Entry: Semarak Wednesday, February 28, 2007



Pengarang        : Lamia Aimal

Halaman          : 492

Tahun             : 2000

Terbitan           : Creative Enterprise

Harga              : RM25.90


Sinopsis Belakang Kulit:

 

Peritnya mendidik anak bangsa menjadi manusia, perit lagi menahan sakit bila amanah dikhianati manusia-manusia hipokrit.  Berbekalkan semangat yang bukan sedikit, diri seringnya dicabar dan tercabar.  Lalu tertewaskah dia dengan prinsip sendiri dan menerima salam sayang walau penuh karaguan? Tuhan! Jika inilah dugaanMu, ciptalah bahagia buatku…

 

***

 

Semarak menampilkan 2 kisah yang berbeza bidang tugas, tetapi memerlukan tahap kesabaran dan keyakinan yang tinggi dalam mengharungi setiap cabaran yang mendatang. Kisah peritnya menjadi seorang pendidik untuk mendidik anak bangsa menjadi insan yang berguna. Kisah getirnya sepak terajang dunia perniagaan yang memerlukan seluruh komitmen dan kesungguhan untuk membangunkan sesebuah bandar.

 

Saya menatap karya ini dengan pelbagai rasa yang mencengkam dijiwa. Kisah sebagai pendidik yang menuntut sepenuh kesabaran dan kecekalan dari segi fizikal dan mental dalam menghadapi karenah baik daripada murid-murid mahupun daripada para guru & pentadbir sekolah itu sendiri.  Begitu juga dengan Maihani yang menghadapi cabaran seawal hari pertama sessi persekolahan bermula.

 

Kisah bermula apabila Maihani mendaftarkan diri di hari pertama persekolahan sebagai guru lepasan Maktab di Sekolah Kebangsaan Perdana Alam.  Berkisar tentang pahit maung yang terpaksa diharungi oleh Maihani.  Pelbagai karenah guru & murid perlu dihadapi. Pelbagai beban kerja yang terpaksa ditanggung, sedangkan ada insan lain yang boleh berpeluk tubuh. Tentang ketidakadilan dalam pembahagian tugas berdasarkan status dan kedudukan dalam masyarakat yang akhirnya mereka yang 'tak punya apa2' terpaksa menanggung beban. Namun disebalik semua beban kerja itu, menjadikan Maihani semakin berwibawa dan dikenali tanpa perlu diperkenalkan diri.

 

Pergolakan dan tipu helah dunia perniagaan memerlukan Zairul untuk berhati-hati dan cekal menghadapi setiap kritikan dan kegagalan. Sebagai anak seorang usahawan yang berjaya, Zairul perlu bekerja keras untuk memperlihatkan kewibawaan dirinya sebagai bakal pewaris Semarak Holding.

 

Perkenalan dengan 'hero' di tempat dan masa yang tidak sesuai, menerbitkan prejudis di hati Maihani.  Apatah lagi Zairul adalah musuh di zaman kanak-kanak yang rumahnya di 'puncak mahligai' menambahkan lagi kejengkelan hatinya. Namun sebaliknya, kata2 Maihani meninggalkan parut yang hanya dia dapat sembuhkan. Insiden demi insiden, menambahkan lagi kebencian di hati Maihani terhadap Zairul. Namun sampai bila..?? sedangkan Zairul sentiasa mencari peluang untuk mendekatkan diri dan Maihani adalah 'My Honey'nya.

 

Selain dari itu… keunikan novel ini adalah pada nama tempat yang digunakan. Rantau Timur yang saya andaikan sebagai Pantai Timur, Rantau Metro, bandaraya Kuala Lumpur & Rantau Eropah, benua Eropah, adalah sesuatu yang berbeza.

 

PK Satu, PK Ko, jawatan2 yang dinyatakan dalam novel ini mengingatkan saya pada arwah kakak saya yang pernah berkhidmat sebagai pendidik.  Jawatan terakhir yang disandang adalah sebagai PK Satu setelah beberapa tahun sebagai PK Ko disamping memegang beberapa tugas sebagai Penasihat Persatuan dan rumah sukan. Mungkin saya terlalu emosional… hingga terbawa2 dalam pembacaan saya… hingga mengundang air mata, walaupun novel ini bukan novel sedih…!!! Tetapi kejerihan dan kesulitan yang terpaksa dihadapi oleh Maihani terasa begitu dekat dihati saya. Saya seumpama menatap catatan kisah arwah kakak. Dan saya jadi rindu yang teramat..!! Terima kasih Em kerana bagi saya pinjam buku ini… dan saya bertekad untuk memilikinya sebagai salah satu koleksi peribadi saya.

 

 

   12 comments

wan
April 2, 2007   10:29 AM PDT
 
salam suria,
kalau tak salah saya, buku lamia aimal bersama creative masih lagi terdapat di pasaran untuk keterangan lanjut, suria boleh lawati laman web creative di http://www.cesb.net.my :p
suria
April 1, 2007   12:13 PM PDT
 
tolonglah cetak balik novel lamia aimal , saya dah banyak baca buku beliau tapi milik orang lain. kali ni saya hendak milikinya pulak
Em
March 6, 2007   10:33 PM PST
 
nor ash, setuju..setuju. sy ulang baca brp kali ntah tiga wajah tu. kalaulah dapat jumpa lamia aimal in person...*sigh*
nor ash burn
March 2, 2007   02:10 PM PST
 
Em, sy rasa tiga wajah is the best! lain dpd yg lain. waja plk mcm pernah bc, tp x ingat jgk. isy! byk sngt bc nvl smpai dh lupa citer.
Em
March 1, 2007   08:11 PM PST
 
rasanya lamia aimal dah tak menulis. dia sibuk dgn aktiviti lain. buku dia dgn penerbit lain ialah antologi lamia aimal terbitan diwangsa (cerita2 pendek). selain semarak, my fav ialah tiga wajah dan waja.
wan
March 1, 2007   04:09 PM PST
 
nacha... buku ni mmg dah lama. last publish pun tahun 2000 iaitu 7 tahun lepas :( huhuhu wan dah ketinggalan le..!!

ntah2 dia kluarkan buku ngan nama lain..?? sapa tau ek..!! so sapa2 silent reader yg tau perkembangan lamia aimal... sudi2lah berkongsi cerita ngan kami :D
Nacha
March 1, 2007   03:29 PM PST
 
Wan, rasanya buku Semarak ni dah lama. sy pun dah pernah baca dulu. mmg buku dia sume best2. tapi x tau la skang ni nape dia senyap je. x nampak pun buku baru dia.
wan
February 28, 2007   04:37 PM PST
 
nor ash... sian kita baru nak berjinak2 ngan lamia aimal nye buku... :(
nor ash burn
February 28, 2007   03:49 PM PST
 
lah, wan. sy dh lama bc bk nie. tp dh lupa plk citernya. skrg ingat nk bc balik.
wan
February 28, 2007   03:13 PM PST
 
Ruby,
ntah yea..!! dia macam malee chuswan... senyap je..!! wan hanya pernah bc tiga wajah & yg terkini Semarak... teringin nak cari buku dia yg lain... insyallah...!!! kena tanya knOOr sebab dia lagi advance dr wan... dia mesti tau.. :D
ruby
February 28, 2007   02:05 PM PST
 
Wan,
Sekarang ni ruby dah tak lihat lagi hasil terbaru karya Lamia Aimal. Adakah dia masih menulis lagi? ruby belum pernah baca lagi buku2 dia tetapi tahu tajuk2 seperti Semarak, Donia, Titian Usang, Tiga Wajah dan Waja... adalah novel2 yang amat popular suatu ketika dulu
wan
February 28, 2007   01:53 PM PST
 
Note: Semarak bukan novel sedih yea..!! ia penuh dengan semangat juang... pantang menyerah sebelum kalah.. :p

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments