Entry: Cinta Seindah Madah Tuesday, April 22, 2008



Pengarang          : Puteri Andalas

Halaman              : 741

Tahun                   : 2008

Terbitan               : Kaki Novel

Harga                    : RM24.00


Blurb:

 

"Seumpama bayang-bayangku sendiri… ingatan kepadamu kasih… tetap mengekori ke mana sahaja aku pergi"

 

 

Luahan Sharina…

 

" Aku mencintai Asnawi…

Bagaikan aku memiliki pelangi

Tanpa aku sedari

Pelangi mengundang tsunami di hati

 

Mengenali Reshidi

Rasa kasih menjelma kembali

Digagahi hati… cuba menafi

Kerana Reshidi masih beristeri

 

Onak melilit hidupku

Duri merodok hatiku

 

Namun kerana kejora hati

'Atim' amanah ilahi

Aku bangun menggagahi diri

Tekad di hati

Cahaya akan kuburu dan kucari

Bukan lagi pelangi atau tsunami…"

 

Berjayakah Sharina ?

* * * * *

Cinta Seindah Madah, satu lagi karya terbitan Kaki Novel hasil tulisan penulis yang berpengalaman Puteri Andalas. Novel kedua bersama Kaki Novel ini memperlihatkan kematangan kak Puteri dalam menggarap cerita dan bermain kata.

Kisah tentang Sharina yang telah di'buta'kan oleh cinta Asnawi - yang dikenali tatkala keluarganya bercuti di Tasik Country Villas, Serdang - nekad menurut kata hati, berkahwin dengan Asnawi walaupun mendapat tentangan dari kedua-dua orang tuanya. Sementelah dia baru mendapat keputusan peperiksaan dan teman-teman seperjuangan sedang sibuk mengisi borang ke IPTA. Sharina rela melupakan hasratnya untuk menyambung pelajaran di universiti tempatan. 

Dengan janji untuk menyambung pelajaran di US di samping Asnawi di sisi, walaupun berat hati, Long Mat Shah & Long Shaaba terpaksa melepaskan anak tersayang. Kemahuan anak tersayang diturutkan jua dengan hati yang berat dan berbelah bahagi.

Pelangi yang dikejar namun tsunami yang mendatang, memaksa Sharina pulang ke tanahair tanpa segulung Ijazah yang dijanjikan tetapi "Atim" yang dibawa pulang. Dengan semangat dan azam untuk melupakan sejarah semalam yang sepahit hempedu, Sharina bangkit. Walaupun tidak berjaya menyandang gelaran Doktor, namun 'Misi' Sharina sudah memadai setelah apa yang berlaku pada dirinya.

Cabaran sebagai ibu tunggal penuh dugaan. Bersama si anak yang keletah, si kecil yang petah bersuara, yang sering mengundang ceria membuatkan Sharina tegar berusaha. Perkenalan si Atim dengan Lan, rakan seusia di satu rancangan 'talk show sempena Raya' membuatkan hidup Sharina mula berubah. Komplot kedua-dua orang tuanya bersama kak Rahimah untuk menemukan 'jodoh' Sharina dengan Dr Taufik menambahkan lagi kemelut di hati Sharina.

Perkenalan tanpa sengaja dengan Reshidi - bapa si Lan yang polos - di satu acara sukaneka sekolah, ditakdir pula mereka menetap di kejiranan yang sama dan anak-anak berkongsi taman permainan yang satu, membuatkan hidup Sharina bertambah berselirat.

Pelbagai badai yang mendatang, pelbagai masalah yang dihadapi, berjayakah Sharina menghadapi setiap kemelut yang melanda diri? Semua jawapannya ada dalam novel ini.

Apa yang aku rasa?? aku suka dengan cerita kak Puteri kali ini. Sebuah kisah kekeluargaan yang memperlihatkan kematangan beliau dalam menggarap cerita dan bermain dengan emosi pembaca. Aku suka dengan watak Atim & Lan... sungguh 'hidup'. Aku tidak hairan kalau ada yang akan menjadikan 2 watak kanak-kanak ini sebagai 'watak utama' kerana mereka yang menjadi nadi dalam cerita ini.

Aku juga suka dengan cara kak Puteri ber'cerita' tentang kejadian yang berlaku pada Sharina di US dengan cara 'flashback'. Menjadikan cerita ini pada aku tidak terlalu meleret-leret. 

Selain dari itu, aku suka dengan watak Reshidi yang penyabar, terutamanya di waktu dia harus menangani masalahnya dengan Marhanie mummy si Lan yang ada kalanya menggugat kesabarannya.

Sebuah kisah yang santai dan bersahaja. Namun terdapat kesilapan suntingan sana-sini membuatkan penumpuan aku kadang-kala tergugat. Walau bagaimanapun keseluruhan cerita, aku terhibur. Tahniah buat kak Puteri yang telah berjaya mengikat aku untuk menyelusuri perjalanan hidup Sharina hingga ke noktah akhir tanpa aku sedar.   

Ini sekadar apa yang aku rasa. Mungkin anda tidak akan bersetuju dengan aku, tapi sekurang-kurangnya cubalah baca untuk menilai sejauh mana kebenaran kata-kata aku.

   2 comments

wan
April 22, 2008   06:07 PM PDT
 
kaknOOr...

hehehe wan pun dah jadi mcm kaknOOr baca tergagap2 part Lan bercakap... hehehe cute sgt :)
kaknOOr
April 22, 2008   05:39 PM PDT
 
Akak dah katam dan cerita ni terbawa-bawa dlm ingatan akak beberapa hari terutama watak si baby lan yg gagap tu.Akak pun sependapat dgn wan memang watak atim & baby lan yg menghidupkan cerita ni..
Sharina seorang ibu tunggal yg baik pengalaman lalu mengajar. Sharina tak mahu merampas kebahagian kerluarga Reshidi sbb tu dia mengundur diri.Watak Reshidi memang sabar menghadapi kerenah isteri & anak daranya intan.

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments