Entry: Takdir Friday, June 09, 2006



Pemenang Anugerah Penghargaan Sayembara Novel Watan 2

 

Pengarang       : Norisah A. Bakar

Halaman          : 355

Tahun               : 2004

Terbitan           : Pustaka Nasional

Harga                : RM 32.80

 


Kisah tentang Hanani seorang gadis yang kehadirannya tidak pernah disenangi dan dipinggirkan oleh Cik Enon orang yang telah membesarkan beliau. Kemarahan Cik Enon bertambah meluap-luap apabila Hanani mendapat pembelaan dari  Danial anaknya. Hingga ke satu peringkat apabila rahsia terbongkar, Hanani bertambah tersisih sementelah Cik Enon terang-terangan menunjukkan ketidaksenangannya terhadap kehadiran Hanani dalam keluarga mereka. Kewujudannya ada sejarah pahit yang tersembunyi. Memandang Hanani mengingatkan Cik Enon pada kecurangan suami dan menambahkan lagi dendamnya pada Jamilah.

 

Pertunangan Hanani dengan Anuar adalah tanpa pengetahuannya. Anuar yang pada mulanya menentang keras namun akur dengan Takdir. Atas rasa tanggungjawap, Anuar pulang selepas 10 tahun di Amerika untuk menyempurnakan wasiat arwah nenek mereka iaitu Nek Mah dan sekali gus membawa Hanani keluar dari kemelut yang membelengu dirinya. Namun kehadiran Anuar menggugat kedudukan Danial yang dalam diam menyimpan rasa cinta pada Hanani 'adiknya'.

 

Perkenalan dengan Khalid seorang duda berpangkat ayah membawa seribu kerahmatan.  Hanani dilayan  dan dimanjai umpama anak saudara oleh Khalid menyentuh hati Hanani. Apatah lagi disaat diri dibenci oleh ibu sendiri dan tidak mendapat layanan sewajarnya dari seorang ayah. Kehadiran Khalid membuka mata Hanani akan kehidupannya yang terumbang ambing tanpa pedoman dan menyimpang dari landasan agama. Alangkah bertuahnya jika bapanya sebaik Encik Khalid, itulah harapan Hanani. "… Nani suka kalau dapat ayah macam uncle…." m/s 229.

 

Kepulangan Hanani ke kampung tempat lahirnya untuk mencari ketenangan menyingkap rahsia silam tentang arwah ibu kandungnya Jamilah dan ayahnya Ambri.  Kerana cemburu Ambri nekad meninggalkan isterinya dan menghilang tanpa dapat dikesan ekoran salah faham akan kecurangan isterinya bersama Rauf. Kemelut yang melanda Jamilah menyebabkan beliau merana dan maut selepas melahirkan Hanani.  Hanani cekal dan pasrah dengan takdir yang telah tersirat dan tersurat buatnya.  

Pertemuan Khalid dengan Anuar menyedarkan Ambri akan kekhilafan diri. Ambri muncul menampilkan diri setelah hampir 20 tahun menghilangkan diri dan sekaligus merungkai segala kemelut yang menimpa Hanani.


Nota Saya:

·         Tatkala menatap naskah pemberian Kak nOOr ini, berbagai-bagai rasa yang bergolak di dada.  Saya jadi kasihan pada Hanani, namun dia cekal dan tabah mengharunginya.

·         Saya suka dengan watak Hanani kerana dia digambarkan sebagai seorang gadis yang berpijak pada realiti. Hanani tidak terlalu sempurna tapi kesederhanaan Hanani menjadikan beliau seorang gadis yang istimewa.

·         Saya teruja pada aura Hanani yang "girl power" ia mampu membuat Danial tidak keruan. Apatah lagi apabila Hanani pulang ke kampung bersama Anuar dan langsung bercuti selama seminggu.  (m/s  269) Best betul part tu...Big SmileWink

 

   11 comments

nor ash burn
June 23, 2006   01:26 PM PDT
 
nawwir, terima kasih kerana suka TAKDIR. mesti knoor yg hadiahkan buku tu, kan? knoor mmg pemurah.
nawwir
June 23, 2006   07:56 AM PDT
 
Adoi............. betul2 TAKDIR

Takdir penentu segalanya, manis jalan cerita takdir, mungkin semanis wajah hanani yang sejuk dan ikhlas.....
Nawwir suka dengan ending nya, penutup kepada kesimpulan TAKDIR itu, takdir perjalanan hidup Hanani.

Takdir juga membawa makna yang mendalam pada nawwir kerana ia hadiah pemberian IKHLAS seseorang yang kami dipertemukan... juga kerana takdir... Terima KAsih ya. *kenyit mata sikit kat org tur*
Million thank 2 U. Tak tau nak balas apa..... mungkin nanti... tapi bila ya.
adhan
June 21, 2006   02:45 PM PDT
 
baru dapat smlm..belum baca sbb tgh baca alyana
wan amalyn
June 16, 2006   03:13 PM PDT
 
nawwir... dah dapat buku tu... baca dan bleh le join komen kat sini...

:p
nawwir
June 16, 2006   08:29 AM PDT
 
ooo... kak noor dan wan dok cite dua2 orang jer... mentang2 lah kita tak dapat lagi buku tur.......
*kesat ayar mata* huu...hu...hu.....
wan amalyn
June 10, 2006   08:53 AM PDT
 
nor ash... mmg ada Joeseph yg menanti... tp Joeseph tu tak sesuai lah ngan hanani.. nanti dah le hanani masih lagi terumbang-ambing, sapa nak membimbing dia...

nor ash.. pasal gambo tu... eee malu le *tutup muka* ye ke si Amalyn tu secantik bondanya?? rasanya si bondanya yang secantik Amalyn.. ahaks..
nor ash burn
June 9, 2006   06:47 PM PDT
 
seronok sungguh mendengar awak berdua berdiskusi, wan dn knoor. mmg ramai yg berebutkan si hanani nie. antara danial dn anuar, kedua mereka memang sepadan untuk hanani. tp jgn lupa ada joeseph yg sedang menunggu dng setia. jengjengjeng.

wan, terima kasih kerana sudi review takdir jgk. tak sangka ia berkesan pada ramai org. sy pun masa menulis citer nie agak terbuai perasaan. knoor, kalau air mata knoor dah tumpah kerana hanani, air mata sy yang dulu membanjiri jiwa sy ketika itu. alahai.

wan, terima kasih jugak di atas kiriman photo tu. tak sangka wan lebih cantik dr apa yg saya sangka. dan anak kecil itu secantik bondanya.
wan amalyn
June 9, 2006   02:00 PM PDT
 
knOOr... konon2 nak jual mahal le tu... nak test power... pas tu dia yg ter'jatuh' cinta lak...
Kan nOOr
June 9, 2006   01:54 PM PDT
 
Wan bukan king control.... caringlah.. kaknOOr pun minat kat anuar gat tapi mula2 tu sombong sikit kan
wan amalyn
June 9, 2006   01:53 PM PDT
 
kaknOOr.... tp wan suke nani dengan Anuar... cool aje... klu dapat yg macam danial... nanti kena king control... hahaha... :p
Kan nOOr
June 9, 2006   01:48 PM PDT
 
Wannnnnn cita rasa kita serupa....knoor pun suka part tu gelabah semacam aja danial bila anuar & nani turun dari kete terus tarik tangan nani bawa masuk

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments