Entry: Hadirnya Cinta ... Monday, September 04, 2006



Pengarang:        Norhazriana Abdullah

Halaman:          481

Tebitan:            Creative Enterprise Sdn Bhd

Harga:              RM 22.90


Buku ini mengisahkan perjalan sebuah percintaan yang menghadapi denai-denai cabaran, dugaan dan rintangan yang teramat menguji keutuhan sebuah hubungan percintaan yang ikhlas dan atas dasar cinta yang sebenar. Watak-watak penting didokong oleh Aliya, Zaidi dan Haikal.

 

Dalam diam Aliya menyimpan perasan terhadap Abang Adinya sehingga membawa hati ke kota London. Perasaannya itu merupakan cinta pertama yang berputik sejak kecil yang mula dirasa pada usia 17 tahun.

 

Cinta pertama terlalu sukar untuk dilupakan , adakah ianya benar  atau hanya satu garisan maya yang dicipta manusia . Mampukah cinta pertama ini menjadi sekebal Tembok China untuk dipertahankan . Antara yang pertama dan kedua yang mana tidak mampu dilepaskan dan lebih perit untuk dikorbankan.

 

Menariknya buku ini kerana ia banyak melukis ciri-ciri penting sebuah percintaan yang sempurna , perasan mencintai, pengorbanan, kasih sayang antara insan yang akhirnya membuahkan perasaan, cinta pandang pertama , kepercayaan antara dua hati juga keikhlasan. Namun percintaan ini tidak dapat lari dari anasir negatif antaranya hasad dengki dan dendam kesumat yang mempalitkan warna-warna hitam dalam perjalanan cinta itu.   

 

Dalam kisah percintaan ini, saya tertarik dengan watak Haikal yang dilakarkan penulis, seorang lelaki yang tidak terlalu perfect tetapi cukup pada tempatnya sebagai seorang lelaki.  Mampukah kesabaran dan keikhlasan Haikal mengatasi segalanya.

 

Hadirnya Cinta    Dapatkah pasangan uda dan dara ini mematerikan segala onak dan duri menjadi bunga indah menghiasi pelamin persandingan mereka?

 

Karya ini merupakan nukilan pertama penulis dalam bentuk novel bercetak, walaupun beliau merupakan nama baru dalam industri penulisan, karyanya ini tidak rugi untuk dimiliki. Jalan ceritanya menunjukkan kematangan seorang penulis baru  mengolah suatu penceritaan yang pastinya membuatkan pembaca tidak betah untuk berhenti walau seketika.

   3 comments

ryana
September 9, 2006   08:36 PM PDT
 
Kak Wan nak link blog ryana? Boleh saja... tak ada apa2 prasyarat pun!
nawwir
September 6, 2006   12:41 PM PDT
 
Salam perkenalan juga untuk ryana..... selamat berkarya ya dik...
ryana
September 6, 2006   11:20 AM PDT
 
Kak, terima kasih kerana buat review buku Riana! Salam perkenalan!

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments