Entry: Air Mata Kasih 2 Tuesday, November 20, 2007



Pengarang : Syamimi Aminolah

Halaman   : 554

Tahun      : 2007

Terbitan   : Creative

Harga       : RM 28.90


Blurb:

 

Semakin kita berlari, semakin ia mengejarnya. 

Semakin kuat keinginan untuk melupakan, semakin kuat perasaan ingin memilikinya semula.

 

Sesungguhnya Ain tidak mampu memadamkannya dari ingatan.  Bagaimana mahu melupakan kerana semua ingatan tentang kita bagaikan tayangan filem yang ditayang berkali-kali !  Kisah kita yang bermula dengan perasaan benci tetapi akhirnya membuahkan kemesraan yang bukan sedikit. Dan waktu yang memisahkan kita untuk selama-lamanya.  Kalaulah semuanya terbentang di hadapan mata apa yang bakal berlaku, tidak ingin rasanya pergi dari sisi walaupun hati diduga umpama belati yang merobek kejam.  Dan andai dimiliki semalam, ingin sahaja diubah menjadi hari esok kerana semalam amat menyakitkan !

******

Air Mata Kasih 2 (AMK-2) adalah kesinambungan dari karya Syamimi yang terdahulu. Kisah tentang Ain yang masih lagi belum mampu mengusir bayangan Iman Haqimi dari hidupnya walaupun Abang Qimi telah 6 tahun meninggalkan dunia fana ini.

 

Ain yang masih dibelenggu momen indah bersama Qimi, nekad untuk 'beralih angin' bekerja di sebuah hotel di Tanah Tinggi dengan harapan untuk memulakan hidup baru, bertemu teman baru dan dengan harapan agar dapat dipadamkan kenangan-kenangan indah bersama Iman Haqimi.

 

Tapi harapan hanya tinggal harapan, di tempat baru… Ain dipertemukan dengan Nazmin Haqimi yang mengingatkan Ain akan Iman Haqimi yang cuba dilupakan.  Ber'bos'kan Nazmin Haqimi, Ain sekali lagi dihantui oleh kenangan demi kenangan yang cuba dibenamkan jauh ke dasar hati. Semakin cuba dilupakan, semakin segar di ingatan. Ain lelah sendirian.!!

 

Tatkala hati cuba dibuka untuk menerima cinta baru, Ain sekali lagi diuji dengan lamaran cinta dari Nazmin Haqimi. Ain tidak sanggup untuk menerima Nazmin Haqimi hanya kerana 'rindu'kan Iman Haqimi. Kehadiran Mirzan yang masih lagi menagih cinta dari Ain, serta Sakito si 'Pengembara Jepun' meletakkan Ain dalam dilema… sedangkan dalam hatinya telah disambut huluran kasih Nazmin Haqimi, namun hanya hati yang mampu mengiakan sedangkan mulutnya masih ragu-ragu untuk melafazkan.

 

Bagaimanakah Ain menangani segala beban yang beraja dihati? Siapakah Nazmin Haqimi yang cuba dijauhi oleh Ain?

 

Usai membaca AMK-2… aku menarik nafas lega..!! Entah ya… mungkin 'rasa' yang terus membelenggu aku tatkala usai membaca Air Mata Kasih dulu masih terus-menerus menapak dihati aku. Sebagaimana Ain yang tidak sempat untuk meluahkan rasa cintanya pada Iman Haqimi… yang terus-terusan membuatkan Ain kesal tak sudah… begitu jugaklah perasaan yang terbuku di hati aku nih… rasa ralat pada ending yang sebegitu.!!

 

Cuma aku rasa 'perjalanan' AMK-2 agak perlahan sedikit. Umpama aku dibawa melalui jalan panjang sedangkan jalan pendek ada di depan mata. Kadang-kala aku jadi penat nak 'mendengar' keluh-kesah Ain, tangis hiba Ain malah rindu dendam Ain pada Abang Qiminya. Adakalanya penggunaan ayat yang berulang-kali menyebabkan aku rasa terganggu.!! Tapi apa-apapun, puas hati jugak ler dengan penamatnya… walaupun nyaris2 nak terlepas lagi…!! hehehe

 

 

   2 comments

wan
November 22, 2007   06:03 PM PST
 
nacha...
hehehe ingatkan wan sorang jer yg rasa cam gitu... :p sib baik ler ending dia spt apa yg ku harap2kan... ahaks
nacha
November 22, 2007   04:50 PM PST
 
wan, sy pun rasa 'penat' nak habiskan bc buku ni. sy x salahkan Ain sbb dia x langsung mengenali abg kimi yg dah bertukar rupa. tapi geram kat abg kimi yg x nak berterus terang memperkenalkan dirinya. mujur ending dia ok. kalo x mmg sakit ati sy.

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments