Entry: Dedaun Hijau Di Angin Lalu Tuesday, May 02, 2006



 

Pengarang    : Manaf Hamzah

Halaman        : 384

Tahun            : 2002 (Cetakan Kedua)

Terbitan         : Pustaka Nasional Pte Ltd Singapura

Harga             : RM36.00


Kisah tentang penderitaan hidup Intan Samad seorang gadis yang di anggap anak luar nikah oleh penduduk kampong Pulau Ubin kerana semenjak lahirnya tidak tahu siapa dan di mana ayah kandungnya. Malang nasibnya bertambah apabila dirinya terjebak dalam perangkap perkahwinan tangkap basah.  Intan lalu dibawa ke kota oleh suaminya Assad Effendi yang tidak dapat menerima Intan lantas meletakkan taraf Intan umpama orang gaji di rumahnya sendiri.  Walaupun sedar dirinya tidak dicintai dan disayangi oleh suaminya, Intan tabah dan sabar menghadapinya.  Dalam diam-diam bercambah pula kasih sayang Intan terhadap anak angkatnya  dan semakin mendalam pula cintanya pada Assad suaminya. Berjayakah Intan mengharungi setiap dugaan yang mendatang hanya dengan berserah pada nasib??

 

Novel ini memaparkan watak Assad yang membawa unsur percanggahan jiwa seorang doktor muda yang berhati batu dengan seorang wanita yang sentiasa menyerah tetapi akhirnya bersikap tegas, tetapi ketegasan itu membawa kesedaran kepada Assad tentang perasaan sebenarnya pada isteri. Selain daripada itu, terdapat juga watak yang berunsurkan simpati dan tipu daya manusia.  Umpamanya ibu saudara yang jatuh cinta dengan anak saudara, abang makan adik tiri, kawan menelan kawan, seorang pemuda jatuh cinta kepada isteri orang dan lain-lain yang berunsur suspens demi suspense


Nota Saya:

 

  • Di awal cerita, saya seumpama menonton drama bersiri Cinderella lakonan Ahmad Idham & Haliza Misbun, di mana adegan tangkap basah & dijadikan orang gaji oleh si suaminya sendiri lantaran tidak dapat menerima isteri yang dianggap telah memerangkap dirinya.
  • Kisah ini berlatarbelakangkan Tanah Besar Singapura.  Apabila membaca karya ini, gaya bahasanya yang klasik seumpama saya sedang menonton cerita zaman dulu-dulu ~ zaman P. Ramlee & Saloma
  • Secara keseluruhannya saya membaca karya ini dalam suasana yang santai.  Namun begitu terdapat juga perasaan 'suspens' dan tidak sabar untuk mengetahui penamatnya.
  • Ini hanyalah pandangan saya yang tidak arif tentang penulisan kreatif.
  • Buat Kak Noor.... 10-Q untuk sebuah ukhwah yang manis (petik kata2 kak su...Wink)

 

   5 comments

Name Hana mazuin
August 4, 2010   09:09 AM PDT
 
selain kt bookstore gombak,kt mne lg blh sya dptkn buku ni
iza
September 16, 2008   04:15 PM PDT
 
saya dah lama mencari buku.di mana harus saya dapat.......
Wan Amalyn
May 23, 2006   02:54 PM PDT
 
Anonymous...
Anda boleh perolehi buku ini di Pustaka Nasioanal di Sri Gombak
Add: No 71 Jln SG 3/10, Taman Sri Gombak, Bt Caves
Tel: 03-61889605
Wan Amalyn
May 23, 2006   02:50 PM PDT
 
Anonymous... buku ni ada dijual di MPH Bookstore... atau Pustaka Nasional di Sri Gombak...
Add: No 71 Jln Ss 3/10, Taman Sri Gombak, Bt Caves
Tel: 03-61889605
Anonymous
May 21, 2006   06:08 PM PDT
 
Sudah lama saya mencari buku ini, dari mana dapat saya beli buku ini?

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments