Entry: Bila Sena Kembali Berbunga 2 Tuesday, July 04, 2006



Pengarang          : Amaruszati Noor Rahim

Halaman              : 696

Tahun                   : Cetakan Kelima June 2003

Terbitan              : Diwangsa Publications & Distributors

Harga                    : RM27.90


"Pelamin airmatanya menjadi tugu di taman percintaan"

 

Bagai kuntum sena yang mewarnai halaman hari; memutik, mekar dan berguguran, demikian ia saling memperlengkapkan jalinan luka kasih Afikah dan Zakri.  Ia pernah mewangi tapi bagai angin waktu, datang dan perginya tetap harum dan pedih yang menuntut kepasrahan Afikah.  Keikhlasan, kesabaran dan keredhaan hati wanitanya, membenih sena yang tidak akan gugur lagi...

 

*******

 

Novel ini adalah kesinambungan dari novel Bila Sena Kembali Berbunga terbitan Creative tahun 2004 (cetakan ketujuh) di mana ia menyingkap kisah perhubungan Zek dan Afikah yang bermula di alam persekolahan sehingga membawa mereka ke alam rumahtangga.

 

Kisah yang bermula dari penolakan mama Zek untuk menerima Afikah sebagai menantunya sedikitpun tidak mematahkan semangat Afikah untuk mengasihi dan menghormati Datin Salmah seikhlas hati sebagai ibu mertuanya. Alam rumahtangga yang dibina atas dasar kasih sayang dan saling mempercayai membuatkan Afikah tegar menghadapinya.

 

Harapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.  Begitulah perjalanan hidup dan rumahtangga Afikah. Kesabaran dan kesetiaannya diuji apabila Zek ditangkap basah. Serasakan seluruh kepercayaannya dikhianati. Namun Afikah redha dan tabah menghadapi ujian.  Benarlah setiap kejadian ada hikmah yang tersembunyi. Rentetan dari kejadian itu telah merubah tanggapan dan layanan ibu mertuanya. Afikah menjadi menantu kesayangan Datin Salmah.

 

Dalam kekalutan untuk membuktikan kesempurnaan seorang isteri, Afikah diuji lagi apabila beliau keguguran akibat perbuatan khianat orang ketiga. Kesetiaan dan kepercayaan pada sang suami menjadi goyah bila cinta suami beralih arah. Kehadiran orang ketiga di antara Afikah dan Zek benar-benar mengundang simpati, hiba dan geram.

 

Namun hukum karma… setiap perbuatan yang baik pasti mendapat ganjaran yang baik dan sebaliknya setiap perbuatan yang jahat akan mendapat balasan yang setimpal.  Dengan setiap dugaan dan rintangan yang berlaku dalam hidup Afikah berjayakah Afikah menghadapinya?? Sedarkah sang suami akan kealpaan diri??


Nota Saya:

 

  • Saya mengambil masa seminggu untuk menghabiskan bacaan saya, bukan kerana bosan tetapi saya terpaksa memujuk hati dan perasaan saya supaya bertenang.  
  • Hati saya jatuh kasihan pada Afikah yang penyabar, malah saya turut berhati walang tatkala sang suami lupa jalan pulang, lupa pada isteri dan anak. Hati jadi geram dan menyampah pada Julia yang ego dan bongkak.  
  • Banyak ikhtibar dan panduan yang boleh dikutip sebagai panduan hidup berumahtangga.  
  • Tatkala patah perkataan terakhir ternoktah… hati saya turut puas..!!!

 

   5 comments

kaknOOr
July 6, 2006   11:42 AM PDT
 
Afiqah tu digelar payung mas.... Buku ini byk pengajaran. Kak Noor ambil itibar tu dan kasi pada kawan knoor yang hidup bermadu alhamdullilah ia berjaya.....
nor ash burn
July 5, 2006   04:35 PM PDT
 
amin.... lia! jdlah isteri yg baik serta taat pd suami.
lia
July 5, 2006   12:33 PM PDT
 
wan... saya dah baca buku ni beberapa tahun lepas.. memang best dan menyayat hati. yang paling penting kita sama2 benci pada julia..

selepas membaca novel ini juga membuatkan saya terfikir sesuatu *disebalik kebahagian berumah tangga rupanya kdg kala akan di landa badai* saya pun pernah bertekad.. bila saya pun dah berumah tangga nanti.. ingin sekali saya jadi seorang isteri sesetia Afiqah
wan amalyn
July 5, 2006   09:22 AM PDT
 
nawwir.... *tutup muka* malu ar... wan masih lagi tidak dapat mengatasi bahasa puitis nawwir... :P

Baca ar buku ni banyak pengajaran yang dpt dikutip sebagai panduan dan pedoman.
nawwir
July 5, 2006   07:28 AM PDT
 
Wow........

Wan... puitisnya bahasamu, ahaks. Dah boleh berjinak2 untuk menulis yek.
Nawwir belum baca lagi buku nie... teruja juga bila baca preview wan, tak sabar menanti preview yg lain pulak.

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments