Entry: Menyemai Cinta Tuesday, August 22, 2006



Pengarang          : Iffa Irdina

Halaman             : 610

Tahun               : Cetakan Kedua April 2006

Terbitan             : Nylea Publishing

Harga                : RM21.90


Cintaku terlalu mahal harganya…

 

*****

 

Kisah tentang kegigihan dan ketabahan Anissa di dalam mengharungi hidup bersama ibu dan 2 orang adiknya selepas kematian ayah. Seorang gadis remaja yang masih dibangku sekolah terpaksa bekerja keras dan mengenepikan keseronokan hidup seorang remaja demi untuk membantu ibu. Namun dia pasrah dan redha dengan takdirnya.

 

Kehadiran Syed Farhin secara tidak sengaja selepas berlaku satu insiden telah merubah hidupnya. Cinta baginya adalah sesuatu perkara yang asing. Dia tidak pernah bermimpi untuk mencari cinta kerana matlamatnya adalah satu untuk berjaya dan mengubah nasib keluarganya.

 

Untuk mengelakkan kejadian hitam yang pernah berlaku dalam hidupnya berulang, menyebabkan permintaan si ibu agar dia menerima lamaran yang datang membuatkannya kecewa. Seakan terhenti dunianya. Namun atas rasa kasih terhadap ibu mengatasi segalanya, lamaran itu diterima.

 

Dia cuba untuk menerima dan menyintai tunangnya, dan dia teruja dengan kasih yang dihulurkan. Terlalu luhur cinta itu. Terlalu indah pula nikmatnya… membuatkan dia terlalu mensyukuri kurniaan ilahi yang satu itu. Namun tatkala hidupnya diambang bahagia, tersingkap sejarah hitam ibunya. Seakan lumpuh hidupnya. Dan jujurkah si tunang menerima dirinya seadanya.

 

*****

 

Menyemai Cinta adalah novel pertama terbitan Nylea Publishing yang saya baca. Saya begitu teruja untuk membacanya setelah tertarik dengan covernya yang simple dan cantik [salah satu kriteria saya pabila memilih novel untuk dibaca adalah COVERnya walaupun saya tahu itu bukan kriteria utama memilih novel bermutu] tambahan pula dengan recommend kawan2 yang telah membaca novel ini. 

 

Ternyata ia tidak mengecewakan saya.  Sebuah kisah kehidupan yang 'sukar' terpaksa ditempuhi oleh Annissa. Walaupun hampir 60% cerita berkisar tentang alam persekolahan [salah satu scene yang saya tidak gemar~cerita alam persekolahan~ adakah sebab saya dah berusia??] Namun apabila saya mula membaca karya ini saya begitu tertarik. Dengan gaya bahasa yang santai dan bersahaja, dengan pelbagai insiden yang berlaku serta watak hero juga menarik hati saya. Digambarkan sebagai seorang yang matang dan berusia [31 tahun dah tua ke?]. Namun kadang-kala Syed Farhin tidak dapat lari dari bersikap kebudak-budakan apabila bersama Anissa. Penulis pandai bermain dengan emosi pembaca. Sehinggakan saya turut merasa keseronokkan dan keasyikan di alam percintaan.  

 

Sebuah karya yang santai dan tak rugi saya membacanya.

 

*ini hanyalah 'rasa' yang saya baca dalam novel ini*

 

   5 comments

nia
July 20, 2008   09:20 AM PDT
 
mmg best sesgt...klu bleh nk bce tiap2 ari...
nurul
August 24, 2006   05:34 PM PDT
 
ok kak...thanks bebanyak yer..
wan amalyn
August 22, 2006   05:04 PM PDT
 
nurul...
buku ANGGERIK DI TANGKAI MAWAR cuba tanya kat MPH... ari tu ada nampak buku tu kat kinokuniya KLCC.. tak pun call Pustaka Nasional Sri Gombak 03-61889605 buat pembelian melalui pos..

klena...
hehehe... ya tak ya gak ek... sapa yang nak ngaku dah ber 'usia' ek.

:D
klena
August 22, 2006   04:42 PM PDT
 
wan ...kalau tanya kepada yg dah melepasi usia tu...ada kemungkinan *tidak* ada lah jawapan nya..tapi cuba tanya kepada yg berusia belasan dan awal 20'an....memang jawab nya ada lah *ya*......just my 2 cent ;)
nurul
August 22, 2006   04:25 PM PDT
 
akak..nurul nak dapatkan novel anggerik di tangkai mawar.macam mana ek???

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments