Entry: Untuk Tiga Hari Friday, March 02, 2007



Pengarang        : Ahadiat Akashah

Halaman          : 483

Tahun             : 2006

Terbitan           : Roket Kertas Sdn Bhd

Harga              : RM19.90


Sinopsis Belakang Kulit:

 

Lalu diikat janji ini atas nama cinta. Diikutkan juga kehendak famili dan persandingan dijalankan serentak.  Memang sengaja mereka memilih hari, tarikh dan waktu yang sama lalu, di hari persandingan itu mereka dirantai kemelut yang menyeksakan.

 

Betulkah apa yang akan mereka lakukan ini? Menurut kehendak famili masing-masing hanya kerana tidak mahu mengecilkan hati dan perasaan mereka. Namun, mereka berjanji kahwin hanya untuk tiga hari.  Mereka berjanji untuk meminta cerai… tiga hari selepas hari persandingan.  Namun… tiga malam bersama pasangan masing-masing… telah membawa mereka ke sebuah alam yang lain.  Dan, apabila tiba hari yang ketiga itu, bagaimana untuk mereka menyuarakan hasrat untuk bercerai?

 

***

 

Pertama kali saya membaca karya Ahadiat Akashah. Untuk Tiga Hari (UTH), pada saya adalah satu kelainan terutama dari segi bahasa yang digunakan. Mungkin saya bias, kerana sebelum ini saya menatap novel dengan gaya bahasa yang 'biasa', tetapi bila menatap karya ahadiat dengan penampilan bahasa yang sedikit 'lain' menyebabkan saya menjadi sedikit keliru pada awalnya. 

 

UTH berkisar tentang perjanjian yang dimetrai oleh sepasang kekasih yang berkahwin atas pilihan orang tua untuk tidak mengecilkan hati mereka. Mereka bersumpah setia untuk berkahwin hanya untuk tempoh 3 hari…!!! Segala persiapan & kelengkapan serta tarikh dan masa perkahwinan dirancang rapi dan dijalankan serentak pada tarikh dan masa yang sama.

 

Tetapi mereka lupa, dalam masa 3 hari pelbagai kemungkinan mungkin terjadi…!!! Ujie & Zafrin pasangan kekasih yang pernah menyimpan kenangan pahit zaman persekolahan apabila pernah kecewa dengan pasangan masing2, nekad untuk bersama suami & isteri masing2 hanya untuk tempoh 3 hari. Bagaimana kehidupan mereka setelah mereka mengahwini Armi & Juwita..?? Siapa Balqis, Awie, Remi dalam hidup mereka..?? Itu anda kena baca sendiri untuk mengetahuinya…!!

 

Usai saya menatap UTH, kesimpulan yang dapat saya buat 'ok la' untuk karya pertama ahadiat yang saya baca. Tapi ini hanya apa yang saya rasa..!!

 

   4 comments

Em
March 4, 2007   06:36 AM PST
 
wan, kita ada buku tu...
wan
March 2, 2007   05:18 PM PST
 
mar... tu ar...!!! geram tul endingnya... ggrrr

hehehe mar ada ke buku tu?? pinjam..!! :p
mar
March 2, 2007   04:57 PM PST
 
wan, mar harapkan endingnya zafrin dan juwita berbaik...tapi...uwaaa!!!

wan, nanti cuba plak karya ahadiat tajuk "malam ini kita semua menangis"..quite nice story..try la..karya duet bersama nor erny..penulis pergilah lara..
wan
March 2, 2007   01:08 PM PST
 
tima kasih tuk EM yang sudi pinjamkan buku ni.. :D

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments