Entry: Berikanku Bahagia Friday, April 28, 2006



Pengarang             : Fatinilam Sari

Jumlah Halaman  : 379

Tahun                     : 2005

Terbitan                 : Ebiza Sdn Bhd

Harga                     : RM13.90


Kisah tentang konflik hidup Nurul Izzati gadis belasan tahun (18 tahun) yang kecewa apabila mengetahui dirinya hanyalah anak angkat kepada pasangan Marina & Idrus.  Nurul yang kecewa melarikan diri dari rumah kerana sedar diri tidak disayangi oleh Idrus. Pelarian Nurul menemukannya dengan Ramon Alief.  Nurul yang nekad tidak mahu pulang ke rumah keluarga angkatnya mengambil keputusan untuk mencari kerja bagi menampung hidupnya. Nurul akhirnya bekerja dengan Ramon Alief yang menjalankan perniagaan komputer yang kemudiannya membawa kepada percintaan mereka.  

 

Namun percintaan mereka berantakan dan membawa Nurul kembali ke pangkuan keluarga angkatnya. Nurul yang begitu kecewa dengan Ramon Alief yang berpaling kasih kepada Anita, membawa diri ke Johor meneruskan pengajiannya.  Semasa Nurul bekerja sementara dia bertemu dengan Datuk Basiron tuan punya Hotel tempat dia bekerja. Demi untuk membalas budi keluarga angkat, Nurul terpaksa menerima Datuk Basiron tanpa mengetahui beliau adalah bapa bekas kekasihnya sebagai suami sedangkan hatinya masih lagi pada Ramon Alief. 

 

Ada rahsia tersimpan, menyintai Ramon Alief satu dosa, mengahwini bapa kekasihnya dia terpaksa…. Apakah yang terjadi pada Nurul... dan Ramon Alief, mampukah dihadapi kenyataan yang pahit itu....

 


Nota Saya:

  • Yang menjadi persoalan saya tentang watak Ismail (bapa) yang tiada penamatnya. (takkan selama berbelas2 tahun masih lagi di penjara atau pusat pemulihan dadah?)
  • WanZ.... 10-QWink

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments