calendar
<< August 2006 >> | ||||||
Sun | Mon | Tue | Wed | Thu | Fri | Sat |
01 | 02 | 03 | 04 | 05 | ||
06 | 07 | 08 | 09 | 10 | 11 | 12 |
13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 |
20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 |
27 | 28 | 29 | 30 | 31 |
categories
contact
cReditS
Pengarang : Aina Emir
Halaman : 220
Tahun : 2006
Terbitan : KarnaDya Solutions Sdn Bhd
Harga : RM 14.00
Semalam Ku Bermimpi, adalah himpunan cerita-cerita pendek karya terbaru Aina Emir bersama Karnadya Solutions. Di dalam buku ini terdapat 8 buah cerpen yang menarik tentang realiti kehidupan masa kini yang penuh dengan cabaran dan dugaan.
Semalam Ku Bermimpi menghimpunkan segala rasa di dada. Tentang pergolakan jiwa, tentang suka duka, tentang konflik hidup dan sebagainya. Walaupun cerita pendek, namun setiap cerita mempunyai nilai dan mesej yang berguna.
Untuk sesiapa yang inginkan kelainan dan lari dari tipikal cerita cinta yang terdapat di pasaran dewasa ini, anda digalakkan untuk membaca karya terbaru Aina Emir ini. Seronok membaca buku ini kerana ia dapat dihabiskan dengan cepat tanpa perlu menahan perasaan untuk menghabiskannya.
Nota Saya:
· Em… Wan pun dah terikut-ikut dengan Em, bila baca judul buku ini secara automatic terikut-ikut macam mana nak buang ek??
Pengarang : Manaf Hamzah
Halaman : 384
Tahun : 2002 (Cetakan Kedua)
Terbitan : Pustaka Nasional Pte Ltd Singapura
Harga : RM36.00
Kisah tentang penderitaan hidup Intan Samad seorang gadis yang di anggap anak luar nikah oleh penduduk kampong Pulau Ubin kerana semenjak lahirnya tidak tahu siapa dan di mana ayah kandungnya.
Novel ini memaparkan watak Assad yang membawa unsur percanggahan jiwa seorang doktor muda yang berhati batu dengan seorang wanita yang sentiasa menyerah tetapi akhirnya bersikap tegas, tetapi ketegasan itu membawa kesedaran kepada Assad tentang perasaan sebenarnya pada isteri. Selain daripada itu, terdapat juga watak yang berunsurkan simpati dan tipu daya manusia. Umpamanya ibu saudara yang jatuh cinta dengan anak saudara, abang makan adik tiri, kawan menelan kawan, seorang pemuda jatuh cinta kepada isteri orang dan lain-lain yang berunsur suspens demi suspense
Nota Saya:
Pengarang : Fatinilam Sari
Jumlah Halaman : 379
Tahun : 2005
Terbitan : Ebiza Sdn Bhd
Harga : RM13.90
Kisah tentang konflik hidup Nurul Izzati gadis belasan tahun (18 tahun) yang kecewa apabila mengetahui dirinya hanyalah anak angkat kepada pasangan Marina & Idrus. Nurul yang kecewa melarikan diri dari rumah kerana sedar diri tidak disayangi oleh Idrus. Pelarian Nurul menemukannya dengan Ramon Alief. Nurul yang nekad tidak mahu pulang ke rumah keluarga angkatnya mengambil keputusan untuk mencari kerja bagi menampung hidupnya. Nurul akhirnya bekerja dengan Ramon Alief yang menjalankan perniagaan komputer yang kemudiannya membawa kepada percintaan mereka.
Namun percintaan mereka berantakan dan membawa Nurul kembali ke pangkuan keluarga angkatnya. Nurul yang begitu kecewa dengan Ramon Alief yang berpaling kasih kepada Anita, membawa diri ke Johor meneruskan pengajiannya. Semasa Nurul bekerja sementara dia bertemu dengan Datuk Basiron tuan punya Hotel tempat dia bekerja. Demi untuk membalas budi keluarga angkat, Nurul terpaksa menerima Datuk Basiron tanpa mengetahui beliau adalah bapa bekas kekasihnya sebagai suami sedangkan hatinya masih lagi pada Ramon Alief.
Nota Saya:
Saya pernah membaca karya Mimie Afinie, Masih Ada Rindu dan saya suka dengan cerita tersebut, jadi saya tidak teragak-agak untuk mencuba karya terbaru beliau ini.
Maafkan Ku Sayang mengisahkan Iskandar Helmi yang membawa diri ke Tanjung Resang, Mersing untuk merawat hati yang luka ekoran konflik dengan ibubapanya yang menentang perceraiannya dengan Rozita yang merupakan menantu kesayangan mereka. Di sana dia bertemu Sarah Nadia, sepupu kepada Shariman di mana dia menumpang tinggal. Mereka saling jatuh hati namun perhubungan mereka terpaksa menempuh banyak rintangan dan halangan. Kehadiran watak Sameon orang tua yang menaruh hati terhadap Sarah Nadia menimbulkan rasa lucu dan geram. Sameon yang meminati Sarah, menggunakan pelbagai cara untuk memiliki Sarah. Kehadiran Jeffri menggugat hubungan Sarah & Iskandar yang akhirnya Sarah terpaksa menerima Jeffri sebagai tunangnya.
'Takkan ku berhenti mencintaimu... seperti mana jarum jam ini yang tidak pernah berhenti mengejar masa...' luahan Sarah untuk Iskandar. Bagaimanakah kesudahan hubungannya dengan Jeffri sedangkan hati Sarah masih dan tetap dengan Iskandar?
Nota Saya:
Saya tidak teragak-agak untuk membeli karya terbaru Rozita Abd. Wahab ini kerana karya terdahulu beliau Permata Asmara terbitan Creative merupakan salah satu novel kesayangan saya. Pembelian saya tidak mengecewakan kerana novel ini pada saya amat menarik dalam gaya yang santai.
Kasih Bersemi ialah kisah tentang pergolakan hidup Hanim seorang guru lepasan maktab yang ditugaskan di sebuah sekolah rendah di utara tanah air. Hanim yang tidak mendapat kasih sayang ibu seperti adik-beradik yang lain merasakan dengan memilih maktab sebagai satu cara untuk lari dari tekanan yang sering menghiris hatinya.
Keramahan sikapnya menjadikan dia disukai orang sehinggakan ada di kalangan mereka yang memasang angan-angan untuk dijadikan menantu. Gossip tentang dirinya yang bakal bertunang dengan Awaludin pemuda kampong tersebut menyebabkan Hanim mereka cerita yang dia sudah bertunang, walhal ketika itu Hanim masih 'berperang' dengan teman lelakinya Shafri. Kisah pertunangan itu akhirnya menjadi kenyataan apabila Hanim berlembut hati dan sedia menerima Shafri kembali tetapi, pertunangan itu tidak lama kerana Shafri terlibat dalam kemalangan dan kemudiannya meninggal.
Hanim yang masih lagi meratapi kehilangan Shafri, dipertemukan dengan Faizal, rakan semaktabnya dulu yang masih menagih cintanya. Hanim yang tidak dapat menerima Faizal memperkenalkan Amirah rakan serumahnya, dengan harapan Faizal beralih arah kepada Amirah dan tidak lagi mengganggu Hanim.
Kisah kematian Shafri hanya diceritakan pada Mak Piah, jiran Hanim. Mak Piah yang menyimpan angan hendak menjodohkan Hanim dengan anak terunanya Akmal yang teramatlah pendiam dan pemalu (digelar 'si bisu'). Namun jodoh pertemuan ketentuan ilahi apabila Hanim menerima Akmal sebagai tunang dan seterusnya suami.
Mengapa Hanim dilayan seperti orang gaji oleh ibunya sendiri? Dapatkah Faizal menerima Amirah setelah mengetahui tentang kematian Shafri?
Tiada konflik yang memberatkan minda dalam novel ini. Namun perasaan ingin tahu membuat saya terus membaca tanpa henti. Cerita ini berakhir dengan ending yang sweet.
Nota Saya:
Previous Page | Next Page |