Entry: Belaian Jiwa Wednesday, May 24, 2006



Pengarang           : Nor Erny Othman
Halaman              : 347
Tahun                   : 2002
Penerbit                : Ghostwriter

Harga                    : RM15.90


Kisah tentang Ireena, seorang gadis yatim piatu, yang meratapi kehilangan tunangnya Agi. Ireena seorang yang kaya dan baik hati tetapi tidak menonjolkan dirinya dalam perniagaan yang diwarisi dari arwah ayahnya yang maut dalam kemalangan bersama ibunya. Kisah bermula apabila dia mendapat seorang jiran baru. Izhar seorang duda yang baru kematian isterinya dan mempunyai seorang anak kecil menetap dirumah milik keluarga arwah isterinya. 

 

Pelbagai peristiwa berlaku di antara Ireena dan Izhar.  Bermula dengan salah faham yang membawa kepada pergaduhan kecil sehinggalah mereka menjadi rapat.  Bermula sebagai sahabat, dalam diam timbul perasaan cinta dihati mereka. Anak kecil Izhar yang diberi nama 'Agi' (sama nama dengan bekas tunangan Ireena) memainkan peranan penting dalam perhubungan mereka.  Perhubungan ini juga telah merungkai segala rahsia dari kisah silam mereka berdua. Namun kehadiran watak Azura sebagai 'pengacau' menjadi halangan dan gangguan dalam perhubungan mereka.


Nota Saya:

 

         Novel ini banyak mengandungi kejadian yang tidak dijangka dan inilah kelebihan cerita ini.  Ada sesetengah perkara dibiarkan tanpa kesudahan.  Penulis seakan memberi ruang kepada pembaca untuk membuat tafsiran serta rumusan sendiri namun  ia tidak mencacatkan jalan cerita.

          Tak rugi saya membaca kedua-dua buku ini.  Knoor Big Smile terima kasih daun keladi...Wink

 

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments