Entry: Semalam Kubermimpi... Monday, May 08, 2006



Pengarang            : Aina Emir

Halaman                : 220

Tahun                    : 2006

Terbitan                 : KarnaDya Solutions Sdn Bhd

Harga                     : RM 14.00


Semalam Ku Bermimpi, adalah himpunan cerita-cerita pendek karya terbaru Aina Emir bersama Karnadya Solutions.  Di dalam buku ini terdapat 8 buah cerpen yang menarik tentang realiti kehidupan masa kini yang penuh dengan cabaran dan dugaan.

Semalam Ku Bermimpi menghimpunkan segala rasa di dada. Tentang pergolakan jiwa, tentang suka duka, tentang konflik hidup dan sebagainya. Walaupun cerita pendek, namun setiap cerita mempunyai nilai dan mesej yang berguna.  Ada kalanya saya senyum sendiri, di masa yang sama saya terusik hati. Pendek kata bila membaca buku ini perasaan saya... Macam-macam adaa...

Untuk sesiapa yang inginkan kelainan dan lari dari tipikal cerita cinta yang terdapat di pasaran dewasa ini, anda digalakkan untuk membaca karya terbaru Aina Emir ini.  Seronok membaca buku ini kerana ia dapat dihabiskan dengan cepat tanpa perlu menahan perasaan untuk menghabiskannya.


Nota Saya:

·         Em… Wan pun dah terikut-ikut dengan Em, bila baca judul buku ini secara automatic terikut-ikut gaya Saloma menyanyikan lagu itu Big Smile macam mana nak buang ek??

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments