Entry: Aylana Wednesday, June 14, 2006



SAYA INGIN MERAKAMKAN JUTAAN MAAF SAYA PADA PENULIS DI ATAS KEKHILAFAN SAYA

 

Pengarang       : Manaf Hamzah

Halaman          : 819

Tahun               : 2005

Terbitan           : Pustaka Nasional

Harga                : RM63.00


Kisah tentang perit getir perjalanan hidup Aylana Nadira Duyal selepas kehilangan kedua orang tuanya akibat kemalangan. Aylana anak gadis Saudagar Ekram Duyal dan Dalya Akurgal mewarisi harta yang ditinggalkan oleh bapanya. Kemunculan Katife Sevki yang mendakwa diri adalah isteri kedua Saudagar Ekram merubah hidup Aylana.  Pelbagai usaha dilakukan oleh Ketife Sevki dan suami barunya Saudagar Galip Fahrettin untuk menyingkirkan Aylana sekaligus merampas harta tinggalan Saudagar Ekram. Paling malang, Aylana dipaksa kahwin dengan seorang penjenayah yang sepatutnya menjalani hukuman pancung. 

 

Perkahwinan paksa antara Aylana dan Ruzgar menjadi titik tolak kepada rentetan peristiwa dan kejadian yang tidak di sangka-sangka. Bermula episod suka duka Aylana setelah sah menjadi isteri Ruzgar.  Kejadian culik Ruzgar angkara Galip dan memfitnah Aylana sebagai dalang adalah semata-mata untuk membuatkan Ruzgar marah dan berdendam sekaligus membuatkan hidup Aylana dalam buruan. Kisah pergolakan dua jiwa berhati batu yang cuba menidakkan perasaan masing-masing.

 

Akibat salah faham hubungan Aylana dan Sahra bergolak.  Akibat dengki dan dendam, Saudagar Remzi Ozkan diperdaya oleh sahabat karib sendiri dan akibat hasad dengki juga Ruzgar dikhianati oleh sahabat karibnya. Kehadiran Tuzun menghuru-harakan lagi keadaan. Siapakah Tuzun? Pelbagai persoalan dan konflik yang timbul. Apa kesudahan hubungan Aylana dan Ruzgar yang terpisah?

 


Nota Saya:

 

·         Kisah berlatarbelakangkan Negara Turki dan pengunaan nama watak yang pelik-pelik.

·         Banyak adegan culik menculik dan saya menjadi geram… bila masanya Aylana dapat mengenali suaminya? Namun inilah kelebihan novel ini, membuatkan saya tidak sabar untuk mengetahui kesudahan ceritanya.

·         Penulis perlu sediakan glosari kerana terdapat beberapa perkataan yang jarang digunapakai dan tanpa bantuan glosari membantutkan penumpuan kerana terpaksa berhenti untuk mencari maknanya.

·         Penulis masih lagi menggunakan bahasa dulu-dulu sesuai dengan tema dan latar cerita zaman pedati dan kapal dagang serta zaman lanun masih lagi berleluasa. Apabila membaca novel ini kita dibawa mengembara ke zaman kegemilangan Sinbad *mengikut kata kaknOOr* Tongue Big Smile

·         Novel ini masih lagi menonjolkan perkahwinan secara paksa antara watak Hero dan Heroinnya.

·         Penulis amat gemar menggunakan perkataan terpisat-pisat, menyebabkan saya terpisat-pisat untuk menghabiskan bacaan saya. Wink

·         Sebuah novel cinta yang lain daripada lain yang pernah saya baca.

   3 comments

adhan
June 21, 2006   02:42 PM PDT
 
petang smlm balik je tengok alyana dah sampai tapi belum baca lagi sebab buku tebal kena cari masa yang sesuai..kena habis mlm tu jugak kalau dah stop nanti tak menjiwai...
wan amalyn
June 20, 2006   05:31 PM PDT
 
adhan.... selamat membaca... anda akan ketemu dengan sebuah karya lain dari yang lain... :p

adhan
June 20, 2006   03:47 PM PDT
 
tak sabar nak tunggu alyana kiriman kak em..*pinjam je pun*

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments