Entry: Priya Wednesday, May 10, 2006



Pengarang          : Abdul Rahman Daud

Halaman              : 143

Tahun                     : 2005

Terbitan                : Dewan Bahasa & Pustaka

Harga                    : RM 10.00


Priya gadis kacukan India Cina berwajah Melayu, sering disalahertikan oleh ramai orang yang melihatnya.  Namun gadis bernama Priya ini memegang prinsip 'apalah ada pada nama, yang penting hati budi'.  Namun ada kalanya niat yang baik tidak dapat difahami orang, sehingga Priya serba salah dalam mengharungi kehidupan.  Kata bapanya, "Apabila seseorang cuba melakukan sesuatu yang baik, ujian akan sentiasa menghimpit kita. Kita perlu sedar dan hadapinya dengan tabah."

 

Novel Priya, memaparkan kehidupan seorang gadis kacukan yang bercita-cita tinggi untuk berjaya dalam pelajaran tetapi dihambat oleh karenah teman-teman di samping penyakit leukemia yang dihidapnya.  Kemunculan Ahmad Zaini teman yang memahaminya membuatkan hidup Priya penuh kerlipan bintang-bintang.  Tambahan pula dengan sinar keimanan yang menyuluh hidupnya setelah lima tahun terpendam dalam hati dan fikiran, membuat hidup Priya benar-benar indah dan gemilang.


Nota Saya:

  • Buku ini saya beli sebagai kenangan saya ke kedai buku Borders yang terletak di Berjaya Times Square.
  • Novel ini adalah sebuah novel remaja, bagi saya yang sudah ber'usia' ini bukan buku saya.!!!  Kisah tentang budak sekolah dan sudah pastilah hampir 80% adalah tentang alam persekolahan. Namun begitu terdapat juga mesej dan pengajaran berguna yang dipaparkan.
  • Bahasa yang digunakan ada ketikanya terlalu meleret. Terdapat juga falsafah dan perumpamaan yang digunakan. Kadang-kala perasaan jemu menguasai fikiran untuk saya habiskan bacaan.

 

   1 comments

priya
August 1, 2010   10:41 AM PDT
 
sy minat crte ni bab nama yg sama n sy memang meminati crita ni.

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments