Entry: Kasih Bersemi - Rozita Abd Wahab Friday, April 21, 2006




Saya tidak teragak-agak untuk membeli karya terbaru Rozita Abd. Wahab ini kerana karya terdahulu beliau Permata Asmara terbitan Creative merupakan salah satu novel kesayangan  saya. Pembelian saya tidak mengecewakan kerana novel ini pada saya amat menarik dalam gaya yang santai.

Kasih Bersemi ialah kisah tentang pergolakan hidup Hanim seorang guru lepasan maktab yang ditugaskan di sebuah sekolah rendah di utara tanah air.  Hanim yang tidak mendapat kasih sayang ibu seperti adik-beradik yang lain merasakan dengan memilih maktab sebagai satu cara untuk lari dari tekanan yang sering menghiris hatinya. 

Keramahan sikapnya menjadikan dia disukai orang sehinggakan ada di kalangan mereka yang memasang angan-angan untuk dijadikan menantu.  Gossip tentang dirinya yang bakal bertunang dengan Awaludin pemuda kampong tersebut menyebabkan Hanim mereka cerita yang dia sudah bertunang, walhal ketika itu Hanim masih 'berperang' dengan teman lelakinya Shafri.  Kisah pertunangan itu akhirnya menjadi kenyataan apabila Hanim berlembut hati dan sedia menerima Shafri kembali tetapi, pertunangan itu tidak lama kerana Shafri terlibat dalam kemalangan dan kemudiannya meninggal.  

Hanim yang masih lagi meratapi kehilangan Shafri, dipertemukan dengan Faizal, rakan semaktabnya dulu yang masih menagih cintanya.  Hanim yang tidak dapat menerima Faizal memperkenalkan Amirah rakan serumahnya, dengan harapan Faizal beralih arah kepada Amirah dan tidak lagi mengganggu Hanim.

Kisah kematian Shafri hanya diceritakan pada Mak Piah, jiran Hanim.  Mak Piah yang menyimpan angan hendak menjodohkan Hanim dengan anak terunanya Akmal yang teramatlah pendiam dan pemalu (digelar 'si bisu'). Namun jodoh pertemuan ketentuan ilahi apabila Hanim menerima Akmal sebagai tunang dan seterusnya suami.   

Mengapa Hanim dilayan seperti orang gaji oleh ibunya sendiri?  Dapatkah Faizal menerima Amirah setelah mengetahui tentang kematian Shafri?

Tiada konflik yang memberatkan minda dalam novel ini. Namun perasaan ingin tahu membuat saya terus membaca tanpa henti.  Cerita ini berakhir dengan ending yang sweet. 


Nota Saya:

  • Sekadar untuk memenuhi permintaan animů. (yang tolong baling duit syiling)Wink
  • Sediakan tisu sebelum membaca novel ini.crycry

 

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments