Entry: Kopi Susu Sepatu Biru Wednesday, December 05, 2007



Pengarang : Ruby Hazri

Halaman   : 565

Tahun       : 2007

Terbitan    : Jemari Seni Publishing

Harga        : RM 21.00


Blurb:

 

Kata orang benci itu biarlah berpada, jangan nanti benci berganti rindu pula!

Kata orang lagi jiran sepakat membawa berkat!

 

Inilah sebuah kisah... tentang jiran di sebelah rumah....

  

 Rumah No. 11

 Rumah No. 9

Dia gadis kampung yang bekerja sebagai juruwang di sebuah bank di ibu kota. Wajahnya menarik, ramai yang tertarik. Dia hanya berbudi pada yang pandai berbahasa... tetapi pada jiran sebelah rumahnya, jauh panggang dari api.

Dia lelaki yang punya gaya tidak mudah terpedaya. Setiap tahun menambah usia tanpa sempat mengira. Kadang-kadang selamba, kadang-kadang tak terduga. Prinsipnya jelas: orang sebelah rumah tidak harus diberi hati.

 

 

Pendapat mereka saling bertentangan, pergaduhan tiada garis sempadan, terjilid dalam pelbagai episod:

     
* Kereta Perdana vs Kereta Kancil
     
* Kucing si bujang mengemis makan di rumah si dara
     
* Sepatu biru gadis pencetus idea nakal si teruna
     
* Muzik si pemuda bukan selera si pemudi    

 

Namun tiba-tiba ribut berhenti, hujan reda, pelangi sujud kaki langit... ada rasa yang mengocak perasaan. Ada cinta yang bertunas, ada kasih yang tumbuh dan ada sayang yang menjalar.

 

Kenapa? Siapa? Dan bagaimana?

 

Semuanya tersusun kemas dalam Kopi Susu Sepatu Biru. Selepas novel Percayalah... inilah buah tangan terbaru RUBY HAZRI dalam nada yang berbeza. 

 

******

 

Kopi Susu Sepatu Biru (KSSB) adalah hasil karya terbaru Ruby Hazri selepas Percayalah. Novel terbitan Jemari Seni Publishing ini adalah dalam genre berbeza dari Ruby.  Sebuah kisah ala-ala komedi yang sememangnya pada saya, berjaya menarik tumpuan saya hingga ke noktah terakhir.  Sebuah kisah yang simple, tetapi menarik..!!

 

Kisah tentang Emy & jiran sebelah rumahnya, Mat.  Kisah tentang 'bobo' kucing belaan Mat yang mencari makan di rumah Emy, kisah tentang 'garis-sempadan' yang menjadi  tempat parking kancil-perdana. Juga kisah tentang sepatu biru yang menjadi senjata melepaskan geram.  Ekoran rentetan insiden demi insiden yang berlaku membuatkan suasana berjiran mereka tidak pernah 'sejuk'.  Tapi dalam menahan hati yang geram pada jiran sebelah rumah, hati Emy juga 'gelabah' dengan Tengku Zahim yang menjadi bos barunya. 

 

Pendek kata, dalam geram ada lawaknya, dalam sinis ada kebenarannya.  Menatap KSSB membuatkan bibir saya tersenyum meleret hingga tak muat pipi.  Buat Ruby... tahniah !! tahniah !! tahniah !!.   Antara buah tangan yang akan menjadi koleksi peribadi wan.

 

   4 comments

ruby
December 11, 2007   07:10 AM PST
 
wan,
tq juta-juta untuk review terawal KSSB di sini...
nacha
December 5, 2007   03:37 PM PST
 
ye wan. part tu mmg menarik. lg 1 masa dah dkt nak last2 tu emy hantar laksa johor kat umah no. 9 tu mat dgn ego nyer tak nak mkn laksa tu. tapi bila razlan distribute kad kawin emy terus dia kalut & carik kunci kete nak kejar emy. muakakaka.. tau takut... hehehe
wan
December 5, 2007   03:04 PM PST
 
nacha...
wan paling suka part... "banyaknya cicak..." time si mat mlm2 buta gi buang sampah..!! :)

KSSB mmg entertain :)
nacha
December 5, 2007   02:12 PM PST
 
wan, KSSB mmg menghiburkan hinggakan my girl pun heran bila sy asyik senyum & ketawa. dia tanya best sgt ke buku ni? hehehe... thumbs up utk Ruby & JS.

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments