calendar
<< August 2006 >> | ||||||
Sun | Mon | Tue | Wed | Thu | Fri | Sat |
01 | 02 | 03 | 04 | 05 | ||
06 | 07 | 08 | 09 | 10 | 11 | 12 |
13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 |
20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 |
27 | 28 | 29 | 30 | 31 |
categories
contact
cReditS
Hari ini saya ada 2 buah buku yang akan saya baca.... Maafkan ku... Sayang karya Mimie Afinie & Kasih Bersemi oleh Rozita Abd Wahab. Saya tak tahu nak baca yang mana dulu... (kena baling duit syiling ke)....hihihi
Novel ini mempunyai 2 cerita yang berlainan tetapi mempunyai jalinan di akhir cerita.
Buku 1
Kisah tentang kecurangan Dr Zaharah terhadap suaminya Rosli yang bekerja sebagai kerani. Selepas 3 tahun perkahwinannya dengan Rosli, Zaharah yang pada mulanya menerima perbezaan taraf ini mula beralih kasih kepada bekas teman lelakinya Nordin yang baru bertugas di hospital yang sama. Kecurangan Zaharah menyebabkan Dr Hayati, sahabat baiknya tidak berpuas hati dan menentang Zaharah. Kenyataan Zaharah yang merendah-rendahkan Rosli dan sekaligus mencabar Hayati untuk memikat Rosli selepas perceraian mereka disahut oleh Hayati.
Bermula episod perhubungan antara Hayati & Rosli. Hayati secara tidak sengaja mendapat tahu bahawa Rosli bukan sebarangan orang. Beliau seorang agen KPK. KPK digambarkan sebagai CIA di Amerika, KGB di Rusia, Mossad di Israel, Gestapo di German dll. Untuk mendekati Rosli, Hayati mempelajari selok belok sukan Ragbi yang merupakan sukan kegemaran Rosli. Dan usahanya berjaya.
Persoalan siapa Rosli terjawap apabila dia ditimpa musibah ketika sedang bertugas. Rosli merupakan agen perisik komando yang terbaik berpangkat Kolonel yang juga merupakan anak tunggal Jeneral Zain. Keberaniannya untuk menyelamatkan sahabatnya Shariff menyebabkan nyawanya sebagai galang ganti. Dr. Hayati dan Dr Zaharah yang merupakan pakar bedah yang terbaik di hospital itu ditugaskan untuk menjaga dan memantau keadaan Rosli.
Selama 3 bulan koma, Rosli dijaga oleh Hayati dengan penuh kasih sayang yang akhirnya berbaloi apabila Rosli mulai sedar dan tidak mengalami sebarang komplikasi yang serius dan hubungan mereka direstui oleh semua orang. Dr. Zaharah terpaksa menerima hakikat bahawa dia telah melepaskan sebutir berlian yang berharga di tengah-tengah timbunan kaca.
Buku 2
Cerita ini banyak unsur 18sx. Kisah tentang perjuangan Zalifah Abdul Rahman pemimpin GEMAWAN (Gerakan Maruah Wanita), menentang kegiatan pelacuran. Perjuangan beliau tidak disenangi oleh Tan Sri Wan Mutalib (TS) yang menjalankan kegiatan pelacuran dan kongsi gelap yang akhirnya menyebabkan Zalifah mati di bunuh oleh pembunuh upahan TS.
Kematian Zalifah menyebabkan Kathy & Rita ingin menuntut bela, dan cara yang digunakan adalah dengan cara memikat dan membunuh anak-anak TS. Di sini bermula episod membalas dendam. Kartina, Jun Azzudin & Rita memainkan peranan untuk mendekati ketiga-tiga anak TS iaitu Wan Ramli (WR), Wan Adnan (Eddy) & Wan Mokhtar (Mok).
Rita menggantikan tempat Zalifah sebagai pemimpin GEMAWAN yang ke-2 juga mati di bunuh. Cerita berakhir dengan kematian ahli keluarga TS yang mati di bunuh oleh orang-orang yang tidak senang dengan TS yang tinggal hanya Eddy yang akhirnya berkahwin dengan Jun Azzuddin.
Jalinan cerita antara buku 1 dan buku 2 bermula apabila mayat Rita dihantar ke hospital di mana Dr. Hayati ditugaskan untuk menjalankan bedah siasat ke atas mayat Rita. Dengan pengaruh Rosli suami Hayati serta bantuan Eddy suami Jun, perjuangan GEMAWAN lebih menyeluruh dan tidak hanya tertumpu pada golongan pelacur sahaja. Segala kegiatan pelacuran dan korupsi juga dibongkar.
Nota Saya:
· Noor Suraya
Saya mula mengenali Noor Suraya melalui karyanya Tanah Andriyana. Ini merupakan novel pertama beliau yang saya baca dan miliki. Novel ini saya beli pada tanggal
Mulai saat itu saya mula berkenalan dengan Ain Najwa & Haris melalui Keranamu Ain. Biru Ungu Cinta mengundang air mata tanpa sedar bila menghadapi saat kematian Seera yang meninggalkan Kamal suaminya dan Fattah sahabat serta bekas teman lelakinya. Dan saya ingin meminjam kegigihan dan semangat Dr. Farhana dalam Rindunya Kian Membara untuk terus berjuang melawan takdir yang mendatang. Hati saya kian terpaut pada Dr Khalidah, Dr Aqmar & Dr Zainur dalam Nyanyian Tanjung Sepi.
Novel-novel Kak Su sememangnya mampu membuai perasaan dan mengundang air mata. Sehingga ke hari ini saya telah memiliki kesemua hasil karya Kak Su dan yang lebih istimewa ianya bertanda tangan Kak Su.
Semoga Kak Su tidak kekeringan ide untuk terus berkarya.
· Norhayati Berahim (NB)
NB seringkali menggambarkan watak-watak samada watak hero mahupun heroin sebagai seorang yang lemah-lembut, tabah, sabar dan tidak gentar dengan sebarang musibah yang mendatang.
Semoga kalam NB tidak terhenti berkarya.
· Anis Ayuni
Karya pertama Latifah Mohd Yusof atau lebih dikenali dengan nama pena Anis Ayuni yang saya baca dan miliki adalah Suara Hati yang juga merupakan buah tangan Kak Anis yang pertama. Novel ini saya beli pada tarikh 12 Januari 2004.
"…Akan ku rahsiakan rasa cintaku padamu jauh di lubuk hati…" begitulah rasa hati Hani yang terpaksa melupakan cinta Haris pilihannya sendiri tatkala dia terpaksa menerima lamaran Naim pilihan ibu bapanya. Namun takdir menentukan segalanya apabila suami tercinta pergi buat selamanya dan Haris kembali menagih kasih dalam Suara Hati. Yang Terindah menemukan saya dengan Elly dan Zahari. Indahnya percintaan Ifti Liyana dan Mohd Nazmi dalam Manisnya Cinta. Percintaan Raihana mengundang air mata apabila tunangnya Wan Ariffin mati lemas dan Suffian datang mengetuk pintu hati Raihana dalam Gemersik Kalbu.
"…Aku dah tak berdaya berkawan dengan angan-angan bertemankan bayang-bayang..." adalah rintihan hati Dhira terhadap Zairi dalam Kau Kekasihku.
Sehingga ke hari ini semua hasil karya Kak Anis menjadi koleksi kesayangan saya. Semoga Kak Anis akan terus aktif berkarya.
· Aisya Sofea
Saya mula membaca hasil karya Hanizura Jamaluddin atau nama penanya Aisya Sofea apabila novel ketiga beliau Kau Untukku saya pinjam daripada rakan saya WanZ. Saat itu saya mulai jatuh hati dengan tulisan Kak Aisya.
Saya turut menangis bersama Nurul Umairah apabila tunangnya Jefri maut dalam kemalangan. "Rahsia di hati tak siapa yang tahu" begitulah indah & romantisnya percintaannya dengan Ahmad Fuad dalam Kau Untukku. "Masa dan kejauhan bukan halangan bila jodoh ditakdirkan…" begitulah jodoh Ika & Fikri dalam Jauh yang merupakan novel sulung beliau. Dilema Farah Wahidah yang terpaksa mengahwini Lukman Hafizi abang iparnya demi wasiat kembarnya Sarah Wahidah menuntut pengorbanan yang besar dalam Jendela Hati. "Bibir Tidak perlu berkata bila hati sudah mula bersuara" begitulah hangatnya cinta Kamilia Najwa & Zainal Arief dalam Sehangat Asmara.
"Kupasrah menyahut kasih meskipun parah dibayangi impian". Begitulah ranjau yang terpaksa diharungi Intan Azureen dalam mempertahankan cintanya terhadap Hanif Ashman dalam Gelora Jiwa. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Begitulah rasa hati Ain Hawani terhadap Adam Mukhriz dalam Adam & Hawa.
Sehingga ke hari ini semua hasil karya Kak Aisya menjadi koleksi kesayangan saya. Semoga mata pena Kak Aisya akan terus aktif berkarya.
· John Norafizan
Saya mengenali karya John Norafizan secara tidak sengaja apabila saya tercari-cari novel yang lain daripada kisah cinta romantik. Apabila saya membelek buku di kedai "Read & Relax" di BB Bangi, saya rasa tak salah saya belanjakan RM5.00 untuk sebuah cerita yang belum tentu bagus. Setelah membaca karya John, saya rasa betapa ruginya saya kerana tidak menyedari dari awal penulis yang begitu berkebolehan.
"Asnawi, cinta bukan satu paksaan. Memaksa orang membuat apa yang kita mahu, bukanlah satu cinta, tapi perjanjian yang mengikat kebebasan. Tapi menyintai orang yang tidak mahu menyintai kita juga, bukan satu kesalahan…" Elizabeth Thornston – M/S 173
~ Sempadan Tanpa Seri ~ dan John telah berjaya membuat saya jatuh cinta dengan Asnawi.
"Engkau telah Tunjukkan Aku Satu Bintang buat menyinar hidup aku selama-lamanya. Engkaulah bintang itu. Aku benar-benar mencintai mu…" Asmawi M/S 715. Buku ini karya kedua John merupakan kesinambungan dari Sempadan Tanpa Seri.
Tak sabar menunggu hasil terbaru dari John Cinderella Cinta.
· Ramlee Awang Murshid
Saya mula membaca karya RAM kerana adik saya. Novel pertama beliau yang saya baca adalah Satu Janji (buku ini milik adik saya). Tidak tahu apa yang harus saya buat selama 2 bulan bercuti di kampong saya membelek buku di rak dan terjumpa dengan buku ini. Apabila kembali ke KL saya teruja untuk mendapatkan karya beliau yang lain.
Bermula dari itu saya mula menerokai ADAM, siri Tombiruo hingga ke Tombiruo Terakhir, Rahsia Perindu, Bagaikan Puteri dan yang terbaru Hatiku Di Harajuku dan saya betul-betul telah jatuh hati dengan karya RAM.
Semoga RAM akan terus aktif menghasilkan karya-karya yang akan membuatkan hati saya tidak keruan…
· Najwa Aiman
"Dalam dunia ni, yang paling susah nak dicari adalah bahagia. Tak semua orang jumpa. Mereka yang dah jumpa, belum tentu boleh dapat bahagia…" (M/S 689). Nasihat Miza pada Azhar dalam Untuk Kau Dan Aku.
Antara Kau Dan Dia tentang konflik hidup Rizmal, Idayu dan Ilyana. Ini adalah novel ketiga karya Najwa Aiman.
"Ada kasih antara kita, namun yang ku cari ialah cinta…." Kasih Kita merupakan cerita tentang Anis (Danur Kasih) ingin menjejak ibu kandung dan menggunakan khidmat Azhar (Untuk Kau Dan Aku) sebagai peguam syarikatnya. Satu kelainan yang dibuat oleh penulis apabila satu cerita kesinambungan daripada 2 karya yang terdahulu.
Semoga Najwa Aiman akan terus aktif berkarya.... (jgn tebal sgt... lambat nak habis )
Nota Saya:
· Ini hanya sebahagian kecil penulis yang pernah saya baca karyanya. Masih ramai lagi penulis yang berbakat di luar
Blog ini sekadar untuk berkongsi rasa dan cerita yang telah saya baca serta buku-buku yang menjadi koleksi peribadi saya.
Nota Saya:
Previous Page |