Entry: Lamaran Kedua Tuesday, November 13, 2007



Pengarang: Malee Chuswan

Halaman   : 323

Tahun       : Cetakan Pertama:1998; Cetakan kelima:2004

Terbitan    : CESB

Harga        : RM19.90


Blurp:

 

Dia sudah terdesak, demi cinta dia rela…

 

Tatkala rindu sudah sampai ke penghujung, impian berkocak duka. Kasih yang berlorek indah kiranya hanya seperti pelangi senja… satu, satu pergi dan hilang.

 

******

 

Buku ini entah kali yang keberapa aku baca… akupun sudah tak pasti!! Kali ini aku baca, semata2 kerana ada seorang pembaca yang menghantar email padaku bertanyakan tentang jumlah mukasurat untuk novel Malee Chuswan yang ini. Sudahnya, pada awalnya aku yang hanya inginkan jawapan terus terpaku hingga ke mukasurat terakhir 323.

 

Lamaran Kedua (LK) adalah berkisah tentang Nina yang ditunangkan dengan Jefri sepupunya sebelum Jefri terbang ke luar negara meneruskan pengajian. Nina tinggal bersama seribu harapan dan impian untuk hidup bersama Jefri. Namun setelah 4 tahun di luar negara, Jefri pulang bersama Nur Ayu, menyebabkan Nina kecewa dah hilang kepercayaan terhadap Jefri.

 

Nina mengambil keputusan untuk berhijrah ke kota metropolitan KL untuk mengubati kelukaan hatinya. Bekerja sebagai executive di sebuah syarikat pengiklanan di samping sebagai model sambilan, berjaya membekukan hatinya pada setiap pujuk rayu dan kata maaf Jefri yang inginkan mereka kembali bersama walaupun ada kalanya hampir goyah.

 

Pelbagai dugaan dan cabaran yang terpaksa Nina hadapi, dengan karenah teman serumah yang hidup sebebas sang burung, bersama lamaran cinta dari Tengku Zulhan pemilik syarikat tempat di mana dia mencari rezeki, di samping kata-kata cinta dari mereka yang cuba memikat Nina si jelitawan, di samping pujuk rayu Jefri untuk kembali menjalinkan ikatan, menyebabkan kadang-kala Nina lelah sendirian.

 

Namun sampai bila Nina mampu bertahan?, sampai bila Jefri sanggup untuk terus memujuk Nina, bila sidia miliki hati sebeku ais? Dan pabila ikatan sudah terpatri, mengapa ada badai yang terus melanda? Semuanya hanya terjawap apabila anda membaca LK ini.

 

Membaca LK ini walaupun berulang kali, masih lagi membuatkan hati aku tidak tenang, tidak sabar… malah kadang-kala geram dengan segala salah faham yang berlaku. Malee Chuswan telah berjaya membuatkan hati aku terbuku sama dengan setiap kejadian demi kejadian yang menimpa samada pada Nina mahupun Jefri.

 

Malee Chuswan merupakan salah seorang penulis yang aku nanti-nantikan karya terbaru darinya selain Permata Hati dan Selamat Tinggal Sayang. Ada tak sesiapa yang tahu samada dia masih lagi aktif menulis ataupun tidak.

 

   13 comments

CN
August 6, 2011   04:43 PM PDT
 
ade sape2 nak jual tak novel ni? tgh mencari ni.. please~
Name Ma Lee Chuswan
April 8, 2011   02:08 PM PDT
 
Hai Semua..!

Ini Ma Lee Chuswan. Masa dok belek2 website terjumpalah komen kawan2 semua ni. Terharulah juga sbb ramai juga yg tercari-cari novel baru dr MLC ye. Sorry la semua..selama bertahun-tahun saya bz menangani rencah kehidupan. Niat nak menulis semula sentiasa ada tapi asyik terbantut je. Tapi ni nak war-warkan kpd semua, atas perrmintaan pembaca2 semua yang rindukan Mila & Adam, saya dan Penerbit KAKI NOVEL ENTERPRISE tgh berusaha nak terbitkan semula novel lama saya yg bertajuk 'Gelora' dalam masa terdekat ni. Novel ni dah diupgrade, diedit & dipanjangkan. Harap mendapat sokongan peminat semua dan semoga semangat saya yg dah suram dlm dunia penulisan ni membaralah semula. TQ semua! MLC 7/4/2011
jc
May 14, 2010   01:49 PM PDT
 
semua novel malee chuswan saya ada. Kenapa beliau tidak menulis lagi ya? saya sangat2 nantikan novel-novel beliau yang terkini, sebab novel-novel tulisan beliau bestlah.
humanoid_girlz
November 30, 2007   08:58 AM PST
 
Assalamualaikum...
Tq yg x terhingga coz sudi menunaikan permintaan saya. Novel ni, saya pinjam dari library. Setelah saudari maklumkan jumlah mukasuratnya...apa yang pasti ada mukasurat yang 'missing in action'. Patutlah bila saya baca cam ada yang tercicir. Nak wat camner. Nampaknya, kenalah tunggu bajet bulan depan plak utk beli novel ni. Tq sekali gi...
wan
November 20, 2007   03:20 PM PST
 
Lara
*high5 ngan lara* kiranya xrugi la dok mengadap bk Malee Chuswan ni...
Manjlara
November 18, 2007   08:27 PM PST
 
kite pon ske ngan karya penulis ni, mula2 tertarik lepas baca permata hati ^_^

thanks for revewing this story!
wan
November 15, 2007   11:11 AM PST
 
iejay...
hehehe ada2 aje lah iejay nih... mesti lepas nih mana2 mamat yg namanya Jefri... iejay reject awal2 lagi ek... ahaks

alaaa sayangnya klu dia dah tak menulis lagi... kakwan suka sgt dengan hasil karya dia... :(
iejay
November 15, 2007   11:06 AM PST
 
iejay pun suka juga kak wan buku ni... seebab jefri tu sooo lomantik..paling suka bila nina jumpa balik tape iklan pasal dia yg jeff rakamkan... (tapi x suka lah nama jefri mcm nama don juan je hehehe)...

iejay ada dengar pasal dia tapi rasanya ikut kata dari sumber tu dia ni x aktif dah.. iejay pun lupa sumber yg kata tu akak iejay yg mana satu...

wan
November 14, 2007   02:21 PM PST
 
kmas...
wan rasa ramai peminat Malee Chuswan yang ternanti2kan karya dia nih... sama la kmas... klu tahu khabar2kan lah pada wan yer... ;)

nacha..
tp mmg ler... sepanjang2 tuh asyik sakit hati jer ngan derang berdua tuh... kdg2 tuh nak jer lepuk2 mrk tuh... :P
nacha
November 14, 2007   12:08 PM PST
 
wan, membaca LK ni perasaan sy pun mcm wan juga. ada rasa geram yg terbuku. ada aje problemnya. lps 1..1 dugaan yg melanda. anyway buku2 dia mmg best.
kmas
November 14, 2007   10:55 AM PST
 
Wan.. kmas pn minat dgn Malee Chuswan. Kesemua buku dia dgn CESB kmas ada. Lamaran kedua dah berkali baca tapi masih tak jemu. Klu ada berita ttg dia jgn lupa uar2kan
wan
November 14, 2007   09:52 AM PST
 
mar...
wan puuunnnn... "Selamat Tinggal Sayang" buku last dia ngan CESBkan? huhuhu wan suka sgt buku dia yg tuh... balik nanti nak bc bk tuh ler pulak... hehehe

ntah ek... dah lama tak nampak bk baru dia kat kedai2 buku... ke wan yg terlepas pandang?... ada sesiapa yg tahu..??
mar
November 14, 2007   09:43 AM PST
 
wan...mar minat banget ngan ma lee chuswan ni...paling suka selamat tinggal sayang. Tp nape dia cam dah x menulis lagi ekk..

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments