Entry: Tanah Andriyana Monday, June 12, 2006




Dendam, permusuhan dan irihati menjadi intipati dua percintaan dalam dua generasi berbeza. Adakah kerana ketulusan dan kebersihan hati Andriyana akhirnya dendam yang tiada berpunca itu terurai. Adakah juga keluhuran dan kesucian cinta Ku Ahmad Fitri dan Andriyana mengalunkan satu rantai perasaan pada Fitri Hadi dan Aliya agar mereka membaja benih kasih sayang serta cinta yang telah disemai oleh nenek moyang yang cintanya terkubur di dasar lautan. Ada betulnya pepatah melayu benih yang baik kalau dicampak ke laut akan menjadi sebuah pulau yang indah. Mungkinkah perhubungan Aliya dan Fitri Hadi adalah pulau cinta Andriyana dan Ku Ahmad Fitri yang sekian lama terkubur di dasar itu.

Dendam yang dicipta oleh sejarah nenek moyang menghukum cinta dan kasih sayang. Mengapa perlu manusia bermusuhan dan berdendam. Kadang kala kita tidak sedar bahawa dendam dan kebencian itu membawa kepada petaka yang besar. Ia merupakan realiti hidup pelbagai bangsa di dunia.

Penulis mengupas permasalahan dendam dan iri hati dengan indah sehingga pembaca terleka mesej sebenar yang disampaikan. Bagiku isu ini dikupas dan dihidangkan dengan begitu cantik sehingga ia dapat mengetengahkan pelbagai gambaran yang boleh menambah ilmu pembacanya. Penulis juga membawa kita kepada pelbagai lokasi menarik seperti pulau lagenda, resort yang indah, kota Inggeris serta ke pulau jawa. Juga bagiku kupasan isinya bukan hanya untuk bacaan santai tapi padat dengan isu-isu penting, dendam dan iri hati adalah penyakit jiwa yang selalu menghitamkan hati manusia. Tanah Andriyana dilatarkan dengan panorama yang sungguh indah juga diselit dengan gaya hidup putri keturunan jawa. 

Kesimpulan yang dapat ku zahirkan di sini, isu permasalahan dendam dan irihati dilukis di atas kain kanvas dengan palitan warna yang pelbagai menghasilkan lukisan yang tidak ternilai indahnya, juga memberi seribu satu pengertian kepada mereka yang mengerti dan memahami keindahan lukisan Tanah Andriyana.

 

   14 comments

wan amalyn
June 16, 2006   02:52 PM PDT
 
Ye ke kaksu... citer ni tidak mendapat sambutan??
kerana dengan cerita ini wan kenal kaksu... dan kerana cerita ini juga wan kenal erti sebuah persahabatan yang unik... walaupun hanya di alam maya tapi wan terasa betapa kaksu dekat dihati wan.

:p sayang kaksu
kaksu
June 16, 2006   08:50 AM PDT
 
nawwir,
terasa... kalau masih ada waktu... ingin sekali lagi menulis tentang rahsia tanah andriyana... tulis dengan tenang & tidak terburu-buru mengejar 'dateline' seperti mana novel tanah andriyana tu.

terlalu banyak perkara yang tertinggal di sana... sehingga terpaksa menulis untold storie lah pula di blog... nawwir TA II tu adalah rancangan kaksu untuk menyambung cerita TA...

bagaimanapun, TA adalah antara novel kaksu yang tidak mendapat sambutan... tajuknya? ceritanya? sampul depannya? entahlah... yang pasti rezeki kaksu sudah tertulis begitu.

terima kasih nawwir...
nawwir
June 15, 2006   05:27 PM PDT
 
Baru selesai baca TA untold story.... terubat rindu pada Aliya dan Hadi , Aduh... indahnya kasih sayang 2 merpati ini.

Nawwir terjatuh... jatuh hati pada ayat "TELAGA CINTA"

betapalah indahnya lukisan hasil lakaran 4 jiwa.... romantiknya.

Kak su kalau berpeluang nawwir nak jugak tengok dan menikmati lukisan Telaga Cinta Andriyana-Fitri Aliya-Hadi, nawwir hanya dapat bayangkan... teringin rasa nak lihat lukisan sebenar....

Dalam redup hutan khatulistiwa, dengan rembesan cahaya mentari yang memancarkan sinarnya dari celah2 kehijauan pohon rendang pantulan kilauan terbit mengindahkan telaga itu.

Aduh....
Em
June 12, 2006   07:31 PM PDT
 
sy beli buku ni kat gerai sebelah kantin... suka sangat2 dan terus curi baca dlm ofis. dah cari merata tak jumpa. lama baru nmpk pokcik minerva tu keluarkan stok dia...huh

nawwir tulis bestlah..rasa nak baca balik cerita hadi & aliya ni

kaksu
June 12, 2006   05:57 PM PDT
 
nawwir sayang,

terima kasih, untuk review yang manis & indah :) kaksu sedang membaca hati nawwir melalui air tangan nawwir yang ini :p

terima kasih jugauntuk dinda-dinda & kanda yang berkicau di sini...

sebeanrnya, sisipan Tanah Andriyana... kaksu sematkan di blog http://noorsuraya.blogdrive.com di bahagian 'untold sorie'

apa yang lebih indah pabila kita menulis, ialah apa yang kita tulis... tersimpan di hati 'mereka' yang membaca

terima kasih buat 'mereka' yang sudi menjadi adik-adik kaksu yang manis :) selama ini

noor suraya a.k.a kaksu
nawwir
June 12, 2006   04:44 PM PDT
 
Tanh andriyana , betul2 mencuit rasa, menyentuh perasaan.... dalam tawa kita kepada Aliya kita boleh bersedih mengenangkan perjalanan hidup Andriyana. Banyak rasa yang kak su curi disini.... bukan mudah yang menghasilkan pelbagai rasakan. ... macam ikan 3 rasa pulak.
cwazy wabbit
June 12, 2006   04:34 PM PDT
 
wabbit pon suka watak Aliya.. nakal!
:P
wan amalyn
June 12, 2006   04:07 PM PDT
 
sapa...? si pink nak potong gaji bibik nOOr..? bak sini wan marah dia... :p
KaknOOr
June 12, 2006   03:52 PM PDT
 
Wan high 5 gan wan tadi nak tulis alia macam pink masa kecil comel & nakal tapi takuuuuutttt kena potong gaji bibik nOOr
wan amalyn
June 12, 2006   03:50 PM PDT
 
hahahaha *sambung gelak nawwir* agaknya klu si pink dia mesti colourkan warna pink...
nawwir
June 12, 2006   03:42 PM PDT
 
wa kakkaka.........

bayangkan pink colorkan kucing si Fahim..... boleh pecah perut nie....
wan amalyn
June 12, 2006   03:21 PM PDT
 
knOOr... wan imagine aliya masa kecik sama ngan pink time kecik... hehehe... nakal & comel :p

Dr Fahim ke namanya?? wan pun ingat2 lupa ar... *garu paler*
KaknOOr
June 12, 2006   03:10 PM PDT
 
kaknOOr suka kat dr yg pakai cermin mata tebal tu...lupa arr nama dia Alia gelar dia mata..... apa arr. Sayang kat watak Alia masa budak2 gambarkan seorang budak yang comel sangat...
wan amalyn
June 12, 2006   02:38 PM PDT
 
buku pertama kaksu yang wan baca dan wan jadi jatuh cinta pada si Aliya yang nakal, si Hadi yang serius... malah mak si Aliya Wan Mariam pun orang Pasir Pekan, *jiran sekampung...* :)

Dan dari buku ini wan jatuh cinta pada karya2 kaksu... :p

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments