Entry: 5 Tahun 5 Bulan Tuesday, February 06, 2007



 

Pengarang        : Hlovate

Halaman           : 509

Tahun                : 2007

Terbitan            : Jemari Seni Publishing

Harga                 : RM20.00


Sinopsis Belakang Kulit:

 

Menjadi orang gaji di rumah Encik Latfy sebenarnya tidak sesusah mana kalau tidak kerana Along Serbia yang sarkastik tu...

 

Ini bukan asam pedas ni.  Dah macam masam-kelat-pedas aje.

Masin sangat la ni... lain kali nak letak garam banyak mana timbanglah dulu.

 

Nak bagi kita orang kena diabetes ke Cik Ana oi...?

Bancuh Along kopi O   Kurang gula.  Tapi campur sikit honey.

 

Namun inilah permulaannya dia belajar menjadi seorang Ana... dan dari sini jugalah Ana semakin dewasa dalam setiap episod kehidupannya...

 

Kata Ana:

Saya bukan orang yang dicari, Along. Ana yang Along kenal bukan Jo yang sepatutnya Along kenal.

 

Kata hati Along:

Tanpa diduga dia mengenali seorang Jo di dalam Ana.

 

Siapa Ana? Dan siapa pula Jo dalam hidup Along?

 

Seperti mana dia cekap sebagai orang gaji begitulah dia 'cekap' mengendalikan dirinya sebagai pelajar di Universiti of Aberdeen.  Namun apabila datang bab 'hati' ada yang tidak kena dengannya sejak dulu. Hatinya pernah berperi: boys're stupid, some men too.

 


" kiss the cook and love the doc"

 

Hlovate menulis dengan irama ciptaannya yang tersendiri, tidak sumbang, tak lari temponya, bahasa basah yang tidak kelat, tapi teramat manis di lidah pastinya mencuit hati dan minda pembaca. Hlovate mengadun kisah ini seenak 'Peach Cobbler' and she very knowledgable. Seorang penulis baru yang berbakat besar dengan gaya penulisan kreatif yang enak untuk santapan minda yang inginkan anjakan paradigma . Bagi saya, anjakan paradigma yang dilakukan beliau ini amat sesuai untuk dihidangkan kepada semua lapisan masyarakat.

 

Ceritanya mempunyai kekuatan dan keistimewaannya yang unik. Paling menarik pembaca akan menemui pelbagai resepi masakan dan kadangkala terasa seperti sedang menonton 'The Iron Chef', pertempuran di dapur. Kepada para ibu, disamping hidangan resepi-resepi masakan yang enak, kisah ana ini dapat memberi sedikit ilmu tentang kehidupan remaja yang meningkat dewasa. Kepada para remaja, cerita 5 Tahun 5 Bulan ini  juga  memberi contoh tauladan yang baik dalam membentuk diri menjadi manusia berdikari, berpelajaran dan membina salsiah muslimah  ke arah kesempurnaan. Banyak inti yang dapat diterima pakai dan menjadi 'guide line' bagi kita membuat rujukan perkembangan diri seorang remaja ke arah kedewasaan.

 

Terasa banyak lagi yang ingin dikupaskan di sini tapi ….. untuk mereka yang belum membacanya, tak trill la pulak, jadi untuk menikmati adunan Peach Cobbler resepi Hlovate anda perlu membaca sehingga titik noktahnya yang terakhir. Saya pasti bibir kalian akan terus mengukir senyuman yang terpanjang dalam sejarah pembacaan, selamat membaca.

 

Sebagai kesimpulan saya petik kembali perenggan terakhir dalam synopsis 5 tahun 5 bulan,

 

Hlovate mengungkap roman-komedi ini dalam bahasa basah serta jenaka yang selamba. Pelajar luar negara ini mengadun 5 Tahun 5 Bulan secukup rasa; enak di mulut; berkhasiat di minda; penawar di hati… mengisi nurani.

 

   5 comments

wan
February 12, 2007   09:03 AM PST
 
kak mon... kadang2 wan buat review... kadang2 nawwir yang buat... :D so utk 5t5b ni nawwir yang buat... jgn le fening2... :P
kakmOn
February 12, 2007   08:26 AM PST
 
wan? nawir? sapa yg wat review.. alamak akk fening ler.. *poping baloon terbang atas kpale*
Nawwir
February 8, 2007   07:09 AM PST
 
wan, kak noor....
sebenarnya masih ada rasa tak tak terluah sbb tak dapat nak temui perkataan yg sesuai....

Sememangnya adunan Hlovate cukup segala rasa.
kaknOOr
February 7, 2007   08:40 AM PST
 
Hu hu kaknOOr mula2 kenal dgn enovel melalui tulisan Hlovate......kami sekeluarga memang meminati tulisan Hlovate. Hasil tulisan yg unik,memang byk guide line unutk perkembangan diri seorang remaja ke arah kedewasaan. Bak kata anak2 dara kaknOOr kelakar gila & penuh dgn islamik.Message yg Hlovate sampaikan dpt diterima.
wanAmalyn
February 6, 2007   04:57 PM PST
 
Nawwir...
5t5b ni merupakan sebuah karya yang lain dari yang lain... sebuah karya segar & karya yang mampu membuatkan kita mengukir senyum tanpa sedar...!!!

& thanks nawwir untuk review yg indah ini...!!!

:p

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments