Entry: Lili Buat Najah Monday, April 14, 2008



Pengarang          : Nazurah Aishah

Halaman              : 530

Tahun                   : 2008

Terbitan               : Jemari Seni Publishing

Harga                    : RM21.00


telah kau tunai seribu janji
satu kau mungkiri… hidup bersamaku…
 

Aku dan Najah kenal di depan Stadium Old Trafford, berkahwin sembunyi-sembunyi di Tanah Ratu. Sekembali ke tanah air, aku dan Najah harus pula menjadi pelakon di depan mama yang sudah ada pilihan sendiri.  

Itulah permulaan kisah ini... yang bagaikan sudah terang lagi bersuluh.
Apakah boleh aku memilih jalan ceritaku sendiri, Najah?
Jika tidak, bagaimana pula dengan perasaan?
Berkorban perasaanlah yang paling memedihkan, kerana perasaan itu tidak pernah ada bau dan warna: lalu sukarnya untuk orang lain memahami, apatah lagi merasai... 

Tulis Najah:
apalah maknanya bulan kalau langit diselubungi mendung
apalah ertinya mentari kalau sinarnya dihalang gerhana
jadi bagaimana aku harus terus hidup
kalau mentari tak mahu berkongsi kehangatannya
dan bulan tidak mahu meminjamkan sinarnya…? 

Najah, sudah jadi fitrah alam... matahari itu tetap terbit dari arah timur, dan bulan pula tetap setia menemani malam!

+++++

Nazurah Aishah, menulis Lili Buat Najah dari kaca mata hatinya. Sebuah kisah yang mengesankan pada yang sedia berkongsi rasa.

*****

Lili Buat Najah merupakan satu lagi karya terbitan Jemari Seni Publishing yang menjadi koleksi peribadi aku. Karya penulis baru yang berbakat, Nazurah Aishah ini adalah novel ke-11 terbitan Jemari Seni.

Kisah tentang Natasha Ameera yang jatuh cinta dengan Syahrun Najah, nekad untuk berkahwin walaupun pada masa yang sama mereka sama-sama masih menuntut di Manchester. Perkahwinan mereka terpaksa dirahsiakan dari pengetahuan orang tua Najah. Sementelah Puan Sri Tunku Helena Tunku Ariff Rahman Bendahara, bonda Najah telahpun punyai calon pilihan untuk dijodohkan dengan anak bongsunya Najah. Di sini bermula episod suka duka pahit manis mereka melayari bahtera rumahtangga. Pelbagai onak duri sanggup mereka redahi asalkan berdua.!!

Seorang teman pernah bertanya pada aku, apa istimewanya buku ini? Membaca blurb dibelakang kulit, ia umpama typical love story ~kahwin dengan orang yang tidak sekufu~ kemudian tidak diterima oleh mertua... but at the end baik semula...!! Pada awalnya aku memang tiada jawapan untuk persoalan itu, tapi setelah aku usai baca, aku selami dunia mereka -Tasha & Najah- kini aku ada jawapannya.

Aku suka Lili Buat Najah kerana walaupun persoalan yang 'biasa-biasa' saja yang diutarakan iaitu kisah perkahwinan yang tidak direstui tetapi apa yang istimewanya, penulis telah berjaya 'bercerita' sehingga tanpa sedar,  aku dapat merasai setiap apa yang 'berlaku' pada mereka, kesusahan mereka, kesedihan mereka bahkan kegembiraan yang mereka kecapi walaupun tanpa restu bonda Najah.

Aku jadi jatuh cinta pada Najah yang sungguh sabar walaupun dalam hatinya sarat dengan rindu pada orang tuanya. Aku jatuh kasih pada Tasha yang sanggup bersabar demi seorang Najah. Demi cinta, mereka sanggup hadapi walau seribu halangan dan dugaan yang mendatang demi rumahtangga mereka.

Nazurah bercerita terus ke hati aku. Terasa begitu dekat dijiwa aku. Tatkala Tasha diambang kesedihan yang amat, aku umpama berkongsi kesedihan yang sama. Dan Tatkala Tasha terpaksa menghadiahkan 'Lili Buat Najah', aku sanggup menangis kerananya. Begitulah kuatnya Nazurah telah mempengaruhi jiwa & rasa aku.

Tahniah buat Nazurah, kerana telah berjaya membuatkan aku mengalirkan airmata tanpa sedar. Pada aku sekiranya sesebuah novel berjaya membuatkan aku 'tenggelam' dalam dunia mereka, telah berjaya membuatkan aku menangis di bab yang sedih, aku tergelak di babak yang lawak, sesungguhnya penulis itu telah berjaya.!!

Pada aku, aku akan lebih mengingati novel yang berjaya mencuit hati aku, membuatkan aku menangis, telah membuatkan aku tersenyum senang... tapi buku ini lebih membuatkan aku menangis dari ketawa.!!  berbanding dengan buku yang tiada 'rasa' apa-apa pada jiwa aku.

Ini sekadar apa yang aku rasa. Kalau anda ingin tahu, anda kenalah baca sendiri... cuma satu nasihat aku, sediakan tisu disebelah anda kerana anda akan memerlukannya nanti. Maafkan aku andai aku tersilap meneka, tapi aku yakin dengan apa yang aku rasa.

So selamat membaca.!!

 

   20 comments

Syahrun Najah
July 27, 2011   04:47 AM PDT
 
hmmmmmmm ...
...asikin
June 10, 2010   04:53 PM PDT
 
salam,
sy penah membaca manuskrip lili buat najah ini...tetapi semasa sy baca tajuk novel ini tiada dikau tiada maknanya. sy dpt manuskrip tuh drpd teman yang foward dlm bentuk words...cerita ini mmg besh...sy sanggup membaca cerita ini di dlm comp kerana ingin tahu ending cerita ini...cngrts buat penulis
myrah02
April 9, 2009   12:12 PM PDT
 
totally agreed...tangkap leleh..1st novel yang betul2 buat saya mengalir air mata terasa dekat dan berada dlm cerita.....
cikja
March 8, 2009   04:07 PM PDT
 
novel nie memang betul2 sedih2 sgt2..
Sheikhul
October 4, 2008   12:59 PM PDT
 
LBN adalah salah satu daripda novel yang saya boleh habiskanbaca dalam masa seminggu. Yang lain ada yang tak habis baca dalam masa empat bulan dan ada juga yang tak habis langsung.

Apabalia saya membaca sesebuah novel saya bukan sahaja membaca ceritanya, tetapi mengamati logic peristewa yang diceritakan.

Selain daripada beberapa peristewa yang ada sedikit kurang tegas penceritaannya, novel ini amat berjaya.

Tahniah!

Tetapi saya ingin komen sedikit tentang pendekatan kupasan novel yang ada di Internet. Keseluruhannya amat baik. Tetapi satu yang perlu dielakkan ialah pengupas menyatakan "kekunci" atau "rahsia" kepada menjawab persoalan penting yang dikemukankan oleh penulis.

Maksudnya... semasa membaca, pembaca, tertanya-tanya, kenapa dia buat macam tu?... Kenapa tak tinggalkan sahaja dia tu...? Kenapa dia sanggup berahsia begitu...?

Dalah cerita LBJ ini "kekuncinya" ialah keadaan diri Najah yang sedang bergelut denan masalah besar...

Sehubung itu, pada pendapat saya ayat ini tidak perlu dimasukkan ke dalam sebuah kupasan novel...
"Tatkala Najah, bergelut melawan penyakitnya, seumpama aku berkongsi kesakitan yang sama"

Sekian. Harap maaf. Komen saya ikhlas.
Nazurah
May 22, 2008   09:46 PM PDT
 
:)
NIZIMA
May 13, 2008   05:36 PM PDT
 
ALHAMDULILLAH....HABIS JUGA SAYA BACA NOVEL NIE.YANG PALING SAYA TERPIKAT TENTANG NOVEL NIE...CARA HIDUP NAJAH DAN TASHA SEDIKIT SEBANYAK SAMA DGN SAYA DAN SUAMI CUMA YANG BEZANYA CINTA DAN PERKAHWINAN KAMI DI RESTUI.CARA NAJAH DALAM NOVEL NIE SAMA SEPERTI SUAMI SAYA.DAN SAYA MELAYAN KESAYUAN NOVEL TULISAN INI DENGAN CARA TASHA YANG SEPERTI DIRI SAYA SENDIRI.TAHNIAH KEPASA PENULIS YANG BERJAYA MENERAPKAN KESERDAHANAAN DALAM KEHIDUPAN KEDUA-DUA MERPATI SEJOLI INI.WALAUPUN PANGGILAN ILLAHI DATANG MENJEMPUT NAMUN KASIH TETAP KUKUH BERPANJANGAN...KEHIDUPAN SEMASA ADANYA HAYAT NAJAH BENAR-BENAR TERISI DENGAN MANISNYA PERCINTAAN DAN NIKMAT DADDY WALAUPUN SEKADAR SEMENTARA.
diyana7747
May 5, 2008   12:57 AM PDT
 
sudah jatuh hati dgn Syahrun NAJAH...huhuhu..
taniah kak naz sbb berjaya menulis hasil karya yg bagus dan menyentuh perasaan
arirada
April 23, 2008   10:40 AM PDT
 
still on da way nak abiskan buku ni. belum abis lagi dah bengkak mata duk menangis!
manjlara
April 18, 2008   01:46 AM PDT
 
macam 'ter' fall in love ngan watak Najah! thanks Naz, utk LBN :)
wan
April 15, 2008   05:10 PM PDT
 
kak nila...
hehehe macam la tak biasa :P

Naz...
itu sekadar pendapat peribadi kakwan saja... ameennn moga naz akan terus berkarya..!! jangan lupa RHS pulak lepas nih *wink*
Nazurah
April 15, 2008   05:07 PM PDT
 
Salam,

terima kasih kakwan sudi review baby sy ni.

komen dari kakwan dan yg lainnya amat sy hargai. moga sy terus dikurniakan ilham untuk meneruskan apa yg telah sy mulakan ini...
Kak Nila
April 15, 2008   04:14 PM PDT
 
wan,

sekadar pendapat satu sen kak nila aja la wan, masing-masing kan, ada pendapat sendiri :D

sebenarnya setuju dengan wan dalam banyak hal pun, tiba-tiba aja terkena penyakit gatal-gatal tangan pula nak komen kat sini ahakss :D

- love u: kak nila -
wan
April 15, 2008   03:51 PM PDT
 
kak Nila...
terima kasih atas teguran itu..!! [Nota utk diri sendiri :)] maafkan atas kekhilafan wan itu.
Kak Nila
April 15, 2008   03:42 PM PDT
 
wan,

kak nila rasa 'tak sekufu' tu tak tepat juga wan, sebab tasha dengan Najah tu bukannya orang lain... ibu bapa mereka saling mengenal, dan ibu tasha tu bukannya orang sebarangan orang juga - pensyarah

... dari segi pendidikan pun boleh dikatakan setaraf... tok wan tasha pun imam pula.

cuma persoalannya, ibu najah rasakan... 'si petite' tu aja yang mampu jaga najah tu berbanding tasha :(

ini sekadar pendapat kak nila... dan itu yang menjadikannya Lili Buat Najah berbeza daripada tipikal cerita lain :D

dan satu lagi pula endingnya macam tu sudah jarang-jarang orang buat...

blurb tu, untuk memikat hati pembaca yang 'lain' supaya mencuba terbitan jemari seni kot....

~kak nila~
kaknOOr
April 15, 2008   01:58 PM PDT
 
Curahan hati penulis melalui LBN sampai ke hati kita... Dpt menghayati watak Tasha...terasa dekat di hati..Tasha & Najah anak yg baik taat pada ibu bapa.blh jadi contoh.
Kategeri tak blh letak....walau pun menangis tersedu-sedu.
Uwaah lepas tu laparlah pulak sbb dlm LBN banyak sgt makanan he he he...
siti zubaidah
April 15, 2008   12:50 PM PDT
 
LBN benar2 meresap ke dalam jiwa ct bila membacanya...pengalaman keluarga yg pernah melalui nasib seakan-akan sama seperti tasha membuatkan ct mengalirkan air mata tanpa henti meskipun ada part2 tertentu yang dirasakan tidak perlu menangis tapi di permulaan pun ct dh menangis...tahniah buat NA..kerana hasil yang pertama dh mampu membuatkan pembaca mengalirkan air mata...w/pun sad ending tapi terlalu berkesan di hati...
dila
April 15, 2008   10:12 AM PDT
 
setuju.. LBN meninggalkn kesan yg sgt mendlm.. watak2 tu seolah2 sgt dekat dlm hidup kita.. tahniah buat naz..
wan
April 14, 2008   07:05 PM PDT
 
Ya.. setuju ngan nacha. mmg LBN ni sedih laaa :'( best..!! thumbs-up 2 Naz congrats dear.!! ya betullll... Lepas ni RHS pulak yer??!!
:P
nacha
April 14, 2008   06:47 PM PDT
 
LBN mmg kategori 'tkp leleh'. situasi ni sama berlaku masa bc NTS kaksu. sedih sgt2. Naz mmg seorang penulis yg pandai bermain dgn emosi. syabas utk Naz. i'm waiting for yr 2nd novel. harap2 RHS muncul selepas ni. ganbatte neh...

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments