Entry: Atas Nama Cinta Wednesday, February 21, 2007



Pengarang    : Isa Kamari

Halaman      : 283

Tahun          : 2006

Terbitan       : Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd

Harga          : RM29.00


Sinopsis

 

Saya tertarik untuk membaca kisah tragis yang pernah berlaku di Nusantara Melayu, Singapura, Malaya dan Hindia Timur (Indonesia) 1942 – 1950 di waktu Nusantara Melayu sedang bergolak. Bahang kebangkitan bangsa yang sekian lama dijajah mula dirasai oleh Inggeris dan Belanda. Tatkala semangat patriotik mula subur di jiwa rakyat yang inginkan kebebasan. Zaman era kebangkitan rakyat yang ingin mentadbir tanahair ini dengan acuan kita sendiri. [Mungkin generasi muda hari ini sudah lupa dengan peristiwa yang pernah berlaku ini] 

 

Pegangan agama, maruah bangsa dan semangat kemerdekaan menjadi latar yang mencengkam jiwa kepada kisah Nadra [Natrah, nama yang saya pernah tahu]. Ia sebuah kisah tentang perebutan hak penjagaan anak berbangsa Belanda yang dibesarkan oleh keluarga Melayu Islam. Kisah perebutan antara ibu angkat yang mahu anak itu tetap akidahnya dengan ibu kandung yang mahukannya kembali ke pangkuan keluarga sebagai Maria Hertogh. Tanpa dipinta, gadis manis ini menjadi rebutan dua dunia – dunia Islam dan dunia Barat.

 

Kisah tentang keperitan yang terpaksa dihadapi oleh penduduk ekoran dari cengkaman dan perebutan kuasa untuk menakluki gugusan kepulauan melayu sebagai jajahan takluk kuasa asing.  Sebagaimana yang digambarkan berlaku di Tjimahi sebuah daerah di Indonesia yang pada waktu itu sedang bergolak. Di daerah ini mereka dipertemukan oleh takdir. Indonesia yang dalam cengkaman Belanda juga terpaksa akur oleh pengambilalihan kuasa oleh Jepun. Akibatnya, Adrianus bapa Maria yang berpangkat sarjan dalam pasukan tentera Belanda telah ditawan.

 

Di sini bermula segala permasalahan yang mengundang sengketa. Adeliene Hunter, Ibu Maria hilang tempat bergantung, terpaksa melepaskan Maria ke tangan Aminah yang akhirnya telah menukar nama Maria ke nama Nadra. Untuk mengelakkan Nadra dituntut kembali, Aminah membawanya pulang ke kampung halaman di kemaman, Terengganu. Terengganu yang pada waktu itu merupakan salah sebuah negeri Melayu Tidak Bersekutu (Unfederated State) & bukan negara Kolonial British.

 

Nadra dibesarkan sebagai gadis muslim yang hidup dalam suasana aman dan harmoni dipayungi oleh rahmat ilahi. Nadra membesar sebagai anak gadis yang cantik, bersopan santun dan patuh pada ajaran Islam, hinggalah di suatu ketika... peristiwa tragis bermula…!!!

 

Dengan helah si penjajah British, Nadra di bawa ke Singapura yang pada waktu itu di bawah konsulat Belanda untuk dibicarakan [oleh kerana Terengganu bukan di bawah kuasa Belanda, undang2 Belanda tidak boleh digunapakai di negeri tersebut].

 

Bermula rentetan peristiwa demi peristiwa, insiden demi insiden selama tempoh Nadra dibicarakan yang dengan jelas tidak pernah memihak kepada Aminah sebagai penjaganya. Hingga tiba ke satu peringkat, rusuhan berlaku ekoran ketidakpuasan hati rakyat tempatan yang bersimpati dengan nasib Aminah, yang merasakan islam diperkotak-katikkan oleh mahkamah Belanda, yang merasakan ini bukan pertentangan antara dua ibu tetapi antara 2 agama yang berakhir dengan Singapura diisytiharkan darurat.  Atas Nama Cinta, kesucian agama Islam dan maruah bangsa harus dibela… Bangsa yang dijajah sudah tidak gentar lagi.

 

Di sini sejarah bermula… di sini peristiwa tragis berlaku… dengan helah, kuasa dan percaturan politik penjajah, Aminah hilang Nadra, dengan kuasa, Nadra diserahkan kepada ibu kandungnya sebagai Maria… Atas Nama Cinta, ikatan perkahwinan Nadra terjalin namun dirampas oleh mahkamah penjajah, dan Atas Nama Cinta, Nadra kehilangan dirinya sendiri… Nadra dipaksa untuk kembali ke Belanda. 

 

Atas Nama Cinta merupakan sebuah kisah Epik Sejarah yang telah melakar sejarahnya yang tersendiri yang kesannya masih terasa hingga ke hari ini & kekal terpahat rapi dalam lipatan sejarah bangsa.  Berserta dengan peta gugusan tanah Melayu dan nama-nama tokoh yang terlibat, saya seumpama membaca Sejarah Tanah Melayu di era kebangkitan dalam bentuk 'cerita'.

 

Namun tatkala saya tiba ke noktah terakhir, saya masih tertanya-tanya… apakah akhirnya pegangan agama Nadra…??

 

Apa yang istimewanya, setiap pembelian novel ini disertakan dengan CD Atas Nama Cinta yang memuatkan 3 buah lagu puisi oleh Kumpulan Sirrfillsirr

 

   9 comments

eshah
October 30, 2008   12:10 AM PDT
 
sebanarnya siapa nadra tak penting untuk kita ketahui, tetapi apa yang penting sejarahnya. tanpa kuasa sesuatu bangsa itu tak dapat nak memelihara agama dan bangsanya.
kerana kita bangsa yang lemah kita selalu diperkotak -katikan.
wanAmalyn
December 5, 2007   12:48 PM PST
 
salam Maliki_xp,

terima kasih kerana sudi komen :) terima kasih kerana berkongsi INFO yang amat2 berguna ini.
Maliki_xp
December 5, 2007   11:50 AM PST
 
Salam... 1st time bg komen kt blog ni... psl kes Natrah ni boleh rujuk kat wikipedia, dan petikan dr majalah Dewan Masyarakat (Fatini Yaacob, majalah Dewan Masyarakat, DBP, April 1989 di m/s 20). Ni sy petik di akhir artikel majalah "...15 September 1984 Natrah meninggalkan Belanda ke Amerika Syarikat mencari kehidupan baru bersama Ben Pichel dan hidup tanpa kahwin hingga ...? Ben Pichel ialah seorang lelaki Indonesia berasal dari Jakarta dan bekerja di pasar-pasar malam di Belanda dahulu. Ben kemudian mendapat taraf warganegara Amerika Syarikat.


Natrah kini tinggal di Nevada, tengah Amerika Syarkat dan meninggalkan anak-anaknya di Belanda. Dia pernah bekerja sebagai tukang masak dan pengemas bilik hotel dan motel. Kemudian dia bekerja sebagai pencuci rumah dan bangunan. Natrah hidup dalam keadaan tersiksa jiwa dan raga, kehilangan orang-orang yang disayangi.
Kisah ini diabadikan dalam buku 'Tragedi Natrah' dan 'Maria Hertogh riots' di Singapura dan perpustakaan utama di Belanda......"
LinDa
July 15, 2007   12:52 PM PDT
 
niiC st0ryy..
Isa Kamari
March 2, 2007   10:39 PM PST
 
Assalamualaikum. Alhamdulillah & terima kasih kerana sudi membaca ANC.

Saya sengaja menulisnya dengan cara yang mudah kerana ingin lebih ramai pembaca mengetahui peristiwa yang telah meninggalkan parut yang hodoh pada wajah sejarah bangsa. Semoga mendatangkan secebis keinsafan.

Salam
Isa Kamari
wanAmalyn
February 22, 2007   12:23 PM PST
 
nawwir... mana nak cari yea..!! any idea tak..?? teringin nak tau kisah dia selepas tu.
nawwir
February 22, 2007   11:44 AM PST
 
wan, rencana kisah nadra, pada tahun 1988 atau 1990 rasanya banyak terdapat dalam dewan masyarakat, dari situ nawwir tahu cerita pasal natrah nie.

Ada gambarnya sekali. Natra pernah kembali ke Malaysia/Singapura dan dia sudah berkeluarga di sana. Dia tak tak sama dengan gambar nadra yang dulu. Klu boleh dapatkan dewan masyarakat pada tahun yg nawwir sebutkan itu boleh tengok nadra yg manis.
wanAmalyn
February 21, 2007   11:54 PM PST
 
kaksu, selepas peristiwa itu... kisah 'nadra' seakan lenyap... atau wan yang terlepas pandang akan beritanya..?

biruNila
February 21, 2007   11:24 PM PST
 
wan,

maria, tidak mahu berkata-kata mengenai 'nadra' itu yang kaksu baca beberapa tahun dahlu dalam sebuah rencana.

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments