Entry: Sara Kirana Friday, February 15, 2008



Pengarang          : Ramlah Rasyid

Halaman             : 434

Tahun                 : 2007

Terbitan              : Buku Prima Sdn Bhd

Harga                 : RM17.90


Blurb:

 

Soal hati sukar untuk dimengertikan. Sayang bukan bererti cinta, kasih bukan bererti sayang.  Maisarah seorang isteri yang taat dan patuh kepada suaminya, Zulfakar.  Namun tanpa sebab yang kukuh dia telah diceraikan.  Melayari kehidupan rumah tangga bersama Zulfakar membuatkan Maisarah bahagia dengan caranya walaupun Zulfakar tidak menghargainya sebagai seorang isteri.

Zahrin, adik Zulfakar telah membantu Maisarah kerana tiada siapa lagi yang boleh diharapkan.  Di saat Maisarah memerlukan Zahrin tiba-tiba Zahrin telah pergi melanjutkan pelajaran ke luar Negara.  Bertolak dari rasa kecewa akibat diceraikan, Maisarah bangkit semula sebagai Sara Kirana, seorang penulis novel yang disegani.

Dalam meniti hari-hari yang mendatang, Zahrin muncul menagih cinta Maisarah.  Sebenarnya Zahrin telah mencintai Maisarah sebelum dia bergelar isteri Zulfakar.  Namun percintaan mereka mendapat tentangan dari bekas mentua Maisarah.  Puan Zulaikha dan Haji Salam tidak bersetuju kerana dianggap kurang manismemandangkan Zulfakar masih hidup.  Kerana sayangkan anak, akhirnya mereka menerima Maisarah sekali lagi menjadi menantu.

Selepas mereka berkahwin, Zulfakar cuba mendekati Maisarah kembali.  Perkahwinan barunya dengan Elly tidak bahagia.  Zahrin mula cemburu akan abangnya.  Malang tidak berbau, tiba-tiba Zahrin ditimpa kemalangan di tempat kerja dan terlantar koma berbulan-bulan.

Apakah yang terjadi kepada Maisarah setelah mengetahui Zahrin koma?  Dapatkah dia menerima kembali cinta Zulfakar?  Dan apa pula tindakan Elly setelah mengetahui Zulfakar cuba memikat Maisarah?

******

Sara Kirana  – kisah tentang ketabahan seorang wanita yang diceraikan tanpa sebarang alasan hanya kerana si suami jatuh cinta dengan bekas teman wanita yang dikenali semasa mereka di universiti.

Maisarah, si isteri yang meletakkan taraf seorang suami sebagai manusia yang harus dipatuhi setiap kata-kata dan tindakan tanpa sebarang bantahan.  Baginya suami harus ditaati, layanan terhadap suami haruslah tanpa berbelah bahagi. Namun apa yang dia dapat?? Nothing!! Bahkan diceraikan pulak tanpa sebarang alasan.

Namun keperitan ditinggalkan si suami tidak mematahkan semangat Maisarah… malah dijadikan sebagai semangat juang untuk hidup yang lebih bermakna dan dihargai di masa depan… buktinya lahir Sara Kirana yang dikenali dan diminati ramai. Bahkan hasil karya dan kreadibilitinya sebagai penulis diiktiraf. Dan Maisarah berubah menjadi Sara Kirana yang baru… yang lebih berani, lebih bersemangat dan lebih berkeyakinan dalam mendepani hari muka.

Sekali lagi aku membaca Sara Kirana kerana ia hasil karya Ramlah Rasyid. Sebagaimana yang sedia maklum, dengan gaya bahasa yang mudah dihadam aku terhibur dengan plot cerita yang digarap oleh penulis. Secara peribadinya, aku lebih menggemari Sara Kirana berbanding dengan Qaseh Qaisy.  Mungkin sebab cerita Sara Kirana lebih kepada realiti kehidupan orang biasa macam aku… tidak kepada golongan kerabat yang dipaparkan dalam Qaseh Qaisy.  Apa-apapun… terpulang pada selera pembaca masing-masing, tepuk dada tanya minda yang mana yang lebih digemari.

 

   5 comments

wan
February 20, 2008   08:57 AM PST
 
amie..
bacalah... ok gak citer dia.! Oo penulis Fazie Hana tu ek?

nacha.. *high5 ngan nacha*
hehehe klu wan ler... wan akan wish dia.."selamat tinggal romeo"la... hahaha xkuasa dah nak buat baik ngan org mcm tuh.!!

kaknOtie..
amboi.. akak lagi ganaz nih.!! hahaha

kak ila..
alamak!! penulis dia dtg ler.. sori kak!! kami ni terlebih emo plak.
sbb apa wan cakap mcm tuh?? sebab wan suka dengan gaya bahasa akak... :)
kita pernah jumpa? hhmm tak pasti la kak... rasanya belum lagi kot.. nanti bleh la kita jumpa kat BF nanti ;) nak mintak TT :P
kak ila
February 19, 2008   12:17 AM PST
 
hai. assalamualaikum tuan rumah. buat pertama kalinya kak ila muncul di sini & ternampak pula comment 2 novel kak ila. apa2pun terima kasih banyak2. 3 novel kak ila di BUKU PRIMA dalam 3 versi berbeza. harap2 nya dapat menjadi bacaan santai pada semua. tapi kenapa tuan rumah kata 'membaca 2 novel tu sebab karya kak ila (Ramlah Rashid?)' ye? apakah kita pernah kenal? (maaf, saja nak tahu...) kalau tak nak bagitahu tak apa. bye... jumpa lagi di lain novel terbitan syarikat lain.
notie
February 18, 2008   12:34 PM PST
 
amboiii nacha ganaznya ko tp kalau aku lagi le aku debik je si zulfakar tu. Ada ke pulak dah kahwin lain gila meroyan pulak nak balik kat bini lama sebab bina lama dok layan bagus drpd bini baru. Hah padan muka. Igt kahwin tu leh tuiz sana tuiz sini ke kalau dah tak suke...lorrr pasai apa yg aku maree ni ehheeheh ampun tuan pengarang
nacha
February 18, 2008   09:44 AM PST
 
Wan, sy pun suka citer Sara Kirana ni lebih drpd Qaseh Qaisy & Tak Kuduga. Sara Kirana membuatkan airmata sy berlinangan bila dia diceraikan. walaupun dah diceraikan dia masih sanggup nak kemas rumah Zulfakar. huh! kalo jd kat sy jgn harap sy nak buat mcm tu. bg sepah lagi ada. hahaha...
amie
February 15, 2008   06:19 PM PST
 
cover buku ni cantikla..bunga sakura ke ape tu??..saya macam tertarik dgn jalan cerita ni la..suka kalau nak baca buku yg kisah mcm2 ni.dulu ada satu novel yg sedih tu ape ye, keluaran alaf21, yg cover dia kaler biru..ape ye kakwan??..yg penulis dia kak wan kata dah meninggal tu.

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments