Entry: Maafkan Ku Sayang... *Mimie Afinie* Monday, April 24, 2006




Saya pernah membaca karya Mimie Afinie, Masih Ada Rindu dan saya suka dengan cerita tersebut, jadi saya tidak teragak-agak untuk mencuba karya terbaru beliau ini.

Maafkan Ku Sayang mengisahkan Iskandar Helmi yang membawa diri ke Tanjung Resang, Mersing untuk merawat hati yang luka ekoran konflik dengan ibubapanya yang menentang perceraiannya dengan Rozita yang merupakan menantu kesayangan mereka.  Di sana dia bertemu Sarah Nadia, sepupu kepada Shariman di mana dia menumpang tinggal.  Mereka saling jatuh hati namun perhubungan mereka terpaksa menempuh banyak rintangan dan halangan.  Kehadiran watak Sameon orang tua yang menaruh hati terhadap Sarah Nadia menimbulkan rasa lucu dan geram.  Sameon yang meminati Sarah, menggunakan pelbagai cara untuk memiliki Sarah.  Kehadiran Jeffri menggugat hubungan Sarah & Iskandar yang akhirnya Sarah terpaksa menerima Jeffri sebagai tunangnya. 

'Takkan ku berhenti mencintaimu... seperti mana jarum jam ini yang tidak pernah berhenti mengejar masa...' luahan Sarah untuk Iskandar.  Bagaimanakah kesudahan hubungannya dengan Jeffri sedangkan hati Sarah masih dan tetap dengan Iskandar?


Nota Saya:

  • Terima Kasih WanZ kerana bagi pinjam Novel ini...Big Smile

   3 comments

jasmine
April 13, 2008   12:44 AM PDT
 
haiiii, auntie mimie...sy ske nvel auntie 'tinggallah pujaan'...besss sgtttttt2....bleh wt org mnangis.......
aimee
April 6, 2008   01:58 PM PDT
 
hai.......
pu3 kirana
July 7, 2007   02:45 PM PDT
 
haiiiii
sy dh baca novel nie tp pd sy novel nie x brapa menarik. novel mimie affinie sebelum nie lebih menarik lagi.
sy rs novel nie sedikit berat berbanding novel yg sebelum nie

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments