Entry: Ada Cinta Di Hati Tuesday, January 22, 2008



Pengarang       : Emma Maizura

Halaman          : 522

Tahun               : 2008

Terbitan           : Alaf 21

Harga               : RM19.90


Blurb:

Mereka ditakdirkan lahir sebagai pasangan kembar seiras. Walaupun dari segi lahiriah tiada bezanya, tapi batiniah mereka tidak sekata. Adlyna seorang gadis yang langsung tidak takut pada halangan sehinggakan apa yang diingini mesti dikota. Bagi Adreena pula, dia seorang yang lembut hati dan mudah mengikut kata. Lantaran, dia sering dipersendakan oleh kakak kembarnya.

Adlyna hebat di pentas peragaan. Kerlipan cahaya yang sering menyimbahi tubuhnya menyebabkan dia seperti berada di awang-awangan. Sehingga, dia nekad meninggalkan majlis perkahwinan di saat-saat akhir demi memenuhi tuntutan hatinya. Akibatnya, Adreena yang terpaksa menjadi korban saudara sendiri.

Keterpaksaan Syukri dan Adreena menjadi pasangan suami isteri menyebabkan hubungan itu bergantung tidak bertali. Tiga tahun mereka melayari bahtera yang tiada nakhoda, dan selama itu semuanya menjadi rahsia. Indah di mata orang tapi derita di hatinya.

Kesetiaan Adreena dicabar dan diasak-asak. Sampai bila dia harus berdiri dan terima segalanya dengan redha? Ya… selagi ada cinta di hati, dia harus lakukan sesuatu biar apa jua natijahnya.

Dia sering diterjah dengan pepatah, 'air dicincang takkan putus.' Tapi, di mana kebenaran kata-kata itu kalau hatinya sering disiat-siat dan dilapah tiap ketika? Dan bagaimana dengan Adlyna? Bahagiakah dia setelah mencipta duka?

 

*****

Ada cinta di hati (ACDH) adalah karya pertama Emma Maizura yang aku baca. Kisah tentang pasangan kembar seiras yang hidup dalam dua dunia yang berbeza.  Adreena dan Adlyna dilahirkan kembar seiras tetapi sifat dan sikap mereka jauh berbeza.  Pertama kali membaca aku teringatkan kisah pasangan kembar Viviana Lisa (Lisa) & Vanisha Aini (Eisha) dalam Kesturi karya Fatinilam Sari terbitan CESB, cetakan pertama tahun 2001 yang aku baca lama dulu.

Kisah tentang pergolakan yang berlaku dalam hidup Adreena yang sering menjadi 'mangsa' kakaknya Adlyna, lantaran sifatnya yang lembut hati dan menurut kata dalam kata lain tidak pandai nak membantah. Sehinggalah ke satu tahap di mana kebahagiaan hidupnya menjadi taruhan. 

Lantaran ingin mengejar glamour dan kegemilangan dalam dunia modeling, Adlyna nekad menghilangkan diri di saat-saat akhir tarikh pernikahannya menyebabkan Adreena terpaksa menjadi 'bidan terjun' menggantikan kakaknya, sebagai pengantin walaupun hati tidak rela melakukannya. 

Bermula dari saat itu, hidup Adreena penuh liku.  Apatah lagi Syukri yang 'marah' dengan tindakan Adlyna menjadikan Adreena sebagai tempat untuk melepaskan geramnya dengan menjatuhkan hukum 'gantung tak bertali' pada Adreena.

Bagaimana nasib Adreena & apa kesudahan rumahtangganya bersama Syukri? Adlyna – tenteramkah hidupnya apabila menjadikan nasib & masa depan adiknya sebagai taruhan? Semuanya akan terjawap apabila anda membaca karya ini.

Pada awalnya aku frust jugak… tapi bila dah mula baca dan aku dah dapat 'rentak'… aku mula tertarik!! Hey not bad..!! Walaupun pada awalnya jalan cerita seakan sama... tapi jangan terkeliru, ada kelainan yang diketengahkan oleh penulis.  Sampailah ke mukasurat terakhir… hmmm interesting!! Well done buat penulisnya Emma Maizura.

PS: Ini sekadar apa yang aku rasa... tak semestinya korang akan sependapat dengan aku.!!

 

   8 comments

nacha
January 24, 2008   10:10 AM PST
 
bole je. no problem. hehehe...
wan
January 24, 2008   09:24 AM PST
 
nacha+iejay...
hehehe yelah kan... masing2 punya selera..!! *hehehe bleh la pinjam bk 1st dia... nak bc ;)*

knOOr...
welkam back kaknOOr!!... seronoknya dengar kicauan dia kat cni... miss you sooo muchhhh..!!! mmuuaahhh
kaknOOr
January 24, 2008   09:15 AM PST
 
Dah habis baca semalam tq to Nacha, wan, adhan & eijay... kaknOOr suka novel kedua Emma ni... ada penigkatan cara penulisan jika dibandingkan dengan pertama. Wan memang kategeri tak blh letak dan di minerva pun novel ni laris macam goreng pisang panas...sampai tak ada stock...
Akak suka dgn watak Adreena .... melawan dlm diam......
nacha
January 24, 2008   08:54 AM PST
 
hehehe... hi-5 dgn Iejay. ya, sy sukakan watak Daniel yg tabah & sabar sbg suami yg beristeri 2.
iejay
January 23, 2008   11:18 PM PST
 
iejay suka gak yg ni.. tapi sama macam nacha iejay lagi suka yg 1st.. maybe daniel tu teramatlah gentleman dan sabar kot... hehehhe
adhan
January 23, 2008   09:43 AM PST
 
byk novel yg lebih kurang sama...tapi saya sama dengan kakwAN...Mcm sy letak dlm review saya...novel ni ada sikit persamaan dengan Kesturi (cesb)
wan
January 22, 2008   05:28 PM PST
 
nacha...
too bad.!! bk 1st dia kita xbc la... inilah percubaan pertama kita utk karya Emma Maizura... so xbleh nak buat perbandingan :P

yelah... kan ke'suka'an masing2
nacha
January 22, 2008   05:23 PM PST
 
betul la. sy rasa citer 'Ada cinta di hati' ni mcm sterotype. emm... rasanya sy lebih suka 1st novel dia 'tiada noktah cinta'. isunya lebih 'mengancam'.

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments