Entry: Anggerik Di Tangkai Mawar Tuesday, May 16, 2006



Pengarang   : Manaf Hamzah

Halaman      : 438

Tahun            : 2004

Terbitan        : Pustaka Nasional

Harga           : RM36.00


 

aku hanya anggerik

mungkin tidak secantik mawar

namun aku bangga sebagai anggerik

tetap anggun dan menawan

aku hanya anggerik

tetapi aku mampu menusuk jejari

yang cuba memetikku

kerana tangkaiku berduri

mungkin aku hanya anggerik

tetapi aku berputik di tangkai mawar…

-ADTM-


Perkahwinan paksa antara Dandiar Ali Musa dan Masliana Jantan  menyebabkan hidup Dandiar tidak keruan.  Antara harapan kedua ibu-bapanya dengan kemahuan hatinya yang masih lagi ingin membujang. Akibatnya terjadilah perkahwinan yang hanya pada nama sahaja dan Masliana terpaksa menempuhnya dengan hati yang tabah.  Sebagai seorang gadis yang berpegang teguh dengan ajaran agama, dia harus kuat walau apa pun terjadi. Biarpun dia dipandang kolot dan selenge oleh suaminya sendiri.

 

Sesungguhnya pernikahan mereka atas sebab Dandiar telah meniduri Masliana. Demi tidak mahu mendapat malu, Dandiar mengambil Masliana sebagai isteri tapi hanya atas dasar perikemanusiaan dan tekanan keluarga. Namun begitu perkahwinan ini umpama perkahwinan paksa, apatah lagi dia belum mahu mengakhiri zaman bujangnya.

 

Masliana yang sedar dia tak punya rupa dan sebatang kara, merasakan dirinya tidak cocok untuk berdamping dengan Dandiar yang tampan dan segak. Namun begitu Masliana tetap menjalankan tanggungjawapnya sebagai isteri meskipun Dandiar bersikap dingin. Namun dia bertekad untuk membuktikan kepada suaminya itu bahawa dia bukanlah gadis yang lemah. Dengan bantuan Shireen dan ibu bapa mertuanya Masliana menyamar diri sebagai Sheila Bahrin demi untuk menundukkan ego Dandiar yang tinggi itu.  Lantaran egonya yang setinggi gunung itu, Dandiar cuba menidakkan perasaannya terhadap Masliana.

 

Dan di tengah-tengah kemelut rumahtangga mereka, satu ancaman menanti. Sebuah dendam yang telah tersimpan lama dan mahu dituntut. Dendam yang akan memporak-perandakan ikatan kekeluargaan Ali Musa.

 

Berjayakah Masliana dengan misi penyamarannya.?  Terbukakah pintu hati Dandiar di kala maut menanti Masliana.?  Jeng… jeng… jeng


Nota Saya:

 

·         Novel kedua hasil karya Manaf Hamzah ini masih lagi mengekalkan gaya bahasa yang klasik.  Mungkinkah ini adalah trademark penulis?.

·         Novel ini masih lagi berkisar tentang perkahwinan yang dilangsungkan ekoran daripada peristiwa tangkap basah. Walaupun ianya merupakan pakatan oleh kedua ibu-bapa dan sahabat baik Dandiar untuk membuatkan Dandiar terpaksa mengahwini Masliana.

·         Novel ini terdapat unsur-unsur 18SX. Kalau beli buku ini untuk dihadiahkan kepada anak-anak, AWAS buku ini mungkin tidak sesuai dan anda dinasihatkan fikir 2 kali untuk memberikan novel ini sebagai bahan bacaan anak anda. Tapi kalau saya, rasanya TAK SESUAI!

·         Watak Masliana dalam novel ini saya bayangkan seperti watak Betty dalam drama bersiri Mexico Yo Soy Betty La Fea di mana wataknya menggambarkan si hodoh bertukar rupa menjadi si cantik jelita, cuma yang membezakannya watak Masliana dalam novel ini membuat penyamaran sebagai Shiela Bahrin si janda yang cantik dan seksi bertujuan untuk memikat Dandiar suaminya sendiri.  "Masliana tampak ayu dan berseri dalam… Namun kacamata rabun yang sentiasa dipakai oleh Masliana itu seperti merosakkan pakaian itu" MS 120 (Mengapa harus menyamar diri sebagai gadis seksi sedangkan dia pakai tudung???) Namun saya suka watak Masliana yang tegas dan agresif ini (lambang wanita hari ini… hidup wanita!!!)

·         Jalinan cerita yang dipaparkan kadang-kala mampu membuatkan saya suspen dan tidak sabar untuk mengetahui akan kesudahannya.  Gaya bahasa klasik kadang-kala membuatkan saya hilang tumpuan. Namun sub-plot di penghujung setiap bab digarap dengan baik menyebabkan saya teruja untuk mengetahui siapa "Mastermind" disebalik setiap peristiwa dan kejadian yang berlaku di sekeliling keluarga Ali Musa.

·         Bagi saya yang pertama kali dihidangkan dengan perkataan selenge, kerek agak terkeliru dengan maknanya.  (Namun begitu saya dapat menambahkan lagi vocabulary saya…)

·         Secara keseluruhan membaca novel ini, saya rasa tidak mengecewakan.  Apatah lagi sub-plotnya yang suspen, menyebabkan saya terpaku dan tidak berganjak untuk menghabiskan bacaan saya kerana saya ingin mengetahui kesudahan cerita ini. Di samping saya ingin mengetahui kesudahan hubungan Dandiar dan Masliana setelah mereka mengharungi 'hubungan yang intim'.  Tidak tergugatkah keegoan Dandiar?

·         Ini hanyalah pandangan saya yang tidak arif….Smile

 

   2 comments

Wan Amalyn
May 18, 2006   08:53 AM PDT
 
Nawwir, nak kata macam DHDL pun x leh jugak... cuma ada sikit2 aje...
mungkin sebab bahasa yg digunakan??
nawwir
May 18, 2006   07:44 AM PDT
 
Nawwir belum baca lagi buku nie...
Daripada review yang dibuat ,nampak konsep en manaf tak lari dari DHDL. Walau apa pun... satu hari nawwir akan dapatkan juga buku nie

Dulu masa baca DHDL , berbelas tahun dulu tak tau pulak penulisnya lelaki... masih hingusan mana nak heran pasal penulis , bila member kata best baca aje tu pun pinjam buku warden (masa form 4) hehe... nakal masa tur. Org lain pinjam kita curi baca.

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments