Entry: Menggamit Syurga Firdaus Wednesday, January 09, 2008



Pengarang  : Kamsiah Abu

Halaman    : 635

Tahun        : 2007

Terbitan    : Tintarona Publication Sdn Bhd

Harga         : RM26.00


Blurb:

 

"kutemani tidurmu dengan rinduku, kurawat lukamu dengan cintaku"

 

Natasha dan Zaimir setia membajai cinta pertama. Segalanya bagaikan sempurna.  Malang sekali cinta mereka kecundang dek badai takdir yang melanda.  Kasih yang membunga terlerai diragut tragedi hiba.

 

Natasha berkelana meneruskan kehidupan.  Hatinya tawar untuk menerima sebarang cinta lain.  Baginya, Zaimir tiada taranya. Cinta Zaimir terlalu agung sehingga tiada siapa yang mampu menandingi.  Tetapi haruskah dia menyisihkan setiap cinta yang hadir?

 

Natasha bertambah keliru apabila jodohnya dengan Firdaus – lelaki yang tidak pernah dikenali sama sekali – diatur oleh kedua-dua orang tuanya.  Tiada daya lagi Natasha menolaknya.

 

Dilema hati yang resah bertambah kusut apabila sekali lagi Natasha diuji dengan kehadiran lelaki yang persis Zaimir.  Iskandar jejaka kacak yang sudah beristeri seakan sengaja pula mencuri peluang.  Sesekali Natasha terbuai oleh kenangan silam yang sering bertandang, apatah lagi dalam terpaksa dia juga harus berdampingan dengan Iskandar.

 

Perjalanan cinta Firdaus memburu mahligai kasih bersama Natasha bertambah rencam apabila dia sering diuji dengan pelbagai dugaan. Teka-teki di sebalik jalinan cinta Firdaus dan Natasha mengundang pelbagai prasangka kawan… juga lawan!  Pengertian cinta Firdaus hanya mampu ditafsir Natasha, kerana jawapan kepada syurga idaman ada ditangannya.

 

******

Menggamit Syurga Firdaus berkisah tentang Natasha yang hampir nanar kehilangan orang tersayang yang terlibat dalam kemalangan. Kehilangan yang hampir meragut kewarasan seorang Natasha. Namun dengan sokongan dan dorongan keluarga serta Rina dan Hariz ~ teman rapatnya… Natasha berjaya bangkit walaupun dengan seribu kepayahan.

Mendapat peluang kerja di tempat baru, Natasha meniti hari-hari muka dengan tabah namun layanan dan perhatian Michael Tan, pegawai yang menjadi bosnya,  sering membuatkan hati Natasha tidak keruan. Walaubagaimanapun ingatan terhadap arwah Zaimir telah menutup seluruh pintu hati Natasha terhadap sebarang hubungan yang serius dengan sebarang lelaki.  Namun segala-galanya menjadi berantakan tatkala ibu bapanya menerima risikan dari Mohd Firdaus anak kepada jiran sekampung dan sekaligus menjadikan Natasha bertambah keliru dengan perasaannya.

 

Sebagai anak yang patuh, Natasha menerima takdir yang mendatang dan menerima Mohd Firdaus atas alasan tidak mahu menjadi anak derhaka tanpa mengetahui siapa sebenarnya Mohd Firdaus. Perjalanan hidupnya bertambah celaru pabila rahsia siapa sebenarnya Mohd Firdaus terbongkar.

 

Natasha mengambil keputusan drastik meletak jawatan dan bekerja di tempat baru iaitu sepejabat dengan Hariz. Di sini dia dipertemukan dengan Iskandar yang mempunyai wajah mirip arwah Zaimir… yang kadangkala membuatkan hatinya goyah dengan kenangan silam. 

 

Dalam mengharungi dugaan demi dugaan… mampukan Natasha hidup bahagia?? Siapa sebenarnya Mohd Firdaus yang menjadi tunangan Natasha?? Dapatkah diterima Mohd Firdaus sebagai seorang suami dengan penuh keikhlasan tanpa bayangan arwah Zaimir??  Dan Iskandar, mampukah Natasha melawan rasa hati tatkala memandang Iskandar, telah menggamit kenangan semalam yang cuba dihilangkan dari ingatan??

 

Usai membaca Menggamit Syurga Firdaus… aku menghela nafas lega.!! Haaah!!  Pada aku ia sebuah cerita yang menarik dan berjaya membuatkan aku membacanya hingga ke helaian terakhir tanpa henti. Kamsiah Abu telah berjaya membuatkan aku berminat untuk mengetahui kesudahannya hingga ke noktah yang terakhir.

 

Cuma kadang-kala kesilapan ejaan dan penggunaan sengkang di tengah-tengah ayat yang berlaku di awal pembacaan, sedikit sebanyak telah mengganggu tumpuan aku. Pada aku, kesilapan sebegini tidak sepatutnya berlaku dalam kadar yang amat ketara.! Walaubagaimanapun aku harus juga memberi kredit pada penulis yang telah berjaya menghasilkan satu lagi karya yang telah menarik minat membaca aku. Syabas.!!

 

PS: tapi aku harus ingatkan pada anda pembaca sekalian... ini hanya sekadar apa yang aku rasa... kerana minat kita tak sama! Mungkin anda tidak suka dengan apa yang aku baca..

 

   8 comments

wan
February 23, 2009   05:24 PM PST
 
cazz...
:-) boleh layan... tp rasanya tak dak rugi apa2pun... ;-) lebih baik lambat drp xbaca langsung... ya dak??
cazz
February 23, 2009   11:26 AM PST
 
hrrmm me bru jek jmpe buku ni
rmai yg komen best
so ingt wkend ni nk g cri laaa..
huhuu..agak ktinggalan la plak
wan
January 12, 2008   09:39 AM PST
 
kmas...
itu ler... bila dah terlalu banyak baca novel... rasa cam jalan citer ada yg seakan2 la pulak.!! :(
Kmas
January 11, 2008   10:10 AM PST
 
Wan kmas pn dah baca nvl ni. Mmg best. Tapi jln cita mcm pernah baca tapi tak ingat kat mana. Mungkin dah terlalu byk sgt cita yg dibaca.
wan
January 9, 2008   04:33 PM PST
 
nacha...
ok nanti wan masukkan dlm list... ;)
nacha
January 9, 2008   03:36 PM PST
 
Wan, under publisher Tintarona ni citer 'bukan terlarang' by Norhazma pun best gak. agak tebal gak la. buku Zuraidah Othman by CESB dah bc ke? x ingat tajuknya la. tapi mmg best. walaupun ada rasa geram tapi tetap ada 'ummph'
wan
January 9, 2008   03:01 PM PST
 
nacha...

hehehe lain kali wan dah tau nak tanya sapa lagi selain dari kaknOOr... ;-)

so... buku apa lagi yg patut wan baca..?? nak yg tak payah dok bebankan otak... & xdak scene yg dup-dap2x kan hati... sbb wan tak suka.!! nak yg 'light & easy' jer... hahaha byknye request.!

:D
nacha
January 9, 2008   02:21 PM PST
 
Wan, citarasa kita sama. sy pun suka citer ni. walaupun agak tebal buku ni tapi semangat nak 'mengkhatamkannya' berkobar-kobar. credit to kaknOOr sbb promote kat sy soh bc citer ni. kaknOOr mmg tau taste sy. hehehe...

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments