…sekadar untuk berkongsi tentang apa yang aku rasa, tatkala bait-bait ayat tercerna di minda…



..:: dIrIkU ::..

Wan Amalyn
June 20
Gemini
USJ Subang Jaya

][amalynputri@gmail.com][



..:: notice board ::..


Terbaru daripada
Jemari Seni




Judul: Bintang Ke Syurga
Penulis: Xarine
Terbitan: Jemari Seni
Harga: RM19.00
untuk tempahan, sila hubungi:
] Jemari Seni [


Light Pink Flower Strand Images




Judul: Dame Zoete Sarah
Penulis: Khairyn Othman
Terbitan: Jemari Seni
Harga: RM18.00
untuk tempahan, sila hubungi:
] Jemari Seni [


Light Pink Flower Strand Images




Judul: Sigaraning
Penulis: Imaen
Terbitan: Jemari Seni
Harga: RM
untuk tempahan, sila hubungi:
] Jemari Seni [

Light Pink Flower Strand Images





Happy Birthday June


myspace layouts


20 Jun ~ =)
27 Jun ~ JiD



Light Pink Flower Strand Images







..:: uB CluB ::..




..:: jom sembang2 ::..






..:: cHiT-cHaT kat sInI ::..







*HUGS* TOTAL!
give wanAmalyn more *HUGS*
Get hugs of your own



..:: bObaE kat sInI ::..


   

calendar

<< August 2007 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31

categories




..:: koleksi buku dirak ::..

~ Malaysia ~
][Noor Suraya][
*Keranamu Ain*
*Biru Ungu Cinta*
*Tanah Andriana*
*Rindunya Kian Membara*
*Nyanyian Tanjung Sepi*
*Surat Ungu Untuk Nuha*
*Hati Andriyana (Gurindam Jiwa)*
*Panggil Aku Dahlia*
*Kebun Mimpi*
*Rumah Di Ujung Padang (Pelangi)*
*Jaja & Din*
*Yang Jauh Di Pulau (Damai)*
*Langsir Biji Remia*
*Gadisku Wan Adnin*
*Cintaku Luruh di Oxford*

][John Norafizan][
*Tunjukkan Aku Satu Bintang*
*Sempadan Tanpa Seri*
*Cinderella Cinta*
*Garis-Garis DejaVu*
*Odisi Bulan Biru*
*Coklat (Yang Manis)*

][Imaen][
*Vendeta (Gurindam Jiwa)*
*Labyrinth*
*Bohemian*
*Sigaraning*
*Seikat Kembang Merah*
*Blues Retro*
*Urusan Cinta Belum Selesai*

][Norhayati Berahim][
*Seindah Derita*
*Sentuhan Kasih*
*Pesanan Terakhir Seorang Lelaki*
*Teguh*
*...Lewat Musim Itu*
*Hanya Kerana Cinta*
*Air Mata Kasih*
*Cinta Pertama*
*Egois*
*Nota Cinta Buatmu*
*Sayang Tak Terucap*
*Terima Kasih Kekasih*
*Bunga Kasih*
*Dia Lebih Mengerti*
*Cinta Jangan Kau Pergi*
*Setulus Cinta*
*Andai Semalamku Miliki*
*Tiada Batasan Sayang*
*Biarkan Aku Menangis*
*Kasih Yang Tercalar*
*Hati Seorang Wanita*
*Sakitnya Sayang*
*Harum Chempaka*
*Kembalikan Cintaku*
*Chinta*
*Setiap Jumaat*
*Aku Bukan Billy Milligan*
*Ranting Cinta Si Plato*
*Layang2 Bertali Kaca*
*...dan Hujanpun Menari*
*Dari Kerana Mata*

][Anis Ayuni][
*Suara Hati*
*Yang Terindah*
*Manisnya Cinta*
*Gemersik Kalbu*
*Kau Kekasihku*
*Bayangan Rindu*
*Seribu Kali Sayang*
*Sungguh Aku Cinta*
*Saat Kau Bilang Cinta*

][Aisya Sofea][
*Jauh*
*Jendela Hati*
*Kau Untukku*
*Sehangat Asmara*
*Gelora Jiwa*
*Adam & Hawa*
*Buatmu Kekasih*
*Selagi Ada Dia*
*Yang Sebenarnya*
*Masih Setia*

][Ramlee Awang Murshid][
*Adam*
*Tombiruo Terakhir*
*Rahsia Perindu*
*Bagaikan Puteri*
*Hatiku Di Harajuku*
*Anugerah Pertama*
*Cinta Sang Ratu*
*Ungu Karmila*
*Hijab Sang Pencinta*
*Mikail*
*9 Nyawa*
*Cinta Sufi*
*Rayyan Fantasi*
*Cinta Sufi*
*Sutera Bidadari*
*Sunan Musafir*
*Mandat[O]ri*
*Fiksyen 302*
*Magis*

][Sharifah Abu Salem][
*Tak Semanis Impian*
*Gerimis Dihati*
*Salam Taj Mahal*
*Pesona Rindu*
*Tiada Lagi Mimpi*

][Aina Emir][
*Sesuci Cinta*
*Seharum Kasih*
*Setulus Janji*
*Aura Kasih*
*Semalam Ku Bermimpi*
*Kau Laksana Bulan*

][Najwa Aiman][
*Danur Kasih*
*Untuk Kau Dan Aku*
*Antara Kau Dan Dia*
*Kasih Kita*
*Bahang Selatan*

][Damya Hanna][
*Bicara Hati*
*Sepi Tanpa Cinta*
*Saat Cinta Bersemi*
*Relaku Menanti*
*Ilham Hati*

][Norzailina Nordin][
*Arca Kasih*
*Arjuna Hati*
*Getaran Rindu*
*Impian Terindah*
*Menanti Kasih*
*Konflik Terakhir*
*Cuma Dia*
*Cintamu Nadiku*

][Ma Lee Chuswan][
*Lamaran Kedua*
*Permata Hati*
*Selamat Tinggal Sayang*

][Shamsiah Mohd Nor][
*Tangisan Bulan Madu*
*Tangisan Bulan Madu 2*
*Tangisan Bulan Madu 3*
*Tangisan Bulan Madu 4*
*Bulan Berbisik*

][Abdul Talib Hassan][
*Saga*
*Saga 2*
*Saga 3*
*Warisan*
*Pelarian*
*Jerebu*

][Siti Hasneza Abd Hamid][
*Mimpi Kita Serupa*
*Cemburu Seorang Perempuan*
*Angin Dingin Dari Utara*
*Setulus Setia Seindah Nama*
*Sonata Kasihku*

][Abdul Rahim Awang][
*Konspirasi*
*Orang Ketiga*
*Jaguh*
*Zamrud*
*Verdict*
*Generasi Yang Hilang*
*Jejak-Jejak Songsang*
*Ego*
*Bara*
*Pulang*

][Elias Hj Idris][
*Kehilangan*
*Pilihan Kedua*
*Anak Perempuan Kabaret*

][Nia Azalea][
*Seredup Kasihmu*
*Hati Yang Terusik*

][Fauziah Ashari][
*Ombak Rindu*
*Setia Menanti*
*Duri*

][Syamimi Aminolah][
*Dalam Dakapan Kasihmu*
*Air Mata Kasih*
*Andai Ku Miliki Semalam*
*Air Mata Kasih 2*

][Sabariah Aruar][
*Jalur-Jalur Jingga*
*Buat Yang Terakhir*

][Nass Alina Noah][
*Aku Menyayangimu*
*Asmara Yang Pertama*

][Siti Rozilah][
*Kuburkan Kasihmu*
*Putus Sudah Kasih Sayang*
*Intan Delaila*

][Rozita Abd Wahab][
*Permata Asmara*
*Kasih Bersemi*
*Setelah Kau Pergi*
*Setulus Hati*
*Ruang Rindu*
*Kasih Bersulam Cinta*
*Setelah Hati Dimiliki*
*Dia Hanya Untukku*

][Amaruszati Nor Rahim][
*Bila Sena Kembali Berbunga*
*Bila Sena Kembali Berbunga 2*
*Episod Cinta Di Tanah Hijrah*

][Salina Ibrahim][
*Mahligai*
*Anjung Warisan*
*Atas Nama Kasih*
*Syurga Dihati*
*Bukan Yang Pertama*
*Setenang Cahaya Hati*
*Tiada Khatimah Cinta*

][Faisal Tehrani][
*Cinta Hari-Hari Rusuhan*
*Advancer Si Peniup Ney*
*Tunggu Teduh Dulu*
*Karbala*

][Norhisham Mustaffa][
*Leraian Novella*
*Persinggahan*
*Sayangku Aini Sofea*
*Kompilasi Kasih Orang Terbuang*

][SN Dato' A. Samad Said][
*Kail Panjang Sejengkal*
*Patah Sayap Terbang Jua*
*Bulan Tak Bemadu Di Fatehpur Sikri*
*Salina*
*Ilham Tasik*
*Keledang*
*Cinta Fansuri*
*Rindu Ibu*
*68 Soneta*

][Hasanuddin Md Isa][
*Sentuhan*
*Mereka Yang Tertewas 2*

][Siti Zabeha][
*Di Usik Sayang*
*Yang Tercinta*

][Zaharah Muhammad][
*Maafkanlah Aku*
*Hatiku Milikmu*
*Mencari Kekasih*
*Kerana Kau Lelakiku*
*Izinkan Mimpi Berulang*

][Puteri Andalas][
*Rindu Semalam*
*Jalinan Kasih*
*Tanpamu Disisi*
*Cinta Seindah Madah*

][Liana Afiera Malik][
*Janji Assila*

][Abdullah Hussain][
*Imam*
*Interlok*

][Khadijah Hashim][
*Trilogi Khadijah Hashim*
*Badai Semalam*

][Fatinilam Sari Ahmad][
*Antara Dua Hati*

][Faranina Zulfar][
*Sutera Demi Aishah*

][Izzul Izzati][
*Bukan Cinta Biasa*
*Kuseru Kasihmu*
*Kelat-kelat Sayang*

][Ruby Hazri][
*Percayalah*
*Kopi Susu Sepatu Biru*
*Percayalah...Akhirnya*
*Mr Right Buat Ann*

][Rnysa][
*Relevankan Aku Dihatimu*

][Hlovate][
*Shubert Serenade (Gurindam Jiwa)*
*5 Tahun 5 Bulan*
*aA+bB*
*Tunas*
*Rooftop Rant*
*Versus*
*Contengan Jalanan*
*Anthem*

][Eita Asyhta][
*Kasih Seharum Lavender*

][Iffa Irdina ][
*Menyemai Cinta*
*Hanya Kau Yang Satu*
*Bahtera Cinta*

][Abu Hassan Morad][
*Natasya, Julia, Cinta Madinah*
*Suu Phea*

][Faizura Mansur][
*Bersinarkah Lagi Kejora*

][Sri Diah][
*Jangan Ada Dusta*

][Pitteriah Abdullah][
*Hadirnya Cinta*

][Liza Zahira][
*Impian Kasih*
*Kau Tetap Dihati*

][Azilawati Mat Angsar][
*Selaut Kasih*

][Eka Fahara][
*Kabus Kasih*
*Jawapan Yang Pasti*

][Mimie Afnie][
*Masih Ada Rindu*
*Tinggallah Pujaan*
*Aku, Dia dan Bintang*

][Mohammad Nazir Saad][
*Naluri*

][Mohd Hizam Hj Ali][
*Sinar Kasihmu*

][Habibah Rahmat][
*Merisik Pilu*

][Nazifah Halmi][
*Lukisan Hati*

][Suhaniza Sulaiman][
*Belaianmu*

][Kamariah Kamaruddin][
*Sebuah Syakirah*

][Maizura Mohd Ederis][
*Kiranya Kau Berbohong*

][Mohd Nazmi Yaakub][
*Lambaian Huda*

][Azizi Hj. Abdullah][
*Ayahanda*
*Tuk Cai*
*Zikir Rindu*

][Lamia Aimal][
*Tiga Wajah*
*Donia*
*Titian Usang*
*Waja*

][Azian Zahra][
*Mahligai Impian*

][Sarimah Ayob][
*Pelayaran Cinta*

][Siti Rohayah Atan][
*Cinderela, Romeo & Juliet*

][Haron Md Dom][
*Jerat*

][Ruhana Md Zaki][
*Semusim Cinta*

][Abdul Rahman Daud][
*Priya*

][Ujang][
*Jibam*

][Zetty Zahira][
*Sangkar Asmara*

][Nor Hazriana Abdullah/Ryana Adrina][
*Hadirnya Cinta*
*Tautan Kasih*
*Percaya Ada Cinta*

][Annur Puteri][
*Cinta Dimana ?*

][Ashadi Zain][
*Dari Kepala Batas ke New Heaven*

][Majidah Mat Jusoh][
*Dua Dunia*
*Dunia Jam 10*

][Azira Ahmad][
*Biarlah Rindu Ini Berguguran*
*Rindu Rinduan*

][Izza Aripin][
*...dan mimpipun bersatu*
*Kerana Dia Cinta*
*Srikandi Vs Arjuna*
*Tolong Pikat Hatinya*

][Dina Najat][
*Cinta Lukisan Jiwa*
*Seteguh Kasih Aina Najihah*

][Mina Manahie][
*Seindah Gubahan Kasih*

][Arena Wati][
*Sakura Mengorak Kelopak*

][Ahadiat Akashah][
*Bila Lagi Mentari Melimpah Sinar*

][H.M.H Al Hamid Al Husaini][
*Rumahtangga Nabi Muhammad S.A.W*

][Ebriza Aminnudin][
*Hati Ini Milik Siapa*
*Kau Yang Tak Mengerti*
*Mahakarya Cinta*

][Amir Husaini][
*Ombak Senja*
*Transgenesis*

][Aziz Afkar][
*Putik*

][Hendan Yahya/Nureen Mirza][
*Nabila*
*Nabila 2*
*Aku Yang Kau Tinggalkan*
*Kugapai Kasihmu*
*Asam Pedas Untuk Dia*
*Di Hatiku Kau Di Situ*

][Zara Juita][
*Erti Rindu Ini*

][Nor Rafishah Md. Hassan][
*Luka Sekeping Hati*
*Kau Yang Tercinta*
*Cinta Di Hati*

][Dhiya Zafira][
*KuDamba Bahagia*

][Meor Shariman][
*Cinta Gadis Pontianak*

][Nurul Syahida][
*Soalnya Hati*
*Plain Jane*
*Akukan Novelis!*
*Valentina Nervosa*

][Nisah Haron][
*Mencari Locus Standi*
*Lentera Mustika*

][Lynn Dayana][
*Jika Benar Cinta*
**

][Marwati Wahab / Aleeya Aneesa][
*Untukmu Sayang*
*Janjiku Bersamamu*
*Segalanya Untukmu*

][Rabiatul Adawiyah][
*Airmata Cinta*

][Maya Adelia/Adileah][
*Cinta Sang Pari-Pari*
*Pada Angin Aku Berpesan*
*Menunggu Hujan*
*Jula-Juli Bintang Tujuh*

][Khairyn Othman][
*Zahrah de Tigris*
*Dame Zoete Sarah*
*Nuansa Kota Merah*

][Aminah Mokhtar][
*Kuusir Lara Ini*

][Haslina Kamaluddin][
*Asmara Asrama*

][Hani Sofea][
*Gerhana Hati Lara*

][Kamsiah Abu][
*Menggamit Syurga Firdaus*

][Emma Maizura][
*Ada Cinta Di Hati*
*Dan Mimpipun Bersatu*

][Lia Azira][
*Salju Cinta*

][Hafirda Afiela][
*Kalimah Cintamu*

][Ramlah Rashid][
*Takku Duga*
*Sara Kirana*
*Qaseh Qaisy*
*Aku Cinta Kyra*
*Seharum Cinta Lestary*
*Lara Di Jiwa Ajym*
*Biarkan Indah Berlalu*


][Antasya Balkis][
*Citra Cinta*
*Bila Hati Berbicara*
*Suatu Penantian*

][Rose Harissa/Nora Ismail][
*Cinta Mekar Dihati*
*Serasi Dihati*
*Mulanya Satu Cinta*
*Tuhan Lebih Tahu*
*Wasilah Cinta Weera*
*...dan Cintapun Tersenyum*

][Nor Erny Othman][
*Untuk Semua Lelaki Yang Pernah Kucintai*

][Zuraidah Othman][
*Suci Wajah Rindu*

][Nura Zulaikha][
*Cahaya*

][Azhan Kamal][
*Sebening Rindu*

][Manjlara][
*Persis Sebutir Pasir*
*Suka Saya Ya? Suka Saya Tidak?*

][Nazurah Aisyah][
*Lili Buat Najah*
*Rahsia Hati Sofea*
*Melur Bunga Ivy*
*Bening Merah Jingga*
*Bukan Hanya Ada Kita*

][Norzilinawati Alias][
*Restuilah Kasih*

][syud][
*Tentang... Dhiya*
*Tas Merah Jambu (Kebun Mimpi)*
*Pelangi (Pelangi)*
*Langit.. Tetap Biru (Damai)*
*Untuk Awak Teja Aulia*
*Baju Melayu Hijau Serindit*

][Puteri Imaneisya][
*Ungkapan Rahsia Hati*

][Abdul Latip Talib][
*Salahudin Penakluk Jerusalem*
*Ikramah Penentang Jadi Pembela*

][Zaid Akhtar][
*Salju Sakinah*

][Maya Iris][
*Curahan Cinta Niagara*
*Kuseru Namamu Kekasih*

][Aidil Khalid][
*Bila Nysrah Kata Tak Mahu*

][Hani Fazuha][
*Mengukir Bahagia*
*Bebunga Kasih*
*Harga Sebuah Cinta*
*Hati Kala Cinta*
*Pergi Tanpa Alasan*

][Bahruddin Bekri][
*Dunia Ini Sederhana Kecil*
*Doa Untuk Aku*
*Detektif Bertudung Hitam*
*Adi Gempa*
*Puisi Nadina*
*Terang Bulan*

][Serunai Faqir][
*Lagukan Senandung Itu*
*Mantera Hitam*

][Aida Adriani][
*Kerana Terluka*

][Anita Aruszi][
*Bunga Syurga*
*Hujan Rindu*
*Rembulan Berdarah*
*Sakti Cinta*
*Tiada Sepertimu*
**

][Mazni Aznita][
*Street Vendetta*
*Sayangku Casper*
*Venom Suria*
*Kasihku Arina*
*Alamak Lagi-lagi Dia*

][Pingu Toha][
*L.U.V.E.*
*1.4.3.*
*Epik Cinta Dari Agia*

][Miz Mia][
*Hujan Gula-Gula*

][Iejay Zakaria][
*Lagu Cinta*
*Resepi Cinta*

][Zuliana Abuas][
*Viva Sakura*

][Lily Haslina Nasir][
*Aku Ada Kamu*
*Menunggu Cinta Tuhan*
*Tuhan Masih Menyintaimu*

][Iman Xara][
*Tanya Pada Hati*
*Rumput Masih Hijau*
*Kau Curi Hatiku*
*Seadanya Kamu*
*Sijil Layak Berteman*

][Nazawati][
*Teluki Itu Untuk Aku*

][Xarine/Khairi Mohd][
*Bintang-Bintang Ke Syurga*
*Yuda di Padang Maya*
*AdaMaryam*
*Kasyaf*

][Saidatul Saffaa][
*Kemilau Mutiara Raudhah*
*Damai (Damai)*
*Quartet*
*Busana Nana*

][Mazni Darwisa][
*Samudera Indah Nian*

][Nasron Sira Rahim][
*Nama Atas Kertas*
*Enigma*

][Nur Azzahra][
*Bidadari Hujan*

][Nirrosette][
*Ikhlas, A.K!*
*Nah, Untuk Awak!*
*Tunggu Aira Di Bandung*

][Ika Madera][
*Jet Jonah*
*Dapur Wawa*

][Nasz][
*Sweet Sour*
*Lazuardi*

][Faziela][
*Si Mangkuk Tingkat*
*Sandal Bunga-Bunga*

][RodieR][
*Nyanyian Hati*
**

][Aishah Madadiy][
*Velvet Di Durham*
*Akrilik Atas Kanvas*

][Aidah Bakri][
*Mencari Taman Dihati*
*Dandelion Ditiup Angin*

][Nisyah][
*3 Jantung Hati*
*Bawah Pohon Sena*

][*_*][
*XX*
**



~ Indonesia ~
][Prof Hamka][
*Tenggelamnya Kapal Van Der Vick*
*Di Bawah Lindungan Kaabah*
*Merantau Ke Deli*

][Andrei Aksana][
*Abadilah Cinta*
*Sebagai Pengganti Dirimu*
*Cinta Penuh Air Mata*
*Kerana Aku Menyintaimu*
*Lelaki Terindah*
*Pretty Prita*
*Cinta 24 Jam*
*Men 2 Love*
*Janda-Janda Kosmopolitan*

][Marga T][
*Karmila*
*Setangkai Edelweiss*
*Sepagi Itu Kita Berpisah*
*Tesa*

][Habiburrahman El Shirazy][
*Ayat-Ayat Cinta*
*Pudarnya Pesona Cleopatra*
*Dalam Mihrab Cinta*
*Ketika Cinta Bertasbih*
*Ketika Cinta Bertasbih 2*
*Ketika Cinta Berbuah Surga*

][Andrea Hirata][
*Laskar Pelangi*
*Sang Pemimpi*
*Edensor*
*Maryamah Karpov*

][Tere liye][
*Hafalan Shalat Delisa*
*Moga Bunda Disayang Allah*
*Bidadari Bidadari Surga*
*Rembulan Tenggelam Di Wajahmu*
*Burlian*
*Pukat*

][Sendutu Meitulan][
*Cintaku Antara Jakarta & Kuala Lumpur*
*Mimpi-Mimpi Si Patah Hati*

][Dewie Sekar][
*Zona@Tsunami*
*Perang Bintang*
*Zona@Last*
*Langit Penuh Daya*

][Esti Kinasih][
*Fairish*

][Dianing Widya Yudhistira][
*Perempuan Mencari Tuhan*

][K. Usman][
*Rahasia Cinta Gadis Jelita*

][Abdulkarim Khiratullah][
*Mencari Cinta Yang Hilang*

][Jurie G Jarian][
*Opik Sok Cool Nih!*

][Mira W][
*Cinta Berkalang Noda*

][Maria A Sardjono][
*Pewaris Cinta*
*Melati Di Musim Kemarau*
*Ketika Flamboyan Berbunga*
*Musim Bunga Telah Berlalu*
*Seikat Mawar Putih*
*Merambah Bukit Wadas*
*Hujan Di Akhir Kemarau*
*Telaga Hati*
*Pengantin Kecilku*
*Daun-Daun Yang Gugur*
*Tiga Orang Perempuan*
*Lembayung Di Langit Lembayung Di Mataku*
*Sepatu Emas Untukmu*
*Bintang Dini Hari*
*Gaun Sutra Warna Biru*
*Cinta Yang Biru*
*Sayap-Sayap Cinta*
*Menjolok Rembulan*
*Langit Di Atas Merapi*

][Luna Torashyngu][
*Lovasket*
*Dua Rembulan*

][Alexandra Leirissa][
*12 Pendar Bintang*

][Sitta Karina][
*Seluas Langit Biru*



~ Singapura ~
][Norisah A. Bakar][
*Takdir*
*Rinduku Di Angin Lalu*
*Hati Seorang Wanita*
*Kasih Antara Kita*
*Kerana Kau*
*Inche' Jamil Menantu Mithali*

][Manaf Hamzah][
*Dedaun Hijau Di Angin Lalu*
*Anggerik Di Tangkai Mawar*
*Aylana*
*Sekeras Waja Selembut Sutera*
*Dalam Kehangatan Dakapan Senja*
*Hujan Gerimis Dihiasi Pelangi*
*Suzan*

][Isa Kamari][
*Atas Nama Cinta*
*Tassawul*

][Rohani Din][
*Diari Bonda*





..:: berkongsi rasa ::..

][ Galau Di Hati Seri ][
][ Suka Saya Ya? Suka Saya Tidak? ][
][ Yuda di Padang Maya][
][ 1 4 3 ][
][ Jaja & Din ][
][ Menunggu Cinta Tuhan ][
][ Bebunga Kasih ][
][ Kemilau Mutiara Raudhah ][
][ Bintang-Bintang Ke Syurga ][
][ Tuhan Lebih Tahu ][
][ Ketika Cinta Berbuah Surga ][
][ Dame Zoete Sarah ][
][ Teluki Itu Untuk Aku ][
][ Dalam Kehangatan Dakapan Senja ][
][ Setiap Jumaat ][
][ Sigaraning ][
][ Bidadari-Bidadari Syurga ][
][ Odisi Bulan Biru ][
][ Rooftop Rant ][
][ Kuseru Namamu Kekasih ][
][ Chinta ][
][ Ombak Bukan Biru ][
][ Doa Untuk Aku ][
][ L.U.V.E. ][
][ Bunga Syurga ][
][ Secantik Anugerah ][
][ Dunia Ini Sederhana Kecil ][
][ Transgenesis: Bisikan Rimba ][
][ Kasih Antara Kita ][
][ Kugapai Kasihmu ][
][ Mengukir Bahagia ][
][ Bukan Terlarang ][
][ Bohemian ][
][ Dari Beirut Ke Jerusalem ][
][ Sang Pemimpi & Edensor ][
][ Plain Jane ][
][ Cinta Seindah Madah ][
][ Lili Buat Najah ][
][ Tentang... Dhiya ][
][ Laskar Pelangi ][
][ Garis-Garis Dejavu ][
][ Persis Sebutir Pasir ][
][ Sekeras Waja Selembut Sutera ][
][ Sara Kirana ][
][ Qaseh Qaisy ][
][ Suci Wajah Rindu ][
][ Ada Cinta Di Hati ][
][ aA + bB ][
][ Menggamit Syurga Firdaus ][
][ Aku Yang Kau Tinggalkan ][
][ Kopi Susu Sepatu Biru ][
][ Bila Cinta Itu Jadi Milikku ][
][ Air Mata Kasih 2 ][
][ Lamaran Kedua ][
][ Bahtera Cinta ][
][ Zahrah de Tigris ][
][ Cinta Sang Pari-Pari ][
][ Kerana Kau Lelakiku...][
][ Maafkanlah Aku ][
][ Mencari Locus Standi ][
][ Kau Yang Tercinta ][
][ Luka Sekeping Hati ][
][ Ombak Senja ][
][ Kuseru Kasihmu ][
][ Labyrinth ][
][ Ayat-Ayat Cinta ][
][ Pudarnya Pesona Cleopatra ][
][ Putik ][
][ Pulang ][
][ Cinderella Cinta ][
][ Gurindam Jiwa ][
][ Bayangan Rindu ][
][ Kerana Dia Cinta ][
][ Hati Seorang Wanita ][
][ Surat Ungu Untuk Nuha ][
][ Perempuan Tanpa Dosa ][
][ Imam ][
][ Fairish ][
][ Untuk Tiga Hari ][
][ Semarak ][
][ Atas Nama Cinta ][
][ 5 Tahun 5 Bulan ][
][ Setulus Setia Seindah Nama ][
][ Kasih Seharum Lavender ][
][ RADHA ][
][ Percayalah ][
][ Setelah Kau Pergi ][
][ Duri ][
][ Biarkan Aku Menangis ][
][ Hadirnya Cinta ][
][ Menyemai Cinta ][
][ Kau Laksana Bulan ][
][ Jejak-Jejak Songsang ][
][ Sutera Demi Aishah ][
][Bila Sena Kembali Berbunga 2][
][ Aylana ][
][ Tanah Andriyana ][
][ Takdir ][
][ Belaian Jiwa ][
][ Takagi Sayang ][
][ Angin Dingin Dari Utara ][
][ Anggerik Di Tangkai Mawar ][
][ Mimpi Kita Serupa ][
][ Priya ][
][ Semalamku Bermimpi ][
][ Dedaun Hijau Di Angin Lalu ][
][ Berikan ku Bahagia ][
][ Maafkanku Sayang ][
][ Kasih Bersemi ][
][ Bara ][



..:: tukang ulas buku ::..

][ CarrieKirana ][
][ Antubuku ][
][ 1001 Malam ][
][ Ulas Buku ][
][ Forum Buku ][
][ Dunia Novel ][
][ Ulas & Kupas ][
][ dunia-novel ][
][ ketika membaca ][
][ kicap's review ][
][ My Kingdom of Books ][


..:: teratak teman ::..




..:: e-novel ::..




..:: gedung buku ::..

][ Creative ][
][ Alaf21 ][
][ Jemari Seni ][
][ Kaki Novel ][
][ KarnaDya ][
][ NB Kara ][
][ MPH ][
][ Utusan Publication ][
][ Fajar ][
][ Dawama ][
][ Ujana Ilmu ][
][ PTS ][
][ Pustaka Islamiyah ][
][ Pekan Ilmu Publications ][

][ Pustaka Republika ][
][ Gramedia ][
][ MyLibrary ][
][ Kamus Dewan ][
][ Kamus Dewan 2 ][

..:: terima kasih kerana menjadi tamu ::..

Free Web Counter
hit Counter


..:: ini aku ::..

...::duniAku::..


..:: music ::..






..:: pendapat anda ::..

Perlu ataupun tidak saya meneruskan 'tugasan' saya berkongsi rasa dengan anda..??
Perlu... kerana (alasan anda - postkan di 'guestbook')
Tidak perlu... kerana tidak membantu sama sekali.
Tidak kisah... mana2pun boleh.
  
pollcode.com free polls

Guestbook



..:: iklan ::..

contact


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:

cReditS

Blogdrive




Friday, August 24, 2007
Luka Sekeping Hati

Pengarang : Nor Rafishah Md Hassan

Halaman    : 528

Tahun        : 2005

Terbitan     : Rhythm Publishing

Harga         : RM 22.90


Sinopsis:

 

Kencana Nadim – namanya unik. Namun dek kerana nama, dia menjadi sendaan senior di minggu orientasi universiti. Dia diperlekehkan dan dipersendakan sebagai orang hulu. Tapi sebagai pelajar baru – junior – dia harus akur dan bersabar dengan setiap dugaan. Dia harus tunduk tanda akur, walaupun dalam hati penuh rasa geram dan marah pabila asal usulnya dipermainkan.

 

Benarkah kata orang… jangan terlalu membenci seseorang… kelak orang itulah yang akan menjadi insan yang paling kita sayang? Namun inilah hakikat yang terjadi pada Kencana! Dia terlalu bencikan Naufal yang menggelarkan dirinya 'orang hulu', namun akhirnya Naufallah yang menjadi orang yang paling dia sayang tatkala rasa cinta pada Naufal mengambil seluruh ruang hatinya. Walaupun di waktu itu dia telahpun bergelar tunangan Soffian sepupunya.

 

Naufal yang telah jatuh cinta, nekad untuk merebut cinta Kencana walaupun dia sedar Kencana adalah tunangan orang… dan dia pernah menjatuhkan air muka Kencana dengan pelbagai kata nista termasuk menggelarkannya sebagai 'orang hulu'.

 

"… sekiranya cinta ini adalah hukuman bagi aku kerana menyakiti hati kau, aku rela menerimanya." – Naufal (m/s: 184)

 

Kencana yang kecewa apabila cintanya dikhianati – Soffian bermain cinta dengan Melinda gadis kadazan yang merupakan rakan sekuliah Soffian – nekad membalas cinta Naufal. Walaupun dia sedar dirinya bak pipit yang tak mungkin dapat terbang seiring dengan enggang!!

 

"… kau umpama langit, jauh di atas sana dan tak tercapai dek tangan. Aku pula umpama bumi, tempat kaki orang berpijak. Jauh bezanya tu… langit dan bumi tak akan bersatu…" – Kencana (m/s 218)

 

Rashdan, dia lelaki berhemah. Dalam diam dia menyimpan rasa cinta pada Kencana. Namun dia akur pabila sedar yang cinta Kencana hanyalah untuk Naufal. Namun dia tetap menjadi tempat Kencana melepaskan beban dihati walaupun tak sepenuhnya. Dia juga menjadi pembimbing serta menghulurkan sokongan tatkala Kencana ditimpa pelbagai tohmahan dan pandangan sinis masyarakat. Namun dia juga pernah tewas pada hasutan orang!

 

"Abang berharap yang Ana akan meninggalkan kepompong sebagai seekor rama-rama yang cantik… bukan sebagai kelkatu hitam" – Rashdan (m/s 297)

 

Dalam mengharungi kemelut cinta, banyak hati yang terluka dan dilukai. Tasha merasakan Kencana adalah ancamannya dalam merebut kembali cinta Naufal. Shafini merasakan dia tidak layak disayangi oleh Rashdan. Melinda, merasakan dia gadis kolot dan bodoh dan tidak layak bergandingan dengan Soffian, sedangkan hubungan mereka – Soffian & Melinda – sudah jauh terlanjur.

 

Kencana tersepit dalam kemelut yang melingkari hidupnya. Namun dia tegar asalkan Naufal setia disisi. Hinggalah tiba ke satu peringkat apabila majlis perkahwinannya dengan Soffian dipercepatkan dan Naufal seakan pasrah tanpa berjuang mempertahankan cinta mereka, membuatkan Kencana kecewa. Lantas keputusan keluarga dan Soffian diterima dengan berat hati. Namun rahsia yang cuba diselindungkan oleh Soffian dan Melinda diketahui oleh Kencana. Kencana nekad melarikan diri dari majlis perkahwinannya dan seterusnya kahwin lari dengan Naufal.

 

Atas nama cinta, Kencana menelan segala tohmahan dan pandangan sinis masyarakat demi mempertahankan cintanya pada Naufal. Atas nama cinta, maruah diri dan pegangan agamanya dipersendakan. Atas nama cinta dia sanggup harungi hatta lautan api sekalipun. 

Bagaimana kesudahan cinta agung mereka setelah Kencana nekad dibuang keluarganya bahkan keluarga Naufal sendiri membenci dirinya yang tak setaraf untuk bergandingan dengan mereka yang ber'darjat'. Mampukan cinta Naufal menjadi tunggak kebahagiaan mereka?

******

Luka Sekeping Hati (LSH) adalah karya pertama Nor Rafishah yang aku baca dan sesungguhnya ia tidak menghampakan aku. Membaca LSH aku turut sama merasai perit getir yang dialami Kencana dalam mempertahankan cintanya. Bahkan aku turut sama merasa terhina dan marah tatkala asal-usul dan keturunan diperlekehkan. Apa salahnya jadi orang kampung? Dan orang 'bandar', mulia sangatkah mereka? (sorry aku terbawa2 emosi amarahku… hehehe)

 

Tapi adakalanya aku jadi marah dengan sikap Kencana. Kenapa semuanya harus dirahsiakan? Kenapa harus ditelan segalanya sendirian sedangkan dia punya kawan – Suraya – yang begitu mengambil berat. Kadang kala kita perlukan kawan untuk berkongsi masalah, andai kita tidak yakin pada keluarga … kerana itulah gunanya kawan, sebagai tempat untuk kita berkongsi rasa yang terbungkam di dada. Tapi Kencana mengambil sikap biarlah segalanya dia hadapi sendiri.!

 

Bak kata, sepanjang aku membaca LSH hati aku turut sama merasai setiap luka yang dirasai oleh Kencana. Tahniah Norafishah kerana berjaya membuatkan hati aku tidak senang duduk! Bahkan ada ketikanya aku tidak dapat meneruskan pembacaan… aku harus cool down dulu! sebelum meneruskan pembacaan... hehehe

 

LSH buatkan aku jadi benci dengan Soffian yang hipokrit. Aku benci dengan Tasha dan Melinda yang Ego. Aku benci dengan Shafini yang berlindung di balik topeng 'jilbab'nya. Pendek kata aku benci dengan segala2nya.

 

Cuma aku terkilan dengan Kencana yang terlalu singkat pemikiran… yang sanggup membelakangkan hukum demi membuka mata musuh-musuhnya. Apapun aku sedar, kita manusia tak semua dapat menerima dugaan dengan hati dan fikiran yang terbuka…!! Dan cara kita mengatasi masalah juga tak sama. Sama ada dengan cara baik ataupun sebaliknya bergantung pada akal fikiran kita yang waras.

 

Pendek kata aku puas hati dengan Luka Sekeping Hati ini dan tak sabar nak baca sambungannya – Kau Yang Tercinta! buat Norafishah sekali lagi TAHNIAH..!!


Posted at 05:31 pm by wanAmalyn
(11) dah komen  

Friday, August 17, 2007
Ombak Senja

Pengarang : Amir Husaini

Halaman    : 339

Tahun       : 2007

Terbitan    : Tintarona Publications Sdn Bhd

Harga       : RM 16.50


Sinopsis:

 

Hairi meninggalkan Kampung Sungai Tiga kerana kecewa dengan takdir yang menimpa dirinya. Kedua orang tuanya meninggal dunia akibat kemalangan tatkala dirinya diterima melanjutkan pelajaran ke luar negara. Kegembiraan menerima keputusan yang sepatutnya dikongsi bersama ibu bapanya berakhir dengan tragedi yang sekaligus menjadikannya anak yatim piatu yang tak punya sesiapa. Perginya Hairi dengan tekad tidak akan kembali lagi, kerana tiada apa lagi yang tinggal untuknya kecuali pusara kedua orang tuanya.

 

Namun sedekad berlalu Hairi kembali ke daerah yang telah melakarkan kisah sedihnya. Hairi kembali untuk mengutip sisa-sisa hidup yang tertinggal buatnya. Namun kepulangan Hairi bukan lagi sebagai Hairi yang dulu. Hairi hari ini telah jauh berubah.

 

Sejarah hitam di perantauan cuba diselindungkan dari pengetahuan penduduk kampung kecuali Zirul – adik angkatnya. Namun noda hitam yang terpalit dalam lipatan hidupnya, memaksa dia melupakan rasa cintanya pada Sofea – kekasih hatinya – kerana dia bukan lagi Hairi yang dulu yang layak bergandingan dengan Sofea, seorang doktor dan anak ketua kampung yang disegani.

 

Nasib malang bak bayang, terus mengekori setiap langkahnya. Insiden yang hampir meragut nyawanya telah membongkar sedikit demi sedikit rahsia hidup dan penyakitnya dari pengetahuan orang kampung. Natijahnya dia dipulau dan disisihkan.

 

Kerana kealpaannya, sinar terang yang terbentang di depan mata menjadi suram. Dapatkah Hairi melalui hari-hari terakhirnya dengan tenang ? Tanpa cemuhan dah tohmahan buruk dari mereka yang jahil tentang penyakit yang dideritainya ? Masihkah tersisa kasih dan kebahagiaan buatnya di penghujung usia ? Sofea – dapatkah dia menerima Hairi yang dia sedar tak punya banyak waktu untuk hidup ? Sanggupkah dia mengorbankan diri dan masa depannya untuk hidup di samping Hairi ? Segala persoalan hanya akan terjawap pabila anda membaca Ombak Senja ini.

*****

Ombak Senja (OS) menyelongkar kisah tentang dilema yang dihadapi oleh pengidap AIDS. Mereka disisihkan oleh sebilangan masyarakat yang prejudis dan tidak punya kesedaran serta pengetahuan tentang HIV dan AIDS ini.

 

Bagi aku, penulis berjaya membawa aku menyelami pahit maung dan perit getir yang terpaksa dihadapi oleh Hairi, seorang pembawa dan pengidap virus maut ini. Aku juga dapat merasai kesedihan Hairi berperang dengan maut dan di waktu yang sama dia harus berdepan dengan karenah masyarakat yang tidak sukakannya.

 

Perasaan simpati dan geram aku bercampur aduk pada Hairi. Aku simpati pada nasib dirinya yang ditinggalkan sebatang kara di saat-saat dia masih memerlukan tunjuk ajar dan bimbingan. Namun adakala aku jadi geram, kenapa manusia sebijak Hairi (diterima belajar di oversea memerlukan kelulusan akademik yang cemerlang) harus tewas pada rasa kecewa dan hasutan nafsu hanya untuk keseronokan sementara tetapi terpaksa menanggung akibat untuk seumur hidup.

 

Namun perasaan simpati sekali lagi mengambil tempat di hati aku tatkala Hairi insaf akan kesilapan diri dan cuba untuk memperbaikinya walaupun dia sedar, dia tak punya banyak waktu.

 

Cuma apa yang mengelirukan aku adalah kadang-kala latar cerita terus bersambung tanpa ada sebarang gap.  Aku faham niat penulis ingin menggambarkan dua situasi yang berbeza tetapi berlaku dalam jangka waktu yang hampir sama. Aku rasa, sekiranya ada pemisah antara dua latar/situasi tersebut sekurang-kurangnya pembaca tidak terkeliru dan pembacaan akan menjadi lebih lancar dan teratur.

 

Namun begitu membaca OS, banyak iktibar yang boleh diambil oleh anak-anak muda yang memandang hidup ini hanya untuk keseronokan di dunia yang sementara ini. Jangan jadikan nasib malang sebagai alasan untuk menghancurkan masa depan sendiri.

 

Usai membaca aku rasa insaf. Moga anak-anak aku kelak akan tetap di landasan yang lurus ke arah keredhaanNYA. Ameen.


Posted at 03:58 pm by wanAmalyn
(4) dah komen  

Friday, August 10, 2007
Kuseru Kasihmu

Pengarang    : Izzul Izzati

Halaman       : 528

Tahun         : 2007

Terbitan       : Kaki Novel

Harga          : RM19.00


Dalam desiran rindu yang terpendam, ada seru membisikkan......Kaulah kekasih hingga ke akhirnya.

 

Sinopsis:

 

Mereka – Afrina,  Natasha, Haliza, Azlan & Hakimi – bersahabat baik semasa sama-sama menuntut di U, dan persahabatan mereka berkekalan hingga ke alam pekerjaan. Namun di sebalik ikatan persahabatan itu, wujud perasaan yang membabitkan hati dan perasaan.

 

Afrina yang jatuh hati pada Hakimi, turut sama diminati oleh 2 orang rakan baiknya Natasha dan Haliza. Akibatnya, perasaan cintanya pada Hakimi terpaksa dibungkus rapat-rapat agar tidak dapat diintai oleh sesiapa terutamanya pada Haliza dan Natasha.

 

Hakimi menerima cinta Haliza sedangkan hatinya jatuh kasih pada Natasha. Natasha pula menyambut huluran kasih Azlan sedangkan cintanya pada Hakimi dan dalam diam mereka – Hakimi & Natasha – menjalinkan hubungan cinta. Malangnya cinta rahsia ini hanya Afrina yang mengetahuinya. Meletakkan Afrina dalam situasi yang sukar.

 

Hakimi menjadikan Afrina sebagai tempat untuk dia meminta bantuan, menyelesaikan masalah yang membelenggu dirinya dan Natasha.

 

Namun takdir, tiada siapa yang mampu meramalkannya. Afrina & Hakimi terpaksa dinikahkan ekoran satu insiden yang menimpa mereka sewaktu menjalankan tugas di kawasan pedalaman. Rutin hidup Rina bertambah kucar-kacir. Antara sahabat yang disayangi, suami yang dicintai dalam diam, hanya Emilia – rakan serumah – yang mengerti.

 

Keadaan bertambah sukar apabila Hakimi menyalahkan Rina atas perkahwinan 'paksa' tersebut. Lantas mengambil keputusan mempercepatkan perkahwinannya dengan Natasha teman wanitanya. Tapi yang pasti, ada rahsia yang perlu diselindungkan. Ada cerita yang harus disembunyikan dan disimpan kemas daripada pengetahuan umum terutama kawan-kawannya. Kesulitan yang menjelma itu turut membuat Afrina tersepit antara diri, maruah keluarga dan sahabat baik sendiri. Hati siapakah yang perlu diutamakan? Hati siapa pula yang perlu dijaga?

 

******

 

Kuseru kasihmu (KSK) masih lagi berkisar tentang kisah cinta teruna-dara. Cuma kisah cinta hasil garapan Izzul Izzati ini terdapat sedikit kelainan. Percintaan rahsia antara kawan baik Afrina umpama kisah cinta keluarga 69 (ini bukan antara anak-bapak yea!!).  Tapi hakikatnya tak siapa yang tahu kecuali Afrina, dan itulah yang meletakkan Afrina dalam situasi yang sukar dan tersepit, yang akhirnya menjadikan dirinya dibenci oleh sahabatnya sendiri.

 

Perkahwinan yang terjadi antara Afrina dan Hakimi menjadi titik tolak pada konflik yang berlaku. Walaupun rasa cinta telah lama bertunas buat Hakimi, namun tak siapa yang tahu kecuali Emilia – rakan baik & teman serumahnya.

 

Membaca KSK, aku jadi benci pada Hakimi yang pada aku lelaki egois yang tak harus dikasihani. Hakimi menjadi manusia yang paling hipokrit dan pentingkan diri sendiri (sorry! aku benar2 menyampah pada Hakimi).

 

Pada aku, KSK bukan sekadar kisah cinta, penulis berjaya menyelitkan watak2 sampingan yang menghidupkan suasana, yang cuba menceriakan hari2 suram Rina yang terbeban dengan masalah yang membelenggu hidupnya. Juga terselit konflik keluarga antara Afrina & keluarga terutama ibunya menjadikan aku jatuh simpati pada nasib dirinya.

 

Aku suka dengan penamat cerita. Penulis berani keluar dari kebiasaan norma di mana hero mesti bersatu dengan heroin walau apapun dugaannya. Pada aku itu adalah hakikat kehidupan. Kita tidak mampu melawan takdir dan tak semua yang kita angan-angankan akan menjadi kenyataan. Adakalanya kita harus akur dengan takdir yang telah tertulis untuk kita.

 

Usai membaca, aku seakan dapat merasai kebahagiaan yang mula melingkari hidup Afrina.

Buat Izzul, SYABAS!

 


Posted at 01:42 pm by wanAmalyn
(8) dah komen  

Thursday, July 26, 2007
Buku Baru di Pasaran

Labyrinth karya Imaen

http://jemariseni.com


Posted at 10:08 am by wanAmalyn
(6) dah komen  

Wednesday, July 25, 2007
Labyrinth

Pengarang   :  Imaen

Halaman      :  418

Tahun         :  2007

Terbitan      :  Jemari Seni Publishing

Harga          : RM18.00


Petikan Belakang Kulit:

 

Kamal – Cinta dan rindu seperti kopi... pahit! Setia pula adalah gulanya. Kopi dan gula adalah kepahitan yang manis. Kenapakah cintanya sudah tidak bergula lagi? 

Dani – Kadang-kadang dalam riuh di luar, di dalam begitu sepi. Seperti ada tembok yang memisahkan. Seperti gagalnya laut menakluki sungai dengan masinnya.
Riuh itu laut dan Dani itu sungai...dan Maira? 

Maira – Cintaku kepada-Mu adalah laut tanpa pantai... hujan tanpa awan. Rinduku kepada-Mu adalah mabuk tanpa anggur... makan tanpa kenyang!

 

Bahasa diamlah bahasa yang paling sukar. Dalam diam ada seribu pengertian. Dalam diam ada seribu soalan. Dalam diam ada seribu jawapan. Dan dalam diam ada seribu tafsiran. Dengan diam orang boleh berkata, aku cinta padamu. Dan dalam diam juga orang boleh berkata, kita tidak lagi sehaluan.

lalu diam yang bagaimanakah aku dan Maira?

lalu diam yang bagaimanakah aku dan Natasya?

*****

 

Labyrinth suatu permainan, sebuah pembunuhan bersiri yang kejam dan itulah padahnya jika manusia bersekongkol dengan syaitan. Kisah thriller ini dihidangkan dengan dua kisah cinta sebagai appetizer dan pencuci mulut, cinta bisu tapi bukan pekak, cinta tanpa suara bukan tanpa irama, juga cinta dalam mencari nurNYA yang hakiki. Maka main dish nya adalah pembunuhan bersiri sadis berbau hanyir penderaan.

Dalam mencari jalan keluar dari Labyrinth, pelbagai perkara ditemui pembaca, informasi-informasi yang sedikit walaupun tak banyak berguna sebagai palitan-palitan yang kekadang kita lupa, terlupa atau sengaja melupakannya.

 

Labyrinth banyak inti informasi yang pada saya mencabar minda untuk kita sama-sama mengutarakan hujah-hujah kita sendiri bagi isu-isu yang diketengahkan. Buku ini bukan hanya buku biasa-biasa,  bukan novel yang hanya untuk dijadikan bacaan santai, tapi sebuah novel yang banyak manfaat dapat dikutip darinya.

 

Ayat pertama yang saya baca semasa membuka helaian pertama novel ini ialah catatan penulis. Tulisnya…

 

"nawwir,

 

         Moga-moga mendapat manfaat dari novel ini"  

 

Setulusnya saya mendapat banyak manfaat darinya. Perkara terpenting yang amat saya sukakan ialah… ia mencabar minda saya, Tak perlu saya huraikan lebih lanjut tentangnya. Secukupnya saya puas membaca sesuatu buku bila mana minda saya dicabar untuk berhujah dengan hujah-hujah dan pandangan-pandangan saya tersendiri. Syabas IMAEN.

 

Satu kelainan yang menarik.

Kategori: TAK BOLAH LETAK.!!

 

 

"…dengan gaya bahasa yang penuh kreatis & puitis malah kadang-kala sinis, telah berjaya membuatkan hati aku terbuai sama mengikut rentak & irama yang dimainkan oleh penulis…" ~ wan   

 


Posted at 10:45 am by nawwir
(6) dah komen  

Next Page