Entry: Takagi Sayang Wednesday, May 24, 2006



Pengarang           : Nor Erny Othman
Halaman              : 410
Tahun                   : 2002
Penerbit                : Ghostwriter

Harga                    : RM18.90


Takagi Sayang kisah tentang perjalanan hidup Diana Adura (Dian/Yan) dan Aznil (Takagi).  Novel ini bagaikan terbahagi pada tiga bahagian iaitu pertama; cerita semasa bertunang, kedua; semasa baru berkahwin dan terakhir; cerita selepas menjadi ibu.

 

Di episod awal cerita ini berkisar tentang pertunangan antara Dian/Yan & Aznil yang diatur keluarga itu pada awalnya tidak disenangi oleh Dian/Yan.  Aznil tunangannya yang diberi jolokan 'Takagi' kerana iras wajahnya seperrti pelakon itu, merupakan musuhnya sejak sekolah lagi.  Namun akhirnya dia terpaksa akur pada cinta yang hadir dalam hatinya.

 

Di bahagian kedua tentang mahligai perkahwinan yang dibina penuh indah tetapi kehadiran Izan 'bestfriend' Aznil yang telah berjasa mendermakan darahnya untuk menyambung nyawa Aznil suatu masa dulu, mengugat kebahagiaan mereka.  Pemergian Izan memberi sinar baru pada Dian/Yan.  Namun kegembiraan itu tidak kekal, Izan sekali lagi hadir menagih simpati, membuatkan Aznil dalam dilema, antara sayang pada isteri dan simpati pada sahabat yang banyak berjasa.

 

Di bahagian ketiga tentang hubungan Dian/Yan dengan kaum keluarga Aznil yang hadir dalam rumahtangga mereka.  Kedatangan Mak Long ibu saudara yang juga ibu susuan Aznil dan anaknya Aizan menambah kucar kacir rumahtangga mereka.  Antara permintaan suami dan mertua, dia tersepit antara rasa ingin menjaga nama baik suami dan juga meluahkan rasa hati sendiri.


Nota Saya:

 

         Membaca cerita ini macam-macam rasa yang bergolak dibenak. Kelakar, sedih, geram dan gembira, membuatkan saya terpaku untuk menghabiskan bacaan saya. Di awal cerita dengan gaya bahasa yang santai dan mencuit hati membuatkan saya senyum sendirian sementara di bahagian pertengahan hingga ke hujungnya pula mengundang rasa sebak di dada.

         Saya temui satu kelainan dari novel2 yang pernah saya baca sebelum ini, iaitu ia memaparkan "suara hati" samada Dian/Yan mahupun Aznil.  Saya suka dengan stail penulis ini kerana seolah2 saya yang berada di dalam watak itu.

 

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments