Entry: Mimpi Kita Serupa Tuesday, May 16, 2006




Dalam masyarakat melayu, istilah salin tikar selalunya berlaku pada wanita. Contoh di sini Si adik akan berkahwin dengan Abang ipar setelah kakaknya meninggal dunia. Ini di dorong mungkin atas dasar belas kasihan kepada anak saudara yang kehilangan tempat berkasih atau atas desakan dan pujuk rayu keluarga yang tidak mahu pertalian kekeluargaan terputus setelah bekas menantunya berkahwin lain.

 

Berlainan pula yang dipaparkan oleh Siti Hazneza dalam novelnya ini. Pergelutan jiwa antara kembar yang berkongsi uri yang sama tetapi mempunyai perwatakan berbeza. Cuma satu persamaan yang dimiliki mereka iaitu menyintai gadis yang sama.

Si adik telah diwasiat menggantikan tempat abangnya yang telah menyahut panggilan Ilahi. Adakah dia akan bersetuju dengan wasiat itu. Gadis yang dicintai seluruh jiwa telah dimiliki oleh orang lain dan dia belum berganjak dari status bujangnya. Adakah wasiat itu  merupakan satu sinar baru untuknya. Apakah ini satu peluang yang tidak harus dilepaskan Fawwaz untuk dia  membaja semula cintanya yang tidak kesampaian kepada Yang Hasmira yang diminati sejak dibangku sekolah.

 

Bagi Yang Hasmira antara cinta , kasih sayang, persahabatan dan tanggungjawab yang mana patut diutamakan. Dia memendam dan menyakitkan diri tapi untuk siapa . Adakah dia bahagia dengan  pilihannya dan siapakah pilihannya itu.

 

Rasaku sesetengah pembaca pasti menganggap buku ini tak cukup mantap berbanding buku-buku Siti yang lain,  mungkin perbandingan itu dilihat dari segi gaya bahasanya. Padaku kekuatan 'Mimpi Kita Serupa' terletak kepada isu yang diutarakan Siti dalam kisah percintaan  Yang Hasmira.

 

Encik Lim:                  Yang Hasmira… kamu nak Chip atau Dale?

 

Yang Hasmira:            Mana-mana pun boleh, sir.

   2 comments

purple_gurlz
December 3, 2007   06:32 PM PST
 
sy pun skul sama ngan penulis buku ni sy dah bc dah papepun teruskan usaha anda mengulas novel i like it
Wan Amalyn
May 16, 2006   11:59 AM PDT
 
Nawwir.... akhirnya dapat jugak tengok preview buku oleh Nawwir... Lepas ni rajin2 baca & buat review ok? ;)

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments