Entry: Kau Laksana Bulan Tuesday, August 15, 2006



    Pengarang       : Aina Emir

    Halaman          : 526

    Tahun             : 2006

    Terbitan          : KarnaDya Solutions Sdn Bhd

    Harga              : RM19.90


"Kau laksana bulan yang menyinari hidupku……

dan akulah punggukmu yang sanggup menanti sang bulan tersenyum di langit"

 

Aku tidak melihat cintamu dengan sepasang mataku…

Aku menyuluhnya dengan mata hatiku…

 

Kisah tentang Adrianna seorang penulis novel ala Sandra Brown yang menulis cerita bercorak thriller romance. Dunia penulisan yang diterokainya mewarnakan lagi dunia realitinya yang sampai ke satu peringkat telah melumpuhkan semangatnya untuk terus berkerjaya.

 

Namun dunia cinta Adrianna tidak seindah seperti yang digarapkan dalam setiap novelnya. Cintanya penuh dengan onak dan duri. Perkenalannya dengan setiap lelaki yang berjaya mencuit hati wanitanya seringkali menemui jalan perit. Syafik jejaka pertama yang menjadi kekasih hati, Razif jejaka yang berjiwa puitis, Firas 'hero' dalam novel ketiganya serta Eizlan jejaka misteri, menjadikan hidup Adrianna sering bergelora.

 

Dengan tekanan dari ibu yang mahukannya berkahwin, dengan umpat keji jiran tetangga, berjayakah Adrianna menempuhi setiap cabaran dan dugaan yang mendatang.? Siapakah jejaka yang berjaya mengikat hati dan seterusnya mengahwini Adrianna.?

 

****

 

Kau Laksana Bulan merupakan karya ketiga Aina Emir bersama karnaDya Solutions selepas Aura Cinta dan Semalam ku Bermimpi. Eksperimen penulis dalam memaparkan cerita berbentuk suspense thriller di dalam cerita agak menarik dan unik. Karya ini memperlihatkan kematangan penulis dalam memperkembangkan plot cerita, walaupun di awal cerita agak membosankan dan sedikit sebanyak mematahkan semangat saya untuk membaca. namun cerita menjadi menarik setelah Adrianna berkenalan dengan ‘hero’ untuk novel ketiganya. Satu cerita yang lain daripada yang lain dan agak menarik untuk diikuti sehingga ke noktah akhir.

 

   10 comments

spectacularwave
February 18, 2007   09:25 AM PST
 
hehehe maybe lepas ni nak baca buku ni pula.. lepas baca review wan rasa bersemangat nak baca... hajat di hati memang dah lama ada... review wan ni membuatkan lebih berkobar-kobar..
nawwir
August 17, 2006   05:50 PM PDT
 
kau laksana bulan tinggi di atas kayangan................
nawwir
August 17, 2006   09:11 AM PDT
 
Betul ruby... wan nie wat malu2 pulak.
wan amalyn
August 16, 2006   02:56 PM PDT
 
Ruby... *tutup muka*
malu ar... macam ni dia kata ada kelas... ruby patut baca preview nawwir... bahasa dia lagi puitis... mcm langit dgn bumi... :D

masih byk lagi yang nak kena belajar dr ruby & nawwir... sudilah kiranya terima diriku sebagai anak murid mu... ;)
ruby
August 16, 2006   02:22 PM PDT
 
wan,
mmg layak dah jadi penulis kan nawwir...bhsnya dah ada kelas. wan, buku ni ruby baru start baca smlm...tapi entah nape ler, ruby ni kura2 betul kalu baca buku.
nawwir
August 16, 2006   08:31 AM PDT
 
Wan.......... syabas

Bahasamu semakin bagus banget,
teruja nawwir nak membacanya.....

tapi apakan daya, niat di hati nak mengapai bintang di langit malangnya tangan tak sampai.... Aduh.
wan amalyn
August 15, 2006   03:42 PM PDT
 
knOOr... ada satu part yg betul2 berlaku kat wan... kereta Adrianna accident gara2 abangnya... tp wan oleh adik ipar... perasaan masa tu... tak bleh nak cakap... sampai nangis dlm tidur... :(
nuyun
August 15, 2006   02:34 PM PDT
 
baguskan citer tu..memang rugi kalau tak baca sampai abis.
wan amalyn
August 15, 2006   01:15 PM PDT
 
betul tu knOOr... bila dah syok... langsung tak boleh nak stop... :D
kaknOOr
August 15, 2006   01:10 PM PDT
 
Permulaan agak slow menarik selepas Andrianna terduduk atas pangkuan Firas semasa dlm train. Suspen bila peminat fanatik tu muncul...... Satu cerita lain daripada yg lain teruja nak membaca sehingga ke akhir.

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments