Entry: Setelah Kau Pergi Friday, October 06, 2006



Pengarang          : Rozita Abd Wahab

Halaman             : 551

Tahun               : 2006

Terbitan             : Creative Enterprise Sdn Bhd

Harga                : RM24.90


Athirah ~ Tergamaknnya aku merampas kebahagiaan kalian setelah aku kau berikan perlindungan. Dan sebelum aku menjadi manusia yang lebih kejam, aku serahkan zuriatku ini padamu agar kau dapat merasai betapa nikmatnya menjadi seorang ibu. Juga aku kembalikan suami yang aku sayangi ini buatmu. Kerana aku sudah mula dapat merasakan betapa tamaknya aku dengan kasih sayangnya…

Hisyam ~ Aku mencintaimu, menyayangimu dengan sepenuh hatiku. Segala-galanya berlaku tanpa sedar, bilamana gurau senda dan usikan mesra akhirnya berbungakan cinta. Demi Tuhan, aku sesungguhnya tidak mampu membuang namamu dari hatiku. Aku ingin milikimu walau dengan apa cara... kerana di hatiku ada cinta, ada kasih dan sayang yang mendalam. Namun mengapa akhirnya kau pergi meninggalkan aku dan anak kita ?

 

Syakir ~ Mengapa tidak pernah walau sekalipun kau berterus terang denganku tentang statusmu? Tentang hatimu yang teleh dimiliki oleh insan yang bergelar suami. Aku keliru... cemburu juga sudah tidak memberikan apa-apa makna buatku. Athirah.. aku tidak mampu jalani hidup ini sendirian tanpamu. Aku perlukan cintamu untuk terus hidup.. untuk terus bernafas…

 

******

 

Setelah Kau Pergi (SKP) merupakan karya terbaru Rozita Abd Wahab bersama penerbitan Creative Enterprise. Mengisahkan tentang perjalanan hidup Athirah yang penuh onak dan duri. Pengalaman pahit mengajar Athirah bangkit menjadi seorang gadis yang bersikap tegas dan berpendirian kental serta berhati batu. Namun di sebalik semua sifat itu terselit sekeping hati yang lembut dan penyayang.

 

Perjalanan hidup Athirah penuh cerita duka, namun dia bahagia disamping ibu dan Mursyid adik tirinya. Kejadian hitam yang hampir meragut mahkota dirinya menyebabkan Athirah sering dihimpit ketakutan. Bersama Mursyid dia melalui hari-harinya dengan penuh debar. Namun satu peristiwa tragis yang berlaku telah merubah seluruh perjalanan hidupnya.

 

Kerana lelaki itu rencana hidupnya menjadi porak peranda. Hidupnya yang gembira dan bahagia di samping ibu dan adiknya hancur sekelip mata. Dia menjadi pelarian. Menjadi anak terbuang dari daerah kelahirannya sendiri. Dia melarikan diri bukan atas kehendak dirinya. Dia terpaksa dan dia tak punya pilihan. Dia perlu bangkit untuk membela nasib dirinya.

 

Pertemuannya dengan Mak Aji & Pak Aji yang baik hati telah memberinya harapan untuk dia meneruskan hari-hari kelamnya. Athirah dibawa pulang kerumah Nadia & Hisyam, anak dan menantu Mak Aji.  Di situ bermula hidupnya. Dia dijanjikan harapan. Dia menganyam mimpi indah. Membina hidup baru di tempat yang serba asing membuatkan dia bangkit menjadi Athirah yang kuat semangat. Athirah yang kental dan bertekad untuk mencapai impian meneruskan pengajiannya ke peringkat yang tertinggi.

 

Namun impian hanya tinggal impian. Dia tersepit antara budi dan harapan. Dia bukan perampas. Dia cuma menumpang kasih. Pada Mak Leha ibu Hisyam dicurahkan kasih sayangnya tatkala hati dihimpit rindu pada si ibu yang jauh di mata. Namun dia akur pada takdir. Dia menerima Hisyam kerana budi. Namun dia lupa cinta datang tanpa diundang… pabila hati mula jatuh kasih pada si suami, dia tekad meninggalkan Hisyam bersama anaknya. Kerana sayang dia terpaksa undur diri. Dia sanggup korbankan kasihnya pada suami & anak hanya untuk Nadia, orang yang pernah memberi dia perlindungan.

 

Selama 8 tahun dia menjadi pelarian. Lari dari keluarga dan orang tersayang. Dia menyepikan diri, namun selama mana dia dapat bertahan bila bumi ini tidak lagi mempunyai ruang untuk dia bersembunyi. Bermula dengan penerimaan Sakinah sebagai teman serumah. Dia merisik khabar si ibu dan adik melalui Sakinah yang menjadi buah hati Mursyid. Akhirnya jejaknya tidak lagi dapat disembunyikan. Sedikit demi sedikit rahsia hidupnya terbentang di depan mata.

 

Selama 8 tahun dia tutup kejap status diri. Syakir, rakan yang dikenali sewaktu dia menyambung pelajarannya tidak berputus asa cuba menawan sekeping hati Athirah. Namun hati Athirah tetap tidak goyah dengan segala cubaan dan godaan. Hatinya hanya satu dan yang satu itu telah diserahkan pada Hisyam suaminya.

 

Bagaimana penerimaan Hisyam setelah 8 tahun dia ditinggalkan ??  Terleraikah ikatan antara mereka atau masih ada lagi sinar harapan ?? Bagaimana reaksi Syakir tatkala mendapat tahu gadis pujaan hati milik lelaki lain setelah seluruh hati dan jiwanya hanya pada Athirah ?? Bagaimana penerimaan Hazim dan tegarkan dia merampas kebahagiaan Nadia ?? Dapatkah di gapai pelangi indah andai ada hati lain yang merana ??

 

SKP memberi kesan dan impak yang besar terhadap insan disekeliling Athirah. Bagaimana SKP merubah hidup Hisyam. Bagaimana SKP membuatkan Syakir separuh nanar dan bagaimana SKP membuatkan ibu dan adik memendam rasa rindu bertahun-tahun. Kepulangan Athirah bagaikan camar yang pulang ke pangkuan insan tersayang. Pulang untuk mengutip kembali apa yang pernah ditinggalkan dahulu.

 

Entah mengapa wan suka dengan karya Rozita yang ini... selain dari Permata Asmara & Kasih Yang Bersemi...  

 

ini hanya sekadar apa yang saya 'rasa'… *

 

 

   6 comments

wanAmalyn
October 9, 2006   09:46 PM PDT
 
*high5 ngan Fa* itulah yang wan rasa tatkala menatap buah tangan terbaru Rozita ini... jadi koleksi bawah bantal... ahaks

:p
infa
October 9, 2006   01:12 PM PDT
 
wan,

x keterlaluan klu fa katakan 'Setelah Kau Pergi' adalah buah tangan Rozita yang paling BEST.

TAHNIAH tuk ROZITA!!!

nor ash burn
October 7, 2006   12:59 PM PDT
 
wan, sekadar melihat pd cover bknya yang cantik, dn mengetahui tntg penulisnya yg berbakat, tak payah sebarang ulasan pun sy tahu bk ni mmg bagus!
wanAmalyn
October 6, 2006   09:49 AM PDT
 
nawwir... baca ar... wan suka btul ngan buku ni... org lain wan tak tau le... :p
nawwir
October 6, 2006   08:59 AM PDT
 
Wan, nawwir dah terasa bahangnya.... tak sabar nak dapatkan buku ni.....
wanAmalyn
October 6, 2006   01:11 AM PDT
 
buku ini juga wan baca 2 kali... :P

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments