Entry: Qaseh Qaisy Monday, February 11, 2008



 

Pengarang          : Ramlah Rasyid

Halaman             : 559

Tahun                 : 2007

Terbitan              : Buku Prima Sdn Bhd

Harga                 : RM19.90

 


 

Blurb:

 

Lewat perkenalan di ruang skrin alat telekomunikasi yang canggih itu, membibitkan perasaan sayang Qhalida Qaseh terhadap si dia yang digelar B. Qhalida sendiri sebagai D, nama pengganti dirinya.  Hanya SMS sebagai pengantara hubungan mereka. Bagaikan wujud keserasian hinggakan mereka memeterai pertunangan di alam siber dengan cara sendiri.

Seperti yang dijanjikan, setelah beberapa bulan barulah mereka bersedia untuk saling bersuara dan bersua muka.  Biar bagaimanapun rupa dan bentuk, mereka tetap menerima kelebihan dan kelemahan masing-masing. Ternyata perjumpaan itu mengeratkan lagi kasih antara mereka.

Namun, kenangan semalam kembali bertamu, ketika Qhalida Qaseh bersama temannya Nabil bertemu dengan Tengku Qaisy Iskandar, tidak disangkanya Tengku Qaisy Iskandar sebenarnya adalah B, kekasih dan tunangnya di alam maya.

Saat itu, Qhalida Qaseh terkenangkan zaman kanak-kanak mereka. Tengku Qaisy Iskandar sering membuli dan menyuruh Qhalidah Qaseh melakukan sesuatu yang tidak disukainya.  Disebabkan status yang berbeza Qhalida Qaseh menurut segala kemahuan Tengku Qaisy Iskandar biarpun hatinya terluka.  Tengku Qaisy Iskandar merupakan anak majikan ibunya, Puan Maimon yang bekerja sebagai pembantu rumah keluarga kaya Tengku Nazim Shah dan Puan Satirah.

Qhalida Qaseh merasakan seperti dipermainkan.  Lalu rasa cinta pada lelaki itu cuba disingkir dan perasaan benci dipupuk.  Rasa kasih dan cinta bercampur dendam serta benci yang dibajanya membuat Qhalida Qaseh berasa sedih.  Hatinya juga tidak senang tetapi sengaja berbuat tegar dan ego.  Tengku Qaisy Iskandar berusaha meleraikan segala kekeliruan dan salah faham demi cintanya terhadap Qhalida Qaseh.

Tetapi, darjat keturunan menghalang penyatuan cinta Qhalida Qaseh dan Tengku Qaisy Iskandar.  Apakah takdir yang menjurangi kisah mereka? Darjat keturunan? Nama atau kedudukan?

Bukan mudah memadam kenangan semalam, tidak semudah melewati kebahagian yang berlalu.

******

 

Qaseh Qaisy  – kisah cinta dua darjat, apabila si Tengku bertemu dengan orang kebanyakan iaitu kerabat diraja yang jatuh cinta dengan rakyat biasa.

Sebagaimana yang dijangkakan… percintaan antara Qhalida Qaseh dengan Tengku Qaisy Iskandar mendapat tentangan dari keluarga terutamanya keluarga Tengku Iskandar yang mahukan Tengku Iskandar mengahwini Tengku Zurin yang sama darjat dengan mereka – keturunan  diraja.

Sebagai anak, Tengku Iskandar harus tunduk pada keputusan Ayahandanya Tengku Nazim Shah.  Sebagai kekasih, dia ingin memberikan yang terbaik buat 'princess' hatinya.  Antara keinginan hati dan kemahuan keluarga, Tengku Iskandar tersepit dalam membuat pilihan.

Qaseh Qaisy adalah kisah tentang keperitan yang terpaksa diharungi oleh Tengku Iskandar dalam mempertahankan cintanya pada Qhalida Qaseh apabila darjat yang menjadi ukuran.

Qaseh Qaisy adalah kisah tentang pengorbanan Qhalida Qaseh dalam membuktikan cintanya terhadap Tengku Iskandar, yang seringkali membuatkan hidupnya berendam airmata.

Pendek kata Qaseh Qaisy adalah kisah  uda dan dara yang menempuh pelbagai cabaran dalam mempertahankan cinta antara dua darjat.

Aku membaca Qaseh Qaisy kerana ia hasil karya Ramlah Rasyid.  Dengan gaya bahasa yang mudah dihadam oleh pemikiran aku, aku dapat menghabiskan bacaan ini dalam masa 2 hari (sebab seringkali diganggu 'iklan' aka anakandaku).  Usai membaca Qaseh Qaisy apa yang dapat aku simpulkan… okay la sebagai bacaan santai buat mereka yang gemarkan kisah cinta uda dan dara.


   5 comments

nacha
February 15, 2008   09:09 AM PST
 
ye la wan & iejay. x tau nape sy lebih suka pd Nabil. rasanya mcm dia yg paling macho kot.

bila sy tgk cover ni je terus teringat kat 1 cover citer kaksu yg bertajuk 'kalimah cinta' tu. mcm bunga2 kat Cameron Highland je.
wan
February 14, 2008   05:21 PM PST
 
iejay...
ntah ler... mayb kakwan xberapa nak suka citer pasal golongan bangsawan ni kot... :P tp bab pembunuhan misteri tuh ok la... sekurang2nya sebagai perencah dalam citer ni..

hehehe... ingatkan kakwan jer yg menyampah kat iskandar tuh... mmg si mamat lembik... xdak pendirian... klu mamat tu ada kat depan mata, dah lama kena hempuk ngan kakwan... ahaks
iejay
February 12, 2008   11:23 PM PST
 
cerita ni okaylah untuk bacaan santai... tapi yg interesting sikit dekat2 belakang tu ada misteri nak diselesaikan tentang siapa tengku zurin yg mati tu...

tapi geram sungguh dekat tengku qaisy iskandar yg sangatlah lembik tu... macam lalang....
wan
February 12, 2008   08:49 AM PST
 
nawwir...
actually review nih sebelum cuti lagi... tp dok cari cover xjumpa tu yg jadi pekasam kat dlm simpanan tuh!! hehehe :)
nawwir
February 12, 2008   07:46 AM PST
 
Wan........
wah..... dalam sibuk bercuti pun sempat lagi buat review . Tabik spring la.

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments