Entry: DURI Sunday, October 01, 2006



Pengarang          : Fauziah Ashari

Halaman             : 505

Tahun               : 2006

Terbitan             : Intens Media

Harga                : RM21.50


Kerapuhan ikatan kekeluargaan serta sikap egoistic membantutkan cinta dan kecintaan.

 

DURI menyajikan konflik pada hati yang membawa duka dan dendam. Sufi sanggup melakukan apa sahaja demi melunaskan dendamnya dan melihat insan itu tersungkur.

 

Dia ditinggalkan kekasih, kehilangan sahabat, bertemu jodoh dengan lelaki yang menyintai adik kandungnya dan berhadapan pula dengan ibu mentua yang egoistic.

 

Di hatinya tiada simpati dan tidak pernah berasa gentar. Berhadapan dengan ibu mentua bagaikan pertemuan buku dengan ruas sahaja. Hidup penuh kepura-puraan. Apabila peluang terhidang dan ruang terbuka, terlunaskah dendam yang membara?

 

Mampukah elemen cinta Zhaf membendung sifat dendamnya? Mampukah cinta wujud di hati Sufi yang penuh duka dan dendam?

 

Ikutilah kisah sufi yang cuba mencabut DURI di hati.

 

 

******

 

Karya terbaru Fauziah Ashari (FA) ini memaparkan tentang konflik yang berlaku dalam keluarga Faturrahman apabila Nuri yang sepatutnya mengahwini Muzhaffar kekasih hatinya, nekad membawa diri ke US demi mengejar cita-citanya, meninggalkan majlis kahwinnya. Sufi yang tinggal terpaksa mengambil alih tempat Nuri berkahwin dengan Muzhaffar kekasih adiknya.

 

Tiada siapa yang tahu… Sufi mempunyai agenda yang tersembunyi. Mengahwini Muzhaffar adalah salah satu cara untuk dia membalas demdam. Perkahwinannya sememangnya tidak mendapat restu dari ibu Muzhaffar walaupun pada awalnya Durrah tidak menentang.

 

Dalam novel ini FA membawa kita menerokai kedegilan dan kegilaan Sufi dalam mencapai misinya. Perhubungan dengan Muzhaffar hanya atas kertas. Muzhaffar yang sememangnya tidak dapat melupakan Nuri, nekad mencari kekasih hatinya di bumi US. Perjanjian termetrai antara Sufi dan Muzhaffar. Sebagai balasan, tugas dan tanggungjawap Muzhaffar sebagai Pengurus Pemasaran di Marzuq Properties diambil alih oleh Sufi.

 

3 tahun di US, Muzhaffar kembali. Pelbagai kejutan menantinya. Marzuq Properties bukan lagi milik Hasif bapanya sebaliknya 100% menjadi milik Sufi. Dan Sufi tidak lagi menjadi penghuni banglo mereka. Kemalangan yang menimpa Durrah menjadi faktor Hazim di perantauan dipanggil pulang. Layanan dingin Durrah terhadap Muzhaffar sebagai anak sulung, sedikit sebanyak mengguris hati lelakinya. Kepulangan Hazim membawa seribu rahsia.

 

Kenapa Sufi berdendam dengan Durrah ? Apa hubungan Sufi dengan Hazim ? Bagaimana penerimaan Nuri apabila perkahwinan antara Sufi & Muzhaffar terbongkar ? Bagaimana nasib dan masa depan perkahwinan Muzhaffar dan Sufi ? Segalanya akan terjawap apabila anda menatap karya terbaru FA ini.

 

Duri padat dengan konflik jiwa… jiwa Sufi yang memberontak dalam diam, jiwa Muzhaffar yang nanar ditinggalkan Nuri, jiwa Durrah yang tidak dapat menerima hakikat perkahwinan Sufi & Muzhaffar dan jiwa mereka yang berada di sekeliling hidup Sufi. Dan yang pastinya… jiwa saya turut bergelora menatap helaian demi helaian DURI ini.

 

Sesungguhnya ia lain dari kisah yang FA paparkan sebelum ini.

 

*ini hanya sekadar apa yang saya 'rasa'… *

 

 

   8 comments

wanAmalyn
November 20, 2006   10:51 AM PST
 
salam liz... mcm mana nak contact liz ek?? ;p
liz
November 17, 2006   03:23 PM PST
 
pada pendapat saya, setelah membaca karyanya yg terawal, ini adalah karya Fauziah yg terbaik, tidak boleh berhenti setelah mula membaca..best! :D
wanAmalyn
October 4, 2006   09:16 PM PDT
 
wabbit...
mmg pun... walau dah baca tapi tetap geram gak... :p

nor ash...
alhamdulillah... moga2 nor ash pun akan dapat merasai gelodak jiwa Sufi... tp ulasan wan tetap ada kelemahannya... sbb wan bukan pakar ek..!! ini hanya sekadar apa yg wan ras bila baca buku FA ini...

:D
nor ash burn
October 4, 2006   08:42 PM PDT
 
salam wan, ulasan awak bagus. sy teruja ingin mmbacanya!
cwazy wabbit
October 4, 2006   02:40 PM PDT
 
wan, wabbit pon bc 2 kali gak.. mmg betoi bc berapa kali pon x hilang 'feel' nya :p
wanAmalyn
October 3, 2006   02:27 PM PDT
 
nurul.... lama tak dengar khabar berita nurul... sihat??? Selamat berpuasa... moga2 masih belum terlewat...!!!

2 kali kak wan baca buku ni... 2 kali tak leh nak letak... hehehe

:D
nurul
October 3, 2006   01:47 PM PDT
 
memang la kak wan..novel ni best sangat.sesape yang baca ngan penuh penghayatan,mesti rasa tak sabar untuk mengetahui kesudahan ceritanya.berbaloi membacanya!
wanAmalyn
October 2, 2006   08:41 AM PDT
 
sebenarnya buku ini wan dah baca lama... selepas aje habis baca Biarkan aku menangis... tapi disebabkan virus M melanda... hanya kini dapat dikongsi rasa bersama pembaca...

Untuk n3 ini wan terpaksa menatap buku FA ini utk kali yang kedua... apa2pun 'rasa' 'geram' itu tetap mengiringi wan sepanjang nak menghabiskan buku ini...

selamat membaca...

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments