Entry: Rooftop Rant Friday, February 20, 2009



Pengarang  : Hlovate

Halaman     : 538

Tahun         : Februari 2009

Terbitan      : Jemari Seni Publishing

Harga         : RM 21.00

 


Blurb: 

 

lontarkan
...kalau tidak ia meracun
kongsikan
...walau hanya pada awan-awan
 

 

Mereka berbicara di atas bumbung
Episod hidup memang berbeza, tapi cerita mereka masih selari! 

 

Allah takkan bebankan hamba-Nya dengan apa yang dia tak mampu! 

 

Hidup tak selalunya lawa
Tak selalunya ada pelangi
Kalau nak kata a bed of roses pun, duri-durinya tetap ada
Kadang-kadang... bilamana 'malapetaka' tu datang, terasa macam kena gelek ke bumi dek ahli sumo
Rasa macam dah tak mampu bangkit
Rasa macam dah tak mampu hela nafas 

 

Dengarkan HLOVATE berbicara: 
tentang hikayat Rooftop Rant dari puncak Wisma Topaz ini...
tentang Trisy dan Jade... 
tentang bukit yang sayup di depan
tentang angin yang membawa salam di belakang
tentang lang sewah yang berlegar melayah di atas
tentang deretan kenderaan yang bersesak-sesak di bawah 
dan mereka terus bercerita...
sesudah berani meruntuhkan tembok hati dan dinding rasa 

 

mampukah dibeli tangga-tangga untuk mencapai cita-cita? 

 

ini cerita sebuah bicara
bicara bumbung namanya....
 

 

 

******

 

Hlovate tampil dengan karya terbaru beliau berjudul Rooftop Rant. Novel ke-22 terbitan Jemari Seni ini sama sekali tidak menghampakan aku sebagaimana novel-novel beliau terdahulu.

 

PUAS. Itulah perasaan pertama yang aku rasa usai membaca karya Hlovate yang kelima ini (selepas 5 Tahun 5 Bulan, Schubert's Serenade – Kompilasi 3 cerita dalam Gurindam Jiwa, aA + bB dan Tunas).

 

Kisah tentang Trisy – Khairul Batrisya Mazni yang terbeban dengan masalah 'kebisingan' di rumahnya. Kisah tentang Jade yang 'bosan' dengan bebelan si ibu. Lalu tanpa temujanji mereka menjadikan puncak Wisma Topaz sebagai lokasi mencari damai di hati.

 

Tanpa tutur kata, sekadar bicara mata, mereka meterai MoU dalam bahasa diam. "Kau duduk hujung sana senyap-senyap… aku buat kerja aku hujung sini diam-diam. Kau buat hal kau… aku buat hal aku. Aku tak kacau kau… kau jangan kacau aku. Kau faham… aku faham". Hinggalah berlaku insiden yang membuka ruang bicara antara mereka. Membuka hijab yang membawa mereka ke Rooftop Wisma Topaz itu.

 

"There're times when strangers are like family and family are like strangers" begitulah mereka. Trisy yang sudah bosan tidak diendahkan oleh keluarga dan Jade yang merasakan dirinya terkongkong oleh leteran ibunya. Trisy yang tak pernah ada orang yang mahu mendengar dia bercakap dan Jade yang sangat sabar menjadi pendengar. Menjadikan mereka sahabat yang akrab, yang saling faham apa yang dirasakan tanpa perlu banyak kata, yang saling menjadi penguat semangat antara mereka untuk mencari arah tuju hidup.

 

Rooftop Rant memperkenalkan aku pada Trisy dan aku jatuh kasih padanya. Aku sukakan Trisy walaupun dia pernah jadi 'jahat' kerana aku faham kenapa dia jadi begitu!. Tapi dia berjaya berubah dan mengubah dirinya kepada Trisy yang seratus kali lebih baik!!.

 

Aku jatuh cinta pada Jade, walaupun aku tahu dia lelaki yang miskin perbendaharaan kata. Tapi dia ada telinga yang boleh diharapkan untuk jadi pendengar yang baik. Tapi yang paling utama dia pandai melukis kartun, melakarkan isi hatinya yang tak terluah dengan kata.

 

Aku sedih pada nasib Trisy yang jadi anak 'terbuang'. Aku kesian pada Jade yang sering menjadi mangsa perbandingan ibunya, hidup dalam bayang Along dan adik.

 

Salahkah Trisy kalau dia hanya inginkan perhatian? kerana dia sudah puas jadi anak yang tidak diendahkan. Salah Jade kah ditakdirkan dia punya abang dan adik yang lebih bijak sedangkan dia hanya biasa-biasa saja?

 

Aku teringin nak gantikan tempat Jazz, jadi abang pada Trisy. Gantikan Rina dan Tati jadi kakak pada Trisy. Aku teringin nak jadi adik pada Jade yang sungguh prihatin dengan caranya yang tersendiri. Aku jatuh cinta pada Pak Su Wan – pegawai penguat kuasa disiplin, tatasusila dan akhlak – yang tegas tapi baik hati dan suka pakai baju Raihan??!!. hehehe

 

Aku teringin nak jadi kawan baik Trisy agar dia tidak perlu tanggung segala keperitan hidupnya sendirian. Agar dia ada kawan yang boleh dijadikan tempat meluahkan bicara.

 

Kalau boleh aku nak jadi jari yang boleh tolong sapu air mata Trisy di kala dia tak berdaya. Aku nak jadi bahu yang boleh jadi tempat Trisy bersandar. Aku nak jadi telinga yang boleh mendengar keluh kesah Trisy.  Aku rela jadi mata yang boleh mengawasi Trisy daripada segala perbuatan yang tak terjangkakan. Kerana sesungguhnya Trisy penuh dengan kejutan.

 

Tapi semua itu mustahilkan?? Kerana semuanya itu hanyalah sebuah CERITA!. Lakaran idea kreatif penulis yang menjadikan kisah Trisy dan Jade ini 'hidup' dalam layar minda aku.

 

Begitulah penangan Hlovate pada aku kali ini!. Aku jadi larut dalam perasaan tatkala membaca Hlovate bercerita tentang bicara bumbung antara Trisy dan Jade. Berhikayat melalui mata penanya.  Sungguh. Aku seakan jadi sebahagian daripada Trisy berkongsi rawan. Aku seakan jadi sebahagian daripada Jade berkongsi keserabutan. Bersama-sama mereka menangis hiba, bergelak ketawa, mengeluh kesah bahkan bermuhasabah diri. Berkongsi segala emosi bersama-sama Trisy dah Jade. Aku bersatu menjadi mereka, melawan 'jerangkung-jerangkung' yang jadi penghalang untuk mereka bangkit menjadi manusia yang baru, berubah menjadi insan yang lebih baik! Yang berkali-kali lebih baik daripada masa silam mereka.

 

Buat Hlovate… Tahniah!! kerana Rooftop Rant bukan sekadar novel tetapi ia sarat dengan ilmu yang sangat berguna. Rooftop Rant yang padat dengan informasi, yang sarat dengan pengajaran hidup yang membuatkan aku berfikir bukan sekali tetapi berkali-kali.

 

 

   14 comments

Jid
April 1, 2009   11:39 AM PDT
 
K.Wan..jid setuju dengan k.carrie tu.. hehehe..

Ahada: Betul! Rasa nak baca semula RR la...

Congrats! to hlovate... semoga sentiasa diberkati... ---<@
wilda
March 31, 2009   02:27 PM PDT
 
i baru bis baca Rooftop Rant. Oh mY God..tetiba i rasa nak sgt jupe lelaki cm Jade tu. ada ke lekaki mcm tu dalam dunia ni. Im fall in love with Jade!
aHaDa
March 26, 2009   09:41 PM PDT
 
Kak Wan, review utk Rooftop Rant sangat details... rasa rindu nak baca kisah Trisy and Jade balik....

Rooftop Rant isn't just an ordinary novel....
nursalju
March 11, 2009   05:54 PM PDT
 
agree gan carrie..btol la kak wan..u shud be a writer...:D
wan
March 10, 2009   10:34 AM PDT
 
Iejay..
:-)

Lina..
;-)

nur..
:-D

Carrie...
:-O oh tidak!! :-)
carriekirana
March 9, 2009   04:15 PM PDT
 
Wan,

Awak nih ada bakat semulajadi menulis... apa kata cuba tulis satu citer? hehehehe :)
nursalju
March 8, 2009   03:51 PM PDT
 
betol kak wan..novel ni bukan kisah cinta jiwa2...novel ni sangat banyak pengajaran & pelajaran sy boleh katakan novel ini sebagai novel pembangun jiwa...

congrats to Hlovate krn novel ni buat sy tersentuh dan menangis..sgt terkesan :)
lina hilmin
March 4, 2009   01:22 PM PST
 
aaaaaa.... teruja tengok ada komen dr empunya novel!
iejay
February 26, 2009   10:08 AM PST
 
setuju kata kak wan....

puas baca buku ni... membaca rooftop rant ni iejay nampak kedewassan hlovate dlm penulisan...

iejay pun jatuh chenta dengan trisy sebab setiap kali dia makan coklat, dia akan campak plastik tu dlm beg sandang dia dan bukannya buang merata-rata...

iejay rasa macam nak menangis baca bila nak dekat2 bab akhir.. masa hubungan trisy dengan family dia a bit better... biasalah iejay ni memang senang emo bila bab2 family ni...

and yes this book is one hell good for adik2 kat luar sana...*ceh, iejay ni cakap macam dia dah besar sangat aja hehehe...*
wan
February 25, 2009   09:49 AM PST
 
Nawwir..
bk ni 'pembuka' mood membaca wan tau!! al-maklumlah di saat2 mood membaca yg kejap tenggelam kejap timbul nih... wan dok bantai bc Rooftop Rant berkali2... ahaks!! nak bc bk lain... pegang kejap... lepas tu letak balik :( so baca la Rooftop Rant hehehe
nawwir
February 25, 2009   07:49 AM PST
 
TAHNIAH HLOVATE, moga niat muliamu diberkati ALLAH s.w.t
nawwir
February 25, 2009   07:46 AM PST
 
Wan..................
nawwir sokong, meremag bulu roma bila baca Rooftop Rant , nawwir sarankan buku ini untuk di baca oleh semua para ibu bapa yang ada anak gadis dan teruna, ia umpama cermin diri kita, satu 'wake up call' untuk kita kalau terlalai semasa mengharungi zaman remaja bersama anak2, . Juga untuk para remasa, pengisian buku ini amatlah dalam, HAYATI DAN SELAMILAH , moga para remaja MUSLIM akan menjadi remaja yang utuh Akhlak dan Akhidahnya.
Wan, kalau di indonesia masyarakatnya berbangga kerana mempunyai novel PEMBANGUNAN JIWA nya yang terkemuka seperti 'Ayat-ayat Cinta', bagi nawwir , Malaysia patut juga berbangga kerana mempunyai 'ROOFTOP RANT' yang isinya lebih mampan dan realistik untuk dijadikan pedoman dan benchmark kepada masyarakat MALAYSIA hari ini.
Nawwir sokong kalau 'ROOFTOP RANT' diperdebatkan kerana isi nya yang mantap.
wan
February 21, 2009   10:50 AM PST
 
Hlovate..

;-) whoaaaaaaa kakwan dah jatuh chenta ngan Jade!!!!

tp mmg citer ni antara citer yg paling kakwan suke!! & jgn tak caya... kakwan nangis tau bab trisy gi cari Jade kat atas bumbung lepas dia jumpa ngan wak duku... huhuhu teruk ar... dia dah buat kakwan nangis!! ='(

nway keep up the gud work!!
hlovate
February 21, 2009   04:14 AM PST
 
salam kakwan,
u made my day
one huge giga thanks =)
may Allah bless

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments