Entry: 1 4 3 Friday, April 09, 2010



 

Pengarang : Pingu Toha

Halaman    :  

Tahun         : Februari 2010

Terbitan    : Jemari Seni Publishing

Harga          : RM20.00


Blurb:

 

Berapa lama untuk kita jatuh cinta?

Boleh jadi dalam tiga hari, mungkin?

 

Berapa lama untuk kita kenal cinta?

Perlukah empat bulan?

 

Berapa lama untuk kita jatuh cinta kembali...

dan kembali kepada cinta?

Cukupkah setahun?

 

Dan ini cerita tentang...

The Duyong. The Sleeping Beauty. The Rapunzel.

The Lovelorn. The Penunggu. The Hitam Manis.


Ini bukan cerita dongeng. Ini bukan cerita pelik. Ini bukan lagi mimpi. Ini sebuah cerita cinta.

 

1

Sekarang…. Satu tahun selepas L.U.V.E.

Cerita Cinta Biasa

Tentang Uth dan Lana.... Lisa dan Haikal.

 

4

Empat bulan darinya. Dulu.

EXs

Tentang Elina dan Kéri.

 

3

Ke masa depan, dalam tiga hari…

Merah Biru Violet

Tentang Vee dan Bucks. Dan Rose.

 

Inilah cerita biasa yang mengocakkan emosi merah dan biru menjadi warna pelangi cinta ungu. Tiga belahan jiwa yang dipisahkan waktu, jarak dan diri sendiri, dan akhirnya yang menemukan mereka ialah 'cinta'.

 

* * *

 

Selepas L.U.V.E... lihatlah bagaimana PINGU TOHA menamatkan cinta mereka dengan sebuah happy ending... berserta ucap 'I love you', akhirnya.

  

*****

 

143, seperti kata blurb, adalah kisah cinta indah titipan daripada-Nya. Benar! Rasa cinta itu hadir dalam pelbagai cara, di mana jua. Bila rasa cinta mula menyapa di dada, segalanya pasti akan menjadi indah belaka. Sebaliknya cinta juga bisa merubah yang bahagia jadi derita!

 

143 adalah rentetan tiga cerita yang digarab indah, diadun cantik menjadikan sebuah kisah yang menarik untuk dihadam.

 

Cerita pertama: Cerita Cinta Biasa

Kisah tentang kesinambungan konflik hubungan Uthman Huzir (Uth) & Lana Angrainny (Lana) daripada novel L.U.V.E. Kisah bagaimana sukarnya seorang Uth untuk meluahkan rasa cintanya pada Lana. Menanti Uth meluahkan rahsia hatinya, aku bagaikan menanti jongkong emas keluar daripada mulut Uth. Payahnya Uth untuk berkata-kata, terasa bagaikan ingin aje aku hempuk-hempuk kepala si Uth!  Apalah yang susahnya nak melafaz kata "I Love You Lana!"  kan mudah aje tu?

 

Hingga akhirnya muncul orang ketiga -Haikal- yang sangat berterus terang tentang hati dan perasaannya pada Lana. Oh! tidak.... bagaimana dengan Uth?? Berputih matakah Uth untuk mendapatkan cinta Lana? Hah! yang ini kamu kena baca sendiri cari jawapannya okey!

 

Cerita kedua: Exs

Kisah tentang Keri & Elina. Pada sesiapa yang telah membaca L.U.V.E. pasti tahu apa makna 'Exs' ni. Pada yang belum tahu, aku rekomenkan kamu baca dulu L.U.V.E. (tapi kalau tak bacapun tak apa, tidak akan menjejaskan jalan cerita 143 ini dan tidak akan membuatkan kamu sesat jalanpun!)

 

Dalam 143 ini, Keri dan Elina 'dipertemukan' ketika mereka dalam penerbangan ke Kota London. Penerbangan yang membawa separuh hati mereka –Keri & Elina– yang telah retak (baca: broken heart). Keri dengan cinta yang tak kesampaian dan Elina dengan hati yang kecewa kerana cinta. Namun 8 jam penerbangan mereka, telah membibitkan rasa ‘suka’ (bukan cinta?) Keri pada Elina. Dengan lagak machonya, "Can I fall in love with you?" Keri luahkan pada Elina. Sedangkan Elina yang telah patah hatinya sukar untuk memberikan jawapan... Bagaimana kesudahannya?? baca sendiri okey! hehehe

 

Cerita ketiga: Merah, Biru Violet

Kisah Bucks yang jatuh cinta pada Vee (Violet) yang 5 tahun lebih tua daripadanya. Bucks yang membuka gerai burger yang diberi nama 'Burgerbucks' ala-ala Starbucks la konon-kononnya (hanya pada nama bukan penampilannya okey! hehehe)

 

Kisah bermula di suatu malam, ketika hujan turun membasahi bumi, Vee yang kelaparan tetapi malas nak masak (sedangkan dia chef di Cafe Marooned) dan tiada teman untuk membawanya keluar makan, jadi dia ke "Burgerbucks", memesan burger daging tambah cheese, lebihkan mayonis tapi tak mahu sayur. Si Bucks yang sudah terkena panahan si cupid jatuh suka pada Vee, membuatkan dia lupa pada pesanan Vee. Malahan dia lebihkan sayur, yang sememangnya tidak digemari oleh Vee, maka bermulalah 'perang dalam diam' antara Vee dan Bucks. Yang membuatkan Vee jadi jengkel pada Bucks. Ada sahaja yang tak kena di matanya bila melibatkan Bucks. Dan ditakdirkan mereka berjiran tetapi berlainan blok.

 

Di sini Rose Mawar anak cilik yang sangat 'cute', berusia 6 tahun memainkan peranan menjadi 'orang tengah'. Sebenarnya bukanlah orang tengah seperti telangkai tu, dia sekadar menjadi peneman sama ada pada Bucks mahupun Vee. Apakah kesudahan kisah Vee dan Bucks? Baca sendiri!

 

* * * *

 

Aku sebenarnya agak skeptikal dengan cerita yang bersambung ni. Entah lah, agaknya pengalaman lalu banyak mempengaruhi aku bila ingin membaca naskhah yang sudah aku tahu ada chop ‘kesinambungan daripada novel yang terdahulu’.

 

Pada aku, apabila sesebuah cerita/novel sudah tiba ke penghujungnya, sudah diakhiri dengan ‘noktah’ bermakna itulah penamatnya. Titik. Tidak perlu ada sambungan hanya untuk memanjangkan lagi ‘cerita hero-heroin’. Atau mencipta konflik baru semata-mata untuk jadikan ia satu naskhah ‘bersambung’. Penat tau! Lagipun kalau dah happy ending kenapa harus disambung lagi? Ini yang aku sangat-sangat tak faham. Hey! aku keluarkan duit sendiri tau untuk beli novel. Tak ada orang sponsor pun! Sebab itulah aku mahukan sesuatu yang berbaloi untuk setiap sen yang aku keluarkan okey?!

 

Atau jika penulis ada niat untuk membuat sambungan tentang ‘hero-heroin’, cukup sekadar dengan membuat cameo. Itu lagi menarik pada aku. Ini sekadar pendapat aku sebagai pembaca, sama ada penulis ingin ambil peduli atau sekadar buat tidak tahu, aku tak ada halnya! Tapi sebagai pembaca aku ada hak untuk komen okey?!

 

TAPI untuk 143 aku harus mengangkat bendera putih, menarik balik kata-kata aku. Aku harus beri ‘tabik spring’ pada Pingu Toha. Well Done Halim... anda telah berjaya mengatakan TIDAK BENAR pada pendapat kak wan!

 

Usai membaca 143 aku tersenyum puas. Walaupun 143 adalah kesinambungan daripada kisah dalam L.U.V.E. kisah Uth & Lana, tetapi Pingu Toha telah berjaya mengikat aku untuk membaca dan menikmati kesudahan kisah cinta Uth dan Lana ini hingga ke noktah terakhir.

 

Sebagaimana L.U.V.E. yang telah menawan seluruh rasa suka aku dengan sentuhan majis penulis bernama Pingu Toha ini, aku sekali lagi jatuh cinta dan teruja dengan idea ‘fresh’nya dalam 143 ini. 143 telah berjaya membuatkan jiwa aku kembali bagaikan jiwa anak muda-belia ahaks!

Well... aku sangat suka okey!!

 

Aku sukakan bahasa Pingu Toha. Bahasa yang biasa-biasa tapi ada warna-warninya. Bahasa yang amat mudah untuk dihadam. Bahkan Pingu juga berjaya mewarnakan setiap watak dengan adunan warna-warna merah biru menjadi warna pelangi cinta ungu bak kata blurb, menjadikan setiap watak rekaannya penuh warna warni.

 

Bukan sekadar Uth, Lana, Keri, Elina, Vee & Bucks ‘pemegang’ watak utama yang menjadi tunjang kekuatan 143 tetapi aku juga harus memberi kredit untuk ‘pelakon pembantu’ seperti Lisa Seriyanti, Haikal, Abang Diktator (Director), Raden, Suraya, Dayang, Teja juga si kecil Rose Mawar yang sangat comel dan keletah (dalam bayanganku la).

 

Pendek kata setiap watak yang direka memainkan peranan sama rata, menjadikan 143 sangat hidup, cantik dan sempurna (pada skala aku lah!). Menjadi pelengkap yang melengkapkan watak-watak utama. Menjadi perencah yang mencukupkan rasa pada setiap 'hidangan' yang melibatkan watak-watak utamanya.

 

Aku juga sukakan idea penulis menggarap 3 cerita sisipan yang saling berkait menghasilkan satu mainframe cerita yang superb!.  Menatap naskhah garapan Pingu Toha kali ini, aku bagaikan dibawa 'menonton' pementasan drama (terutamanya untuk Cerita 1: Cerita Cinta Biasa). Setiap watak bagaikan hidup dilayar minda. Bergerak bagaikan sang pelakun sedang melakunkan watak-wataknya di dada kertas. Berkisah tentang perjalanan 'cinta' mereka dalam pelbagai warna.

 

Aku juga sukakan kulit novel 143. Comel! Secomel ceritanya kalaulah boleh aku katakan begitu. Dan tajuknya... 1 4 3. Unik bukan? Pada mulanya aku tertanya-tanya juga, apa signifikannya 1 4 3 itu? Selama aku bergelumang dengan dunia novel, mana ada tajuk novel '143'? Cuba kalian beritahu, pernah tak kalian jumpa novel yang menggunakan angka sebagai judulnya? Manalah tahu kalau aku terlepas pandang? Rasanya hanya Jemari Seni sahaja yang berani mengambil risiko menggunakan judul yang pelik-pelik tapi cute! Ops! bukan pelik tapi unik! Itu yang sebetulnya. Jadi apa maknanya 143? Jawapannya ada pada kulit novel. (homework untuk kamu)

 

Menatap karya Pingu kali ini, aku teringin nak rekomen pada sesiapa yang berani mencuba sesuatu benda atau membuat perkara yang baharu, yang adventure, cubalah baca 143 ini. Tak salahkan cuba? Cuma apa yang boleh aku andaikan, jika dewasa ini genre muzik indie menjadi kegilaan anak-anak muda sekarang, mungkin boleh aku labelkan karya Pingu Toha kali ini sebagai karya indie versi novel... boleh???

 

P/S:  Dalam 143 ni ada watak tempelan Wan Amyleen... & tiba-tiba aku ‘ter’perasan jap! hahahahahahaha...

   2 comments

maira
April 1, 2011   11:19 PM PDT
 
hi kak amyln..tumpg komen k..maira da baca da 2 buku tu..it's related.tapi kan maira rasa yang L.U.V.E lagi feel dari 143.maira xtau orang lain n mybe akak sendiri rase this one best..anyway,tq 4 sharing..maira tumpg komen sikit2 ye yg maira da bce.
eira
June 18, 2010   01:32 AM PDT
 
hai
saya x baca lg 143
tp saya agak maksud dia 'i love you'
kan kan??

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments