Entry: Garis-Garis DejaVu Friday, March 28, 2008



Pengarang          : John Norafizan

Halaman              : 636

Tahun                   : 2008

Terbitan               : Jemari Seni Publishing

Harga                    : RM22.00


Kata Rumi: 
pasangan yang bercinta bukan bertemu di satu tempat akhirnya
mereka sudah bersama sejak dari azali lagi  

Inilah sebuah cerita cinta yang ditulis dalam nada yang berbeza.
Dua benua. Tiga negara. Empat nyawa.
Dan satu takdir yang tersimpul mati! 

Sebuah episod pengembaraan yang merentasi garis-garis deja vu
Suatu pelarian tanpa noktah
dan rentetan pertemuan-pertemuan aneh seorang Damien. 

Kenapa setelah sepuluh tahun berselang
Ashraf harus mencari Laila yang hilang
sedangkan isterinya, Nini ditinggalkannya pergi?
                                                                                                    

Dan begitu mahalkah harga cinta, sehinggakan Suraya meninggalkan-Nya demi dia? 

+ + + + + 

Sebuah lagi karya segar daripada JOHN NORAFIZAN, seorang jurutera yang mahir menyusun peristiwa-peristiwa cerita; pengarang yang sentiasa mendaulatkan bahasa ibunda pada setiap karya-karyanya.  

---***---

Garis-Garis Dejavu (GGD) merupakan novel ke-4 John Norafizan dan pertama terbitan Jemari Seni. GGD masih lagi menyengat jika ingin dibandingkan dengan novel-novelnya sebelum ini. Malah pada aku GGD ini lebih berbisa jika dibandingkan dengan Cinderella Cinta (ini hanya pendapat aku!! kerana aku suka GGD ini lebih dari CC).

 

Garis-Garis Dejavu adalah tentang pengembaraan mencari cinta. 

 

GGD tentang Ashraf yang kehilangan cintanya dan nekad untuk menjejaki cinta semalam. Lalu ditinggalkan isteri yang sedang mengandung.  Pelbagai onak dan duri rela diharungi asalkan dia dapat bertemu kembali dengan 'Laila'nya itu. Namun, kembara Ashraf adalah kembara yang tak pasti… kembara menjejak masa silam yang pudar.

 

GGD tentang Suraya yang telah sesat!.  Dia manusia yang sanggup berpaling tadah pada agama dan asal usul keturunan semata-mata kerana CINTA. Namun cintalah yang telah menipu dan mengkhianati kepercayaannya hingga dia lupa dan sekaligus hidup dalam kesesatan tanpa agama. Dia ATHEIS – manusia yang tidak punya kepercayaan dan pegangan agama. Namun kejadian demi kejadian, insiden demi insiden malah isyarat demi isyarat yang berlaku di depan mata seolah petanda dan petunjuk untuk dia kembali pada agama yang suci. Agama yang satu – Islam.

 

GGD tentang Damien, budak lelaki berusia 10 tahun yang harus menjadi dewasa sebelum waktunya. Dia ditinggalkan oleh Baba ketika Umi sedang terlantar koma.  Hanya dengan sepucuk surat beserta wang 2000 pound sebagai bekal, Damien harus mengemudi hidupnya sendirian.  Tambah malang, duit itu dicuri oleh Jenny 'penyangak' sekolah.  Namun tanpa sedar, dia ditemani si 'gagak putih' yang memberi panduan.

 

GGD juga tentang Nini yang penasaran ditinggalkan oleh si suami tatkala diri disahkan mengandung. Dia nekad untuk menyusul jejak sang suami. Berpandukan pada sekeping poskad yang dikirim dari Jordan dan bertemankan Sedek, Nini meneruskan pengembaraannya dengan harapan agar dapat bertemu dengan suaminya untuk memohon keampunan dan sekaligus membawanya pulang ke tanahair.  Namun segalanya berantakan apabila pesawat yang dinaikinya telah dirampas oleh pejuang Palestine. Sedek ditembak mati dan Nini dijadikan tebusan.

 

Berjayakah Ashraf menemui kembali cinta lalunya..?? Terbukakah hijab untuk Suraya kembali pada nur Islam ini?? Mampukah Damien harungi hidupnya sendirian tanpa kedua ibubapanya?? Dan Nini, berhasilkah segala usahanya dan kenapa dia sanggup mencari suaminya sedangkan dia yang ditinggalkan?? Semuanya akan terjawab pabila anda membaca GGD ini.

 

* * * * *

Mungkin aku bias, kerana sesungguhnya aku memang penggemar setiap karya/tulisan John Norafizan, jadi aku tidak nampak di mana kekurangan GGD ini. 

 

Aku suka dengan apa yang cuba diketengahkan oleh penulis. Setiap watak 'utama' diceritakan berdasarkan 'bab'. Ini menyebabkan aku perlu membaca keseluruhan cerita ini tanpa berhenti (sebab ingin tahu apa kesinambungannya). Selain dari itu, John juga berjaya menimbulkan unsur-unsur suspen dan penuh tanda tanya... menjadikan aku tidak sabar ingin tahu what happen next & who's who.?? and how they relate to each other.??

 

Cuma satu... John suka menjadikan Manchester sebagai salah satu latar tempat untuk setiap karyanya. Mungkin John perlu fikirkan tempat lain selain Manchester.  Atau John ingin jadikan Manchester sebagai trademark beliau?? hehehe Manchester is John & John is Manchester.!!

 

Harus diingatkan sekali lagi… ini hanya sekadar apa yang aku rasa… & aku yakin tak semua yang aku suka, anda juga akan menyukainya. Tapi aku ingin anda membacanya...!!

   5 comments

wan
March 28, 2008   06:13 PM PDT
 
John...
hah!! Jepung?? Arigato..!! hehehe ok apa... klu nak masukkan jugak Manchester... transit la kat UK *ada ke flight yg singgah Uk sblm ke Jepun*

& lagi satu... jangan sebab org 'suruh' maka John nak ubah ;) kadang-kala kita perlu yakin pada diri sendiri... bak kata pengkritik AF "Jadilah diri anda sendiri" ahaks
JN
March 28, 2008   06:09 PM PDT
 
Ooppsss ampun kak noor... typo error! (abis aku kene marah ngan kaknoor lps ni ehehe)...
untuk pengetahuan kakwan ngan KAKNOOR (ehehe!), Damien tu memang wujud.... tapi Damien yang sebenar takderla smpi bertemu ngan burung putih... :) :)
John Norafizan
March 28, 2008   05:41 PM PDT
 
Salam kaksu ngan kakwan,
ehehe.. terima kasih bebanyak di atas komen yang positif dan membina; debak-debuk jer biler baca review ni...
ermm.. sebenarnyer citer-citer nak jadi cam Stephen King yang buat citer antu asyik-asyik kat tmpat nama "maine", tp mungkin xkesampaian sebab buku ke 5 nnti John nak "pegi" Jepon ehehehe
wan
March 28, 2008   05:06 PM PDT
 
kaknOOr...
*high5 ngan kaknOOr* mmg citer ni klu stop nanti feel hilang. Tapi dlm banyak2 wan paling suka watak Damien.!! hehehe mesti budak tu cutekan klu wujud. klu dewasa nanti sure hensem... ahaks!!

kaknOOr... agak2nya lepas nih John nak melawat mana plak ek?? takpun ok gak klu terbaca pasal Manchester secara automatic tahu... ooo ni mesti John,!! :P
kaknOOr
March 28, 2008   04:55 PM PDT
 
Wan..kita serupa....
Memang GGD ada kelebehan tersendiri...
GGD kena baca word by word tak blh lompat si katak lompat nanti tak ada penghayatan.Kesimpulan ada pembelajaran & pengajaran dari GGD.
Wan kena tunggu John melawat tempat lain baru hilang trademark Manchester tu...

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments