Entry: Sutera Demi Aishah Wednesday, July 12, 2006



Pengarang           : Faranina Zulfar

Halaman              : 252

Tahun                   : 2003

Terbitan               : Kreatis Medialoka Sdn Bhd

Harga                    : RM15.90


Mereka mungkin baru bertemu, tetapi seolah-olah sudah berabad-abad diketemukan. Mereka mungkin baru sahaja mengenali cinta, tapi seperti sudah berkurun-kurun menjadi pencinta. Mereka seolah-olah pasangan misali yang telah dimakbulkan di syurga naluri, menunggu masa untuk diijabkabulkan di bumi hati. m/s 27

 

Sutera Demi Aishah adalah sebuah kisah cinta agung Jefri dan Sutra. Cinta pandang pertama yang membawa mereka ke jinjang pelamin. Tatkala hari bahagia tiba Jefri terpaksa pulang ke Malaysia meninggalkan isteri tercinta bersama sumpah dan janji untuk kembali. Namun tiada siapa yang mampu melawan takdir, Jefri dipaksa berjanji untuk mengahwini Ros sepupunya. Hatinya kecewa, jiwanya nanar terkenangkan si isteri yang ditinggalkan di bumi Indonesia.

 

Demi seorang suami yang dirindui dan dikasihi, Sutra tegar mengharungi gelora selat melaka. Segala jerih perih dan pahit getir tidak pernah mematahkan semangatnya untuk bertemu sang rajuna hati. Ketika mereka diambang bahagia, badai datang melanda. Si isteri tanpa rela dihantar pulang dan tinggallah si anak sebagai lambang dan bukti cinta kasih pada sang suami. Jefri yang separuh nanar ditinggalkan, nekad untuk membawa Sutra pulang kepangkuan tapi malang maut datang menghalang.

 

Sutera Demi Aisyah, adalah sebuah kisah tentang nilai persahabatan dan pengorbanan seorang sahabat. Kasih misali sebuah persahabatan yang bertunjangkan pengalaman, bersejarahkan kemiskinan dan berpaksikan persaudaraan. m/s: 64.  Itulah lambang sebuah persahabatan antara Jefri dan Iskandar.

 

Sutera Demi Aisyah adalah sebuah kisah sedih si anak tatkala tahu yang dirinya anak angkat. Desakan naluri dan keinginan hati untuk bertemu muka dengan ibu kandung, Aisyah nekad ke Indonesia menjejaki ibu yang tidak pernah dikenalinya. Bersama Iskandar Papanya dan dengan janji pada mamanya untuk kembali setelah bertemu apa yang dihajati.

 

Sutera Demi Aishah, bukan sekadar sebuah kisah cinta,  tetapi ia sebuah pengalaman unik dalam mencari pengertian cinta, kasih sayang dan kehidupan yang hakiki.


Nota Saya:

 

·         Pertama kali saya tatap karya Faranina Zulfar… sungguh puitis dan indahnya gaya bahasa yang digunakan.

·         Saya hanya mengambil masa sehari untuk menghabiskan bacaan saya. Tak sanggup rasanya nak berhenti kerana saya jadi kasihan pada nasib Jefri dan Sutra yang malang, teruja ingin tahu apa yang terjadi pada Sutra selepas menyaksikan sendiri kekasih hati mati di depan mata.

·         Kerana cinta itu pengorbanan… pengorbanan Eddy demi Reni, pengorbanan Reni demi Iskandar, pengorbanan Iskandar demi Aisyah dan pengorbanan Aisyah demi Sutra… tapi berbaloikan pengorbanan mereka…?? Itu anda yang tentukan…!!!

·         Terima kasih Em untuk sebuah karya yang begitu indah… Tongue

 

   3 comments

kaksu
July 17, 2006   12:54 PM PDT
 
orang pun dah beli yeyeye... *jeling kat em yang jadi promoter buku farahnina* tapi belum baca lagi... ada tugas agung nak siapkan :( orang beli semua... kecuali apa? kena tanya em ni... dai yang tolong belikan... tQ wan, tQ em... nawwir meh kita maraton membaca
wan amalyn
July 12, 2006   12:42 PM PDT
 
kawan wan si wanZ baru pinjam... *jeling2 kat Em* baca ar best buku ni...
nawwir
July 12, 2006   12:23 PM PDT
 
Wan........
Teringin rasanya nawwir nak baca buku ni..... puitis sungguh bahasanya....

Aduh...

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments