calendar
<< August 2006 >> | ||||||
Sun | Mon | Tue | Wed | Thu | Fri | Sat |
01 | 02 | 03 | 04 | 05 | ||
06 | 07 | 08 | 09 | 10 | 11 | 12 |
13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 |
20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 |
27 | 28 | 29 | 30 | 31 |
categories
contact
cReditS
Pengarang : Nor Erny Othman
Halaman : 410
Tahun : 2002
Penerbit : GhostwriterHarga : RM18.90
Takagi Sayang kisah tentang perjalanan hidup Diana Adura (Dian/Yan) dan Aznil (Takagi). Novel ini bagaikan terbahagi pada tiga bahagian iaitu pertama; cerita semasa bertunang, kedua; semasa baru berkahwin dan terakhir; cerita selepas menjadi ibu.
Di episod awal cerita ini berkisar tentang pertunangan antara Dian/Yan & Aznil yang diatur keluarga itu pada awalnya tidak disenangi oleh Dian/Yan. Aznil tunangannya yang diberi jolokan 'Takagi' kerana iras wajahnya seperrti pelakon itu, merupakan musuhnya sejak sekolah lagi. Namun akhirnya dia terpaksa akur pada cinta yang hadir dalam hatinya.
Di bahagian kedua tentang mahligai perkahwinan yang dibina penuh indah tetapi kehadiran Izan 'bestfriend' Aznil yang telah berjasa mendermakan darahnya untuk menyambung nyawa Aznil suatu masa dulu, mengugat kebahagiaan mereka. Pemergian Izan memberi sinar baru pada Dian/Yan. Namun kegembiraan itu tidak kekal, Izan sekali lagi hadir menagih simpati, membuatkan Aznil dalam dilema, antara sayang pada isteri dan simpati pada sahabat yang banyak berjasa.
Di bahagian ketiga tentang hubungan Dian/Yan dengan kaum keluarga Aznil yang hadir dalam rumahtangga mereka. Kedatangan Mak Long ibu saudara yang juga ibu susuan Aznil dan anaknya Aizan menambah kucar kacir rumahtangga mereka. Antara permintaan suami dan mertua, dia tersepit antara rasa ingin menjaga nama baik suami dan juga meluahkan rasa hati sendiri.
Nota Saya:
· Membaca cerita ini macam-macam rasa yang bergolak dibenak. Kelakar, sedih, geram dan gembira, membuatkan saya terpaku untuk menghabiskan bacaan saya. Di awal cerita dengan
· Saya temui satu kelainan dari novel2 yang pernah saya baca sebelum ini, iaitu ia memaparkan "suara hati" samada Dian/Yan mahupun Aznil. Saya suka dengan stail penulis ini kerana seolah2 saya yang berada di dalam watak itu.
Kasih sayang yang terlalu dalam memaksanya membawa diri jauh ke perantauan agar kasih itu sentiasa segar selamanya. Konsep perkahwinan Arab Islam yang dipraktikan pada zaman dahulu muncul semula dalam dunia serba moden dan canggih kini. Akan tetapi konsep ini tidak sama sekali bercanggah dengan hukum sahnya berkahwinan itu.
Rasa cinta seorang suami yang terbit dengan hanya mengenali keperibadian isterinya yang sangat istimewa melalui sahabat dan taulan Nabila Amin Azhar. Pencariannya umpana kisah 'fairy tales' bilamana sang putera dengan kasut kacanya mencari miss Cinderella jelmaan hati. Mengejar 'Puteri Idaman' dengan pelbagai cara juga pelbagai onak duri dan ranjau dihadapi Nashrique Iskandar Ismail dalam usahanya memenangi hati Nabila yang cukup istimewa itu. Adakah dia berjaya menawan serta memiliki hati Pn Amin yang keras, sekeras bungkah ais kutub utara dan menggotakan janji-janjinya pada kedua mertua yang menanti di rumah Alhamdulillah.
Adakah 'Puteri Idaman' kebanggaannya itu akan kekal selamanya bertahta dihati atau dia akan menjadi seperti kabus tengahari. Membacanya membuatkan kita tidak betah untuk berhenti walau sesaat. Selamilah sendiri keindahan 'Angin Dingin Dari Utara'. Amat payah untuk diluahkan tetapi terlalu indah lukisannya di dalam hati. Angin Dingin Dari Utara merupakan antara buku paling istimewa buatku.
Pengarang : Manaf Hamzah
Halaman : 438
Tahun : 2004
Terbitan : Pustaka Nasional
Harga : RM36.00
aku hanya anggerik
mungkin tidak secantik mawar
namun aku bangga sebagai anggerik
tetap anggun dan menawan
aku hanya anggerik
tetapi aku mampu menusuk jejari
yang
kerana tangkaiku berduri
mungkin aku hanya anggerik
tetapi aku berputik di tangkai mawar…
-ADTM-
Perkahwinan paksa antara Dandiar Ali Musa dan Masliana Jantan menyebabkan hidup Dandiar tidak keruan. Antara harapan kedua ibu-bapanya dengan kemahuan hatinya yang masih lagi ingin membujang. Akibatnya terjadilah perkahwinan yang hanya pada nama sahaja dan Masliana terpaksa menempuhnya dengan hati yang tabah. Sebagai seorang gadis yang berpegang teguh dengan ajaran agama, dia harus kuat walau apa pun terjadi. Biarpun dia dipandang kolot dan selenge oleh suaminya sendiri.
Sesungguhnya pernikahan mereka atas sebab Dandiar telah meniduri Masliana. Demi tidak mahu mendapat malu, Dandiar mengambil Masliana sebagai isteri tapi hanya atas dasar perikemanusiaan dan tekanan keluarga. Namun begitu perkahwinan ini umpama perkahwinan paksa, apatah lagi dia belum mahu mengakhiri zaman bujangnya.
Masliana yang sedar dia tak punya rupa dan sebatang kara, merasakan dirinya tidak cocok untuk berdamping dengan Dandiar yang tampan dan segak. Namun begitu Masliana tetap menjalankan tanggungjawapnya sebagai isteri meskipun Dandiar bersikap dingin. Namun dia bertekad untuk membuktikan kepada suaminya itu bahawa dia bukanlah gadis yang lemah. Dengan bantuan Shireen dan ibu bapa mertuanya Masliana menyamar diri sebagai Sheila Bahrin demi untuk menundukkan ego Dandiar yang tinggi itu. Lantaran egonya yang setinggi gunung itu, Dandiar
Dan di tengah-tengah kemelut rumahtangga mereka, satu ancaman menanti. Sebuah dendam yang telah tersimpan lama dan mahu dituntut. Dendam yang akan memporak-perandakan ikatan kekeluargaan Ali Musa.
Berjayakah Masliana dengan misi penyamarannya.? Terbukakah pintu hati Dandiar di kala maut menanti Masliana.? Jeng… jeng… jeng
Nota Saya:
· Novel kedua hasil karya Manaf Hamzah ini masih lagi mengekalkan
· Novel ini masih lagi berkisar tentang perkahwinan yang dilangsungkan ekoran daripada peristiwa tangkap basah. Walaupun ianya merupakan pakatan oleh kedua ibu-bapa dan sahabat baik Dandiar untuk membuatkan Dandiar terpaksa mengahwini Masliana.
· Novel ini terdapat unsur-unsur 18SX. Kalau beli buku ini untuk dihadiahkan kepada anak-anak, AWAS buku ini mungkin tidak sesuai dan anda dinasihatkan fikir 2 kali untuk memberikan novel ini sebagai bahan bacaan anak anda. Tapi kalau saya, rasanya TAK SESUAI!
· Watak Masliana dalam novel ini saya bayangkan seperti watak Betty dalam drama bersiri Mexico Yo Soy Betty La Fea di mana wataknya menggambarkan si hodoh bertukar rupa menjadi si cantik jelita, cuma yang membezakannya watak Masliana dalam novel ini membuat penyamaran sebagai Shiela Bahrin si janda yang cantik dan seksi bertujuan untuk memikat Dandiar suaminya sendiri. "Masliana tampak ayu dan berseri dalam… Namun kacamata rabun yang sentiasa dipakai oleh Masliana itu seperti merosakkan pakaian itu" MS 120 (Mengapa harus menyamar diri sebagai gadis seksi sedangkan dia pakai tudung???) Namun saya suka watak Masliana yang tegas dan agresif ini (lambang wanita hari ini… hidup wanita!!!)
· Jalinan cerita yang dipaparkan kadang-kala mampu membuatkan saya suspen dan tidak sabar untuk mengetahui akan kesudahannya.
· Bagi saya yang pertama kali dihidangkan dengan perkataan selenge, kerek agak terkeliru dengan maknanya. (Namun begitu saya dapat menambahkan lagi vocabulary saya…)
· Secara keseluruhan membaca novel ini, saya rasa tidak mengecewakan. Apatah lagi sub-plotnya yang suspen, menyebabkan saya terpaku dan tidak berganjak untuk menghabiskan bacaan saya kerana saya ingin mengetahui kesudahan cerita ini. Di samping saya ingin mengetahui kesudahan hubungan Dandiar dan Masliana setelah mereka mengharungi 'hubungan yang intim'. Tidak tergugatkah keegoan Dandiar?
· Ini hanyalah pandangan saya yang tidak arif….
Dalam masyarakat melayu, istilah salin tikar selalunya berlaku pada wanita. Contoh di sini Si adik akan berkahwin dengan Abang ipar setelah kakaknya meninggal dunia. Ini di dorong mungkin atas dasar belas kasihan kepada anak saudara yang kehilangan tempat berkasih atau atas desakan dan pujuk rayu keluarga yang tidak mahu pertalian kekeluargaan terputus setelah bekas menantunya berkahwin lain.
Berlainan pula yang dipaparkan oleh Siti Hazneza dalam novelnya ini. Pergelutan jiwa antara kembar yang berkongsi uri yang sama tetapi mempunyai perwatakan berbeza. Cuma satu persamaan yang dimiliki mereka iaitu menyintai gadis yang sama.
Si adik telah diwasiat menggantikan tempat abangnya yang telah menyahut panggilan Ilahi. Adakah dia akan bersetuju dengan wasiat itu. Gadis yang dicintai seluruh jiwa telah dimiliki oleh orang lain dan dia belum berganjak dari status bujangnya. Adakah wasiat itu merupakan satu sinar baru untuknya. Apakah ini satu peluang yang tidak harus dilepaskan Fawwaz untuk dia membaja semula cintanya yang tidak kesampaian kepada Yang Hasmira yang diminati sejak dibangku sekolah.
Bagi Yang Hasmira antara cinta , kasih sayang, persahabatan dan tanggungjawab yang mana patut diutamakan. Dia memendam dan menyakitkan diri tapi untuk siapa . Adakah dia bahagia dengan pilihannya dan siapakah pilihannya itu.
Rasaku sesetengah pembaca pasti menganggap buku ini tak cukup mantap berbanding buku-buku Siti yang lain, mungkin perbandingan itu dilihat dari segi
Encik Lim: Yang Hasmira… kamu nak Chip atau Dale?
Yang Hasmira: Mana-mana pun boleh, sir.
Pengarang : Abdul Rahman Daud
Halaman : 143
Tahun : 2005
Terbitan : Dewan Bahasa & Pustaka
Harga : RM 10.00
Priya gadis kacukan
Novel Priya, memaparkan kehidupan seorang gadis kacukan yang bercita-cita tinggi untuk berjaya dalam pelajaran tetapi dihambat oleh karenah teman-teman di samping penyakit leukemia yang dihidapnya. Kemunculan Ahmad Zaini teman yang memahaminya membuatkan hidup Priya penuh kerlipan bintang-bintang. Tambahan pula dengan sinar keimanan yang menyuluh hidupnya setelah
Nota Saya:
Previous Page | Next Page |