Entry: Jejak-Jejak Songsang Monday, July 24, 2006



Pengarang           : Abdul Rahim Awang

Halaman              : 238

Tahun                   :

Terbitan               : Creative Enterprise Sdn Bhd

Harga                    : RM13.90


Jejak-Jejak Songsang adalah kisah tentang pergolakan dan konflik yang berlaku dalam perkhidmatan polis.  Kisah tentang pegawai polis yang korup. Kelurusan dan kejujuran anggota bawahan menjadi mangsa. Apabila kuasa dan kekayaan saling mengambil tempat, nilai-nilai murni serta kejujuran menjadi galang gantinya.

 

Kisah bermula dengan penahanan kerja Inspektor Farid tanpa sebarang penjelasan yang nyata dari orang atasan. Farid yang dibesarkan dalam keluarga yang berpecah belah dan ketandusan kasih sayang, baginya hidup perlu patuh pada peraturan dan undang-undang, tanpa di pengaruhi oleh kuasa dan nama. Sebagai seorang anggota polis yang jujur dan dedikasi beliau cuba untuk mengurangkan kadar jenayah yang semakin berleluasa tanpa menyedari tindakannya bakal mengundang bencana pada diri dan keluarganya.

 

Hisyam, baginya kepuasan dan kebahagian boleh dibeli dengan wang ringgit. Apabila diri ketandusan kasih sayang dan perhatian yang sewajarnya, dia cuba mencari kebahagiaan dan keseronokan di luar rumah tanpa menyedari akan kesan dan akibat dari perbuatannya itu bakal mengundang bencana pada diri sendiri.

 

Pertembungan antara menegakkan keadilan dengan mengaut keuntungan tanpa menghiraukan kepentingan awam. Percaturan mereka melibatkan kuasa dan undang-undang, antara pengaruh dan kebenaran, antara kesepian dan kasih sayang yang akhirnya menyeret Chua Poon Soon, Datin Salmah, Datuk Adnan, untuk membuat perhitungan.


Nota Saya:

         Saya teruja untuk membaca novel ini apabila Em & knOOr beriya-iya mempengaruhi saya untuk membacanya. Big Smile

         Abd Rahim Awang sememangnya sinonim dengan cerita tentang kegiatan penjenayah dan kepolisan, dan novel ini tidak berkecuali. Hasil karya A.R.A. ini tidak mengeciwakan saya yang sememangnya menggemari hasil tulisan beliau. Sekurang-kurangnya jika saya mahu lari dari cerita "fairy tales stories", karya A.R.A. adalah pilihan terbaik bagi saya.

         Banyak informasi tentang dunia kepolisan baik dari segi kerja mahupun akta-akta yang sebelum ini tidak pernah saya ambil peduli, dapat saya ketahuinya.

         Tapi bagi sesiapa yang hanya berminat dengan cerita2 Cinderella ini bukan buku anda.!! Smile

 

   1 comments

kaksu
August 1, 2006   03:59 PM PDT
 
kalau tak salah cerita ini dijadikan skrip drama tv...

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments