Entry: Fairish Wednesday, March 07, 2007



Pengarang        : Esti Kinasih

Halaman          : 308

Tahun             : 2004

Terbitan           : Topic Enterprise Sdn Bhd

Harga              : RM16.90


Sinopsis Belakang Kulit:

 

"Kau pura-pura jadi kekasih aku ya, Rish? Biar aku tak dikerumuni oleh perempuan-perempuan gatal tu." Pinta David

"Tapi… akibatnya, Dav," ujarnya Irish perlahan.

"Kau ada teman lelaki?" Kali ini David pula yang tersentak terkejut.  "Atau… ada yang kau suka?"

Irish cepat-cepat menggelengkan kepala.  "Bukan macam tu.  Nanti dia orang ingat kita betul-betul berpasangan…"

"Biar saja. Elok lah kalau macam tu!" David menggenggam kedua-dua tangan Irish.

 

Akhirnya Irish bersetuju membantu David walaupun dengan separuh hati. Tetapi setelah beberapa ketika, Irish merasa gembira kerana menjadi satu-satunya gadis yang paling rapat dengan David, walaupun hanya untuk sementara dan tanpa ikatan apa-apa.

Irish memang tidak secantik Penelope Cruz. Dia hanya gadis biasa, di sekolah pun dia sama sekali tidak popular. Oleh sebab itu David merasa selesa, masalahnya dia merasa tidak akan menyukai Irish.  Tetapi apabila hadir lelaki lain yang membuatkan Irish terpikat, mengapa David menjadi tidak rela kehilangan Irish, ya?

 

***

 

Sebenarnya, pada saya buku ini tak ada apa2 yang menarikpun apatah lagi bila di baca sinopsisnya. Fairish, sebuah karya biasa, tentang cinta remaja yang kita boleh agak penamatnya.

 

Kenapa saya baca jugak buku ini..?? Padahal banyak lagi buku yang dah saya beli tapi tak baca.!! Sebabnya saya dah gian nak baca novel tapi saya perlukan buku yang ringan… buku yang tidak memerlukan saya menumpukan sepenuh perhatian atau dengan kata lain, saya tidak perlu serius..!!

 

Fairish merupakan karya terjemahan dari seberang. Kisah tentang anak2 remaja di peringkat menengah yang begitu teruja apabila seorang pelajar lelaki, Davidio Daniel Dharmawan berpindah ke sekolah mereka. Pelbagai usaha yang dilakukan untuk menarik perhatian David. Tetapi David yang dingin, hanya memilih untuk berkongsi meja dengan Irish, si gadis yang tidak peduli siapa David. Bermula cerita..!!

 

Lagi indah seandainya saya dapat membaca karya ini dalam bahasa asalnya, kerana terdapat beberapa kelemahan dari segi terjemahan bahasa dari bahasa Indonesia ke bahasa melayu yang boleh diperbaiki lagi, sedikit sebanyak mengganggu konsentrasi saya.

 

Namun karya ini tetap mampu membuatkan saya turut tersenyum sama.  Apabila sepatutnya pasukan cheerleader untuk pasukan bola kerajang yang salah seorang pemainnya adalah David, di upah agar memboikot & tidak hadir memberi sokongan di hari penentuan kerana tidak setuju dengan 'percintaan' antara David & Irish.  Namun muncul pasukan cheerleader gantian yang membuatkan saya tergelak sama..!!

 

Mungkin terdapat beberapa bahagian yang tidak sesuai dengan adat dan budaya kita sebagai seorang muslim [kerana terdapat watak terutamanya 'hero' digambarkan sebagai penganut kristian]. Tetapi bagi saya yang hanya mencari kepuasan dalam pembacaan, terpulang pada kita untuk menimbangkan perkara yang baik & buruk dengan akal fikiran kita yang waras.

 

Usai membaca… apa yang dapat saya simpulkan… bolehlah untuk bacaan santai dengan cerita yang biasa2 namun saya tetap enjoy kerana terselit kelucuan yang boleh membuatkan saya tersenyum sama.

 

 

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments