Entry: Percayalah Wednesday, December 13, 2006



Pengarang          : Ruby Hazri

Halaman            : 591

Tahun                : 2006

Terbitan             : Jemari Seni Publishing

Harga               : RM21.00


 

Danial ~ Dalam perjalanan hidupnya yang penuh kejahilan dia disedarkan oleh hakikat yang telah lama ditinggalkan. Maruah & jati diri yang telah terhakis dari dalam diri selepas 'terpisah' dari kasih sayang seorang ibu, tersingkir dari kealpaan seorang bapa tatkala diri masih lagi perlukan dorongan & bimbingan, lalu dicorak hidupnya mengikut 'acuan sendiri'. Kemelut hidupnya yang terumbang-ambing tanpa panduan dan bimbingan, terjebak dengan gejala sosial & rakan2 yang membawa dia terus hanyut dalam dunianya sendiri dan membawa dia lari jauh dari NUR islamnya.

 

Kehadiran si dia telah membuka matanya tentang kepincangan hidup yang dilalui. Jua umpama 'NUR' yang dipinjamkan untuk menerangi jalan hidupnya yang telah sirna dan menarik Danial dari terus jauh tersesat dalam dunia ciptaan manusia.

 

Wajah si gadis yang persis ibunya, mengingatkan Danial akan asal usul dan susur galur keluarga ibunya. Membuatkannya mencari jalan untuk mengungkap sejarah sedih ibunya yang tersisih akibat cinta.

 

Atikah ~ si gadis polos yang berkhidmat dengan jabatan kerajaan, dia telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran atas tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan mendapat tempat di Universiti of Stuttgart Jerman. Kemelut hidup sebagai anak rantau di bumi yang penuh dengan pancaroba tatkala Negara barat memandang sinis dengan islam & penganutnya. Namun Atikah tetap teguh berpijak atas paksinya. Dicelah2 kelompok pelajar yang mempertikaikan pegangan & kepercayaannya, dia tegar mengharunginya. Di masa yang sama  si gadis yang telah berganjak usia, sering diasak dengan soalan yang dia sendiri tiada jawapannya… tentang jodoh, membuatkan dia sesak nafas untuk mendepaninya. 

 

Bumi Albert Einstein telah menemukan 2 insan yang berbeda latar dan didikan agama walaupun dari rumpun yang sama. Tak siapa menduga perkenalan yang pada awalnya secara tidak sengaja dan membawa sengketa dalam diam, telah mengetuk pintu hati mereka. Baik Danial mahupun Atikah tidak mampu menolak rasa hati yang hadir tanpa diundang. Membawa mereka merasai getirnya perasaan itu. Percintaan mereka, percintaan antara dua benua yang penuh onak dan liku. 

 

Berjayakah Danial & Atikah mempertahankan cinta mereka, tatkala ada tembok yang menjadi  penghalang serta dugaan yang bertimpa mengganggu-gugat hubungan mereka.

 

******

 

RUBY HAZRI

Seorang penulis baru yang mempunyai bakat besar dalam bidang penulisan. Membaca buah tangan pertamanya ternyata kehebatan penulisannya terserlah cemerlang. Latar belakangnya dalam bidang kesusasteraan merupakan satu aset yang mengukuhkan hasil penulisan beliau.

Ruby pandai memancing pembaca dengan taktik penceritaan yang menarik, ada kisah yang sedikit menyentuh hati naluri yang dalam, juga perasaan ingin tahu dan ketidak sabaran untuk mengetahui kisah seterusnya dan seterusnya.

Kemantapan hasil penulisan Ruby tidak dapat dipertikaikan , pasti pembaca kan berpuas hati setelah membaca novelnya ini. Terdapat kelainan dari segi penceritaan walaupun temanya tetap bertunjangkan percintaan. Kiranya pembaca tidak mengetahui 'PERCAYALAH' adalah anak sulung Ruby pasti ada yang tercari-cari novel-novelnya yang sebelum ini.                                

 

~nawwir ~

 

 

Percayalah merupakan buah tangan pertama terbitan Jemari Seni Publishing ini merupakan karya sulung hasil garapan penulis baru Ruby Hazri. Bagi penulis baru, Percayalah adalah satu karya yang tidak menghampakan. Bahasa serta gaya penceritaan yang diolah sebegitu indah dengan jalan cerita yang menarik serta pelbagai 'rasa' ada didalamnya suka duka riang tawa, berjaya mengikat hati saya untuk menatapnya hingga ke noktah terakhir. 

 

Cuma... kesudahannya sedikit tergantung...!! Terdapat beberapa persoalan yang berlegar di benak saya tentang… bagaimana penerimaan keluarga Atikah?? Hubungan antara Khairil~Atikah~Danial..?? Mungkinkah bakal ada Percayalah... Part 2..?? Atau penulis sengaja ingin pembaca membuat tafsiran sendiri..??

 

Apa2pun Tidak keterlaluan jika saya andaikan dengan sedikit pengalaman dan bimbingan Ruby akan berjaya meletakkan dirinya setanding dengan barisan penulis yang telah mempunyai nama yang gah. Buat Ruby… selamat berkarya… moga2 kritikan & komen tidak akan mematahkan semangat juang anda.

 

~ wan ~

   4 comments

wanAmalyn
December 18, 2006   04:17 PM PST
 
tapi yang paling penting banyak info tentang negara german yang berjaya dilakarkan dengan baik oleh penulis...

rasa cam nak pergi je... huk huk huk... apakan daya poket tak mengizinkan... =(

nawwir... jom kumpul duit..!!! mana tau dpt pergi... atau ada sapa2 yang sudi bawak kita... dok kat dlm beg pun tak pa...!!! ahaks =)
jemari seni publishing
December 17, 2006   10:59 AM PST
 
wan & nawwir,

Terima kasih untuk review ini
ruby
December 14, 2006   07:01 PM PST
 
nawwir & wan,
atas review yang sungguh indah ini dan tentunya kerana hadir dari gerak hati yang ikhlas kalian berdua... terima kasih banyak2.

nawwir,
ruby sudah ada beberapa pic tasik bodensee ini, yg akan ruby tampal bila2 masa sahaja di blog.
Nawwir
December 13, 2006   05:56 PM PST
 
Di akhir bab-bab diselit pantun, madah dan juga puisi2 yang memberi rasa enak kepada pembacaan. Ia seumpama anda sedang menikmati nikmat menaiki buaian si bawang merah ditepi sebauh tasik indah, Tasik Bodensee. Tasik yang meliputi 3 buah negara Jerman Austria dan Switzerland, ahaks.

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments