Entry: Suci Wajah Rindu Monday, January 28, 2008



Pengarang          : Zuraidah Othman

Halaman             : 480

Tahun                  : 2008

Terbitan              : CESB

Harga                  : RM22.90


Blurb:

 

Pelangi cinta yang kita titi bersama itu adalah rindu yang kupintal tatkala kehilanganmu

 

Sepuluh tahun lalu AJ pergi meninggalkannya bersama untaian janji yang tidak pernah tertunai.  Dia menyakinkan diri bahawa AJ hanya sebahagian daripada mimpi. Tidak mungkin hadir di alam realiti.  Dendam dan benci kesumat kak long menolak dirinya semakin jauh dari hidup AJ hinggakan terlalu sukar untuk dia menjejaki lelaki itu.  Biarpun rindu terhadap lelaki itu masih berdenyut namun… terlalu mengharapkan keajaiban berlaku bukan dia orangnya.

Dalam parah membelai rindu, dalam pedih membuang onak angkara kak long dan dalam kepayahan menggapai kasih ibu, tiba-tiba pada satu subuh yang indah, lelaki itu hadir merawat luka…

*****

Suci Wajah Rindu adalah karya terbaru Zuraidah Othman terbitan Creative Enterprise.  Kisah tentang Fitrah Najwa yang tidak mendapat layanan yang sewajarnya dari ibu kandungnya sendiri ekoran ulah dari Farah Hani – kak longnya.  Layanan yang berat sebelah dari ibu, menyebabkan Najwa rasa tersisih dan terpinggir.  Walaubagaimanapun kasih sayang dari bapanya, menyingkirkan jauh-jauh rasa berjauh hati Najwa pada si ibu.

Karenah kak long yang seringkali mencari peluang untuk 'menyusahkan' Najwa menyebabkan Najwa merasa rendah diri.  Najwa sering dijadikan 'korban' dan 'kambing hitam' oleh kak longnya.  Bahkan AJ – lelaki yang berjaya mencuit hati remajanya juga menyingkir jauh dari hidupnya akibat angkara kak longnya.  Sudahnya, dia hanya pasrah pada takdir namun dia tetap percaya, di suatu ketika nanti sang Arjuna hati pasti muncul merawat hatinya yang luka & sengsara.

Pada aku, buah tangan terbaru Zuraidah Othman ini sama sekali tidak menghampakan kerana ia mampu membuatkan aku terpaku menatap bait demi bait ayat, helaian demi helaian mukasurat hinggalah ke noktah yang terakhir tanpa sedikitpun rasa bosan.  Bahkan aku seakan tidak sabar untuk mengetahui apa yang berlaku selanjutnya.  Pendek kata aku suka dengan Suci Wajah Rindu ini.

Sebuah kisah tentang ketidakprihatinan si ibu dalam membahagikan kasih sayang terhadap anak-anak.  Sebenarnya tidak mustahil kemelut ini memang ada berlaku dalam masyarakat kita hari ini.  Suci Wajah Rindu menyebabkan aku jatuh kasihan pada nasib yang menimpa Najwa.  Malah aku jadi benci dan menyampah dengan ulah & karenah Farah Hani. 

Buat Penulis… Tahniah.!! kerana telah berjaya membuatkan koleksi novel aku bertambah lagi satu.

 

   7 comments

ayu amat
May 7, 2008   04:34 PM PDT
 
Sangat teruja semasa melihat buku ni di kedai buku. memang tak sabar-sabar nak membacanya kerana teramat rindukan buahtangan dari ZO. Dan seperti yang dijangkakan sangat berbaloi membelinya. Ada tangis dan tawa sepanjang pembacaan. Terasa sebak sangat bila saat Najwa terpaksa kehilangan ayah setelah perselisihan yang berlaku. Dan sangat terharu bila membayangkan betapa gembiranya si ayah mengetahui anak kesayangaannya tidak sesekali akan melakukan perkara yang akan melukakan hati si ayah. Namun kematian datang menjemput si ayah sebelum sempat pulang bertemu Najwa yang setia menanti si ayah dengan masakan lauk kegemaran si ayah... Sedih yang tersangat sedih pada bahagia-bahagian tersebut. Tapi cukup menggembirakan bila akhirnya anak sebaik Najwa bertemu kebahagiaannya bersama AJ. Itu juga anugerah dari Allah kan? Bagi anak yang sering berusaha membahagiakan orang tuanya, Allah kurniakan kebahagiaan juga buatnya.
zuraidah othman
April 2, 2008   09:31 AM PDT
 
terima kasih. Sebenarnya waktu nak hantar naskah ni saya serba salah sebab dah lama tak menulis, takut hilang rentak dan hilang pembaca. Komen amalyn buat saya tak sabar nak habiskan novel terbaru.
arirada
January 30, 2008   09:54 PM PST
 
dah lama tak baca buku Zuraidah Othman, last sekali time sekolah menengah dulu rasanya, masa tu buku dia byk terbitan Melati Publisher, tajuk2 sume dah x igt..
wan
January 29, 2008   08:31 AM PST
 
nacha+kaknOOr+iejay...

tak rugi bersengkang mata, menghabiskan bc buku ni... sungguh menghiburkan. Pelbagai rasa teradun dengan sempurna. Tahniah buat ZO.!! dah lama rasanya tak rasa kepuasan maksima dalam membaca novel... ahaks!!

& thanks 2U gurls yg promote suruh wan bc bk ini... i love it!! *wink*
iejay
January 28, 2008   09:10 PM PST
 
iejay baca cerita ni daripada jam 12.30 pagi sampai 8 pagi...semangat kerna jiro..hahaha..x tido langsung.. ralit nak habiskan...

baca cerita ni memang mengubat rindu dekat karya ZO.. bagi iejay ZO ni dia cipta watak dalam karyanya selalu sederhana tapi menarik...

cerita ni ada tawa, ada sayu, semua cukuplah... bab abah dia pergi tu memang sedih (dahlah time tu abah kita x ada kat tanahair)... bab jiro jadi jeruk dan bab dia x mahu berenggang dengan jiro pasal ragam mengandung...
kaknOOr
January 28, 2008   02:52 PM PST
 
Novel pertama akak baca selepas lama bercuti...bab pertama dah dapat rentak..tidak membosankan sbb kisah tentang masyarakat biasa. Dah terlalu byk terjumpa kisah keluarga dato/tan sri....
Sedih bila semua keluarga memulaukan najwa termasuk ayahnya....tapi dlm diam2 siayah berjaya mencari kebenaran...
Paling suka dgn ketegasan bapa saudara najwa terhadap farah hani....
nacha
January 28, 2008   02:50 PM PST
 
emm.. mmg kesian dkt Najwa. geramnya dkt kaklong yg ada saja idea jahat dia nak naya & dera Najwa. lg sedih bila sume adik-beradik dia pun bersekongkol dgn kaklong.

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments