamiyah ][
][ Pekan Ilmu Publications ][

][ Pustaka Republika ][
][ Gramedia ][
][ MyLibrary ][
][ Kamus Dewan ][
][ Kamus Dewan 2 ][

..:: terima kasih kerana menjadi tamu ::..

Free Web Counter
hit Counter


..:: ini aku ::..

...::duniAku::..


..:: music ::..






..:: pendapat anda ::..

Perlu ataupun tidak saya meneruskan 'tugasan' saya berkongsi rasa dengan anda..??
Perlu... kerana (alasan anda - postkan di 'guestbook')
Tidak perlu... kerana tidak membantu sama sekali.
Tidak kisah... mana2pun boleh.
  
pollcode.com free polls

Guestbook



..:: iklan ::..

contact


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:

cReditS

Blogdrive




Tuesday, July 10, 2007
Ayat-Ayat Cinta

Pengarang : Habiburrahman El – Shirazy

Halaman    : 510

Cetakan     : Malaysia (Pertama) – Ogos 2006

                    Indonesia (Kesebelas) – Feb 2006

Terbitan     : Ar – Risalah Product Sdn Bhd

Harga         : RM 22.90


Rasa Saya:

 

Saya tidak tahu bagaimana untuk saya menyusun ayat untuk membuat review tentang buku ini.  Pada saya buku ini tidak layak untuk saya buat review.  Bukan kerana ia tidak bagus. TIDAK..!!  Tetapi buku ini terlalu baik untuk saya sentuh apatah lagi komen.  Tapi saya akan berbesar hati dan berharap sangat2 agar adik2 saya di luar sana akan membaca novel ini. Harap adik2 saya akan merasai & memahami buku ini sebagaimana saya merasai & memahaminya.

 

Buku ini amat istimewa dan padat dengan panduan dan pedoman untuk kita renungkan dan tilik diri kita sendiri. Buku ini boleh dijadikan iktibar untuk kita mengharungi hidup di zaman ini.  Di zaman yang nilai2 murni kita sebagai umat islam yang semakin jauh dari nur-Nya (kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh). Ayat-ayat cinta sedikit sebanyak memberi panduan dan pengajaran pada saya lantaran banyak persoalan berkaitan dengan agama dijawab di dalam cerita ini secara penceritaan tetapi tetap memberi kefahaman yang jelas pada saya

 

Membaca buku ini saya insaf.  Betapa kerdilnya saya. ALHAMDULILLAH, saya bersyukur kerana digerakkan hati saya untuk membaca novel ini. (FYI – novel ini saya beli pada tanggal 8 Oktober 2006).  Betapa RUGInya saya kerana membiarkan novel ini sebegitu lama di rak buku bersama buku2 yang menjadi pilihan kedua untuk dibaca.!!

 

Sebagai panduan… saya titipkan komentar2 yang saya petik dari Novel Ayat-Ayat Cinta ini. Komentar dari mereka yang lebih arif, komentar dari mereka yang telah usai membacanya.

1.      Ustadz H. Abu Ridho

(Dalam sebuah forum membicarakan mengenai Ayat-Ayat Cinta di Munas PKS 2005)

 

"Ayat-Ayat Cinta adalah novel yang sangat bagus dan lengkap kandungannya.  Ini bukan hanya novel sastera dan novel cinta, tapi juga novel politik, novel budaya, novel reliji, novel fiqh, novel etika, novel bahasa dan novel dakwah.  Sangat bagus untuk di baca siapa saja"

 

 

2.      Hamizar "Bazario" Ridwan

Sastrawan dan Wartawan Pontianak Post

 

"Sangat romantis dan harmonis! Novel ini saya rasakan begitu kuat dalam ajaran, perasaan dan penokohannya.  Hati saya gerimis usai membacanya."

 

 

3.      Inspiring Words for Writers

Edisi Julai 2005

 

"Ambillah novel Ayat-Ayat Cinta dan masukilah keindahannya, nescaya akan engkau dapati luasnya pengetahuan dan goresan pena yang penuh berkhasiat. Kadang kala ia mengundang airmata, tetapi hujungnya tetap ilmu yang berguna. Kadang kala ia membuatkan hati kita tergoda, tetapi nafasnya tetaplah ajakan untuk kembali pada agama yang mulia. Ajakan yang lembut dan penuh makna. Kalaulah tidak ditulis dengan kehausan ilmu yang kuat, tentulah ia akan menjadi tempelan-tempelan ayat yang membuat penat."

 

 

4.      Ahmadun Yost Herfanda

Sastrawan dan Redaktur Budaya Republika

 

"Penulis novel ini berhasil menggambarkan latar (setting) sosial-budaya Timur Tengah dengan sangat hidup tanpa harus memakai istilah-istilah Arab. Bahasanya yang mengalir, karakterisasi tokoh-tokohnya yang begitu kuat, dan gambaran latarnya yang begitu hidup, membuat kisah dalam novel ini terasa benar-benar terjadi. Ini contoh novel karya penulis muda yang sangat bagus!"

 

 

5.      Mohammad Fauzil Adhim

Pakar Psikologi dan Penulis Buku-buku Best Seller

 

"Jarang ada buku seperti ini. Saya tidak yakin akan ada novel seumpama ini daripada penulis muda Indonesia yang lain, bukan sahaja pada ketika ini bahkan pada beberapa puluh tahun di masa hadapan. Begitu menyentuh. Begitu dalam. Dan begitu dewasa!"


6.      A. Samad Said

Sasterawan Negara

 

"Sesekali dalam ketenangan sastera Indonesia datang mengejut gelora seni yang tidak tersangkakan. Jika dulu pernah hadir "Ateist", "Perburuan", "Pulang", "Merahnya Merah" dan "Bumi Manusia", kini tampaknya gelora itu datang dalam bentuk "Ayat-Ayat Cinta" pula. Ternyata ia adalah sebuah novel yang sangat memujuk dan menghiburkan. Dengan bahasa yang sederhana mengalir, novel ini menghadapkan kita kepada sekelompok mahasiswa Indonesia yang tidak saja tekun menangguk ilmu, malah berupaya mengisi kehidupan dengan penuh sabar.  "Ayat-Ayat Cinta" memangnya pintar mengheret kita menjejaki – malah menghidu – perhubungan Fahri (Indonesia) dan Maria (Mesir) secara penuh mengajar, menghantar isyarat dan kebijaksanaan baru melalui perhubungan sopan antara insan dua negara.

 

Rasanya memang sesekali kisah cinta yang Islami begini sempat disampaikan dengan penuh tertib. Maka itu, tidak membacanya seperti sengaja melepaskan peluang untuk mencium bau, merasa iklim dan memahami gerak hidup insan Indonesia baru di luar dan di dalam negaranya."

Pada mereka yang telah membaca karya ini, apa kata anda? Harap anda sudi untuk berkongsi rasa dengan saya dan pembaca yang lain, yang belum lagi berpeluang membaca naskah ini.


Posted at 07:09 pm by wanAmalyn
(8) dah komen  

Friday, June 22, 2007
Pudarnya Pesona Cleopatra

Pengarang   : Habiburrahman El – Shirazy

Halaman      : 125

Tahun         : Cetakan Pertama (Indonesia) – November 2005

                    Cetakan Pertama (Malaysia) – April 2007

Terbitan      : Ar – Risalah Product Sdn Bhd

Harga          : RM 11.90


 

Sinopsis Belakang Kulit :

 

Tak terasa air mataku mengalir, dadaku sesak oleh rasa haru yang luar biasa. Tangisku meledak. Dalam isak tangisku semua kebaikan Raihana selama ini terbayang. Wajahnya yang teduh dan baby face, pengorbanan dan pengabdiannya yang tiada putusnya, suaranya yang lembut, tangisnya mengalirkan perasaan haru dan cinta. Ya cinta itu datang dalam keharuanku. Dalam keharuan terasa ada hawa sejuk turun dari langit dan merasuk dalam jiwaku. Seketika itu, pesona kecantikan Cleopatra memudar......

Segera kukejar waktu untuk membagi cintaku pada Raihana. Membagi rinduku yang tiba-tiba memenuhi rongga dada. Air mataku berderai-derai. Kukebut kendaraanku. Kupacu kencang diiringi derai air mata yang tiada henti menetes di jalanan. Aku tak peduli. Aku ingin segera sampai dan melupakan semua rasa cinta ini padanya.  Padanya yang berhati mulia.  Begitu sampai di halaman rumah mertua, nyaris tangisku meledak. Kutahan dengan mengambil nafas panjang dan mengusap air mata. Melihat kedatanganku ibu mertua serta merta memelukku dan menangis tersedu-sedu. Aku jadi heran dan ikut menangis.
" Mana Raihana, Bu ?"

Ibu mertua hanya menangis dan menangis. Aku terus bertanya apa sebenarnya yang terjadi.
" Istrimu, Raihana istrimu dan anakmu yang dikandungnya ! "
"
Ada apa dengan dia ! "
" Dia.......

 

******

 

Pudarnya Pesona CleopatraPPC – mengikut catatan penulis adalah kajian beliau sebelum menulis Ayat-Ayat Cinta.  Ia terbahagi kepada 2 novel mini iaitu PPC itu sendiri dan Setitis Embun Cinta Niyala.

 

Menatap PPC aku jadi kagum.  Betapa cinta itu sukar untuk dimengertikan. Tak dapat dinafikan, betapa sukar untuk memupuk rasa cinta pada sesuatu yang baru yang kita tidak inginkan. Agak sukar untuk membajainya agar ianya bisa tumbuh subur di hati kita namun tatkala cinta hadir membuak-buak di dalam dada ianya hadir di saat yang tak terjangkakan. Ia hadir hanya dengan sekelip mata.

 

Sesungguhnya PPC ini sarat dengan ilmu yang amat bermanfaat pada aku. Dengan bahasa yang sederhana namun ia tetap indah dan berseni.

 

Note:  Dari segi bahasa – aku tidak pasti untuk memberi kredit samada pada penulis ataupun kepada penterjemah yang telah menterjemahkan ke dalam versi bahasa Malaysia standard. Nanum ianya cukup indah dan aku menyukainya..!!

 


Posted at 07:07 pm by wanAmalyn
(5) dah komen  

Tuesday, June 19, 2007
Putik

Pengarang    : Aziz Afkar

Halaman       : 209

Tahun         : Cetakan Pertama 1995

Terbitan       : Creative Enterprise

Harga          : RM 11.90


 

Sinopsis Belakang Kulit:

 

 

Apakah lantaran dirinya hasil dari noda, Putik harus menanggung derita sepanjang usia. Tidak layakkah dikecapi kasih sayang seperti manusia lain atau dia harus ternoda dalam pencarian diri yang sebenarnya!

 

 Putik yang disangkanya masih putik itu rupanya masak di dalam usianya yang terlalu putik.

 

******

 

Membaca PUTIK, aku di landa satu perasaan yang aku sendiri sukar nak tafsirkan. Aku jadi sedih, aku jadi hiba dan aku menangis!!. Menangis mengenangkan nasib Putik.  Nasib yang terpaksa dijalaninya seawal usia 4 tahun menginjak ke usia 5 tahun.

 

Aku membayangkan anak aku si Aysha yang bakal berusia 5 tahun, 5 bulan akan datang. Di usia ini di benak mereka hanya satu – bermain!!.  Tatkala tapak tangan mungil Putik pedih kerana dipaksa memenuhkan tong air dengan menceduk air telaga menggunakan timba, si Asyha hanya pandai pegang remote Astro memilih siaran kartun yang diminatinya.  Sungguh malang nasib Putik. Dia dibebankan dengan tugas yang tidak sewajarnya dikerjakan oleh anak seusia dia… tapi itulah takdir Putik.

 

Aku jadi sebak tatkala aku membayangkan Putik hanya mampu mengintai di balik dinding zink yang dijadikan penghadang bilik mandi [yang letaknya di luar rumah].  Mengintai kanak-kanak sebayanya bermain dengan gembira.  Dia ikut ketawa tatkala memandang kanak-kanak itu terjatuh atau ketawa, sedangkan dia tidak tahu kenapa kanak-kanak itu ketawa. Aduh sedihnya..!!

 

Tatkala itu aku jadi benci dengan Jarah, benci dengan Majid malah benci dengan semua orang yang menyebabkan Putik terpaksa menerima nasib seburuk itu..!! dan teganya hati mereka memperlakukan Putik sedemikian rupa..!! Yang paling menyedihkan, Putik menerima nasib buruk di tangan orang yang membawanya ke dunia ini. Alangkah kejamnya takdir Putik…!!!

 


Posted at 09:54 am by wanAmalyn
(5) dah komen  

Monday, June 11, 2007
Pulang

Pengarang    : A Rahim Awang

Halaman       : 536

Tahun         : 2007

Terbitan       : Creative Enterprise

Harga          : RM 25.90


Sinopsis:

 

Norazlin – Cita-citanya untuk menjadi Cleopatra zaman moden yang bisa menundukkan setiap lelaki don juan. Umpama tunduknya Mark Anthony dan Julius Ceaser di telapak kaki Cleopatra si Ratu Mesir. Berbekalkan rupa paras yang cantik serta bentuk badan yang mengiurkan, Azlin mengejar Tan Sri, Datuk Seri, Datuk, malah sesiapa sahaja yang mempunyai potensi untuk dia mencapai impian. Dalam mencari jalan PULANG, Azlin tersungkur. Tersungkur pada nasib malang yang menimpa dirinya – kematian yang penuh dengan keaiban.!!

 

Farouk – Dia don juan yang memburu mangsa hanya untuk kepuasan batinnya. Dia lelaki ego yang tidak pernah puas. Menjadikan wanita sebagai satu objek taruhan. Perkenalannya dengan Azlin, membuatkan dirinya 'terikat'. Terikat pada kepuasan yang dinikmati tidak dengan isteri yang sah digauli.  Namun Azlin juga menyebabkan dia tersungkur. Melontarkan dirinya di balik jeriji besi. Menjadikan nasibnya antara hidup dan mati.  Dan dia akur – semua orang yang mengenali dan mendampingi Azlin akan menjadi malang – itulah sumpahannya.!!

 

Suhaila – Dia isteri. Dia ibu yang terlalu setia pada suami. Kerana cinta, dia rela dalam keterpaksaan akan segala tindak tanduk sang suami.  Padanya senjata utama seorang wanita adalah 'rajuk'. Namun rajuknya juga telah membuatkan hidupnya terjerat, mengheret dirinya sama menanggung malu dengan noda dan dosa sang suami..!!

 

******

 

Pulang adalah karya terbaru dari Abdul Rahim Awang (ARA). Kisah tentang seorang GRO yang ditemui mati dibunuh di bilik tidurnya sendiri. Kisah yang mirip dengan satu kes pembunuhan yang pernah menggemparkan negara suatu ketika dahulu. Kisah yang pernah menjadi bualan hangat.

 

Membaca Pulang hasil garapan ARA membuatkan saya terpaku. ARA bijak menyusun ayat. Dengan bahasa yang ringkas tetapi tepat dan padat membuatkan saya tidak mampu untuk berhenti walau sesaat.

 

Pulang terbahagi kepada 4 'buku'. Buku 1 – dari sudut Azlin. Buku 2 – persoalan yang menjadi tanda tanya, siapa pembunuh misteri.?? Buku 3 – dari sudut pandangan Farouk dan Buku 4 – dari kaca mata Suhaila. Pecahan ini menyebabkan terdapat ayat dan frasa yang sama digunakan berulang kali. Namun ia sedikitpun tidak mengganggu fokus saya malah saya salute pada ARA kerana bijak bermain dengan pengulangan ayat dan frasa tersebut.

 

Apa yang lebih menarik, ARA sangat arif tentang dunia kepolisan. Menjadikan novel ini sangat informatif kepada saya yang 'buta' dalam hal-hal yang bersangkutan dengan dunia polis. Malah watak ASP Helmi dan ASP Norhayati - pegawai polis yang mengendalikan kes pembunuhan tersebut - mengembalikan ingatan saya pada novel Ego yang pernah saya baca.

 

ARA membuatkan saya menjadi benci pada 'orang-orang besar' yang menjadikan kedudukan dan pangkat sebagai senjata. Saya jadi meluat dengan Farouk yang ber'tuhan'kan nafsu.  Walaupun terselit perasaan kasihan saya pada Suhaila, adakalanya saya jadi sakit hati.!! kenapa harus dibiarkan si suami tanpa teguran.? Namun segala-galanya telah menjadi takdir yang harus diterima dengan pasrah.

 

Usai membaca, saya insaf.  Biarlah saya tidak punyai banyak wang. Asalkan saya tahu ia dari hasil titik peluh saya yang halal. Biarlah saya tidak kaya asalkan saya masih tetap dengan jalan yang diredhai Allah. Jalan yang telah dilorongkan oleh kedua orang tua saya dari Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.  Moga-moga jalan inilah yang akan diikuti oleh anak cucu serta saudara mara dan sahabat handai saya. AMEEN.

 


Posted at 04:22 pm by wanAmalyn
(9) dah komen  

Friday, June 01, 2007
Cinderella Cinta

Pengarang  : John Norafizan

Halaman     : 488

Tahun         : 2007

Terbitan     : Creative Enterprise

Harga         : RM23.90


Sinopsis:

 

Lara Mia ditinggalkan kekasih hati tanpa pamitan, tanpa ucap selamat. Tinggalkannya terkontang-kanting meneka dalam kesamaran mencari jawapan. Apa salah dah dosa dia ditinggalkan sendirian setelah sumpah setia dan janji termeterai.

 

Atas tiket Misi Kemanusiaan, Lara Mia tinggalkan bumi Manchester untuk menjejaki sang arjuna hati.  Bersama Victor Adam, Maimoon & Mohammad, Lara Mia memikul tanggungjawap sebagai sukarelawan ke bumi Pakistan. Mengikut jejak langkah Edri yang dipercayai ke sana atas tiket yang sama.

 

Di daerah Thalkot yang serba kekurangan, masyarakat yang di dominasi oleh kaum lelaki, masih lagi menebal dengan budaya menidakkan hak kaum wanita dan kanak-kanak perempuan terutama dalam soal pembelajaran. Mereka umpama kaum jahiliyah di zaman moden. Dalam kemelut yang membelengu jiwa Lara Mia, tujuan utama dia ke Thalkot tidak diabaikan. Kehadiran Lara Mia bak cahaya yang menerangi jalan buat mereka yang ketandusan ilmu. Walaupun pada hakikatnya hidup Lara Mia sentiasa kelam dan suram tanpa Edri. Antara tuntutan hati untuk terus menjejaki Edri dan tanggungjawab sosialnya terhadap penduduk Thalkot, Lara Mia lelah sendirian.

 

Dalam kemelut yang merantai jiwa, Victor Adam sentiasa sabar di sisi.  Bersama impian dan harapan untuk meraih cinta seorang Lara Mia. Tatkala Victor ditimpa musibah, jauh di lubuk hati Lara Mia seakan tidak sanggup kehilangan Victor namun akalnya tetap tidak dapat menerima lamaran cinta Victor kerana cintanya tetap utuh dan teguh hanya untuk Edri sang Arjuna Hati. 

 

Bumi Thalkot, mencoretkan cerita duka & luka buat seorang Lara Mia. Di saat hati sedang rawan dengan seribu persoalan di mana dan mengapa, Lara Mia temui sedikit kedamaian dalam nasihat dan kata-kata semangat dari Fatimah & Salimullah.

 

Perkenalannya dengan Zubeidah, menyedarkan Lara Mia… bukan dia seorang yang dilanda masalah..!! masih ramai lagi manusia di luar sana yang lebih tersiksa dari dirinya. Dan Zubeidah si gadis bisu yang tabah dan cekal itu adalah kunci pada semua persoalan yang membelengu Lara Mia.

 

Pada Ona, kenalan siber tanpa suara dan wajah, menjadi tempat Lara Mia meluahkan rasa duka dan nestapa, digantung harapan untuk menjejaki Edri di Bumi Malaysia namun semuanya hampa.

 

Berbekalkan semangat dan harapan, Lara Mia menjejakkan kaki ke bumi tanah tumpah darah arwah ibunya. Di bumi yang serba asing bagi Lara Mia… dapatkah dijejaki sang Arjuna hatinya?? mampukah dia merungkai segala persoalan yang membelenggu jiwanya?? dan berjayakah dia mendapatkan kembali cintanya yang telah hilang itu?? Segala-galanya hanya terjawap bila anda menatap naskah ini.

 

… dan Pelabuhan Dover tetap menjadi saksi  ~ di situ ada kenangan, di situ ada janji tetapi di situ juga ada kekecewaan …

 

******

 

Cinderella Cinta adalah sebuah karya bertemakan cinta yang agak serius. Karya ke-3 John Norafizan ini adalah tentang ketabahan dan keazaman Lara Mia dalam usaha menjejaki Sang Arjuna hati yang menghilangkan diri tanpa pesan. Menimbulkan seribu persoalan mengapa dan kenapa..?? Itulah persoalan yang diutarakan oleh penulis untuk kita rungkaikan.

 

John mengadunkan dua tema, cinta dan kemanusiaan dengan begitu berkesan sekali. Aku bagaikan salah seorang sukarelawan Mercy Manchester di mana aku dibawa menjelajah dan menikmati keindahan bumi Thalkot di Pakistan. Aku juga bagaikan memikul beban yang sama, yang bertahun-tahun digalas penduduk Thalkot (terutamanya kaum wanita), dan di saat ini aku rasakan betapa bertuahnya aku dilahirkan di bumi Malaysia.!! Aku bangga aku Anak Malaysia..!!

 

Namun di awal pembacaan, aku sedikit bosan apabila hanya dijamu dengan persoalan tentang CINTA. Watak Lara Mia yang terlalu 'parah' melayan perasaan sedikit mengecewakan aku. Pada aku novel ini akan jadi lebih indah andainya dikurangkan sedikit mainan emosi serta luahan hati (bermonolog) Lara Mia kerana ada ketikanya aku 'lost track'.  Watak Lara Mia yang terlalu mendambakan cinta sang kekasih dan seolah-olah tidak dapat menerima hakikat bahawa dia telah ditinggalkan.  Watak Lara Mia yang kadang-kala terlalu menyerah pada emosi, terlalu banyak merintih mengenangkan kekasih hati yang telah hilang… menyebabkan aku menjadi geram.!! Nak je aku cepuk2 si Lara Mia ni… Bangkit Lara Mia..!! Jadilah wanita yang kuat. Wanita yang tidak tunduk pada cinta - walaupun hakikatnya itulah yang kita cari dalam hidup ini.  Entahlah, mungkin aku lebih suka wanita yang agresif dan kuat dari segi fizikal dan emosi. Wanita yang mampu berdikari tanpa tunduk pada cabaran & halangan terutamanya CINTA. Tidak dapat dinafikan walaupun Lara Mia berjaya dalam misinya tapi aku tetap merasakan Lara Mia masih lagi 'rapuh'.

 

Hanya selepas pertemuan dengan Zubeidah, terbuka segala hijab yang tersembunyi, cerita mula menarik dan aku bertambah teruja dengan setiap insiden yang berlaku. Di akhir cerita, aku mulai mengerti mengapa Lara Mia bersikap sedemikian..!! Tapi untuk sampai ke 'tempat' itu, perjalanannya agak lambat.

 

Satu kelebihan John yang aku suka adalah pada gaya bahasanya yang puitis dan kreatis. Aku seakan terpaku pada setiap bait dan susunatur bahasanya. Sungguh indah dan berseni..!! Aku suka..!!

 

" Penderitaan adalah hidup kami di bumi pergunungan ini. Thalkot tak pernah menangis tapi kami selalu menangis. Thalkot tak pernah menderita tapi kami selalu menderita. Penderitaan itu adalah dugaan kehidupan Mia…" ~ m/s 304

Usai membaca aku terfikir.... cinta itu butakah...?? atau kitakah yang dibutakan kerana cinta...??

 

Rasanya tidak wajar jika aku bandingkan Cinderella Cinta dengan Tunjukkan Aku Satu Bintang yang paling aku suka… TETAPI Cinderella Cinta tetap mempunyai kekuatannya yang tersendiri… dan hanya anda yang perlu mencari kekuatan itu… sebagaimana kuatnya azam Lara Mia untuk bersua dengan Edri…!! Selamat Membaca..!!


Posted at 10:45 am by wanAmalyn
(16) dah komen  

Next Page